dari mana dapat idea untuk tulis banyak entri blog? meh baca meh..

by - January 12, 2018
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Untuk para blogger, dah buat entri ke belum harini? Ke masih dalam perancangan mengembangkan idea, masih dalam draft hampir nak siap atau tak ada niat pun nak update blog harini? Doesn't matter because its all up to you hikhikk. Tapi nasihat saya cuba try buat entri atleast satu sehari.

Ada orang tanya saya: "macam mana eh dapat idea untuk tulis banyak entri blog?", "macam mana boleh dapat update setiap hari?"
& ada juga orang yang suruh saya: "ce bagi tips sikit nak tulis entri banyak-banyak", "banyaknya entri setiap bulan, share la idea untuk tulis entri".


macam mana dapat idea untuk tulis banyak entri blog? meh nak share..

dari mana dapat idea untuk tulis banyak entri blog? meh nak share..
dari mana dapat idea untuk tulis banyak entri blog? meh nak share..
First of all.. bagi saya, kunci utama untuk menghasilkan entri/artikel yang banyak ialah RAJIN. Jangan malas. Jangan liat nak start menulis. Jangan fikir "ada ke orang baca entri/ blog aku ni". Sifat M & juga fikiran negatif tersebut akan membantutkan kita untuk update blog haha. Believe me.



dari mana dapat idea untuk tulis banyak entri blog? meh nak share..

Okay dah mindset positif dan juga menanamkan sifat rajin dalam diri.. moh le saya bagi tips atau cadangan entri-entri yang boleh dibuat:

1. Aktiviti rutin harian

Anything rutin harian daily yang biasa kita buat dan appropriate nak share di blog. Contoh: memasak, mengemas rumah, makan, tengok televisyen, mandi, basuh kain, lipat kain, eksesais/workout, melayan anak, kerja. Tu secara general. Then, kita spesific kan lah setiap rutin harian yang kita lakukan tu.

For example:

Memasak - share lah petua memasak yang kita tahu ke atau yang biasa mak kita pesan kat kita ke atau yang biasa kita dengar ke, share resepi memasak ke, share masakan favorite kita dan reason kenapa kita suka ke, share apa benda yang paling kita tak suka atau suka ketika memasak ke. Anything.

Mengemas rumah - tips mudah rajin kemas rumah, kenapa kena kemas rumah, atau share pengalaman pahit atau manis semasa mengemas rumah ke, atau share apa beza kita dan mak kita ketika kemas rumah, atau beri petua/tips yang kita tahu berkaitan dengan rumah ke.

Tengok televisyen - rancangan apa kita suka tengok, atau drama apa tengah hot dan kenapa dia hot, atau share iklan di televisyen paling mencuit hati kita dan menarik perhatian kita.

Dan sebagainya hahaha.

2. Apa yang kita minat?

Apa yang saya minat? Saya minat puisi or poem. So saya kebiasaannya share puisi atau poem pada waktu malam.

Apa yang saya minat? Matematik. Saya share kertas soalan peperiksaan percubaan Matematik & Addmath, saya beri tips macam mana nak skor kertas peperiksaan matematik, saya juga ada share analisis & tips skor paper addmath SPM.

Apa yang saya minat? Blogging. So saya share my blog's UV PV every month, saya kongsi ilmu yang saya tahu berkaitan dengan blogging, saya juga share permasalahan atau persoalan yang biasa blogger tanya atau curious.

So, apa yang anda minat? Share with the readers.

3. Apa yang kita teringin nak tahu? Dan bila dah tahu, kita share di blog

Contohnya.. saya teringin nak tahu adakah saya ni comel ke tak hahaha. Takdelah gurauu. Ermm okay okay serius. contohnya.. kita teringin nak tahu "apa yang kita perlu lakukan kalau terjumpa duit orang tercicir di tepi jalan? perlu biarkan atau ambil derma di surau? Atau ambil buat hak sendiri?". Then, kita cari lah jawapannya. Sama ada kita cari melalui Internet or other social media atau tanya sendiri kepada yang lebih arif dan alim. Bila dah tahu jawapan, haaa jangan lah duduk simpan sendiri. Share lah di blog. Sebab mana tahu.. apa yang kita teringin nak tahu tu tadi, orang lain pun teringin juga nak tahu. Not impossible right? So why not kita kongsikan jawapannya :)

4. Pengalaman anything.

Pengalaman ni banyak kan. Setiap orang lain pengalamannya. Pengalaman - mengandung, bersalin, berkerja, menjadi surirumah, putus cinta, putus tunang, tersepit jari kat pintu, gagal dalam mata pelajaran, cemerlang dapat anugerah, kena maki dengan bos, muka penuh jerawat, kena hina sebab miskin, menyaksikan sendiri kejadian ragut, pergi event besar, kena denda kat sekolah, buka akaun di bank, rumah pernah terbakar, hampir mati, mengalami kemurungan, dan lain lain. Pengalaman ni moment atau peristiwa yang pernah kita lalui dan pernah terjadi dalam hidup kita.

Manis atau masam, pahit atau tawar.. kalau rasa pengalaman tu nak kita nak share.. silakan. Saya pernah je buat entri share pengalaman saya untuk buka akaun Maybank di Seremban awal tahun 2017; bertajuk "hajat di hati nak buka akaun Maybank tapi tidak kesampaian" [LINK] dan kini Pageviews (PV) entri tersebut hampir mencecah 20K. Other than that, saya suka-suka share pengalaman saya gagal ujian JPJ untuk kali pertama; bertajuk "TEST JPJ KU GAGAL SEMALAM!" [LINK] dan kini, entri tersebut PV hampir mencecah 34K + 50 komen.

Nampak tak? Mungkin kita rasa "alaaa, siapa je nak baca pengalaman mengarut aku ni".. tapi mana tahu.. pengalaman kita membantu mereka yang sedang mengalami pengalaman yang sama macam kita, kan?

p/s: kalau nak bagi entri pengalaman menjadi panjang sedikit, boleh je masukkan beberapa tips atau cadangan atau nasihat dalam entri tersebut.

5. Personal

Personal feelings, personal activities, personal concern, personal the way of thinking.. anything kita boleh share related with tema 'personal'. And untuk jadikan entri personal tu lebih menarik, boleh tambah sedikit tips atau petua atau apa-apa je.

6. Nasihat/ mitos "orang tua tua dulu kata...", "orang kata kalau..."

"Orang tua tua dulu kata.. perempuan menyanyi kat dapur nanti dapat laki tua" - bincangkan.
"Orang kata kalau lelaki makan pindah-pindah tempat, ramai isteri" - ceyt! tetibe hahaha.
Dan banyak lagi.

7. Bentuk persoalan

Ni sama macam no.3. Cuma maksud saya no.7 ni ialah buat tajuk entri tu dalam bentuk persoalan atau pertanyaan. Contoh macam entri saya ni.. saya mulakan dengan soalan kan? Sebab soalan tu soalan yang pernah ditanya kepada saya. Dan saya menjawab persoalan tersebut. Tu lah maksud saya hehehe.

8. Resepi atau makanan

Resepi ni kalau kita tak ada resepi sendiri, minta le dekat mak atau kakak-kakak ke. Atau kita suka memasak dan kita pun search kat Internet then kita memasak guna resepi tu. Pun boleh masuk share kat blog. Jangan lah lupa pula nak credit kan resepi tu to the owner.

Ataupun tak suka memasak tapi nak juga share resepi masakan yang kita suka makan. Silakan.. tapi credit to the owner of the recipe jangan lupa ye. Kesian kat tuan punya resipi susah payah buat haha.

Tu resepi.. ni makanan pula. Kita jenis suka makan, jenis suka pergi restoran dengan kengkawan time weekend, jenis suka merasa tempat makanan yang baru.. share jangan tak share di blog ;)

9. Tempat atau destinasi - mana mana boleh

Tempat menarik, tempat pelancongan, tempat hotspot foreigner, tempat special yang best tapi ramai yang tak tahu, pusat rekreasi, tempat viral dan lain-lain.

10. Yang tengah hot issue. or benda yang bakal hot.

Contoh macam haritu hot pasal tak tun tuang. Saya pun buat entri "apa maksud tak tun tuang?".
Contoh benda yang bakal hot : BR1M 2018. Saya pun buat entri "BR1M 2018 bila dapat duit? Ini Jadual Pembayaran Mengikut Kategori.."



11. Quotes, kata hikmah

12. Pendapat or perbincangan

Saya pernah share pendapat saya sendiri mengenai macam mana nak tahu lelaki suka seseorang perempuan.. dan entri tersebut menjadi TOP 10 entri paling banyak dapat Pageviews dalam blog saya.

13. Giveaway, contest, segmen

Mungkin ada sesetengah yang tak suka join giveaway or segmen.. up to you. Tak paksa pun hahaa. Sebab saya jenis yang suka join, so setiap bulan memang wajib la ada entri jenis ni. Cuma pernah dulu time apply Adsense, saya stop kejap tak join langsung Giveaway bagai. Tapi selepas dah lulus Adsense, apalagi.. kembali aktif! hahaha.

14. Wordless wednesday or wordless any day you want haha.

Or sometimes ada yang buat Spontaneous Thursday. Ada satu entri Wordless Wednesday saya yang pernah mencecah 11K. Jangan pandang rendah kat wordless ni ye hahaha. 

Cuma nasihat saya kalau nak buat Wordless.. pastikan tajuk menarik yang boleh menarik minat orang lain untuk klik eventho it is just wordless. Selain tu, cuba letak Wordless yang best, unik atau lucu ke.. Contohnya entri Wordless Wednesday saya yang terbaru, eh kelmarin lah haha.. sudah pun hampir mencecah 1K dah pageviews. Bertajuk "kenapa saya tak suka ajak orang lain untuk kahwin muda?" [LINK].

p/s: nanti saya share tips kelapan untuk tingkatkan trafik blog ye inshaaAllah.

15. Bentuk fakta or info

Boleh ambil dari majalah/ buku/ televisyen/ social media (fb, twitter, ig). Kalau boleh jangan lah salin bulat-bulat atau sebijik. tambah sikit supaya jadi menarik atau tambah sikit our personal touch in there. The most important is.. kredit kan kepada owner ye. dont forget! Or beritahu sumber dapat dari mana.

Tips lain lagi.. kalau ada jumpa gambar yang berisi info.. jangan lah kita letak gambar tu je then done. nope. Taip lah semula perkataan yang ada dalam gambar tu dan beri sedikit komen atau cadangan atau pendapat. Contoh: "Bentuk-bentuk hukuman yang dilarang terhadap pelajar di sekolah" [LINK], "Boikot McDonald's Malaysia: Apa Kata Mufti Wilayah Persekutuan" [LINK]

16. Jenaka, lucu, prank

Sebenarnya saya suka entri yang berunsur prank hahaha. Tapi tak nak lah buat selalu, kang kena cerca pula haha! Contoh entri prank yang saya pernah buat: "Bahaya Daun Pandan!" [LINK], "tip buang lemak dengan mudah" [LINK]

17. Soalan yang kerap diajukan kepada kita

Contoh soalan yang biasa orang tanya kat saya: "kenapa tak sambung master?", "bila nak kahwin?", "dah kerja ke sekarang?", "kenapa nak kerja sendiri?".

Contoh soalan yang selalu orang tanya saya bila jumpa saya at the first time: "tingkatan berapa?", "umur berapa ni? nampak muda je lagi" eh ehhh hahaha.

Tu saya beri contoh la.. contohhh hehe. So, dengan bermodalkan soalan-soalan yang kerap ditanya tersebut atau 'first impression' yang selalu kita dapat.. boleh lah buat entri share dengan orang lain atau membuat pengakuan tetibe haha.

18. Apa yang kita expert? Kongsi tentang itu.

Expert apa? Menulis? Mengurut? Baking? Coding? Programming? Business? Memikat wanita? eh eh hahaha. So, bidang atau perkara apa yang kita expert, kita share.

19. Suka-suka

Tulis je apa-apa yang kita suka nak share. Suka nak kongsi. Suka nak buat.

20. Lagu or lirik lagu

Kalau saya, saya jenis suka share lagu atau lirik lagu yang saya suka. Tapi, saya elakkan daripada share lagu omputih hahaha. You know why. Except lagu yang betul-betul ada mesej.

Bila buat entri lagu or lirik lagu, saya lebih suka selitkan sedikit komen berkaitan lagu tu atau cerita apa-apa lah tentang lagu tu sendiri. "What I think of that song? Best atau biasa-biasa je? Not my taste or soo my taste? Muzik unik atau familiar? How about its music video? Apa rating nak bagi kat lagu ni?". Haaa tu lah soalan-soalan saya biasa tanya pada diri sendiri ketika membuat entri jenis lagu. 

Contoh: "LIRIK LAGU OST FILEM DESOLASI: BUKAN PROPAGANDA - SYAMSUL YUSOF & MAWI" [LINK]

21. Isu semasa, berita semasa

Entri berkaitan ni macam heavy sikit kan. Kalau saya, saya tak berapa suka nak buat haha. Tapi ada sesetengahnya suka buat entri jenis macam ni. Apa-apa pun, up to masing-masing.

22. Review

Movie, drama, rancangan/show, buku, novel, makanan, minuman, restoran, tempat, barangan, produk. Anything.

Last but not least.. Try to be creative.
- buat entri dalam bentuk perbualan.
- tarik perhatian orang untuk baca entri dengan buat tajuk yang kebabom or dalam bentuk persoalan
- gambar pun main peranan bila ping/share entri kat group FB & Google+

Okay itu sahaja tip atau idea yang saya dapat kongsi. Yang penting apa? Rajinn hahaha. Kekadang kita ada je bahan nak buat entri betul tak? Tapi malas + fikir ada ke orang nak baca. Ataupun ada kekangan lain seperti busy dengan kerja atau dengan anak-anak. Itu saya tak nak lah komen sebab saya pun kalau busy mengajar atau ada kerja editor, saya pun malas nak mengadap blog hahaha. Bila malas.. Allahuakbar.. nak taip tajuk pun maleh bebenoooo ghase. Bila malas.. nak kembangkan satu isi pun yaAllahhh tak kembang-kembang hahaha.

Yang penting lagi.. kalau tengah RAJIN nak update blog, sila manfaatkan kerajinan anda sepenuhnya. sebab rajin sekarang belum tentu berkekalan sampai ke esok. bak kata pepatah "sediakan payung sebelum hujan". ok macam tak kena sayidah oiit. kbai! hahaha.

Apa-apa pun.. goodluck~! :)

Daaa~ wassalam.

You May Also Like

19 comments

  1. Yeah... Terbaikk... Semua tu LeYa setuju.. Yang penting RAJIN

    ReplyDelete
  2. betul3x.. kadang ada je benda nak tulis tapi kalau dah malas semua benda tak jadi..haha

    ReplyDelete
  3. good sharing... kdg xtau nk update ape. hahahaha.. time xduduk depan komputer, byk pulak idea. hahaha

    ReplyDelete
  4. Wah banyak nya idea, terbaik lah....

    ReplyDelete
  5. Tq share tips ni. Byk bole tulis sebenarnya kan.

    ReplyDelete
  6. TERIMA KASIH SHARE. ATIAH KENA WORKHARD UNTUK BUAT ENTRI SETIAP HARI

    ReplyDelete
  7. Yg penting RAJIN, semua pon bolehh..kannnnnnnnnnnn~
    Idea ada, cuma nak kena kembang kembangkan lagiiiiiiiii....
    Ok, saya suka, entri ni dibookmark, bagi semangat untuk terus berblogging...

    TQ info okay :)

    ReplyDelete
  8. Daebak la KC... Sedutt aura kerajinan dan inspirasi jap kat sini!

    ReplyDelete
  9. Bagus entri ni!! TQ for sharing. Siqah save nanti senang nak refer balik.

    Setuju sangat bab RAJIN dan Jangan fikir negatif. Hihi :D

    ReplyDelete
  10. wah banyak tip ne. Rajin tu mesti kan

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p