Menurut portal rasmi BR1M, semakan status kelulusan permohonan BR1M 2018 boleh dibuat mulai 19 Februari 2018 jam 12 tengahari. Haritu pada 5 Feb 2018, saya check status brim saya adalah DITERIMA. Tapi tadi saya buat semula semakan status BR1M 2018, terpampang DALAM PROSES.
Semakan status permohonan BR1M 2018 saya DALAM PROSES?
Agak pelik. Ingatnya status DITERIMA haritu maksudnya dah lulus. Rupanya tu adalah one step closer to lulus je hahaha. Takpelah. Nanti esok esok esok saya semak semula status macam mana. Harapnya lulus lah aminnn.
Bagaimanakah cara untuk membuat semakan status BR1M 2018?
Semakan status BR1M 2018 boleh dibuat:
1. Secara dalam talian (online) di Portal Rasmi BR1M LHDNM (https://ebr1m.hasil.gov.my)
- pilih menu MyBR1M > masukkan No.Kad Pengenalan > jawab 2 soalan keselamatan > Semakan Status.
ATAU
2. melalui Aplikasi Mobile Semakan BR1M dengan memuat turun di Play Store / App Store
pada telefon bimbit.
ATAU
3. menghubungi LHDNM: 1-800-88-2716 [Waktu Operasi 9.00am-5.00pm].
ATAU
4. contact MoF (Kementerian Kewangan Malaysia): 03-8882 4565 / 4566.
ATAU
5. Hadir ke cawangan LHDN yang berhampiran.
SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) 2018
Q: Saya telah gagal menjawab soalan keselamatan bagi semakan status BR1M 2018, apa yang perlu saya lakukan?
Set semula soalan keselamatan e-BR1M boleh dibuat seperti berikut:
i. Hadir ke LHDNM yang berhampiran; atau
ii. Hubungi talian Hotline BR1M:
1-800-88-2716 (LHDNM)
03-88824565 / 03-88824566 (MoF)
Q: Apakah yang dimaksudkan dengan status PERMOHONAN DITERIMA?
PERMOHONAN DITERIMA ialah permohonan tuan telah dikemas kini bagi BR1M 2018 dan belum melalui proses semakan dan verifikasi kelayakan.
Q: Apakah yang dimaksudkan dengan status PERMOHONAN DALAM PROSES?
PERMOHONAN DALAM PROSES ialah permohonan tuan sedang dalam tindakan proses semakan dan verifikasi kelayakan.
Q: Apakah yang dimaksudkan dengan status PERMOHONAN DITANGGUHKAN?
PERMOHONAN DITANGGUHKAN ialah permohonan yang belum didaftarkan bagi BR1M 2018 kerana tuan tidak mengemas kini maklumat BR1M dari BR1M 2015 hingga BR1M 2017. Surat makluman akan dikeluarkan agar tuan mengemas kini maklumat permohonan dengan menggunakan Borang Rayuan / Kemas Kini BR1M 2018 (BK-07) di LHDNM dalam tempoh rayuan BR1M 2018 bermula 02 April sehingga 31 Mei 2018. Kegagalan tuan untuk membuat permohonan BR1M 2018 akan menyebabkan permohonan TIDAK LAYAK.
Sumber: BR1M
Jika masih ada sebarang pertanyaan atau masalah, boleh:
- hubungi no.hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882-4565/4566
- nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
- email: br1m@treasury.gov.my
- faks BR1M MOF: 03-8882 3933
- alamat Sekretariat BR1M:
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya
Okay itu sahaja. Hope it helpful! Daaa~ wassalam! :)
BACA JUGA:
55 Comments
samalah
ReplyDeletemasih dalam proses
hahaha
huhuhu tak pernah amek tau pon pasal brim ni
ReplyDeletesbb tak layak..
kuangsam btl, beza bape ringgit je dr yang layak
hi hidayu ayumie..comel lah awak..hehe
DeleteAlhamdulillah buat yang layak sebab dapat semula duit gst tu
ReplyDeletedalam proses jgak...sadisss....hahahaha
ReplyDeleteSha pn mc dlm proses..huhu
ReplyDeletetak dapat.. hehehe..
ReplyDeleteRamai juga yg status dalam proses..Ingatkan saya sorang je sbb kawan2 semua dah dapat status Lulus..
ReplyDeletesma msh dlm proses jgk,pelik..haha
ReplyDeletemy family and friends all lulus, im the only one "dalam process". Anyone knows when we can know?
ReplyDeletecuba check dari sehari ke sehari. saya pun still in process. setiap hari check haha
Deleteheard they said will start giving on 26th. I just checked, masih dalam proses.
DeleteSakit jiwa la ni
saya dah lulus dah. nanti try bukak lagi, sabar ya
ReplyDeletetahukah masih 'dalam process' maksudnya? Kena try buka lagi? Tq
ReplyDeleteKawan kawan saya juga telah lulus
PERMOHONAN DALAM PROSES maksudnya permohonan sedang dalam tindakan proses semakan dan verifikasi kelayakan. yeap kena try check everyday.
Deletesaya pun masih dalam proses...
ReplyDeleteSaya pun,first2 status diterima.. Cek balik dlm proses, smpi sekarang msi dlm proses, org lain status dah lulus... Harap lulus la amin
ReplyDeletehai ! saya pun still dalam proses jugak . dah kecewa dah sebab macam takdapat je sebab still dalam proses . tgk ramai lagi yang sama , mungkin ada harapan la kot . hehe ..
ReplyDeleteBetul ke brim 2018 ditangguhkan selepas PRU
ReplyDeleteSamalah dlm proses saya dgn mak saya tahun lepas cepat 19hrbln dah dpt hari2 check status pun sama je dah ada rasa cam nk trjn laut dah ni ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
ReplyDeleteSamala msih dlm proses jg..famly sy yg laen sy kmaskinikan da lulus..huhu
ReplyDeleteaku pun sama still dalam proses. nak tido pun x aman
ReplyDeletebgtau jela lulus ke x kan senang
harap2 semua lulus la.
esok dah 26 sakit jiwa aku
Aku pon sama dalam proses.. Dok nampak mcm x dapat ja tahun nj.. Mana aci... Hahha
ReplyDeleteStill dlm proses gak hari ni..sakit jiwa tul la sbb kwn2 sume dah lulus..hurmmm sadis
ReplyDeleteSaya pun masih ''dalam proses lagi''.. Pelik juga.Tahun ni BR1M saya ''dalam proses''. Tahun sebelum ini, terus ''lulus'' je
ReplyDeleteSaya pun sama macam awak masih''dalam proses'' Pelik juga, sebelum-sebelum ini,permohonan BR1M saya ''lulus'' sahaja. Tahun ni ''dalam proses'' pula..
ReplyDeleteSampai bila "dalam proses" ni.. harap x kna songlap wet 2
ReplyDeletebila nak lulus ni..huhuh
ReplyDeletekan ..ni dah jam 5 petang ni
DeleteSaya pun baru check " dalam process". Sepatutnya bukan kah hari ini br1m duit masuk?
ReplyDeleteTahun lepas dapat je, tahun ni tetiba dalam proses. Padahal tangga gaji still sama tak ada kenaikan pun. Sakit jiwa tengok dalam proses. Petang ni yg dah lulus boleh berjimba² dah.
ReplyDeleteKan..Hari-hari saya cek.tak tukar pun status ''dalam proses'' ke ''lulus''.
Deletesaya pun still dalam proses. tiap hari check but still sma jgk. huhu
ReplyDeletebtul ke spa yg still dalam proses akan dpt br1m fasa 2? huhu
ReplyDeleteFasa 2 bila pula tarikh dia? Emmm..macam tu lambat lagilah. Nak guna duit. Sedihnya
DeleteDalam proses. Kenapa lambat sangat?
ReplyDeleteBaru check tadi & status masih dalam proses jugak hahaha
ReplyDeletecan someone check and assist to advise why it still in process until now. appreciate the update. thanks
ReplyDeletesama. dalam proses. tarikh kemaskink 26/12
ReplyDelete27/02/2018 : Status BR1M masih "DALAM PROSES" Tarikh borang kemaskini 30/11/2017 . Nampaknya saya bukan kesorang dalam hal ini. Sebelum ini tidak ada masalah langsung.
ReplyDeletenmpk kt fb ada yg ckp sape dlm proses lg akan dpt dlm pertengahan bulan 3. btul ke? hmm
ReplyDeleteSama la saya pon.. Masih lag dalam proses, sebelom ni ok ja... Tahun ni macam pelik skit... Status dalam proses 2 lama..
ReplyDeleteApe nak buat...hari2 DLM proses je... Abg jib xnk payung LA ni
ReplyDeleteSampai sekarang msh dlm proses...knp tahun ni mcm kura-kura...huhu
ReplyDeleteTd kwn sy tepon lhdn, sape yg dlm proses 2, akan dibyr pada pertengahan atau penghujung bulan 3
ReplyDeleteSaya pun dalam proses . Kemaskini bulan 12 .mak saya yang tak kemaskini dah lulus .
ReplyDeletesama la masih stil in proses...adoii...tahun2 lpas on time dapat..harap2 ok la...pagi ni saja dh 2 x check..
ReplyDeletesaya ada call LHDN tadi depa bagitau kena tunggu sampai hujung bulan ini sb depa dok buat proses verifikasi lagi...hmmmm..pelik betul.. tahun lepas dapat truih...tapi tahun ni.....
ReplyDeleteSama la sy pon x dpt lg..fmly n prenz da dpt..sy je yg x dpt lg..slalu tiap2 taun 1 ari sblum tarikh brim kluar da dpt da..erm smpi bila harus mnunggu dan menunggu......
ReplyDeletesaya diberitahu permohonan dalam proses sehingga kini sebenarnya sudah di tolak, kalau betul maknanya todak adil bagi mereka yang betul - betul berkelayakan. buat lah rayuan !! saya di antara yang layak tapi masih dalam proses
ReplyDeleteSungguh ke? Adoiii. Kalau macam tu tulislah ditolak. Memang tidak adil. Kalau dah pilihanraya nanti, confirm yang dalam proses tidak akan dapat br1m..
Deleteseharusnya tulis di tolak jadi mereka akan tahu sebab di tolak .. dan akan membuat rayuan atau senyap.. kan
ReplyDeletejangan biar rakyat menunggu !!
saya masih dalam proses. ayah pun sama . letih cek ari2
ReplyDeleteSaya baru cek br1m. Proses takde tulis lulus pun. Dah tiada ''dalam proses''. Keluar terus jumlah kelulusan tetapi tiada status pengkreditan/penunaian
ReplyDeletesama lah. takde status terus kat situ.
DeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p