Cerita Seram Tatu - Ilmu Hitam dari Siam | Eh puasa puasa ni pun nak cerita seram juga ke? Bukan ke setan semua kena ikat dalam bulan Ramadhan? Haa .. yang diikat tu adalah hasutan iblis dan syaitan. Bangsa jin bebas seperti kita manusia. Okayyy. Before we start, for disclaimer.. tujuan saya nak share cerita seram tattoo yang berkait dengan ilmu hitam dari Siam, Thailand ni bukanlah untuk menakut-nakutkan, tetapi untuk menjadi pengajaran & peringatan untuk kita semua. InshaaAllah.
Orait! Jom baca thread kisah benar seram yang telah diceritakan oleh @Jebat114 di twitter ini..
Cerita Seram Tatu - Ilmu Hitam dari Siam
Ok ok aku akan start story aku bila mana 10 je la yang retweet. Aku pun bukan femes mana.. dan cerita aku berkenaan tatu ni.. "ilmu hitam dari siam" #thread #seram
Real Story | Cerita Seram Tatu - Ilmu Hitam dari Siam |
Disebabkan aku ni tak berapa nak femes.. aku cerita je la.. ok watak dalam story ni ada aku as perawat, along (pesakit yang mengamalkan ilmu hitam dari siam) dan lain-lain watak sampingan yang tak berapa nak penting. Hahaha.
Cerita ni 6 tahun lepas sewaktu aku berkhidmat di sebuah pusat rawatan islam yang tak berapa nak terkenal di Malaysia (walaupun ada nama tapi tak berapa orang tau sangat) aku ingat lagi pukul 10 malam macam waktu sekarang ni aku didatangi pesakit (along la sapa lagi kan).
Aku pun layan la along seperti mana pesakit-pesakit aku yang lain.. interview la sikit.. tanya nama dan apa masalah dia.. sebab aku tengok along ni ok je macam tak ada masalah.. along pun buka cerita......
Along ni waktu umur belasan tahun gilakan ilmu-ilmu persilatan ni.. segala ilmu kebatinan orang kata dia pergi menuntut sehinggalah berlaku satu kes (yang tak boleh disebut) dia lari ke siam.
Di siam dia pun konon-konon nak berubah tetapi disebabkan minat dia terhadap ilmu persilatan dia terjebak dengan belajar ilmu muay thai disana...pada mulanya dia hanya belajar fizikal sahaja sampai satu tahap guru yang mengajar dia muay tanya nak tak dia tingkatkan tenaga dalaman dia.
Dia pun masih jahil ketika itu ikut sahaja apa yang guru dia cakap. Tapi didalam hati dah rasa pelik sebab guru dia bawa ke tokong jumpa dengan tok cha (sami).
Guru dia cakap dengan tok cha tu yang along nak menuntut ilmu kebal, pengasih, dan penunduk. Bila tok cha tu tengok along.. along angguk je.. walhal satu patah apa pun along tak tau waktu tu.
Dipendekkan cerita along dimandikan oleh tok cha tu.. dan suruh along duduk disatu tempat depan patung buddha dan suruh duduk diam tunggu orang lain yang akan sempurna kan ritual utk along.. Tiba-tiba datang seorang tok cha yang lain bawa pahat dan penukul.. guru along suruh along bertahan sahaja. Rupa-rupanya pahat dan penukul tu digunakan untuk melakar tatu dibadan along.. uniknya tok cha yang pahatkan tatu di badan along tu BUTA.
Along redha je la. Dan along ketika itu langsung tidak merasa sakit walaupun badan dia (bahagian belakang dan dada) dipenuhi darah kerana tatu dicecah di badan dia. Siapa sahaja tatu dipasang di badan along.. along terpaksa menjalani ritual terakhir sebelum dirinya kebal.
Ritual terakhir along diberikan 3 colok dan berhadapan dengan 3 orang tok cha.. setiap tok cha memakai topeng yang berbeza. Haa ni contoh topeng yang tok cha tu pakai:
contoh topeng tok cha pakai | Cerita Seram Tatu |
Selesai jampi serapah.. along dipakaikan topeng yang tok cha tadi pakai. Rupanya tiga topeng tu membawa semangat (jin khadam) yang berbeza. Ada rupa perempuan, kanak-kanak dan yang terakhir barulah hanuman (dewa perang yang menyerupai monyet putih).
Bila mana along sarung muka dia denga topeng yang terakhir.. along menjadi tak sedar dan orang cerita pada dia.. dia menari sebijik macam hanuman (monyet) yang menanti habuan nya untuk dikorbankan. Sebijik macam gambar ni:
Hanuman | Cerita Seram Tatu - Ilmu Hitam dari Siam |
Dipendek pendekkan lagi cerita along.. 3 bulan selepas along diturunkan ilmu hanuman (ilmu hitam) along merasa megah dengan kekuatan kebatinan yang dia ada dan dia rasa sudah sampai waktu untuk dia pulang ke ampang.
Setelah beberapa tahun duduk diampang along cuba utk berumah tangga tetapi semuanya gagal.. bilamana dia bekerja semua majikan tidak ngam dengan dia.. berhentikan dia kerja.. rupa rupanya ada juga kes yang takut dengan along.
Ramai kata dorang selalu nampak kelibat along duduk bertapa di bengkel.. ada yang kata nampak along menangis merayu agar dilepaskan.. walhal along tak buat pun benda tu semua..
Sampai la satu ketika.. along ditegur oleh seorang pak cik tua yg agak rapat juga dengan along.. "along, pak cik tengok kamu ni budak baik.. tapi kenapa kamu amalkan ilmu-ilmu siam ni along?". Tersentak along time tu.. sedangkan along ni tak pernah cerita perihal di siam.. Along pula bukannya orang yang kaki pakai singlet.. setiap masa dia pastikan kulit badan dia orang tak nampak.. (dia sorok la tatu dia)
Bermula dari situ along mula bermimpi perempuan muka hodoh menangis-menangis didepan along.. boleh katakan setiap malam.. dan bila dia terjaga.. dia nampak kelibat kanak-kanak yang hampir keseluruhan badan terbakar menangis duduk di kaki along..
Kehidupan along mula terganggu.. mula-mula hanya gangguan waktu malam (waktu tidur) tak lama lepas tu gangguan dah start waktu siang. (Dalam keadaan sedar)
Pernah along order makan di kedai.. elok je muka akak yang ambil order tu berubah jadi perempuan hodoh dalam mimpi along.. ibarat kata along pejam mata or buka mata kelibat jin perempuan dengan kanak-kanak tu sentiasa ada dengan along..
Mesti korang pikir mana pergi hanuman kan? Jap.
Semua orang yang nak berurusan dengan along semua lari.. bukan sebab nampak hantu tapi bilamana dorang dekat dengan along dorang tak tahan bau bangkai yang meloyakan tekak.
Along mula pergi mencari ustaz-ustaz untuk membuang.. along rasa ni semua punca dari ilmu hitam yang dia belajar..
Waktu dia berubat ramai ustaz-ustaz yang mengalah sebab bila dirawat benda tu tak datang dan tak boleh nak putuskan hubungan along dengan jin tu.
Reason dia.. along dah buat perjanjian berdarah sehidup semati dengan jin-jin yang along ambil. Sampai la satu ketika along dijumpakan dengan seorang kiai di masjid (dekat ampang). Along mengadu masalah dia dekat pak kiai. Pak kiai setuju nak membantu along tapi dia cakap dia bukan perawat dia hanya hamba ALLAH yang cuba membantu along.
Sampai je dekat rumah along pak kiai bagi je salam terus yang menyambut salam tu 3 suara yang berbeza keluar dari mulut along.
Bermula la dialog antara jin dalam badan along dengan pak kiai.
"Kau tak akan mampu pisahkan aku dengan budak ni.. budak ni dah berjanji sehidup semati dengan aku" - jin 3 sekawan.
"Tiada kuasa yang lebih hebat dari kekuasaan ALLAH kau hanya jin iblis lakhnatullah" balas pak kiai.
Mula la pergelutan diantara ruqyah dan jampi serapah siam. Macam-macam bunyi yang keluar sampaikan bunyi pinggan mangkuk pecah dekat dapur macam orang campak-campak.. bunyi cakar dekat atap rumah along. macam-macam bunyi yang ada..
Sampai la tahap pak kiai azan 4 penjuru barulah berhenti gangguan.
Relax jap.. rasa ada benda tengok la pula.. jap lagi dah tenang aku sambung lagi kisah ni.. baru 40% thread ni ya..
Ok aku sambung balik walaupun tak ada yang membaca.. kan ku gigihkan juga habiskan kisah ni.
Selesai je kiai azan 4 penjuru.. disusuli dengan pemagaran 4 penjuru.. kiai pergi ke dapur.. dan yang aneh nya tiada satu pun gelas mahupun pinggan atau mangkuk yang pecah.. semua nya elok dekat rak.. kiai ambil segelas air dan letak garam.. lepas syifa diberikan minum pada along.
Tapi gangguan pada along tidak berkurangan malah makin teruk dia diganggu. Dan yang paling ngeri dia tak boleh tahan nafsu untuk makan tulang-tulang saki baki lauk macam tulang ayam ke apa.. dia akan ratah tulang tu tanpa dia sedar.
Along tak putus harapan.. dia pergi ikhtiar ke beberapa tempat sebelum dia sampai ke tempat aku.. dan setiap cerita di atas diceritakan sendiri pada aku.. ok sekarang bermula kisah dia berubat dengan aku..
Macam biasa.. sebelum aku mulakan ruqyah aku akan buat air syifa terlebih dahulu untuk detect benda-benda kotor dalam badan pesakit. Mula je aku baca ayat syifa pada air.. riak muka along dah berubah.. seperti marah pada aku.. dan mulut along terkumat kamit baca sesuatu.
Aku pun buat-buat la tak tau.. buat je kerja aku. Habis je ayat syifa aku tepuk bahu along.. "haa bang (panggilan biasa aku pada pesakit lelaki) datang sini kena kuatkan semangat bang.. abang nak sihat kan.. kuatkan semangat yakin pada kekuasaan ALLAH".
Reaksi along macam ok. Dah mula nampak waras. Tak ada terjegil-jegil mata lagi.. aku minta dia selawat dia boleh selawat.. so aku suruh dia pasang niat untuk membuang semua ilmu dan kekotoran dalam badan dia.. lepas je niat aku suruh minum air syifa yang aku buat.
Tak sampai setengah gelas dia minum.. dia muntah balik.. terbelalak biji mata.. "Panasssss!! Ko semua nak bunuh aku ke apa.. panasss la bodohh!" sambil dia koyak kan baju yg dia pakai.. badan along merah habis macam udang kena panggang merah dia..
Dengan suara garau dia.. tetiba along gelak (faham-faham la yang ni bukan along dah ya) "hehehe kau ingat kau dapat pisah kan aku dengan dia.. jangan harap dalam badan dia dah aku siap beranak pinak dalam ni! Kau buang aku. Esok lusa aku masuk balik"
Aku pun apa lagi.. dah alang-alang baju along pun dah koyak.. aku buat tak tau je la apa yang jin tu merepek. Aku mulakan ruqyah dan aku tujukan dekat setiap tempat dekat badan along yang ada tatu..
Setiap kali aku ubahkan telapak tangan aku ke arah tatu along yang lain.. along akan berubah karakter menjadi orang yang lain.. sekejap jadi macam budak kecik yang menangis nak kan mainan.. sekejap jadi perempuan yang cuba menggoda (oii kunyit oii..)
Tapi setiap kali dia berubah menjadi hanuman.. setiap kali tu juga orang-orang dekat sekeliling yang cuba memegang dia makan buah pukul.
Aku pun apa lagi.. pasakkan setiap sendi along di 7 lapisan tanah. Alhamdulilah along dah tak merontan dan tak menyerang orang lain.
Lebih kurang 30 minit sesi ruqyah.. last-last aku terdetik hati.. apa sebenarnya punca yang jin ni susah sangat nak lepaskan along..
Aku sedarkan along.. aku terus tanya "sewaktu abang menuntut ilmu dulu.. ada tak tok cha tu bagi apa-apa barang dekat abang?"
Hmm rupanya memang ada along ni ambil barang tu.. dan syaratnya along kena perasap barang tu setiap khamis malam jumaat (malam keliwon). aku suruh along balik dan bawa balik barang tu jumpa aku..
Keesokkan harinya.. haa along datang jumpa aku bawa 3 barang yang dia dapat.. aku buka je bungkusan tu amik kau.. satu klinik aku bau bangkai.
Ada macam janin dalam balang, gumpalan rambut dan yang paling real sekali ada tokong kecik dalam bungkusan tu.
Aku direct tanya.. "bang kau ni memang tak pernah buka ke bungkusan ni? Main ambil macam tu je ke?"
Dia jawab pantang larang dia memang dia tak boleh buka.. dan kalau dia mati pun jangan dibuka. Cis teruk brader ni kena cong dengan tok cha.
So time tu juga aku mulakan sesi neutralkan balik barang tu.. haa dan-dan time tu juga la.. 3 suara muncul serentak merayu jangan pisahkan dorang dengan along.. ciet ingat aku nak heran..
Sambil-sambil aku baca beberapa ayat dalam surah al jin.. aku tanya jin-jin tu.. kenapa nak sangat duduk dalam badan manusia.. tak rasa bosan ke.. dorang kata badan manusia ibarat istana bagi golongan bangsa jin.. apa yang manusia makan mereka dapat rasa benda yang sama.
Dorang lebih selesa menetap dalam badan manusia dari menetap di tempat-tempat kotor dan makan tulang belulang semata-mata. Aku pun terkeluar la soalan tak takut pada hukuman ALLAH? Dorang boleh jawab tiada siapa yang menceritakan tentang ALLAH.
Aku pun macam terlebih rajin pula time tu tanya dia.. nak tak aku tunjukkan apa itu islam. Buka kan hijab tunjukkan keberadaan islam. Alhamdulilah bangsa jin dalam badan along menerima islam. Dan mereka aku pandukan keluar dan aku mohon agar mereka pergi mencari bangsa mereka yang beragama islam untuk belajar tentang islam.
Tapi lepas je keluar muncul pula sekor jin yang bengis marah dekat aku..
Aku baca kan satu ayat yang alquran yang mahsyur yang selalu digunakan perawat untuk menundukkan para jin dan digabungkan pula dengan kaf 40. Alhamdulilah tak sampai dua minit keluar jin yang mengaku jin ifrit tu.
Ingat ya semua.. bangsa jin boleh mengaku siapa pun dia.. jin ifrit la apa la.. tapi dia tidak akan mampu menipu ayat quran.
Jadi berbalik pada pesakit, aku pulihkan semangat along. Lepas tu aku sedarkan dia. Selesai rawatan seperti biasa sesi tarbiah bermula.. dan aku masih ingat pesan aku pada along.. "bang, tatu tu kalau dibuang menyeksakan.. bertaubat la sebenar-benar taubat.. dan jangan ulangi kesilapan lama. Dan abang kena ingat badan abang dah ada ruang untuk kaum jin masuk"
"Cara-cara nak tutup lubang-lubang tu.. perbanyakkan amal ibadah.. rapatkan hubungan abang dengan ALLAH. Perbaiki solat.. in sha ALLAH.. dengan izin ALLAH.. hilang gangguan tu bang."
Lepas sesi rawatan ke dua tu.. along datang buat 3-5 kali lagi untuk rawatan susulan. dan dia sendiri ambil amalan untuk rawatan diri dia sendiri. Alhamdulilah sekarang along banyak khidmat di madrasah atau di seri petaling. Dan Alhamdulilah dengar dia dah berkahwin.
Satu je nak cakap. Nak hebat nak jadi handal kita semua akan mati dan akan dipertanggungjawabkan apa yang kita lakukan dihadapan ALLAH kelak. Jadi berfikir la dengan otak bonak yang ALLAH kurniakan.. jangan menyesal di kemudian hari nanti (dalam kubur baru nak nyesal tak guna).
Ok tamat kisah ilmu hitam tatu hidup dari siam. In sha ALLAH jika ada sambutan.. akan saya sambung kisah SAKA 9 KETURUNAN NANTI. #thread #seramshit
BACA JUGA:
2 Comments
done baca sampai habis. fuhh. serammm jugakkk
ReplyDeleteGigih baca sampai habis.. Mujurlah Along mahu berubat dan berusaha.. Perkongsian kisah yang bagus untuk teladan..
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p