kisah benar cerita seram di rumah sewa (warning: jangan baca tengah malam)

by - April 04, 2017
fyi, kisah benar cerita seram di rumah sewa ni bukan dari pengalaman saya sendiri ye (nauzubillah). kisah benar cerita seram di rumah sewa ni saya dapat tahu di Facebook. Nama dirahsiakan. Tapi, serius meremang den baca kisah beliau ni. So, nasihat saya jangan baca cerita ni pada waktu tengah-tengah malam atau tengah-tengah pagi. Kang mula la imagine macam-macam lepastu tak boleh nak tidur haha.

[bawah ni cerita full dari tuan punya badan di FB]


kisah benar cerita seram di rumah sewa


cerita seram di rumah sewa
kisah benar cerita seram di rumah sewa. [gambar hiasan]

Salam, kisah aku ni bermula dgn aku dan suami perlu pindah ke Petaling Jaya atas urusan kerja. Suami aku dpt rumah sewa area Taman Medan dgn harga yg not bad la. Rumah sewa aku ni berdekatan dgn Pasaraya Matahari So, senang la aku nk beli apa-apa kan? Jalan kaki pun boleh pergi pasaraya. Klinik Kerajaan Taman Medan pun dekat.

Masa first masuk rumah sewa ni aku dh rasa lain mcm. Mana tidaknya, aku siap jumpa kain putih lusuh berlumpur kering kt dlm bilik tidur aku. Siap ada 2, 3 helai rambut panjang lekat kt kain tu. Dlm hati aku tdetik, "kain pontianak ke ni? Pontianak tukar baju dlm bilik ni ke?". Aku gelak kecik dgn diri aku sendiri. Aku tanpa byk soal, aku terus campak kain tu dlm tong sampah luar rumah.

Hari ptama aku kt rumah takde apa2 yg blaku pun. Siap aku menari2 lagi dgn suami dlm rumah.

Masuk hari kedua, start dh buat hal. Suami pergi kerja. Aku dlm bilik ni main Candy Crush, selamba je aku dengar ada org mandi mcm org gila kt bilik air diluar bilik. Dia punya jirus air tu mcm gelojoh sgt nk mandi. Aku menangis dn terus call suami aku. Suami suruh baca apa2 yg patut. Bila bunyi org mandi dh hilang, aku pi la tengok kt bilik air. Ya Allah, berus gigi aku dn suami betul2 landing dlm lubang jamban duduk tu. Lpstu ada najis dkt ats lantai. Aku cuci semua dan terus masuk bilik tak kluar2.

Bukan itu saja, mlm tu lagi teruk. Suami balik kerja nk makan nasi. Aku hidang nasi kt suami. Menjerit suami kata nasi basi dan bau hancing! Aku panik, macam mana boleh basi? Aku baru je masak nasi tu, masih panas lagi. Dah la basi, sekali pakej hancing pulak tu. Suami aku bangun, terus pergi azan dekat tengah2 rumah. Habis je suami azan, ada suara ikut azan, suara tu dtg dari sebuah bilik kosong yang pintunya bertutup. Benda tu azan main2, gelak2 dan ianya sgt myeramkan campur ngeri. Gigil tgn dibuatnya, first time dgn bende2 aneh mcm ni. Suami terus tendang pintu bilik tu sampai terbukak! Nyalakan lampu, tapi takde apa2 pulak. Tapi bilik bau hanyir busuk bangkai.

Tanpa byk ckp, suami dgn bengang call owner rumah. Mengadu pasal benda ni. Senang je jawapan si owner, dia kata itu masalah peribadi penyewa. Lps tutup call, dh takde apa2 gangguan dh.

Tapi masa pukul 1 pagi, ada benda ketuk pintu belakang dapur mcm nk pecah. Ketuk bertalu2 mcm pencegah maksiat yg ketuk dh bunyinya. Kuat sgt, suami terkejut smpai tergolek jatuh katil. Aku menangis takut ya amat sgt, suami jerit smpai nk tkeluar anak tekak barulah benda tu diam. Kami tido sambil pasang ayat2 suci kt fon. Gangguan tiada sampai ke pagi.

Besok bangun, ada kesan lebam dekat peha dn dekat perut, bsar2 pulak tu. Aku takut duduk rumah sorang2, aku nk ikut suami pi kerja, suami kata jgn takut dgn benda tu nanti dia lg suka. Aku beranikan diri duduk sorang2 kt rumah. Tapi aku tperap dlm bilik la. Dari pagi hingga ke ptg takde apa yg berlaku, tp ade pekara aneh yg terjadi waktu suami balik kerja, suami kata "awk bermantera apa dgn sy ni?", aku tak phm dn tanya suami, "mantera apa bang?". Suami suruh tgk whatsapp. Aku on whatsapp, gila betul, aku ada hantar chat mentera kt suami aku dlm whtsapp. Manteranya berbunyi,
"terbang melayang2, ada didahan, Xxxxxxxxxxxxxxx.................

Berderau darah aku baca, takkan hantu setan pandai pakai whtsapp pulak?

Pandai main teknologi? Aku cakap kt suami bukan aku yg hantar, suami aku diam je masuk rumah. Suami kata kita buat tak layan je, nanti benda tu tak kacau la. Nak cari rumah sewa lain mmg dh takde duit dah. Lps makan semua, malam tu lagi dahsyat, benda tu dh start main bakar2 pulak, tgh sedap2 tido smbil pasang ayat suci, ada terbau asap, alih2 dengar suami menjerit sekuat hati. Mana tidaknya, beg duit suami terbakar, habis duit, I/C dn kad bank semua hangus.

Memang seram campur sakit hati. First time tgok suami menangis.

Belum reda lagi kes tbakar ni, tiba2, semua frame gambar kahwin aku dgn suami semua tiba2 retak serentak. Lpastu terdengar bunyi benda mengilai kt ruang tamu punyalah nyaring dan kalau korang dengar,.. fuh, mesti terkencing sbb lain macam dia punya mengilai.

Suami tak tahan, suami call ustaz yg dia kenal dn mintak tlg dtg kerumah. Ustaz tu kata, "saya dekat Kuantan, Pahang ni."

Lepas je ustaz ckp mcm tu, ada satu suara garau ckp dekat depan pintu bilik aku mcm ni, "di Kuantan ya? Hihihihi."

Suami aku terus bukak pintu luas2 dan ckp, "jgn kacau la setan!", sbb benda tu dh berani mendekat dan bsuara.

Lpstu suami sambung ckp dgn ustaz, "ustaz dgr tadi?". Ustaz tu tak jwb tapi dia baca sesuatu, dlm beberapa saat, ustaz tu suruh suami azan disetiap penjuru bilik.

Suami cpt2 buat, lps tu, gangguan dh pulih sikit, kami sambung tido.

Pada esok hari aku bangun, aku tiba2 ada kat bilik air, suami angkat aku masuk bilik. Suami tak kerja, ponteng. Aku dh macam org tak betul dah asyik ketakutan saja.

Aku paksa suami cari rumah sewa lain. Suami duduk termenung diam je. Pagi tu aku ikut suami beli nasi lemak kt luar naik motor. Balik je rumah, bukak pintu, ada 2 ekor burung gagak terbang dlm rumah, terkejut betul aku. Lpstu ada najis dekat atas meja makan. Hilang selera mkn aku. Suami tampar meja dgn tangan sambil ckp, "melampau la ni!".

Suami suruh kemas baju2 nak blah. Suami ckp rumah ni puaka tahap gila. Aku tnpa blengah terus kemas baju.

Suami pergi buang air besar. Masa aku tgh kemas baju. Aku dgr ada benda tgh pung pang pung pang masak kt dapur. Aku terus pergi tgok.

Alangkah terkejutnya aku tgok ada pontianak dgn rambut pjg smpai ke pinggang, rambut kusut masai tutup muka. Pakai kain putih lusuh yg aku buang sebelum ni. Selamba je diri dekat dapur mcm patung smbil dua tangan letak kt perut (mcm org tgh solat).

Bende tak guna tu pandang aku. Lutut aku goyang, memang goyang sgt tak tipu. Mulut aku tkunci, kaki pun tak boleh jalan. Badan gigil2. Serious aku tak pernah nampak benda2 ghaib ni. Skg dh nmpk, mmg tcabut skru lutut.

Tdetik dlm hati aku adakah kita boleh lihat mahkluk ghaib sejelas ini?! Pagi pulak tu. Nk panggil suami tak boleh, mulut tkunci habis!

Aku ingat dlm filem je bentuk pontianak mcm ni. Rupanya in reality pun sama. Lps terketar2 smbil menangis, aku pengsan. Sedar2 aku dah ada kt pusat rawatan islam.

kisah benar seram rumah sewa
kisah benar cerita seram di rumah sewa. credit image: stevents.us
Skrg aku dan suami dh tinggalkan rumah syaiton tu. Kami cari rumah sewa yg baru. Kami dapat rumah flat dkt Taman Desa Perangsang jln PJS 3/52. Kedai runcit Aceh pun dpn rumah je.

Kt sini takde puaka2 syaiton ni. Alhamdulillah ok je.

Cuma satu je yg pelik, masa hari first masuk rumah sewa baru ni. Aku tnampak kain putih lusuh baik je landing atas lantai rumah flat aku ni, bila aku pandang kali kedua, hilang la pulak. Maybe khayalan aku je kot sbb still trauma. Tapi yg penting, gangguan yg menimpa kluarga kecil ku sbelum ni sudah tiada. Tenang jiwa rasa.

Bye2 semua, salam.

TAMMAT.


Amacam, boleh bagi 5 bintang tak kat cerita ni? Adeh.. nasib baik la time pertama kali saya baca cerita ni waktu tengahari haha. Tu pun dah meremang. Apatah lagi kalau tengah malam.

You May Also Like

13 comments

  1. Erk..ni kurang seram la KC..ada lagi citer seram

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat la akak ni.. betul ke ada lagi seram? :D

      Delete
  2. perghhh gile seram.. huh.. betoi ka ni.. kalau betoi memang dasyat la..

    ReplyDelete
  3. Dah nak malam ni.. sempat ke ni baca.. ahaha

    Ok dah abis baca.. boleh tahan juga la seram ni..2.5 bintang

    ReplyDelete
  4. Ucing baca petang ini (@_@)kalau awak baca mungkin ingat sampai ke malam kerana awak mempunyai ingatan yang kuat hehe..(^_^)

    ReplyDelete
  5. simpan nak baca malam ni. hahaha ><

    ReplyDelete
  6. aduh takut takut elsa nak habiskan baca tapi akhirnya habis jugak! seramnya kalau elsa dekat dalam cerita nie tak tahu lah cemana elsa survive huhu

    ReplyDelete
  7. tapi kan.. taman sri medan tuu sebnarnya jauh dari pasaraya matahari tu.. cube korang tgk kt dlm maps.yang dekat dgn psaray tu, tama sri manja.. hmm

    ReplyDelete
  8. Tapikan.. taman medan tu sbnrnye jauh dari pasaraya matahari.. yg dekat smpai bole jalan kaki pun, taman sri manja.. hmm...

    ReplyDelete
  9. baca siang..macam tak berapa nak seram..tapi bila masuk toilet (kat opis), terpaksa keluar semula cepat2...haihh, affected jugak weh..hahahaha..

    nyesal baca..hahahaha

    ReplyDelete
  10. mintakmaaf boleh saya tahu dimana alamat rumah tersebut, sebab saya dapat menyewa disitu dengan harga yang tidak masuk akal,boleh call saya 0108923720 puan putri. harap beri kerjasama, t/q :)

    ReplyDelete
  11. dahsyat sgt ni. sumpah !

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p