Cara Kemaskini Permohonan Jawatan SPA - sayidahnapisahdotcom Cara Kemaskini Permohonan Jawatan SPA
LightBlog

Cara Kemaskini Permohonan Jawatan SPA

Cara Kemaskini Permohonan Jawatan SPA | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Baru baru ini saya ada terima satu email berkaitan dengan makluman bahawa tempoh sah laku pendaftaran bagi permohonan jawatan SPA saya bakal tamat pada bulan depan. So.. I have to perbaharui permohonan tersebut. Jika tidak... expired (luput) lah. Senang cerita, hilang lah segala application saya dalam SPA jika tidak dikemaskini dan hantar permohonan baru

Email yang saya terima tersebut berbunyi:

Tempoh Sah Laku Pendaftaran Bagi Permohonan Jawatan dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i)

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa permohonan tuan/puan akan tamat tempoh dalam masa sebulan lagi iaitu pada 21/08/2018. Oleh yang demikian adalah dinasihatkan supaya tuan/puan memperbaharui permohonan jawatan tuan/puan untuk mengelakkan tuan/puan terlepas peluang untuk dipertimbangkan panggilan temuduga selepas tamat tempoh sah laku pendaftaran.

3. Sila log masuk ke Sistem SPA8i (http://www.spa.gov.my/web/guest/pautan-borang-spa8i) dan kemaskini permohonan tuan/puan dan hantar Pengakuan Pemohon supaya pendaftaran tuan/puan boleh diproses semula. Sila pastikan tarikh daftar dan senarai jawatan dimohon adalah yang terkini di menu Semakan Permohonan.

4. Sila abaikan emel peringatan ini sekiranya anda tidak berminat meneruskan permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam atau telah pun dilantik ke dalam perkhidmatan awam.

Sekian, terima kasih.

Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,
Malaysia.

Saya pernah sekali kemaskini dan perbaharui permohonan di SPA tahun lepas. This year kena buat lagi sebab tempoh sah laku pendaftaran SPA8i hanya 1 tahun sahaja. So, in case bagi sesiapa yang nak kemaskini tapi tak tahu caranya.. this is for you!


Cara Kemaskini Permohonan Jawatan SPA

1. Login (log masuk) SPA8i di https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp [UPDATE BARU: Sekarang dah SPA9 https://spa9.spa.gov.my/login]

MyID: nombor kad pengenalan
kata laluan: password yang telah ditetapkan semasa mendaftar kali pertama

p/s: kalau lupa kata laluan, klik 'LUPA KATA LALUAN'
Cara Kemaskini Permohonan Jawatan SPA
Cara Kemaskini Permohonan Jawatan SPA #1
Sebelum tu, kot kot laa kan terlupa bila tarikh permohonan SPA kita.. boleh tengok di bahagian tepi yang tertulis 'Status Permohonan'. Setahun selepas tu adalah tarikh expired permohonan kita. Contoh seperti saya: 21 Ogos 2017 adalah tarikh permohonan saya. So.. 21 Ogos 2018 adalah tarikh expired permohonan jawatan SPA saya.

Cara Kemaskini Permohonan Jawatan SPA
Cara Kemaskini Permohonan Jawatan SPA #2
2. Kemudian.. klik 'JAWATAN DIMOHON' > SIMPAN (tak perlu ubah apa apa pun sebenarnya. tapi.. kalau nak tambah atau tolak jawatan yang dipohon tu silakan)

Cara Kemaskini Permohonan Jawatan SPA
Cara Kemaskini Permohonan Jawatan SPA #3
3. Then.. Klik 'PENGAKUAN PEMOHON' > tick 'Saya setuju' > HANTAR

Cara Kemaskini Permohonan Jawatan SPA
Cara Kemaskini Permohonan Jawatan SPA #4
4. Nanti akan ada something popup.. just klik OK

Cara Kemaskini Permohonan Jawatan SPA
Cara Kemaskini Permohonan Jawatan SPA #5
5. DONE!

Kalau nak simpan slip akuan permohonan, boleh klik icon 'download' di bahagian atas kanan.

Cara Kemaskini Permohonan Jawatan SPA
Cara Kemaskini Permohonan Jawatan SPA #6
6. For the last step, ini just to make sure adakah permohonan kita telah dihantar dengan betul.. Klik 'SEMAKAN PERMOHONAN'. Lihat semula tarikh di 'Status Permohonan'. Adakah sudah berubah kepada hari ini (hari yang kita kemaskini) atau masih kekal sama.

Cara Kemaskini Permohonan Jawatan SPA
Cara Kemaskini Permohonan Jawatan SPA #7
Jika tarikh luput sudah bertukar ke tahun hadapan, we are done! Yeay yeay. Settle dah. Happy ending! Tibee hahaha.

Okay semoga bermanfaat. Sharing is caring dengan kawan kawan yee.

Daa~ wassalam!


Post a Comment

3 Comments

  1. Salam nak tanye...sy sudah kemaskini bnyk kali spa 8 ..tapi semakan permohonan tidak berubah tarikh & tahun... Mcm Mane yer?

    ReplyDelete
  2. Nak kena check ni. Rasa mcm dah lama tak jenguk ke spa tu.

    ReplyDelete
  3. salam nak tanya.saya dah kemaskini dalan beberapa bulan yang lepas. tapi sejak ada spa9 yang baru saya nak login lena kata laluan dah tak boleh masuk.adakah cara lain tak ? atau saya kena buad jadi pengguna baru hm.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p