Lapor Diri Tamat Pengajian Secara Online Bagi Pelajar Tajaan JPA - sayidahnapisahdotcom Lapor Diri Tamat Pengajian Secara Online Bagi Pelajar Tajaan JPA
LightBlog

Lapor Diri Tamat Pengajian Secara Online Bagi Pelajar Tajaan JPA

Lapor Diri Tamat Pengajian Secara Online Bagi Pelajar Tajaan JPA


Bagaimana cara melapor diri?

Tak perlu pergi ke pejabat JPA untuk melapor diri, hanya lapor diri secara online sahaja. 

Cara-caranya:
-pergi ke laman web http://myself.jpa.gov.my
-klik ‘Daftar eSILA-ID' (sekiranya masih belum mempunyai kata laluan) **eSILA-ID ialah nombor kad pengenalan kita
-Login kemudian klik pada menu tab Pengajian
-klik pada tab menu Lapor Diri Tamat Pengajian, isi semua maklumat dan klik ‘Hantar Permohonan’.



Lapor Diri Tamat Pengajian Secara Online Bagi Pelajar Tajaan JPA
Lapor Diri Tamat Pengajian Secara Online Bagi Pelajar Tajaan JPA
Lapor Diri Tamat Pengajian Secara Online Bagi Pelajar Tajaan JPA
klik pada menu tab pengajian, kemudian lapor diri tamat pengajian

Lapor Diri Tamat Pengajian Secara Online Bagi Pelajar Tajaan JPA
Lapor Diri Tamat Pengajian Secara Online Bagi Pelajar Tajaan JPA

Lapor Diri Tamat Pengajian Secara Online Bagi Pelajar Tajaan JPA
hantar permohonan jika sudah siap isi semua maklumat
Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan semasa melapor diri secara online?

Pelajar perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

-salinan diploma/ijazah/masters/PHD (perlu disahkan jika bukan salinan asal)
-salinan transkrip peperiksaan (perlu disahkan jika bukan salinan asal)
-bukti permohonan jawatan dengan pihak Berkuasa Melantik (www.spa.gov.my) **pemegang biasiswa JPA dikehendaki memohon sekurang-kurangnya 5 jawatan mengikut kelulusan akademik yang terkini-bagi pelajar bidang selain perubatan, pergigian, dan farmasi.

Jika belum memperolehi dokumen-dokumen yang diperlukan, pelajar perlu mengisi Borang Pendaftaran Pekerjaan dalam Perkhidamatan Awam (SPA8i) menerusi website http://www.spa.gov.my dan memuatnaik dokumen yang diperoleh dari laman web tersebut ke Portal Myself.

Dokumen-dokumen lain boleh dimuatnaik setelah diperoleh kelak (selepas majlis konvokesyen).

[UPDATE] Dikehendaki letak CGPA semester lepas (bagi result yang belum keluar) dan boleh kemaskini selepas dapat yang latest.

Lapor Diri Tamat Pengajian Secara Online Bagi Pelajar Tajaan JPA
SPA8i
Adakah lapor diri itu wajib & siapakah yang diwajibkan melapor diri?

Ye wajib bagi semua pelajar tajaan JPA, tiada yang terkecuali.

Bilakah sepatutnya pelajar tajaan JPA yang sudah habis belajar melapor diri?

Tempoh yang diberikan untuk melapor diri adalah 30 hari selepas tamat pengajian (tarikh peperiksaan akhir).



Adakah pelajar yang gagal dan diberhentikan oleh Pihak Universiti perlu melapor diri juga?

Yeap perlu melapor diri juga dan proses juga sama seperti mereka yang tamat dengan jayanya.

Apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak JPA jika sekiranya pelajar enggan melapor diri?

Pelajar boleh dikenakan tindakan ganti rugi kerana melanggar kontrak/perjanjian yang ditandatangani iaitu membayar semula segala perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan secara sekaligus (lump sum) kepada pihak kerajaan.

Apa itu Program STAR?

Program STAR ( Scholarship Talent Attraction And Retention) adalah satu program yang membenarkan pelajar tajaan JPA berkerja dengan syarikat swasta yang terpilih bagi memacu usaha Program Transformasi Kerajaan (GTP) selain memenuhi syarat berkhidmat.

Bila boleh menyertai Program STAR?

Pemegang biasiswa JPA (bidang pengajian selain perubatan/pergigian/farmasi) adalah dikehendaki untuk menyertai program STAR hanya apabila telah melapor diri dan telah memohon sekurang-kurangnya 5 jawatan dengan SPA yang mana terkemudian. Pelajar boleh mengakses ke website www.star.talentcorp.com.my untuk makluman lanjut atau berhubung dengan pegawai-pegawai Talentcorp seperti berikut:

Lapor Diri Tamat Pengajian Secara Online Bagi Pelajar Tajaan JPA
pegawai SPA Talentcorp
JPA juga telah memansuhkan tempoh masa menunggu (vacuum period) bagi tujuan menunggu panggilan daripada SPA. Graduan boleh memohon pekerjaan secara persendirian atau memuat naik resume/CV menerusi portal STAR.

Jika terdapat sebarang masalah teknikal berhubung portal MySELF tersebut, sila hantarkan email kerjaya.bl@jpa.gov.my dengan menyertakan printscreen berkaitan atau hubungi 03-8885 3553/3210/3686/3445/3724.

[UPDATE] Saya ada tanya juga senior-senior dan ada juga kawan saya yang tanya senior-senior tajaan JPA ..mereka ada yang lapor diri..

  • selepas majlis konvokesyen
  • 1 tahun selepas tamat pengajian
tapii..okay je. pass je mereka lapor diri. takde kena denda pun walaupun dah lepas 30 hari selepas tamat pengajian kan. Sooo, jangan stress stress sangat ye. :)


Semoga bermanfaat, adios!

Baca juga entri :

Post a Comment

66 Comments

  1. salam.. tumpang tnye.. salinan ijazah dan transkrip tu blum ada lg..sbb blum sampai sbulan lg abs belajar.. so cmne utk selesaikan tamat belajar tu yea.. ape yg sy dpt thu.. sy perlu lapor tamat pgjian JPA tu dlm tempoh sbln lbh tamat belajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhh. pihak JPA kata..lapor diri selepas dah perolehi transkrip & salinan ijazah tu. maksudnya selepas dah perolehi semua dokumen yang diperlukan.

      Delete
    2. MAAF MENCELAH, BOLEH KE KTE ISI SPA TUK IJAZAH, KLW IJAZAH KTE BELOM OFFICIAL LAGI, MEANS RESULT LAST SEM BELOM KUAR LAGI, ? SBB TAKOT DIKENAKAN TINDAKAN..MOHON PENCERAHAN

      Delete
    3. ohh kalau nak isi spa selepas dapat official result last sem pun boleh. pihak JPA benarkan.

      ada orang email JPA dan JPA benarkan untuk lapor diri selepas dah dapat semua dokumen yang diperlukan.

      Delete
  2. bila tarikh tutup lapor diri ni ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam website myself JPA kata. lapor diri dalam tempoh 30 hari selepas tamat pengajian (tarikh tamat peperiksaan akhir)..tapi. pihak JPA kata..boleh lapor diri selepas dah perolehi semua dokumen yang diperlukan. so kalau nak lapor diri selepas convo boleh je

      Delete
  3. Kalau sambung belajar selepas pengajian macam mana ye?

    ReplyDelete
  4. Salam...just nak confirm...betul ke bole lapor diri selepas konvo..?? hehe...lagipun sekarang ni tengah short semester...kat group fb pun bnyak student bagitau kena lapor diri dalm tempoh 30 hari ...TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. pihak JPA kata jika nak lapor diri selepas dah terima semua dokumen yang diperlukan (sijil ijazah + transkrip) boleh diterima. confirmed.

      Delete
  5. Salaam, nak tanya. kan cik ada bgtau kena mohon at least 5 jawatan.. kalau jawatan yg layak dimohon tu satu je, mcm mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. mintak je mana-mana 5 jawatan walaupun ada yang tak matching dengan kelayakan kita.

      Delete
  6. slip permohonan spa yang mana satu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lambat balas. boleh baca di sini http://www.sayidahnapisah.com/2016/08/pendaftaran-pekerjaan-dalam-perkhidmatan-awam-spa8i.html

      Delete
  7. slip permohonan spa yang mana satu ye?

    ReplyDelete
  8. slip permohonan spa yang mana satu ye?

    ReplyDelete
  9. Salam, just nak tau, recently saya cuba wat lapor diri Online kat JPA, tapi ada log in problem dan nk daftar pun gagal. So mcm MANA SAYA NAK LAPOR KE JPA???? Please help.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.. maaf lambat reply. saya pun ada masalah login haritu tapi saya refresh banyak kali je. alhamdulillah okay. kalau ada msalah error ape ke, ce refresh banyak kali, tengok apa jadi.

      Delete
  10. Assalamualaikum.. tahu tak macam mana nak lapor diri selepas tamat tempoh penangguhan... kat MySEF hanya untuk tamat pengajian je

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. penangguhan? rasanya sama je. kena lapor diri juga di Myself :)

      Delete
  11. salam. nak tya.. kalau kita nk smbung bljr kena isi borang penagguhan ke ? atau blh je isi borang lapor diri tu? saya diploma skrg

    ReplyDelete
  12. salam. nak tya.. kalau kita nk smbung bljr kena isi borang penagguhan ke ? atau blh je isi borang lapor diri tu? saya diploma skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. lepas habis belajar kena buat dua perkara:
      1) lapor diri
      2) daftar STAR

      no.1 tu kalau nak sambung belajar pun kena buat jugak.
      tapi no.2 tu kalau nak sambung belajar, takyah buat. tapi kena isi borang penangguhan. J5

      Delete
    2. ooo kiranya kalau nk smbg kena lapor diri dan isi borang penagguhan tu la kan ? okay2 dh fham. tq kak :)

      Delete
  13. Salam... lepas lapor diri tmat pengajian dgn hntr permohonan spa, confirm dpat ke kje dari slah 1 kje yg kita mntk 2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. tak ada la confirm. sebab nanti akan ada interview bagai juga. :)

      Delete
  14. Salam, nak minta pencerahan..:) jawatan spa tu katanya, sekurang2nya 5 jawatan kan, maksudnya, kena 5 jwatan je eh? klau lebih xbleh ke?..hee

    ReplyDelete
  15. salam..slip permohonan spa tu yang mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. slip permohonan tu slip bukti kita dah memohon jawatan SPA. cth slip saya ada tunjuk di atas.

      Delete
  16. salam. saya nak tanya. sijil diploma tu yg mana ye? yg kita akan dapat time convo ke? dan satu lgi. kat atas akak ada cakap lepas tamat belajar kena lapor diri dan daftar star kan. yg daftar star tu wajib ke kalau kita nk smbg belajar lgi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam.

      1. yeap sijil diploma yang dapat time convo
      2. kalau nak sambung belajar, boleh isi dan hantar borang J5. borang tu boleh ambil kat laman web esilav jpa. :)

      Delete
  17. Salam . just nak confirmkan balik. Kalau dh hbis bljr tp still nk smbg lg, kna isi borang penagguhan j5 tu kan? Dan kna lapor diri jgk kan? Tp yg lapor diri tu,slip permohonan spa tu kna hntr jgk ke mcm mna sbb sy nk smbg bljr lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Yeap dan yeap. Yang slip permohonan tu apply je sebab nak lengkapkan lapor diri tu. kita kan dah isi borang J5 tu, inshaaAllah nanti dia alert kita sambung study.

      Delete
  18. Salam, nak tanya mohon jawatan SPA selepas 30 hari selepas tamat pengajian (final exam) dan upload ka myself memang boleh ke?
    Saya sudah terlewat, 8 bulan selepas tamat pengajian ni. rasa stress je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. boleh je kalau lewat. asalkan mohon :)

      Delete
  19. hai , saya nak tanya untuk pengesahan bagi setiap dokumen tu , perlukan pengesahan dari pihak universiti atau boleh dari pihak lain ? contohnya macam pengetua sekolah ? soalan kedua saya , bila boleh saya memohon utk SPA ? bolehkah saya mengisi permohonan utk SPA walaupun sebelum majlis konvokesyen ? terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengesahan dari pihak universiti sahaja kalau tak silap. tapi pengesahan tu untuk dokumen bukan asal SAHAJA. kalau salinan dokumen asal takperlu pengesahan pun.

      for the second question, boleh je. :)

      Delete
  20. Salam. Soalan sikit Sis,
    Saya Dah isi spa Dan dapat slip. Tapi Sebenarnya spa tu,ade maklumat yg tak lengkap seperti no. Sijil vakasional Sebab no. tu belum Dijana lagi. Oleh itu, Kalau saya hantar slip spa sekarang utk lapor diri jpa, nanti boleh update balik ke utk slip spa tu selepas peroleh slip permohonan paling terkini bersama transcript selepas konvokesyen November nanti? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. nak kemaskini boleh je. caranya delete slip spa kat myself tu, then upload balik slip spa yang baru.

      Delete
  21. Selamat Sejahtera, adakah pihak JPA mengizinkan untuk lapor diri selepas majlis konvokesyen? Dan berapa lamakah tempoh yang diberikan kepada para pelajar tajaan untuk melapor diri selepas tamat pengajian? Sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat sejahtera. yeap boleh je lapor diri selepas konvo. sebenarnya tak ada tempoh yang ditetapkan. up to you. ada je senior yang tak lapor diri pun lagi walau dah banyak tahun. Tapi, nasihat saya, selepas konvo terus lapor diri. jangan bertangguh. :)

      Delete
  22. Salam, saya nak sambung belajar lagi ke peringkat lebih tinggi. Saya dah lapor diri, mohon 5 jawatan kat SPA. Adakah saya kena isi borang J5 lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. yeap kena isi borang J5. borang J5 boleh diambil di website esilav jpa.

      Delete
  23. Salam. Saya nk bertanya hanya pilih 5 jawatan sahaja ke? if exceed than 5 jawatan boleh ke?

    ReplyDelete
  24. Salam..maaf nak tanya, saya ada masalah nak lapor diri sebab saya lupa nak upload keputusan peperiksaan untuk beberapa sem.Boleh saya tahu apa penyelesaiannya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. boleh rujuk sini caranya http://www.sayidahnapisah.com/2017/02/cara-cara-upload-result-kemaskini-pelan-pengajian-di-myself-jpa.html :)

      Delete
  25. Salam, saya nk tya, kalau saya terlupa id & password sy, dekat mana saya boleh buat pertanyaan ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. ID tu adalah no kad pengenalan kita. so letak je no.IC kat ID tu. password tu pula kalau terlupa , boleh klik 'forgot password' kat situ.

      Delete
  26. salam, maaf nk tanya, kalau pelajar overseas lapor diri lepas convo boleh ke? jpa tak beli tiket penerbangan utk balik malaysia sebelum tu? lagi nak tanya kak jpa ada ke xde scholarship utk sambung master kat overseas? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. boleh je lepas konvo. tentang scholarship sambung master ke overseas tu boleh rujuk dari semasa ke semasa di website JPA atau page FB JPA. :)

      Delete
  27. Salam, nak tanya jika status lapor diri saya "dalam tindakan". Apa maksudnya ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. awak dah settle lapor diri ke belum? kalau dah upload ketiga-tiga doc & dia state "dalam tindakan", okay la tu. tunggu je.

      Delete
  28. Hi, nak tanya if kita minta kerja selain dari bidang yg kita bljr, jpa approve tak untuk kita punya tawaran kerja tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Maksud awak? Yang approve tawaran kerja kita bukannya JPA, tapi SPA. Kita apply kerja kerajaan kat SPA kan? So, if kita mohon jawatan luar dari bidang kita belajar, gagal lah. sebab requirement pun dah tak lepas.

      Delete
  29. Saya terlupa untuk lapor diri dah hampir setahun lebih, boleh saya tahu adakah saya akan dikenakan tindakan? Saya betul2 terlupa, bukan sengaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je lapor diri sekarang walaupun dah terlambat. better late than never hehehe

      Delete
  30. Salam, kalau masih belum complete upload ketiga-tiga doc bole ke tekan butang hantar permohonan? Atau kena tunggu ketiga-tiga doc upload baru tekan butang permohonan?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.

      "kalau masih belum complete upload ketiga-tiga doc bole ke tekan butang hantar permohonan?" - Boleh.

      "Atau kena tunggu ketiga-tiga doc upload baru tekan butang permohonan?" - pun boleh.

      Mana mana pun boleh hehehe.

      Delete
    2. Kalau belum upload doc², then dh tekan button hantar. Nanti boleh kemaskini semula ka untuk upload doc² tu ( lepas dah dapat official transkrip & ijzah ) ?

      Delete
  31. Salam. Sy nak tanya, kalau dah habis belajar tapi belum lapor diri tamat pengajian. Boleh ke buat part time kerja?

    ReplyDelete
  32. Salam. Sy nak buat part time kerja tapi belum lapor diri tamat pengajian. Boleh ke?

    ReplyDelete
  33. Hello. Sy nak tanya. Boleh ke buat kerja sambilan kalau dah habis belajar. Tapi belum lapor diri tamat pengajian? Help meeeee!!

    ReplyDelete
  34. Hai tumpang tanya, kalau saya habis degree before tarikh tamat taja mcm mana ye?

    ReplyDelete
  35. nak tanya kalau dah lapor tamat pengajian diploma, boleh ke nak buat permohonan pinjaman untuk degree pulak ?

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p