http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Cara nak tahu apa yang orang cari dalam blog kita

By 12:51:00 PM , ,

Cara nak tahu apa yang orang cari dalam blog kita 

Kita mesti nak tahu kan apa yang orang cari dalam blog kita tiap-tiap hari kan? Apa yang orang duk ushar dalam blog kita ni sebenarnya? Keyword apa kah mereka search dekat google search sehingga mereka boleh sampai ke blog kita? Ye, kita tahu apa popular posts kat blog kita, tapi kita mesti nak tahu juga word apa yang di entri kita yang matching dengan keyword mereka search di Google sehingga entri tu jadi famous.

Cara nak tahu apa yang orang cari dalam blog kita
credit to : theotherkhairul.blogspot.com
apa keywords yang orang cari di blog kita?

Banyak medium yang boleh kita tahu keyword apa orang search di blog kita

Yang saya tahu ada empat. Dan saya biasa check di empat-empat tempat ni. 

1) Google Analytics (GA) 

step : acquisition - overview - all traffic - channels:organic search

Google Analytics
Keywords Google Analytics blog sayidahnapisahdotcom 14 Feb 2016


2) Dashboard blog 

step : dashboard - stats - traffic sources - search keywords

Dashboard blog
Keywords Dashboard blog sayidahnapisahdotcom Today


3) Histats   

step : login ke akaun Histats kita - control panel - klik website kita (contoh : sayidahnapisah.com) - search engines

histats.com
Control Panel


Dashboard blog
Keywords Histats blog sayidahnapisahdotcom 15 Feb 2016

4) Nuffnang 

step : login akaun Nuffnang kita - My Nuffnang - Keywords

Nuffnang
Keywords Nuffnangblog sayidahnapisahdotcom Today

Apa kelebihan check di GA berbanding dashboard blog&nuffnang?
  • Di GA kita boleh tengok lebih banyak search keywords orang di blog kita. Kalau di dashboard blog&nuffnang, hanya beberapa kerat sahaja.
  •  Di GA kita boleh tengok keyword pada tarikh tertentu yang kita nak. Kalau di dashboard blog hanya ada now, day, week dan all time sahaja. Di nuffnang pula hanya ada today, this week, last week, dan last month je. Contohnya hari ni kita nak tengok keyword semalam punya. 
  • Kalau di GA kita boleh tengok yang lepas-lepas punya. Jika di dashboard blog & nuffnang, kita tak boleh check keyword semalam punya. Kelmarin ke, minggu lepas punya ke.. tak boleh.
  •  Maklumat di GA lebih detail –bounce rate, session, average session duration, pages
  • Saya paling suka check dekat GA sebab banyak keywords boleh tengok di situ.

Apa kelebihan check di histats?

  • Boleh tengok keyword blog kita setiap saat. Boleh juga check entri apa yang orang tengok pada saat itu juga.


......

Siapa yang tak daftar lagi GA boleh daftar di GA. Mungkin ada yang tak tahu dan mungkin ada yang tahu tapi tak tahu macam mana nak buat Google Analytics. Kalau nak tahu bagaimana cara nak daftar GA, klik SINI.

Kebanyakan dari kita tahu dan ada akaun Nuffnang, jadi tidak menjadi masalah kan? 

Histats pula mungkin ramai yang tak buat atau tak tahu pun apa benda alah tu. Kalau nak buat histats ni senang je, pergi ke histats.com dan buat akaun (signup). Selepas buat akaun, baru lah login dan ikutlah seperti step-step di atas untuk mengetahui apakah search engines di blog kita.

Dashboard blog pula semestinya lah semua ada. Jangan risau. Tak payah nak pening-pening fikir nak signup atau daftar ke apa hehe.

......

Okay itu sahaja perkongsian ilmu blog untuk hari ini. Semoga bermanfaat dan selamat menge-check ! :)

Entri blog lain yang menarik :

You Might Also Like

11 comments

  1. wah...terima kasih cikgu.sangat berinformasi.

    biasa saya semak di dashboard saja.sekarang boleh cuba semak di medium lain.

    qu puteh qu puteh barulah putih

    ReplyDelete
  2. "..perempuan suka lelaki pelurus.."

    hehehehehee... comelnya siapa yg search tu..!! :p

    ReplyDelete
  3. wah..bagus nih! biasa tengok dekat dashboard je..bagus la cikgu ni..nanti ajar lagi ya! hehehehe

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing. Setiap hari mesti tengok keywords kat Nuffnang dan blog :)

    ReplyDelete
  5. Yang ni boleh tengok siapa yang visit blog kita ke? I mean kita nampak siapa orang tu secara detail, dia bagi url blog, bloeh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh. tak ada secara detail macam tu :)

      Delete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.