KISAH BENAR CERITA SERAM DI ASRAMA - sayidahnapisahdotcom KISAH BENAR CERITA SERAM DI ASRAMA
LightBlog

KISAH BENAR CERITA SERAM DI ASRAMA

KISAH BENAR CERITA SERAM DI ASRAMA

Ada satu member ni dia ceritakan pengalaman first time dia jumpa dengan benda ghaib a.k.a hantu ni. Di bawah ni perbualan saya dengan dia. Oh dia tu lelaki ye. Single. Kalau nak berkenalan dengan dia, PM saya haha. Okay okay jom baca...

KISAH BENAR CERITA SERAM DI ASRAMA
gambar takde kena mengena dengan tajuk.
nak tunjuk kecomelan kucing ni je haha
"Okay lah pada suatu malam jeng jenggg~"

=.=

"Biasalah dekat asrama ada waktu prep, study malam. So masa tu aku sorang je kat bilik study kat bawah sekali. Dorm kat tingkat 3. Malam tu aku buat la keje sorang-sorang. Lama lepas aku buat homework tu, tiba-tiba ada orang tegur aku dari belakang. Tengok-tengok ada orang, tengah duduk. Bunyi masuk tak dengar, bunyi tarik kerusi pun aku tak dengar langsung."

Masa tu pukul berapa?

"Dalam pukul 1 pagi lebih macam tu rasanya. Muka dia aku kenal, macam pernah nampak tapi aku aku tak pasti dia tu siapa."

Kau tak syak pape ke masa tu?

"Takde pun sebab aku macam kenal dia tapi tak tahu siapa. Lagipun aku cuma ingat dia budak asrama jugak."

Okay. Lepastu?

"So, aku buat la kerja, dia pun buat kerja. Sambil tu sembang-sembang macam biasa. Bahan orang, sembang benda lain. So bila kerja aku dah siap, aku still sembang dengan dia. Sambil tu jari aku main-main pen pusing-pusing. Lepastu pen aku terjatuh kat lantai. Aku pun nak kutip lah."

Kau sembang dia pandang muka dia tak?

"Pandang lah. Kenapa?"

Oh takde ape, saje tanya hehe. Okay lepastu?


KISAH BENAR CERITA SERAM DI ASRAMA
Produk diperbuat daripada bahan 100% organik! RM80 termasuk pos
Whatsapp/SMS 0172008642 @ email sayidahnapisah65@gmail.com
"Tak pandang macam mana aku nak sembang weh. Okay lepastu time aku nak kutip tu, aku terpandanglah kerusi yang dia duduk tu. Aku perasan dia takde kaki. Macam bayang-bayang je. Aku dah mula takut. Bila aku pandang atas tengok dia aku fikir dia berubah muka atau takde muka ke kan. Tapi nasib baik macam biasa je, tak berubah pun. So aku dah tahu dia takde kaki, apalagi aku pun cakap “eh kerja aku dah siap, nak gerak dah balik bilik. Ngantok.” Pastu dia balas .. “ betul ke ngantuk? Ke dah tahu?” sambil dia senyum."

*meremang bulu roma membayangkannya*
Gila ah! Pastu kau kata apa?

"Time tu scary gila aku! Tapi aku bajet cool je jawab .. “tahu apa? Kau datang pun nak sembang je kan? Kau tak buat apa-apa pun kat aku”. Dia senyum je. Aku pun cakap “okay lah aku gerak naik dulu lah”. Pastu dia balas ..”nanti kita jumpa dan sembang lagi ye..” sambil senyum."

Tak buat apa-apa pun kat aku? Maksudnya?

"Yelah maksudnya dia takde pun kacau aku ke…takutkan aku ke.. dia just nak sembang-sembang je. Bila aku nak keluar dari bilik study tu, aku toleh belakang.. kau tahu apa yang aku nampak?"

*berdasarkan segala cerita movie novel yang saya pernah tengok* 
Dia dah takde?

"Haa pandai! Dia dah takde dah. Hehe sekian~~"

.......

Perghh terbaik la dia ni. Kalau saya, mahu dah pengsan kat situ haha. Dia ada nasihat kalau jumpa benda-benda ni jangan takut sangat, jangan confident sangat. Haa bila kita takut sangat, lagi senang dia nak kacau kita sebab kita lemah semangat. Kalau kita confident sangat, lagi suka lah dia nak sakat kita sebab terlebih yakin kan tak takut.


Okay itu sahaja, seram tak cerita kisah benar ni? Hehehe. Selamat malam :D

Entri cerita seram lain :

Post a Comment

16 Comments

  1. wow..memanh menakutkan hihi... sy banyak jugak kisah seram kat asrama, pernah jugak mengalaminya. yelah... selagi kena usik saja takpa la jugak.jangan kena kacau sudah.

    ReplyDelete
  2. tak tahu nak komen apa (terdiam pulak).. sebelum nie pon pernah nampak tapi buat2 tak nampak aje lepas tu..hehe.. seram la jugakk

    ReplyDelete
  3. Err..seram juga cerita tu..kalau kak wana pun akan buat perkara sama last tu..mesti gatal mata nak toleh lagi..huhu..

    ReplyDelete
  4. Cekal hati kawan adik ni...mungkin niat dia nak study...itu salah satu ujiannya...alhamdulillah tak diganggu...

    ReplyDelete
  5. Part yang last tu.. walau terasa takut tapi nak jugak toleh tengok balik.. hehehe..

    ReplyDelete
  6. Rasa nak menangis sebab seram, takut bila baca.. Salute lahh Sayidah boleh cool, siap balas lagi bila dia tanya '.. betul ke ngantuk ker dah tau..'

    Kesian jugak siapalah jelmaan itu..

    ReplyDelete
  7. Oh bila baca paragraph atas baru perasan cerita dari pengalaman kawan Sayidah.. Tapi still salute kat dia sebab berani.. ;-)

    ReplyDelete
  8. huiii...dia eksiden ke takde kaki..

    ReplyDelete
  9. hahha, sekolah mana dulu ? sebab zaman sekolah ada jugak citer benda yg sama kat saya. macam tak percaya pulak sbb rmai sgt tahu citer ni. huhhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh yeke hahaha. ni kawan saya cerita dari pengalaman dia sendiri. tak ingat pula nama sekolah dia.

      Delete
  10. seram gak.. tapi sekali kena mati, tak tahu nak react macam mana

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah laa dye tak kacau....just nk sembang2 sambil berkenalan...

    ReplyDelete
  12. member aq pon pernah kene mat sama kat seri bintang utara

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p