http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

terrrrbau bau wangi .. pukul 4 pagi

By 11:02:00 PM ,

terrrrbau bau wangi .. pukul 4 pagi

terrrrbau bau wangi .. pukul 4 pagi
credit to : www.tumblr.com
Saya jenis yang stay up setiap malam. Jenis yang suka tidur lambat. Mungkin dah berjangkit dengan tabiat tu time study dekat UPM. So, saya memang jenis dah biasa sorang-sorang terjaga lewat-lewat malam 2,3 pagi macam tu sementara orang lain dah tidur. Okay jela. Sebab dah biasa kan.

Semalam. Kira pagi tadi lah kan. 
Tengah-tengah syiokk tengok laptop, online youtube, layan show BTS (group boy korea).
Tiba-tiba terbau wangi.
Aikk pelik dah. Bau apa pula ni. Cuba bau bantal bau baju...tak ada pula bau tu. 
Tengok jam pukul berapa. Nak dekat pukul4 pagi dah. Okayy...
Orang kata..kalau tetibe bau wangi ni..orang kata..'benda ghaib' tu ada. Okayy..
Okay cuba tenangkan hati jiwa raga bakul semua.
Pastu bau wangi lagi. Bau yang sama. Adoiii. Dah la time tu saya tutup lampu bilik. Biasanya buka je.
Okay cuba tenangkan lagi hati ni. Muka rileks je padahal heart ai ni debau debau dup dap dup dap macam nak meletop dah hahaha.
Saya cuba pandang sekeliling. Cuba cari bau tu dari mana. Hidung ni dah kembang kuncup kembang kuncup bau bantal saya or patung bear saya ke bau wangi tu. Tapi hampeh bukan.

Hmmm..pastu buat muka rileks tutup youtube. tutup laptop. sempat la bukak tukar charger kat plague. Slow-slow baring kat tilam. Hahaha. 
Baca doa tidur. Sumbat earphone kat telinga, layan klip video lagu jap bagi hilang debar dan tak nak fikir sangat benda tu.
Yela kalau fikir sangat pun lagi rasa takut nanti.

Tengah-tengah positifkan diri sendiri tu hahaha, pastu bau lagi. Hish sabo jelaahh. Cuba beranikan diri tengok sekeliling. Tengok tingkap kat sebelah sekilas. 
Okay tak nampak pape okay lah tu hahaha.

Baguslah. Biar bau je, jangan kau muncul sudah. hahaha. 

Pastu saya tawakal je dan tak fikir sangat benda bau wangi tu. Pastu tertido pukul berapa entah.

Tu jelah ceritanya. 
Pelik jugak. Sebab sebelum ni tak pernah kena. 
Hmmm.. Mungkin nak suruh saya tidur kot hahaha.

Goodnite semua. Adios, wassalam!

Baca juga entri seram:

You Might Also Like

2 comments

  1. hahha..pernah kena dulu..waktu tu aktif dekat gym..gym yang biasa main ni, tempat dia dekat area kampung. so dekat sebelah gym ni ada padang dan hutan. waktu tu malam. cerita dia, waktu tu gan kawan, duduk dekat luar. sekali bau wangi. sy cakap la dengan kawan tu, eh kau ni. nak datang gym pun pakai wangi2. dia pandang saya pastu terus cakap. apa la mulut kau ni ejoy. terus dia jalan masuk dalam gym tu balik. mulanya macam tak dapat tangkap apa yang dia maksudkan, tapi bila lama-lama dekat luar tu, baru perasan. hahahaha

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.