http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Pageviews(PV) & Unique Visitors(UV) Blog sayidahnapisahdotcom Bulan Mac-Mei 2016

By 2:59:00 PM , , , ,

Alhamdulillah~ saya berpuas hati pageviews(PV) & Unique Visitors(UV) blog saya pada tiga bulan the latest yang lepas, iaitu bulan Mac, April dan Mei 2016. Memang best tengok UV PV saya ribu riban walaupun tak dapat nak kalahkan lagi blog yang power-power, tapi saya tetap berpuas hati dengan pencapaian saya hehe. Setiap hari saya akan check pageviews(PV) & Unique Visitors(UV) blog sayidahnapisahdotcom di Google Analytics (GA) kerana kat dashboard ada PV je tapi UV takde. Dan katanya, GA lebih tepat kiraannya daripada di dashboard. 

Pageviews(PV) & Unique Visitors(UV) sayidahnapisahdotcom Bulan Mac-Mei 2016


Pageviews(PV) & Unique Visitors(UV) sayidahnapisahdotcom Bulan Mac-Mei 2016
Pageviews(PV) & Unique Visitors(UV) sayidahnapisahdotcom Bulan Mac 2016
Haa atas ni ialah UV dan PV blog saya di bulan Mac 2016. 
UV : 40,930
PV : 115,132
Bounce rate : 17.99%

Pageviews(PV) & Unique Visitors(UV) sayidahnapisahdotcom Bulan Mac-Mei 2016
Pageviews(PV) & Unique Visitors(UV) sayidahnapisahdotcom Bulan April 2016
Haa atas ni pula ialah UV dan PV blog saya di bulan Mei 2016. 
UV : 73,014
PV : 213,435
Bounce rate : 15.51%

Pageviews(PV) & Unique Visitors(UV) sayidahnapisahdotcom Bulan Mac-Mei 2016
Pageviews(PV) & Unique Visitors(UV) sayidahnapisahdotcom Bulan Mei 2016
Atas ni ialah UV dan PV blog saya di bulan Mei 2016. 
UV : 52,282
PV : 177,418
Bounce rate : 18.66%

Pageviews(PV) & Unique Visitors(UV) Blog sayidahnapisahdotcom Bulan Mac-Mei 2016
PV blog sayidahnapisah.com Bulan Mei 2016 di dashboard blog
Bulan April tu UV & PV tinggi sebab ada entri saya yang meletopsss iaitu entri tentang Duda Terlajak Laris & entri tentang review filem Munafik & entri lirik lagu Munafik-Kalah Dalam Menang. Memang meletop dan hotzz tiga-tiga entri ni. Tu yang UV sampai 70K lebih tu. Hahaha. Pageview ketiga-tiga entri tu pun dah cecah puluh dan ratus ribu.

Pageview sekarang ni pun alhamdulillah... Setiap hari UV mesti akan cecah 1K lebih. Mungkin sebab ada banyak entri yang saya buat melekat di carian enjin. 

Haaa.. Macam mana nak buat entri melekat di search engine?

1. Kena istiqamah buat banyak banyak entri setiap hari. Sebaiknya 5 entri sehari.Banyak kan? Hahaha. Saya pun masa cuti dulu-dulu tak ada kerja mampu la buat 5 entri sehari. Ni kalau kat Universiti memang tak sempat le nak buat 5 entri sehari. So, kalau tak mampu buat 5, buat la sebanyak mana yang boleh. Nak buat 3 entri pun dah okay dah.Pagi, petang dan malam.

2. Haa bila buat entri tu... Cuba buat entri SEO (Search Engine Optimization). Entri yang kita terapkan ada teknik-teknik SEO. Heading, subheading, properties gambar, search description, internal link, external link, words kena lebih dari 300 patah perkataan, keywords kena ada dalam link URL&banyak lagi tempat. Semua ni mempengaruhi sesebuah entri tu untuk menjadikan entri tu SEO seterusnya boleh melekat kat enjin carian. seperti Google, Yahoo dan Bing. Ohh blog pun kena SEO 100% kalau nak lebih bagus. Boleh check SEO blog kita berapa di website Chkme (http://chkme.com/). Kalau belum 100% lagi, ikut sahaja langkah 1 & 2 di entri ni http://www.nazlee.com/2015/03/cara-membuat-blog-seo-100.html.

Pageviews(PV) & Unique Visitors(UV) sayidahnapisahdotcom Bulan Mac-Mei 2016
SEO blog sayidahnapisah.com 100%
Bounce rate saya kekal rendah yezzah! Tak lebih dari 20% pun. 

Haa bounce rate tu apa pulak? Hmm yang saya tahu, bounce rate ni kalau lagi rendah lagi bagus. Sebab kalau bounce rate blog kita rendah..ianya menunjukkan pengunjung yang datang singgah ke blog kita..singgah lama. Bukan setakat baca satu entri sahaja, tapi dia baca lebih dari 1 entri kita. Which means good. 

So, macam mana nak bounce rate rendah? Yang saya amalkan sekarang ni, selalu masukkan internal link dalam setiap entri saya. Sekurang-kurang 2 internal link. Maksimum 3 internal link. Haa apa pula internal link tu? Internal link tu ialah link URL entri kita sendiri. Contohnya dalam entri ni, so far saya tak masukkan lagi sebarang internal link. Yang saya bagi link check SEO dan langkah-langkah membuat SEO 100% tu..ialah external link which means link daripada luar. Link yang bukan dari blog saya.




Haa tiga link di atas ni ialah contoh internal link saya sebab ketiga-tiga link di atas ni ialah dari blog saya sendiri. Link dalaman. Kalau anda, anda letak la entri yang dari blog anda sendiri. Kalau anda letak link entri saya, itu bermaksud external link. Lagi satu.. make sure internal link tu hidup la ye. Link tu nak tahu hidup ke tak..bila kita klik link tu, dia akan terus pergi ke entri tersebut. 

Macam mana nak buat link tu hidup?

Highlightkan URL entri tu, then klik pada Link (cari word Link di bahagian new post). Contohnya seperti gambar di bawah.

Pageviews(PV) & Unique Visitors(UV) Blog sayidahnapisahdotcom Bulan Mac-Mei 2016
Highlight link URL tu dulu, then klik Link kat anak panah tu.

Pahe dop? Hhehehehe. 

Okay itu sahaja sedikit perkongsian ilmu blog. Semoga bermanfaat wassalam :)

You Might Also Like

15 comments

  1. uih..SEO je tinggi tapi pageiews kita kurang

    ReplyDelete
  2. Perghh terbaiklah tang Bounce Rate tu .. susah nak dapat tu. Saya pernah dapat rendah pun dalam 20 peratus je .. tu tahun 2015 .. tahun 2016 ni dah nenong balik dah. Semua pakat singgah dan blah.

    ReplyDelete
  3. perghh, meletopss uv pv. tahniah, hehe. thanks dgn perkongsian ni :D

    ReplyDelete
  4. wah...hebakkk kaysie skrg...apapun tahniah kaysie

    ReplyDelete
  5. tq kc. Nanti nak tiru kc boleh??. hikhik

    ReplyDelete
  6. Peh, meletop kebaboom UV-PV kc. Menangis ai tengok

    ReplyDelete
  7. Wah..macamana nk bounce rate rendah macam tu..jeles ai..hehe

    ReplyDelete
  8. nice..

    salam ramadhan...

    jom join GIVEAWAY..

    http://ayubarbydol.blogspot.my/2016/06/first-giveaway-ramadhan-2016-by-ayu.html

    ReplyDelete
  9. Waaaa banyak betul dapat UV & PV. Tahniah ! :)

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.