http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Apa Fungsi Google+? Penting Ke Google+ Followers?

By 12:36:00 PM , , ,

Apa Fungsi Google+? Penting Ke Google+ Followers?

Ramai blogers dah pasang Google+ ni di blog masing-masing. Tetapi ada sesetengah bloggers yang belum tahu apakah kepentingan memasang google+ ini di blog dan tak tahu apa fungsi Google+ ni yang sebenarnya. Kekadang, followers G+ dah ada beribu atau berjuta tapi masih tak tahu apakah kebaikannya.


Apa Fungsi Google+? Penting Ke Google+ Followers?
Google+
credit to : www.rivaliq.com

Fungsi utama Google+ 

: naikkan index blog kita bila orang cari kat google.
Maksudnya kalau orang g+ kan blog kita, blog(entri) kita akan lebih melekat di carian enjin Google

Ce tengok berapa dah followers G+ anda? Mungkin ada yang first time ni nak tengok followers g+ dia, sebelum ni tak pernah nak peduli pun bilangan followers g+ dia. Tapi selepas ni sila pandang berat dengan bilangan followers g+ anda. Kalau saya, saya dah ada 3K lebih followers.

sayidahnapisahdotcom dah ada 3,714 followers g+

Macam mana nak perolehi followers g+ yang beribu?

  • boleh anjurkan segmen/giveaway yang syaratnya kena follow g+ anda.
  • anjurkan segmen yang bertajuk contohnya Jom Follow Google+ tu sendiri.
  • kalau malas dan tiada masa untuk anjurkan sebarang segmen atau giveaway, boleh lah menjadi sponsor segmen atau Giveaway dan meletakkan syarat follow g+ anda.
  • follow g+ blog orang lain banyak-banyak, nanti mereka follow kita balik.
Kekadang saya tengok ada blog yang menganjurkan segmen atau giveaway tapi tak meletakkan syarat follow g+. Alangkah ruginya kerana telah anda telah melepaskan peluang untuk menaikkan followers g+ anda. Sekarang ni sebenarnya followers g+ lagi penting dari followers blog yang kita tempek dekat blog kita tu. Saya takdelah kata followers blog tu tak penting, ada pentingnya. Tapi yang saya nak tekankan juga di sini, followers g+ juga sangat penting kepada blog anda.

Macam mana cara nak pasang widget Google+ Followers?

cara install widget Google+ Followers di blog

Dashboard > layout > add a gadget > Google+ Followers / Google+ Badge > tekan + > edit apa yang patut/biarkan sahaja > save

Done!

“Google+ banyak membantu”-kata Acik,tuan empunya blog terkenal www.akupenghibur.com

Mungkin ada yang tak tahu, kita boleh share entri kita di g+, ping entri di group-group community g+. Oh kebiasaannya ramai dari kita yang hanya share public je kan. Atau following / extended circles.

Apa Fungsi Google+? Penting Ke Google+ Followers?
Share entri di Google+

Tapi jangan tak tahu, ada banyak group community g+ yang boleh kita ping entri kita di sana. Nak tahu group community g+ yang saya dah follow? Klik SINI.

Oh mungkin ada yang dah tahu kewujudan group-group g+ ni tapi tak tahu bagaimana cara nak ping entri di sana. Nak tahu caranya boleh klik entri saya di SINI.

Jangan letak komen Google+ di blog pula!


Saya ada lihat sesetengah blog yang masih menggunakan komen g+ di blog mereka. Saya bukan lah nak paksa mereka tukar komen g+ mereka tu. Tapi letak komen blog macam biasa lebih banyak kebaikan dan kelebihannya berbanding komen g+. Nak tahu apa keburukan dia dan cara bagaimana nak tukar setting dari komen g+ kepada komen blog? Boleh rujuk di entri SINI.

Sekian sahaja perkongsian tentang blog kali ni. Semoga bermanfaat amin! :)

You Might Also Like

9 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.