http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

maklumat terbaru berkenaan tuntutan elaun tesis JPA

By 1:46:00 PM , ,

Assalamualaikum dan selamat sejahtera! Sebelum ni saya ada update entri tentang maklumat terbaru berkaitan elaun latihan amali JPA (boleh baca di SINI). Kali ni, saya nak update pula maklumat terbaru berkaitan tuntutan elaun tesis JPA. Syarat dan borang baru tersebut mula berkuatkuasa dari 1 September 2016. Maksudnya, pada sesiapa yang sudah hantar menggunakan borang lama sebelum 1 September 2016 inshaaAllah masih akan diproses. Cuma bagi yang belum dan baru nak memohon, haruslah menggunakan borang baru. Sebarang tuntutan elaun tesis JPA tersebut yang masih menggunakan borang lama tidak akan diproses.

maklumat terbaru berkenaan tuntutan elaun tesis JPA

maklumat terbaru berkenaan tuntutan elaun tesis JPA
maklumat terbaru berkenaan tuntutan elaun tesis JPA
Syarat-syarat

1. Tuntutan dibayar jika kursus mewajibkan pelajar menyediakan tesis.
2. Sekali sepanjang tempoh pengajian.
3. Sekurang-kurangnya 6 jam kredit dan disediakan secara individu.

Borang Tuntutan & Dokumen Sokongan Yang Perlu Ada

1. Borang Tuntutan yang lengkap diisi - Lampiran A (borang boleh ambil di website esilav jpa atau muat turun gambar di bawah ini)

maklumat terbaru berkenaan tuntutan elaun tesis JPA
borang permohonan tuntutan elaun tesis JPA
2. Salinan softcopy tesis (CD)

**CD yang mengandungi full thesis (complete) mestilah dalam bentuk PDF file. 
Kenapa dalam PDF file? Supaya memudahkan proses dan tidak lari tulisan jika dibuka di komputer lain.

p/s: cara-cara untuk burn CD boleh dilihat di SINI

maklumat terbaru berkenaan tuntutan elaun tesis JPA
maklumat terbaru berkenaan tuntutan elaun tesis JPA
softcopy tesis CD
3. Salinan muka depan tesis yang telah disahkan oleh Dekan/Ketua Jabatan/Penyelia Kursus (SV) di universiti berkaitan.

maklumat terbaru berkenaan tuntutan elaun tesis JPA
maklumat terbaru berkenaan tuntutan elaun tesis JPA
salinan muka depan tesis
Ketiga-tiga benda ni hantar by pos ke alamat JPA :

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM, MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN,
ARAS 5, BLOK C1, KOMPLEKS C
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62510 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
MALAYSIA

Q: Berapa jumlah tuntutan elaun tesis JPA?

A: RM300. 

Q: Jumlah tuntutan di dalam borang elaun tesis tu kita letak RM300 atau ikut pada resit print thesis hardbound?

A: Tidak perlu letak apa-apa. Tak payah isi RM300 di situ. Biarkan sahaja kosong. Pengawai JPA yang bertugas akan letak amount di situ.

Q: Boleh ke just email dokumen-dokumen yang diperlukan tu ke JPA? 

A: Rasanya tak boleh by email. kalau nak make sure, boleh call pihak JPA sendiri. hantar by hand atau by pos(pos laju) sahaja.


Q: Nak apply elaun tesis ni ada last date atau due date ke? Atau bila-bila boleh asalkan dah submit thesis?

A: Tiada last date atau due date. Yeap. Boleh apply bila-bila masa asalkan selepas dah submit thesis hardbound.

Q: Tarikh credit elaun tesis tu bila? Berapa lama?

A: Tarikh kredit adalah tarikh arahan bayaran dari pihak JPA akan menerima bayaran tersebut dalam tempoh 1-3 minggu selepas tarikh kredit, tertakluk kepada pihak bank.

Ada yang dah dapat duit elaun tesis JPA katanya ... dalam masa 2 minggu macam tu kalau hantar by hand.

Ada sorang tu submit by pos pada 8 Jun dan 20 Jun ialah tarikh kredit nya.

Q: Macam mana nak tahu dah kredit? 

A: Boleh check di website Myself (https://myself.jpa.gov.my/).

**Jika nak tahu maklumat berkaitan MySELF JPA ni boleh klik SINI

e-SILA ID : No kad pengenalan kita.

maklumat terbaru berkenaan tuntutan elaun tesis JPA
tuntutan elaun tesis JPA
myself JPA

maklumat terbaru berkenaan tuntutan elaun tesis JPA
maklumat terbaru berkenaan tuntutan elaun tesis JPA
alamat tulis di depan sampul surat

No telefon JPA (Unit Pembangunan Latihan Sebelum Perkhidmatan) : 03-88853347 
Hubungi JPA/ Contact JPA : 03-88853445 / 03-88853049/ 03-88853489

E-MEL JPA ictbmi@jpa.gov.my / isham.sharuddin@jpa.gov.my

Jadual Tuntutan Pelbagai Tahun 2016

PERMOHONAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI JPA
PERMOHONAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI JPA
[Jadual Tuntutan Pelbagai - Tahun 2016]


*Ini jadual untuk Tahun 2016. Mungkin 2017 nanti JPA akan keluar jadual yang lain punya


p/s: Biobax Cool Theraphy adalah fast relief spray yang diperbuat daripada 100% bahan organik. Hanya spray dan sapu sahaja. Berkesan melegakan sakit pinggang, sakit belakang, sakit lutut, sakit pinggul, kebas-kebas, kejang, lenguh-lenguh, sakit segugut, selsema, terseliuh, resdung, tergeliat urat. RM80 termasuk postage. Testimoni berkesan boleh tengok (klik) di SINISesiapa yang nak beli Biobax atau nak jadi dropship/agen/mini stokis Biobax, boleh whatsapp saya 0172008642 (Sayidah)

maklumat terbaru berkenaan tuntutan elaun tesis JPA
BIOBAX COOL THERAPHY
FAST RELIEF SPRAY

You Might Also Like

1 comments

  1. Bestnya dapat JPA. kos Ain takleh apply sobs .Bw ahad xD

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.