ada ke hari & bulan yang sesuai dalam Islam untuk majlis pernikahan?

by - December 08, 2017
Assalamualaikum semua~! Bulan Disember; hujung-hujung tahun ni memang banyak majlis kahwin, majlis pernikahan dan ada juga yang buat majlis pertunangan. Dan yang bakal melangsungkan majlis pernikahan & perkahwinan next year pun mesti tengah plan nak buat bila kan. Mesti nak tetapkan bulan berapa, tarikh bila dengan mengikut kelapangan kedua-dua belah pihak dan juga kesesuaian masa itu sendiri.


ada ke hari & bulan yang sesuai dalam Islam untuk majlis pernikahan?


ada ke hari & bulan yang sesuai dalam Islam untuk majlis pernikahan?
ada ke hari & bulan yang sesuai dalam Islam untuk majlis pernikahan? | sumber image: Google
Mungkin ada yang tak pernah terfikir pun akan perkara tersebut (sesuai ke tak tarikh majlis nikah dalam Islam) sebab saya pun sebenarnya tak pernah terlintas nak fikir benda tu haha. Tapi mungkin ada orang ataupun keluarga yang menitik beratkan hal tersebut.

So, yang berkaitan dengan hukum hakam ni, seeloknya kita dengar dari yang pakar/ alim ulama. Moh le kita baca apakah jawapan Mufti Selangor berkaitan dengan hal ini..

Soalan: Saya dan pasangan dijangka akan melangsungkan perkahwinan pada hujung bulan Mei 2005. Namun kami berdepan dengan masalah menentukan tarikh dan hari yang sesuai untuk majlis akad nikah. Tarikh awal yang dipersetujui adalah pada 28 Mei 2005 (Sabtu) bersamaan dengan 19 Rabiulakhir 1426H.

Terdapat sesetengah pendapat menyatakan hari tersebut tidak sesuai atau tidak elok dibuat majlis pernikahan. Disini, saya ingin bertanya mengenai kaitan hari-hari dan bulan yang sesuai dalam Islam untuk majlis pernikahan. Adakah ia telah dinyatakan dalam Al-Quran dan adakah tarikh diatas sesuai untuk majlis pernikahan kami?

Besarlah harapan saya sekiranya tuan sudi menghurai permasalahan ini.

Jawapan:

Al-Quran dan Sunnah tidak pernah menyatakan secara khusus hari-hari yang tidak harus seseorang itu melakukan sebarang perbuatan seperti nikah kawin. Malahan Rasulullah telah bersabda yang maksudnya :  "Tidak ada jangkitan penyakit, tidak ada sialan pada burung, tidak ada musibah pada burung hantu dan tidak ada bala' dalam bulan Safar"

Dengan ini sebarang kerja bolehlah dilakukan pada waktu yang sesuai berpandukan pandangan dan kelapangan manusia itu sendiri. Dalam Islam semua hari adalah sesuai untuk majlis perkahwinan.

Walau bagaimanapun ada baiknya tidak dilakukan majlis tersebut dalam bulan Ramadhan kerana setiap orang Islam berusaha merebut fadhilat Ramadhan atau hari-hari yang hampir ke Ramadhan, kerana dikhuatiri akan berlaku perbuatan salah laku yang menyebabkan kifarah seperti bersetubuh pada siang hari di bulan Ramadhan.

Oleh itu apabila majlis akad nikah yang dijadualkan pada 28 Mei 2005 itu tiada sebarang halangan, maka harus dijalankan. 

Apa yang penting, kita memohon kepada Allah S.W.T. agar perkahwinan itu berpanjangan hingga ke akhir hayat, hidup aman daman dengan mendapat zuriat soleh dan solehah disamping restu daripada kedua ibu bapa anda. 

Wallahu a'alam.



Soalan & jawapan di atas diambil di portal Mufti Negeri Selangor: 

ada ke hari & bulan yang sesuai dalam Islam untuk majlis pernikahan?

Moga jelas jawapan yang diberi Mufti dan tiada keraguan dah lepas ni berkaitan dengan hal tarikh sesuai dalam Islam untuk majlis nikah yeee. InshaaAllah heee.

Okay daaa~ wassalam! :)

BACA JUGA:



You May Also Like

3 comments

  1. teringat drama dulu2 ada keluarga siap ada buku utk tentukan tarikh perkahwinan..nak tengok hari yg baik dan sebaliknya..

    ReplyDelete
  2. setahu saya, orang India je yang ada tarikh tertentu untuk perkahwinan kan. Ni pengaruh cerita hindustan ni. Hihihi

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p