Step by step Istikharah

by - October 27, 2017
Jika kita merasa tiada keberkatan dalam kerjaya sekarang atau berniat untuk beralih kepada profesion lain, lakukanlah istikharah. Jika kita merasa keliru dalam membuat keputusan dalam apa jua hal (jodoh, tempat tinggal, tempat kerja, further study, keluarga, pelajaran dan lain-lain), lakukanlah istikharah. Minta petunjuk dari Allah Yang Maha Mengetahui masa lalu dan masa hadapan.

Step by step Istikharah

Step by step Istikharah
Step by step Istikharah

Cara Istikharah:


1. Berwuduk dengan sempurna

2. Laksanakan solat dua rakaat

3. Selepas solat, berdoa seperti berikut:

Step by step Istikharah
Step by step Istikharah
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung. Kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau mengetahui hal yang ghaib.

Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku, baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka tetapkanlab ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkat kepadaku dalam menjalankannya.

Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku, baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang, maka jauhkanlah urusan itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, redakanlah aku dengan ketetapan tersebut."
Kemudian sebutkan hajat itu.

(Riwayat al-Bukhari)

4. Yakinlah bahawa Allah yang akan memberi petunjuk.

5. Ulangi pada masa yang lain (jika perlu).

6. Selepas hati telah yakin, laksanakan niat anda dan bertawakal.

Step by step Istikharah

Thruthfully saya tak pernah pun solat istikharah tapi doa minta petunjuk tu selalu la dari Allah hehehe.

Sebenarnya, istikharah ni menunjukkan kita hanya bergantung kepada Allah. Kita berharap hanya kepada Allah supaya dapat pilih keputusan yang terbaik. Kita minta petunjuk dari Allah. Kita minta Allah bantu gerakkan hati kita dalam membuat keputusan yang tepat. Kita minta Allah kuatkan hati dalam memilih keputusan yang diberkati inshaaAllah.

You May Also Like

5 comments

  1. singgah pagi jumaat...
    terima kasih berkongsi...

    ReplyDelete
  2. Jemput singgah :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/10/review-shopping-di-website-sgshop.html

    ReplyDelete
  3. option ni yang paling last sekali kalau buntu

    ReplyDelete
  4. tq kc atas perkongsian.. istikharahlah yang paling sesuai untuk memohon pertolongn allah

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p