Bolehkah isteri yang belum mandi hadas besar lagi bersetubuh dengan suami?

by - January 11, 2018
Okayy tajuk kemahen haha.. saya memang tak married lagi so jangan lah salah faham saya pervert ke ape ehh hahaha tetibe. Sebenarnya pagi tadi umi dengar ceramah seorang ustaz namanya Ustaz Miftah di Radio Ikim.fm. Saya pun tumpang dengar sekali la beberapa ketika but takdela fokus all the time sebab umi kat bilik, saya kat luar bilik. Tapi ada satu soalan ni yang saya terrrdengar yang paling melekat dan paling menarik perhatian saya. Maybe sebab saya pun nak tahu jawapannya. Tu yang terus meresap dan melekat dalam otak haha. I want to share this persoalan kepada semua. Because saya rasa ramai juga para isteri di luar sana pasti nak tahu kan apakah jawapan bagi soalan tersebut. Saya pun kelak akan jadi isteri orang juga (ehem, doakan ye hehe) so tak salah pun kan bagi golongan tak-kahwin-lagi seperti saya untuk ambil tahu berkaitan perkara ni.

"Bolehkah isteri yang tak mandi hadas besar lagi bersetubuh dengan suami?"
"Bolehkah isteri yang tak mandi hadas besar lagi bersetubuh dengan suami?" | credit image: peotrysms.blogspot.my
Soalan dari seorang perempuan:

"Bolehkah isteri yang belum mandi hadas besar lagi bersetubuh dengan suami?"


Jawapan Ustaz Miftah: (saya just catat the main point & important isi apa yang Ustaz cakap je tau.) 

8 perkara perempuan datang haid (period) haram buat:
1. Solat sunat - solat sunat jenazah dan lain-lain.
2. Solat fardhu
3. Pegang Al-Quran (kalau terjemahan boleh)
4. Baca (mengaji) Al-Quran dengan niat memang nak baca Quran.
5. Tawaf
6. Masuk masjid (kalau sekadar masuk dan lintas sahaja dari satu pintu ke satu pintu yang lain tidak mengapa. yang tak boleh kalau masuk dan duduk dalam masjid)
7. Cerai (talak jatuh tapi haram)
8. Bertemu antara pusat dan lutut dengan suami (haram sampaii isteri period tu mandi wajib)

2 perkara yang haram tapi jadi halal bila darah haid dah berhenti (darah dah stop tapi tak mandi wajib lagi):

1. Puasa - contoh kalau darah haid dah takde sebelum subuh, dan kita nak sahur dulu & mandi wajib lepas azan subuh.. boleh je.

2. Talak terputus.
"Bolehkah isteri yang belum mandi hadas besar lagi bersetubuh dengan suami?"
So tu lah jawapannya. Pahe dop? hahaha. Maksudnya.. selagi tak mandi hadas besar / mandi wajib, tak boleh la melakukan persetubuhan walaupun darah haid dah berhenti.

Moga bermanfaat. Daaa~ wassalam! :)

BACA JUGA:




Bolehkah isteri yang belum mandi hadas besar lagi bersetubuh dengan suami?
berminat nak beli? Boleh order dengan saya.. whatsapp 0172008642 (Sayidah)

You May Also Like

4 comments

  1. Alhamdulillah, terima kasih perkongsian. Kadang yang jadi isteri pun masih tak faham lagi bab hadas besar dan persetubuhan ni

    ReplyDelete
  2. Kadang2 ramai juga yang teelepas pandang benda macam ni. Great info!

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p