Boikot McDonald's Malaysia: Apa Kata Mufti Wilayah Persekutuan? - sayidahnapisahdotcom Boikot McDonald's Malaysia: Apa Kata Mufti Wilayah Persekutuan?
LightBlog

Boikot McDonald's Malaysia: Apa Kata Mufti Wilayah Persekutuan?

Boikot McDonald's Malaysia: Apa Kata Mufti Wilayah Persekutuan? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Kan tengah hot issue sekarang ni berkaitan dengan pemboikotan McD besar-besaran di Malaysia. Ramai juga yang masih keliru dan tertanya-tanya "perlu ke boikot McD?", "nak boikot ke tak?", "nak beli burger McD, rasa bersalah la pula". Tak kurang juga yang memang dah tetapkan hati tak mau jejak dah  ke restoran McD. Siap ajak kawan-kawan, family sekali boikot McDonald's Malaysia. Tapi apakah yang sebenarnya? Mereka yang memboikot McD habis-habisan ni.. adakah mereka boikot berdasarkan fakta yang sebenar atau sekadar berpegang dengan 'fakta' "kot", "rasanya", "tak silap laa" dari mulut orang lain?



Boikot McDonald's Malaysia: Perlu ke tidak?

Boikot McDonald's Malaysia: Apa Kata Mufti Wilayah Persekutuan?
Boikot McDonald's Malaysia: Apa Kata Mufti Wilayah Persekutuan? | credit image: themalaymailonline.com
Kelmarin, saya terrrrjumpa keratan akhbar Sinar Harian (16 Disember 2017; Sabtu) yang highlight tajuknya: McDonald's Malaysia Memfailkan Laporan Polis Menentang Individu dan Kumpulan Tertentu Yang Membuat Tuduhan Fitnah dan Seruan Untuk Memboikot Restoran-Restoran McDonald's di Malaysia. And i was like wow! Apa ni? Saya pun teruskan  lah pembacaan saya until the end (ada dua muka surat full).

And i want to share with all of you about this. Dengan harapan moga ianya boleh menjelaskan apa yang kurang jelas dan menyelesaikan kekusutan berselirat di dalam minda yang sedang keliru.


Lets!

Boikot McDonald's Malaysia: McDonald's Malaysia Memfailkan Laporan Polis Menentang Individu dan Kumpulan Tertentu Yang Membuat Tuduhan Fitnah dan Seruan Untuk Memboikot Restoran-Restoran McDonald's di Malaysia
Saya ingin memaklumkan kepada semua bahawa Gerbang Alaf Sdn Bhd, anak syarikat Lionhorn Pte Ltd dan pengendali rangkaian restoran McDonald's di Malaysia, telah memfailkan laporan polis di ibu pejabat polis Jalan Dang Wangi terhadap individu dan kumpulan yang membuat dakwaan palsu serta menyebarkan informasi yang tidak berasas mengenai McDonald's Malaysia melalui platform media sosial dan saluran-saluran lain. Berdasarkan nasihat undang-undang, kami juga telah membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai isu ini.

Dakwaan tersebut di antara yang lain menyatakan bahawa McDonald's Malaysia menyalurkan dana kepada Israel adalah satu tuduhan yang tidak benar, dusta, palsu dan fitnah.

Dalam satu kenyataan yang telah kami keluarkan pada 8 Disember 2017 yang lalu, diterbitkan di laman web rasmi dan laman Facebook McDonald's Malaysia, kami telah membuat kenyataan yang sangat jelas bahawa kami sangat kecewa dengan seruan untuk memboikot restoran kami, sebagai tindak balas terhadap pengumuman Presiden Trump baru-baru ini.

Kami juga telah mengumumkan bahawa Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd adalah syarikat milik tempatan yang dikendalikan oleh individu Islam sebagai pemegang saham terbesar, dan sebagai sebuah syarikat kami tidak menyumbang, menyokong atau terlibat dalam sebarang konflik politik mahupun agama di mana-mana negara sekalipun.


Boikot McDonald's Malaysia: Apa Kata Mufti Wilayah Persekutuan?


Pihak kami juga telah mendapatkan pandangan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang menyatakan bahawa:

1. Seruan "Wajib boikot" hanyalah sah jika ianya diperintah oleh umara'/ pemerintah negara. Dalam konteks ini, pemimpin negara Malaysia dan juga mana-mana pihak autoriti Islam dalam Malaysia tidak pernah mengeluarkan apa-apa perintah memboikot McDonald's Malaysia. Maka, sebarang seruan untuk wajib boikot McDonald's adalah salah dalam perspektif Islam.

2. Boikot tanpa fakta yang sah boleh dianggap sebagi fitnah dalam hukuman Islam, oleh itu tuduhan ke atas McDonald's adalah dianggap fitnah.

3. Pihak McDonald's Malaysia adalah berhak untuk menuntut ganti-rugi daripada pihak yang telah memboikot -- sesuai dengan kerugian dari segi kewangan ke atas syarikat dan kehilangan pekerjaan yang dialami akibat daripada boikot tersebut.

4. Pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga menyarankan supaya pihak individu/ NGO yang telah memboikot dan/atau membuat tuduhan palsu ke atas McDonald's Malaysia agar mengeluarkan kenyataan awam/ terbuka untuk menarik balik kesemua tuduhan yang pernah dibuat ke atas McDonald's Malaysia.

Kami berharap bahawa kesemua rakyat Malaysia akan mendengar nasihat dan kata-kata bijaksana daripada pihak yang lebih berpengetahuan seperti Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Sebagai sebuah syarikat milik individu Islam, kami turut mendaftar sebagai pembayar Zakat dalam melaksanakan kewajipan untuk membantu serta memberi manfaat kepada golongan fakir miskin di Malaysia. Kami percaya bahawa pembayaran zakat bukan sahaja dapat memberi impak positif terhadap sosio-ekonomi malah mengukuhkan sistem jaminan sosial untuk menuju satu sistem ekonomi berteraskan Islam yang sempurna.

Kami juga telah menjelaskan bahawa kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab, yang terus menyebarkan pembohongan melalui platform media sosial dan saluran-saluran lain.

Walaupun jangkauan kenyataan rasmi kami telah beredar dengan meluas kepada rakyat Malaysia, sesetengah individu dan kumpulan yang tidak bertanggungjawab masih memilih untuk mengabaikannya dan terus menyebar maklumat palsu mereka.

Kami menganggap tuduhan-tuduhan yang tidak berasas ini sebagai satu fitnah. Oleh itu, kami tidak mempunyai pilihan selain mengambil langkah seterusnya untuk memfailkan laporan polis terhadap mana-mana individu dan kumpulan yang tidak bertanggungjawan.

Sementara itu, kami juga telah menubuhkan satu pasukan peguam penasihat luar untuk membantu kami dalam perkara ini, bagi memastikan bahawa hak-hak dan kepentingan syarikat kami dilindungi degan sewajarnya pada setiap masa.

Tindakan yang kami ambil dengan membuat laporan polis adalah terutamanya untuk melindungi para pekerja kami dan ahli keluarga mereka, serta harta dan restoran kami dari ancaman kerosakan, dan sudah tentu perniagaan dan mata pencarian kami termasuk kesemua 12,000 pekerja McDonald's Malaysia.

Salah satu tohmahan yang tidak benar adalah fitnah mengenai sumbangan McDonald's AS kepada Jewish United Fund (JUF) melalui program "Matching Gift". Ini kerana di Amerika Syarikat adalah satu kebiasaan bagi banyak syarikat-syarikat menawarkan program Pemberian Sepadan ("Matching Gift") bagi menggalakkan pekerja-pekerja mereka untuk menderma kepada badan-badan kebajikan. Program ini tidak khusu kepada McDonald's kerana banyak syarikat-syarikat Fortune 500 yang mengendalikan program Pemberian Sepadan tersebut (dianggarkan 60% daripada syarikat-syarikat Fortune 500 menjalankan program tersebut).

JUF hanyalah salah satu daripada banyak badan-badan di AD yang berhak untuk menerima sumbangan derma di bawah program Pemberian Sepadan. Ini kerana JUF dianggap beroperasi bagi tujuan kebajikan di bawah landasan undang-undang AS yang berkaitan iaitu Seksyen 501(c)(3) undang-undang percukaian AS. Oleh itu, apabila seorang pekerja McDonald's AS menderma kepada JUF atau mana-mana badan kebajikan yang lain yang memunyai status kelayakan yang sama (di bawah undang-undang percukaian AS), secara amnya McDonald's AS akan menderma amaun yang sama. Perlu diingat bahawa badan kebajikan adalah dipilih oleh para pekerja dan bukan oleh McDonald's AS. Program Pemberian Sepadan ini adalah satu faedah pekerjaan yang dinikmati oleh golongan kakitangan yang layak.

Sepanjang tahun 2014, terdapat lebih daripada 2,000 sumbangan derma pekerja kepada berbagai-bagai badan kebajikan yang dipadankan oleh McDonald's AS di bawah Program Pemberian Sepadan dan daripada ribuan sumbangan derma tersebut, bilangan derma kepada JUF adalah sangat kecil (hanya tiga(3) sahaja derma pekerja kepada JUF yang dipadankan).

Adalah satu fakta bahawa terdapat juga badan-badan kebajikan Islam yang telah menerima sumbangan derma pekerja yang dipadankan. Kenyataan di atas menerangkan konteks sebenar Pemberian Sepadan dan dengan jelas menyangkal sebarang dakwaan bahawa McDonald's AS mengambil sebarang pendirian berkaitan apa-apa konflik potlitik atau keagamaan yang berlangsung. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web McDonald's Malaysia - URL http://www.mcdonalds.com.my/company/news/mengenali-mcdonals-malaysia.

Akhir kata, penyebaran pembohongan dan fitnah tentang McDonald's Malaysia serta seruan yang tidak wajar untuk memboikot terhadap restoran kami hanya kana menyebabkan lebih banyak mudarat daripada manfaat yang baik.

Telah terang lagi bersuluh dengan jelas bahawa sebagi entiti perniagaan, Lionhorn Pte Ltd melalui anak syarikatnya Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd, telah memanfaatkan 'puluhan juta ringgit' melalui faedah cukai kepada kerajaan Malaysia, dan akan terus membuat pelaburan di Malaysia.
Boikot McDonald's Malaysia: Apa Kata Mufti Wilayah Persekutuan?
Boikot McDonald's Malaysia : Perlu ke tidak?
Boikot McDonald's Malaysia: Apa Kata Mufti Wilayah Persekutuan?
Boikot McDonald's Malaysia: Perlu ke tidak?
Boikot McDonald's Malaysia: Apa Kata Mufti Wilayah Persekutuan?
Boikot McDonald's Malaysia: Perlu ke tidak? 
Sepanjang 35 tahun di Malaysia, McDonald's juga telah melabur sejumlah wang yang besar dalam pengurusan operasinya. Kami telah mewujudkan beribu-ribu peluang pekerjaan sepanjang tiga setengah dekad ini - dengan menawarkan peluang pekerjaan sepenuh masa dan juga separuh masa kepada graduan, pelajar kolej, golongan dewasa, warga tua dan juga golongan kelainan upaya.

Ini jelas menunjukkan bahawa manfaat ekonomi yang telah diwujudkan oleh McDonald's mampu memberi kesan domino. Bagi meneruskan pertumbuhan positif dan mengembangkan lagi perniagaan kami di Malaysia, kami akan terus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Lebih banyak peluang pekerjaan yang diwujudkan mampu menjurus kepada penggunaan domestik yang lebih tinggi dan secara tidak langsung mewujudkan ekonomi yang lebih kukuh bagi menyokong perttumbuhan negara.
Boikot McDonald's Malaysia: Apa Kata Mufti Wilayah Persekutuan?
Dari kiri: Azmir Jaafar Pengarah Urusan & Pemilik Saham Tempatan McDonald's Malaysia, AbdulrahmanAlireza, Pengurus Besar Reza Food Services dan Mohammed Alireza, Pengarah Kanan Hal Ehwal Korporat Reza Food Services.
Kami juga melihat potensi yang besar di negara ini dan kami percaya bahawa pihak kami dapat menyebarkan kesan yang positif terhadap ekonomi Malaysia. Adalah penting untuk menyedari bahawa tiada entiti perniagaan yang ingin melabur di negara yang di mana mereka tidak disambut atau diberi layanan yang tidak adil. Pendek kata, apa-apa serangan terhadap kami- Lionhorn Pte Ltd dan Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd sebagi pengusaha perniagaan McDonald's di Malaysia - adalah serangan ke atas rakyat kita sendiri.

-- Azmi Jaafar
Pengarah Urusan & Pemilik Saham Tempatan
Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd.
Boikot McDonald's Malaysia: Apa Kata Mufti Wilayah Persekutuan?
Latar belakang McD Malaysia
LATARBELAKANG MCDONALD'S

McDonald's adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 35 tahun McDonald's di Malaysia, McDonald's memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di 265 restoran di seluruh negara. McDonald's menawarkan lebih 12,000 peluang pekerjaan di semua rangkaian restorannya termasuklah latihan dan perkembangan karier. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.

Post a Comment

6 Comments

  1. well. saya tak pergi mcd sebab makanan mereka sendiri. fast food kan. pepaham je la nutrient content nya

    ReplyDelete
  2. info yang menarik.tapi saya suka kfc lah (^_^) hehe.

    ReplyDelete
  3. tu lah ada baca jugak pasal ni haritu. Kesian pekerja McD takut dengan pemboikot membuta tuli ni.

    ReplyDelete
  4. Harap dapat buka mata laa sesiapa yang over sangat nak boikot tapi kafir2kan orang yang makan mcd. Bagus KC up entri ni.

    ReplyDelete
  5. boleh bagi link berkenaan teks ini

    1. Seruan "Wajib boikot" hanyalah sah jika ianya diperintah oleh umara'/ pemerintah negara. Dalam konteks ini, pemimpin negara Malaysia dan juga mana-mana pihak autoriti Islam dalam Malaysia tidak pernah mengeluarkan apa-apa perintah memboikot McDonald's Malaysia. Maka, sebarang seruan untuk wajib boikot McDonald's adalah salah dalam perspektif Islam.

    2. Boikot tanpa fakta yang sah boleh dianggap sebagi fitnah dalam hukuman Islam, oleh itu tuduhan ke atas McDonald's adalah dianggap fitnah.

    3. Pihak McDonald's Malaysia adalah berhak untuk menuntut ganti-rugi daripada pihak yang telah memboikot -- sesuai dengan kerugian dari segi kewangan ke atas syarikat dan kehilangan pekerjaan yang dialami akibat daripada boikot tersebut.

    4. Pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga menyarankan supaya pihak individu/ NGO yang telah memboikot dan/atau membuat tuduhan palsu ke atas McDonald's Malaysia agar mengeluarkan kenyataan awam/ terbuka untuk menarik balik kesemua tuduhan yang pernah dibuat ke atas McDonald's Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tengok di surat khabar Sinar Harian. tapi rasanya kalau awak search kat Google tentang boikot McDonald's Malaysia Sinar Harian, ada link nya.

      Delete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p