Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap, Simple dan Cepat, Kesukaan Ramai! - sayidahnapisahdotcom Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap, Simple dan Cepat, Kesukaan Ramai!
LightBlog

Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap, Simple dan Cepat, Kesukaan Ramai!

Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap, Simple dan Cepat, Kesukaan Ramai! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Tudiaaa time siang macam ni lah nak tunjuk aneka nasi goreng sedap sedap kan? Sengaja nak menyeksa jiwa raga kan? Hahaha. Rileksss. I'm just sharing je. Sesiapa yang masih tiada idea nak masak untuk berbuka puasa petang ni atau menu sahur esok pagi, don't worry! Bawah ni ada SEBELAS resepi nasi goreng pelbagai rasa, jenis dan favorite all time ramai orang (termasuk saya hee)! Bukan setakat budak budak, orang dewasa, orang tua pun suka tau. Mana-mana ibu ayah yang ada anak anak susah nak makan, haa boleh cuba semuaaa resipi nasi goreng mudah dan sedap sedap ini. Confirm anak suka! Kalau masak untuk mereka, pasti mereka "nak lagi!". Gitchuww.


Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap, Simple dan Cepat, Kesukaan Ramai!


1. RESEPI NASI GORENG KAMPUNG

nasi goreng kampung
Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap Simple dan Cepat
Bahan-bahan:
7 senduk nasi putih untuk 4 orang
15-20 biji lada hijau ikut tahap kepedasan anda
2 biji telur ayam
4 sudu makan sos tiram
2 biji bawang merah saiz sederhana.
8 ulas bawang putih
2 cm belacan yang dibakar terlebih dahulu
4 sudu makan minyak masak
-Sayur pilihan anda contoh: kangkung

Cara-cara:

1. Tumbuk bahan asas untuk perencah nasi goreng kampung. Lada, ikan bilis, bawang putih dan belacan bakar. Bawang merah masukkan last sebab dia berair. Nanti masuk mata pedih. Tumbuk. jangan blend tau.

2 Panaskan minyak goreng camtu ja isi ayam tanpa letak apa-apa. Dah nampak garing angkat. Minyak dia tu buat tumis bahan tumbuk perencah nasi goreng tadi. Guna api kecil tumis hingga nampak garing.

3. Suka telur? Masukkan telur dan biarkan sekejap dan kacau supaya sebati. Baru tambahkan 4 sudu makan sos tiram dan 2 sudu teh garam. Kacau lagi 2-3 minit guna api sederhana. Jangan besar nanti hangit tak best rasa nasi goreng kita.

4. Masukkan ayam dengan kobis atau sayur anda nak. Jangan lak masukkan terung. Tak sesuai tu. Last sekali bila dah masak layu sayur.

Ingat api sederhana ja tau sebab kita tak nak hangit di bawah. Baru masukkan nasi yang dah sejukkan tadi.

5. Kacau 4-5 minit, besarkan api sikit supaya nasi masak elok kering cantik. Masa ni kalau nak tambah bilis goreng, masukkan sekali.

2. RESEPI NASI GORENG CILI KERING

nasi goreng cili kering
Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap Simple dan Cepat
Bahan-bahan

1. Nasi sukatan 1 cup setengah dah siap masak
2. Bawang besar | ditumbuk
3. Bawang putih 3 ulas | ditumbuk
4. Belacan sikit
5. Ikan bilis tumbuk
6. Cili kering 5, 6 helai rebus | ditumbuk
7. Telur 2 biji. Tak nak letak pun tak apa.
8. Garam secubit

Cara-Cara Memasak

1. Dah tumbuk semua bahan² tadi, panaskan kuali, letak minyak.
2. Dah panas minyak, tumis bahan² tumbuk tadi sampai garing dan naik bau.
3. Pecahkan telur, selepas itu masukkan nasi.
4. Siap dan boleh dimakan

sumber : myresepi.com.my

3. RESEPI NASI GORENG CINA

nasi goreng cina
Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap Simple dan Cepat
[Kuantiti sukatan bahan adalah untuk 2 orang dewasa ya. Boleh tambah ikut kesesuaian]

Bahan-bahan:

2 cawan nasi putih (yang semalam atau dimasukkan dalam peti sejuk terlebih dahulu)
1 biji telur ayam
12 batang lobak merah dipotong dadu
Lauk pilihan
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap cair masin
12 sudu teh garam
12 sudu teh serbuk perasa
Lada sulah lada putih secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan tumbuk untuk perencah nasi goreng:
¼ bawang besarHolland
2 ulas bawang putih size sederhana
½ inci halia

Cara-cara:

1. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Pecahkan sebiji telur dan kacau sebati biar kuning dan putih telur bercampur. Masukkan dalam kuali dan jadikan telur hancur. Boleh tengok video. Ketepikan. Masukkan pula lauk pilihan dan goreng tanpa minyak. Bila dah masak ketepikan.

2. Masukkan minyak dalam anggaran 3 sudu makan. Masukkan bahan tumbuk nasi goreng cina kita ni, dan tumis hingga naik bau. Tambahkan sayur lobak merah yang dah dipotong dadu dan biarkan masak. Jangan tambah air ya. Nanti berair atau lembik nasi goreng. Tak sedap.

3. Bila dah masak sayur, masukkan sos tiram bersama kicap cair masin. Kita gunakan kicap cair sebab tak nak warna nasi goreng jadi gelap. Kan nasi goreng ni jernih je kan warnanya.

4.  Masukkan nasi, telur tadi bersama lauk dan lada sulah secukup rasa beserta garam.
Apa lagi ,kacau nasi goreng dengan skill yang ada ikut lah macam mana asalkan nasi tu sebati elok je hee. Rasa dan tambahkan serbuk perasa sedikit. Tengok nasi dah kering, angkat dan hidangkan.

sumber : myresepi.com.my

4. RESEPI NASI GORENG TOMYAM ALA THAI

nasi goreng tomyam
Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap Simple dan Cepat
Bahan-bahan:

2 Cawan Beras Wangi Thai – masak nasi (selalunya beras ni agak lembut jadi sukatan air selalunya sama banyak dengan beras)
7-8 ekor udang sederhana besar (suka hati nak letak banyak mana) – buang kulit
4 ekor sotong sederhana – potong bulat bulat
1/2 biji bawang besar atau 3-4 ulas bawang merah- potong nipis sesuka hati
2-4 biji cili padi – diketuk sikit (mengikut kesukaan)
4 ulas bawang putih- cincang halus
1-2 batang serai – potong kecil kalau suka kalau malas nak asingkan potong besar-besar macam aku buat tu tapi kalau nak telan sekali potong kecik
2 helai daun limau purut (wajib ni nanti tak bau tom yam kalau tak letak ni)
Sayuran mengikut kesukaaan di sini aku guna carot & kubis
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar pes tomyam
Sedikit minyak ikan thai , gula , garam & lada sulah

CARA-CARA MEMASAK

1. Tumis bawang.. masukkan cili & serai & kacau sebentar… kemudian masukkan sos tiram, cili, pes tom yam kacau kejap dalam kuali (tambah sedikit air jika perlu)

2. Masukkan udang & sotong & kacau sampai udang & sotong masak. (tambah air supaya tak kering & hangit.)

3. Bila sotong & Udang masak, masukkan sayuran & kemudian nasi

4. Kuat kan api sikit & gaul Nasi hingga sebati, tambah perasa & sos ikan

5. Kemudian perlahankan sedikit api & masukkan daun limau purut dan kacau-kacau lagi supaya Nasik masak dengan cantik dan sedikit kegaringan. Kalau nak ala thai lagi tambah secubit daun sup + daun bawang & bawang goreng dihiris halus ketika menghidang.

sumber: myresepi.com.my

5. RESEPI NASI GORENG BIASA

nasi goreng biasa
Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap Simple dan Cepat
Bahan-Bahannya

1 mangkuk nasi sejuk
2 pokok sawi - dibersihkan dan dipotong 1 inci
Sedikit kobis - dibersihkan dan dipotong nipis
2 biji telur
2 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan kicap lemak masin
Sedikit garam dan serbuk perasa

Bahan tumbuk

2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu makan ikan bilis

Cara-caranya

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan cili kisar.
2. Masukkan garam dan serbuk perasa. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
3. Masukkan sayur-sayuran. Gaul rata hingga kobis agak layu.
4. Masukkan nasi sejuk. Gaul rata.
5. Masukkan kicap. Gaul rata.
6. Ketepikan nasi ke satu sisi kuali. Pecahkan telur di satu sisi kuali yang tiada nasi. Kacau telur hingga hancur dan telur jadi scramble.
7. Gaul telur dengan nasi goreng hingga rata.
8. Perlahankan api dan gaul nasi sekali sekala untuk 5 minit lagi.
9. Tutup api dan hidangkan.

6. RESEPI NASI GORENG IKAN MASIN

nasi goreng ikan masin
Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap Simple dan Cepat
Bahan-bahan:

Bawang putih kisar kasar/tumbuk.
Ikan masin jenis apapun boleh, cincang kasar.
Kacang panjang hiris kasar.
Minyak.
Cili padi. Untuk yang suka pedas.
Fish sos.
Sos tiram.
Garam.

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak, kemudian goreng ikan masin sehingga betul-betul garing.
2. Masukkan 1/2 sudu masak (sdm) bawang putih, jika masukkan 1 sdm pun boleh. Tumis sehingga bawang putih warna coklat.
3. Kemudian masukkan kacang panjang, gaul sebentar.
4. Ketepikan kacang panjang di tepi kuali, selepas itu pecahkan sebiji telur. Gaul sehingga telur masak
5.Kemudian masukkan nasi dan gaul rata.
6. Selepas itu masukkan 2 sdm sos ikan.
7. Masukkan 1 sdm sos tiram. Akhir sekali, masukkan garam. Gaul sebati lebih kurang 10 minit. Siap!

sumber :myresepi.com.my

7. RESEPI NASI GORENG SEAFOOD SPECIAL

nasi goreng seafood
Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap Simple dan Cepat
Bahan-bahan

2-3 mangkuk nasi putih
1 biji bawang merah - saiz besar (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sedikit sawi (dipotong)
1 genggam isi kerang
5-6 ekor udang (sederhana besar)
4-5 ekor sotong (dipotong bulat)
1 sudu besar sambal belacan (Ida just guna sambal belacan segera adabi)
1 sudu cili giling
1 sudu besar sos tiram
2-3 biji cili padi (jika mahu pedas)
Sedikit minyak masak/minyak bijan
Garam dan secukup rasa
Daun sup dan timun (untuk hiasan)

Cara-cara

1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang yang ditumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan sambal belacan, cili giling dan cili padi yang diketuk/ hiris. Kacau rata.
3. Kemudian masukkan sos tiram dan kacau lagi.
4. Selepas itu masukkan isi kerang, sotong dan udang. Biarkan masak seketika.
5. Tambahkan garam, dan serbuk perasa secukupnya.
6. Kemudian masukkan sayur, biarkan layu sedikit.
7. Akhir sekali, masukkan nasi dan gaul sekata. Boleh padamkan api.
8. Hiaskan dengan daun sup dan timun.

Credit: Anika Resepi

8. RESEPI NASI GORENG AYAM GORENG KUNYIT

nasi goreng ayam kunyit
Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap Simple dan Cepat
Bahan-bahan nasi goreng

1 mangkuk nasi putih
6 tangkai cili kering - dikisar
1 biji bawang merah - dikisar
1/2 inci belacan - dikisar
2 sudu kicap
5 biji cili api - diketuk
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan ayam goreng kunyit

200g isi ayam - dipotong dadu
2 batang kacang panjang
1 biji bawang besar - dihiris
1 biji cili besar - dihiris
2 sudu serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara membuat nasi goreng

1. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan nasi putih dan kicap. Kacau rata.
3. Masukkan cili padi. Kacau.
4. Perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Angkat.

Cara-cara memasak ayam goreng kunyit

1. Gaul isi ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Goreng isi ayam hingga sedikit garing.
3.Masukkan kacang panjang, bawang besar dan cili besar. Gaul dan masak hingga kacang panjang lembut.
4. Angkat dan hidangkan dengan nasi goreng tadi.

Sumber: #ResepiUmmi

9. RESEPI NASI GORENG PATTAYA

nasi goreng pattaya
Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap Simple dan Cepat
Bahan-Bahan:

Sepinggan nasi putih sejuk
1 sudu besar minyak masak
1 biji bawang merah besar + 3 ulas bawang putih diblend
1 mangkuk kecil isi ayam
3 sudu besar sayur campur
3 tangkai cili padi diketuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil kicap
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
2 biji telur ayam
Garam & kiub ayam secukup rasa

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak.
2. Tumis bawang yang diblend hingga naik bau.
3. Masukkan isi ayam, kacau hingga masak.
4. Masukkan sos tiram, garam & gula secukup rasa.
6. Masukkan sayur campur & cili padi, kemudian masukkan nasi.
8. Taburkan serbuk lada hitam & kacau hingga sebati. Goreng sehingga masak, kemudian angkat.

Proses Membungkus Nasi dengan Telur:

1. Gunakan kuali berasingan dari kuali yang diguna untuk menggoreng nasi.
2. Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar butter.
3. Ratakan butter hingga keseluruh permukaan kuali.
4. Bila butter betul-betul panas, masukkan 2 biji telur yang telah di pukul.letak sedikit garam dan secara berpusingan bermula dari atas hingga ke tengah kuali. Pastikan telur rata dan menipis di dalam kuali. Proses ini mengambil masa yang amat singkat.
5. Masukkan nasi yang digoreng tadi ke bahagian tengah telur yang masih dalam kuali.
6. Hujung telur dilipat menjadi 4 penjuru. Proses ini sama seperti menbuat murtabak.
7. Ambil pinggan kosong, telungkupkan di atas telur dan terbalikkan kuali dan sambut nasi goreng yang berbungkus nasi secara berhati-hati.

sumber : myresepi.com.my

10. RESEPI NASI GORENG USA

nasi goreng usa
Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap Simple dan Cepat
Terbahagi kepada dua bahagian

1. Nasi Goreng
2. Lauk

Bahagian Pertama Nasi Goreng

Bahan-bahan

Nasi putih satu mangkuk
Bawang putih
Sayur lobak merah- dipotong kecil macam batang mancis
Minyak masak

Cara-cara

1. Masukkan minyak
2. Masukkan bawang putih
3. Masukkan 1 sudu cili boh
4. Masukkan semangkuk nasi
5. Masukkan sayur campur
6. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap masin, sedikit garam dan serbuk perasa

Nota:
* Biasanya masakan thai mengunakan 2 jens kicap.. Kicap yang masin berwarna agak jernih dan kicap pekat yang berwarna hitam pekat.
* Hanya guna sedikit garam kerana lauk ayam yang akan dimasak nanti juga masin. Gaulkan sehingga masak..

Bahagian Kedua Lauk Ayam

Bahan-bahan

Ayam (kalau nak daging pun boleh)
minyak masak
Cili boh
Cili besar merah
Bawang putih
Bawang Besar
Tomato
Sedikit daun limau purut

Cara-cara

1. Masukkan minyak
2. Masukkn cili boh
3. Masukkan bawang putih
4. Masukkan ayam- bahagian dada sahaja potong dadu gaul sehinga ayam masak
5. Masukkan sos cili, sos tomato ,sos tiram, kicap masin, garam, gula dan serbuk perasa
6. Potong bawang besar, cili besar dan tomato
masukkan daun limau purut.
7. Gaul sehingga masak

Nota:
* Boleh juga ditambah udang/sotong dalam nasi goreng
* Goreng telur mata kerbau dan letak atas nasi tersebut

Hiasan:
Potong timun, daun bawang dan tomato, dan jangan lupa taburkan sedikit lada sulah dan bawang goreng diatas hidangan tersebut.

11. RESEPI NASI GORENG DAGING MERAH

nasi goreng daging merah
Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap Simple dan Cepat
Bahan untuk daging merah:

200 gram daging
pewarna merah
1 senduk minyak masak
1 inci halia, hiris nipis
3 ulas bawang putih diketuk
5 biji cili padi, tumbuk kasar supaya pecah sedikit
1/4 cawan cili kisar2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan2 helai daun limau purut
3 batang kacang panjang, potong 2 inci
4 biji jagung muda, potong memanjang
Sedikit tepung jagung
Karot (carrot), potong memanjang

Bahan untuk nasi goreng:

4 cawan nasi
Sayuran campur atau mixed vegi
2 sudu besar cili kisar
1/2 ketul kiub ayam
1 biji telur2 ulas bawang putih, hiris nipis
3 biji bawang merah, hiris nipis
Garam dan gula secukup rasa

Cara untuk memasak daging merah:

1. Rebus daging di dalam air yg diletakkan sedikit pewarna merah sehingga empuk.
2. Angkat dan sejukkan daging, kemudian hiris nipis.
3. Simpan air rebusan daging untuk kuah.
4. Panaskan minyak dan goreng daging sehingga sedikit garing, tapi jangan terlalu garing.
5. Angkat dan ketepikan.
Dalam minyak yang sama tumis bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.
6. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, sos ikan dan karot. Masak seketika.
7. Masukkan daging, kacang panjang, jagung muda dan daun limau purut yang dicarik kasar
8. Tuang air rebusan daging dan tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung supaya kuah menjadi pekat. Jangan tambah terlalu banyak tepung jagung.
9. Angkat dan hidang.

Cara untuk memasak nasi goreng:

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
2. Masukkan sayuran campur dan kiub ayam, kemudian masukkan nasi dan kacau sebati.
3. Buat lubang di tengah dan pecahkan telur. Masak sehingga telur sedikit keras dan kacau sebati.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan boleh dihidang.

sumber : myresepi.com.my

Selamat mencuba! Semoga berjayaa! heheh.

Till next time, daa~ wassalam! :)

BACA JUGA:


Post a Comment

3 Comments

  1. saya nak cuba nasi goreng seafood special tu nampak sedap hihihi

    ReplyDelete
  2. my favourite will always be nasi goreng cina

    ReplyDelete
  3. My fav nasi goreng.hari tu Rabia masak nasi Goreng cina

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p