Resepi Kek Coklat Kukus Moist | Mudah, Sedap, Lembut & Meleleh

by - July 26, 2017
Menu wajib yang MESTI buat kalau semua adik beradik saya balik rumah Seremban sekaligus - kek coklat kukus moist yang sedap, lembut, cair meleleh aummm! Haha. Seriusss tau sedap kek kukus colat umi (mak) saya buat. Ramai yang puji kelazatan dan kelembutan kek coklat umi. Sehinggakan ada yang order kat umi untuk majlis harijadi atau majlis doa selamat mereka. So, saya nak share lah resepi kek coklat kukus moist ni. Step step dia mudah je nak ikut. Jom kita tengok macam mana caranya..

Resepi Kek Coklat Kukus Moist

Resepi Kek Coklat Kukus Moist | Mudah, Sedap, Lembut & Meleleh
Kek Coklat Kukus Moist | Mudah, Sedap, Lembut & Meleleh
Bahan-bahannya :

1. Telur 3 biji
2. Marjerin/ mentega (Planta)
3. Susu pekat 
4. Air panas
5. Serbuk kek coklat segera

notakaki: Saya gunakan Serbuk Kek Coklat jenama D'Rosni. Kalau korang nak gunakan serbuk kek coklat segera yang lain, silakan :)




Cara-cara membuat kek coklat kukus moist:


1. Cairkan satu cawan marjerin (3/4 digunakan untuk membuat kek kukus & 1/2 digunakan untuk topping kek kukus)


cara membuat kek coklat kukus
kek coklat kukus moist sukatan cawan

2. Masukkan 3 biji telur + 1 paket serbuk segera + 3/4 cawan susu pekat + 3/4 cawan air panas + 3/4 marjerin yang telah dicairkan tadi ke dalam besen/mangkuk.


3. Kacau bahan-bahan tersebut dengan rata. (sebaiknya kacau dengan menggunakan senduk kayu)


4. Isi sedikit minyak/mentega pada loyang dan kemudian tabur beberapa tepung di atasnya.
(step ni fungsinya adalah untuk mengelakkan kek melekat pada loyang ketika dimasak)




5. Masukkan bahan-bahan yang telah dikacau tadi ke dalam loyang. Dan masukkan ia ke dalam periuk kukus.


6. Biarkan kek coklat dimasak di dalam periuk kukus selama 50 minit.


Cara-cara membuat topping kek kukus moist coklat:


1. Masukkan 1/2 cawan susu pekat + 1/2 marjerin yang telah dicairkan tadi + serbuk topping kek coklat ke dalam besen/mangkuk/periuk.


2. Kemudian, kacau sehingga rata.


3. Masakkan ia secara double boil.

Selepas 50 minit, angkat kek coklat daripada periuk kukus. Yeayyy menjadi kek kukus coklat kita! 

TIPS: Untuk tahu kek kita dah masak ke belum kan, kita cucuk kek kita dengan pisau dan angkat pisau itu. Kemudian kita check! Jika kek yang melekat pada pisau itu lembik dan masih basah, maksudnya kek kita belum dimasak sepenuhnya. Jika kita nampak kek yang melekat pada pisau kita kering dan tidak lembik, maksudnya kek kita dah cukup masak sepenuhnya !


Curahkan topping ke atas kek kukus coklat dan jika nak nampak lagi meriah dan sedap, taburkan topping warna warni ATAU coklat di atasnya.


Siap! 


resepi mudah kek coklat kukus
Kek Coklat Kukus Moist | Mudah, Sedap, Lembut & Meleleh
Umi saya jual kek kukus moist coklat ni di kedai & juga mengambil tempahan kek untuk majlis hari jadi dan juga event lain. Tapi area Seremban je lah hehe. So, siapa yang stay di area Seremban nak order kek coklat or cupcake coklat moist, boleh whatsapp/contact saya 0172008642 :)


kek coklat meleleh
Tempahan Kek Coklat Kukus Moist | Mudah, Sedap, Lembut & Meleleh
tempahan kek coklat kukus
Tempahan Kek Coklat Kukus Moist | Mudah, Sedap, Lembut & Meleleh (Seremban)
kek coklat kukus majlis harijadi
Celebrate birthday abi dengan kek Coklat Kukus Moist

Selamat mencuba Resepi kek moist coklat kukus ni! :D

BACA JUGA:
Resepi Kuih Keria
Resepi Aiskrim Choki Choki

You May Also Like

5 comments

  1. wahhh...sedap ni.. coklat my faveret...

    ReplyDelete
  2. Terliur tengok. Akak suka kek coklat kukus ni sebab tak manis sangat & lembut je..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Wah resepi yang baik ni... nasib akk tak ada bakat buat kek...hahaha

    ReplyDelete
  4. Wah sedapnya. Fav miza sekeluarga ne

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p