cara nak tahu lelaki suka perempuan - sayidahnapisahdotcom cara nak tahu lelaki suka perempuan
LightBlog

cara nak tahu lelaki suka perempuan

cara nak tahu lelaki suka perempuan

cara nak tahu lelaki suka perempuan
credit to : kompasiana.com

Persoalan "bagaimana nak tahu lelaki tu suka aku" , "apa tanda lelaki suka kita", "lelaki tu suka aku ke", "macam mana cara kenalpasti lelaki tu suka kat aku". Ramai yang nak tahu jawapan bagi persoalan-persoalan ini, termasuk la aku sendiri. 

Semua lelaki sifatnya tak sama. Lelaki juga  mempunyai taste yang berlainan pada perempuan. Orang ada kata, cantik itu subjektif. Jadi, definisi 'perempuan cantik' bagi seseorang lelaki juga berbeza. Begitu juga dengan cara lelaki suka perempuan pun berbeza-beza.

Di sini saya nak kongsikan dahulu tiga jenis lelaki yang terdapat di dunia ini.

cara nak tahu lelaki suka perempuan
credit to : www.tumblr.com


Jenis lelaki pertama : Suka perempuan secara diam-diam

Ni jenis yang susah kita nak tahu dan kenalpasti dia suka kita(perempuan) ataupun tidak. Sebab lelaki jenis ni dia tak tunjuk dan suka memendam perasaan dia sorang-sorang. Lelaki jenis ni sama ada dia perhatikan perempuan yang dia suka dari jauh sahaja atau berkawan seperti biasa. Ye, kawan lelaki yang biasa kita berbual-bual setiap hari kemungkinan suka dengan kita. Tapi janganlah sampai semua kawan lelaki yang berbual dengan kita dicop suka kita pula haha. 

Jenis lelaki kedua : Suka secara terang-terangan

Ada lelaki yang terang-terangan menzahirkan rasa suka dia kepada perempuan yang dia suka. Lelaki jenis ni tak susah kita nak kenalpasti. Tapi hati-hati, kekadang lelaki jenis ni ialah jenis playboy dan tidak boleh dipercayai. Tapi tidak bermakna, semua lelaki yang berterus terang dia suka kita, tidak boleh dipercayai. Mungkin kita boleh ambil langkah berjaga-jaga dengan memeriksa latar belakang dia atau bertanyakan kepada kawan-kawan bagaimana sifat lelaki tersebut supaya tidak terjebak dengan lelaki jenis playboy.

Jenis lelaki ketiga : Mengusik/cari gaduh dengan perempuan yang dia suka

Lelaki jenis ni ialah jenis yang tak reti bagaimana hendak memulakan perbualan dengan perempuan yang dia suka. Boleh jadi juga, dia sengaja cari gaduh/mengusik kerana hanya dengan cara itu sahaja boleh membuatkan perempuan yang dia suka tu beri respons dan beri perhatian kepada dia. Tu orang dulu-dulu kata, jangan gaduh-gaduh sangat, nanti jatuh sayang haha. Dan juga, jangan benci sangat, nanti jatuh suka, siapa nak tanggung. Hehehe,


Cara nak tahu lelaki suka perempuan


cara nak tahu lelaki suka perempuan




1. Dari cara pandang 

Pandangan marah. Pandangan benci. Pandangan meluat. Pandangan kasih sayang. Pandangan suka pun ada. Cara lelaki memandang perempuan yang dia suka dengan perempuan yang dia anggap biasa-biasa sahaja adalah berbeza. Macam mana nak kenalpasti lelaki pandang perempuan yang dia suka dengan pandangan suka?  Haaaa perbezaan itu hanya orang lelaki sahaja yang tahu hehe.

2. Selesa berkongsi cerita 

Lelaki akan berasa selesa untuk berkongsi cerita dengan perempuan yang dia suka. Selesa berkongsi masalah dan juga khabar gembira. Tidak segan silu meminta pendapat jika berada di dalam situasi yang sukar.

3. Mengambil berat

Kalau lelaki suka akan seseorang perempuan, dia mesti mengambil berat tentang perempuan tu. Bertanyakan sihat ke tidak, dah makan ke belum, macam mana kehidupan seharian, ada masalah ke tidak, apa yang suka, apa yang tidak suka. Dan tak semestinya pertanyaan-pertanyaan itu ditanya secara langsung kepada perempuan yang dia suka. Boleh jadi juga, dia tanya kepada kawan-kawan rapat perempuan tersebut atau memeriksanya dari laman sosial perempuan tersebut.

4. Cuba menjadi yang terbaik

Lelaki rasa hebat dan gembira bila dianggap serba tahu dan serba boleh dalam semua hal oleh perempuan yang dia suka. Dia cuba nak buat benda yang perempuan dia suka dengan baik dan sempurna. Apabila bersama dengan perempuan yang dia suka, dia cuba tidak melakukan apa-apa kesalahan walaupun sedikit. Lelaki juga bertindak sebagai leader kerana mahu dianggap cool dan macho dengan perempuan yang dia suka.

5. Mengingati latar belakang dan hal peribadi

Jika lelaki berusaha keras untuk mengingati hal peribadi kita seperti nama penuh apa, tarikh lahir bila, duduk mana, adik beradik berapa, nama mak apa,nama ayah apa, kampung kat mana dan lain-lain, berkemungkinan besar lelaki itu suka kita.


cara nak tahu lelaki suka perempuan
HARGA RM80 termasuk pos. Order dengan saya meh! 
WHATSAPP/SMS 0172008642
cara nak tahu lelaki suka perempuan
credit to : molldy.hol.es


Entri lain yang hits :



Post a Comment

64 Comments

  1. Jenis lelaki ketiga yg slalu jumpa...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah sekali ja jumpa macam tu..

      Delete
    2. lelaki jenis yang ketiga tu suka cari gaduh dengan saya si asyraf

      Delete
  2. macam mana nak tahu perempuan suka kita?

    ReplyDelete
  3. hahaha.. tak tahu nak komen gapo...
    gamak xdak laki suka ahkak ni diknon..

    ReplyDelete
  4. teringat pulak zaman2 di sukai dulu..eceh!!!bahhaha

    ReplyDelete
  5. macam akak dulu asyik kena sakat dan usik...

    ReplyDelete
  6. Hihihi..yang ketiga tu memang lumrah..kat sekolah biasanya..

    ReplyDelete
  7. yang first memang payah nak tau.. maklumlah dalam diam kan

    ReplyDelete
  8. hmm,,, takot pulak ter-friendzone,,haha

    ReplyDelete
  9. hahaha....nak gelak je...k,bai

    ReplyDelete
  10. Nak pikat perempuan kena tunjuk sifat-sifat yang baik dan mulia. Cuba buat apa yang dia suka dan jangan sakiti hatinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lelaki no 1 mmg susah nk tau laa.. Sbb terlalu introvert Sgt.

      Delete
  11. Btul btul btul yg no 3 tu mmg slalu jmpe

    ReplyDelete
  12. lelaki y pndiam ni sush skit lh ...dia malu thp gaban

    ReplyDelete
  13. Kalau dia lambai kite.pastu kalau kite lepak dekat taman dekat ngan dia bile kite nak pergi dia ckp bye bye ke.itu di panggil suke kite ke....

    ReplyDelete
  14. Kalau budak lelaki suka sangat cari gaduh dengan perempuan sampai bertumbuk2 tanpa belas kasihan(kadang2 ada)bencilah dia asyik cari pasal kat sya sorang jek tu yang pelik

    ReplyDelete
    Replies
    1. seriously sampai tumbuk-tumbuk? sampai darah-darah ke?

      Delete
  15. kalau lelaki dia pandang kita, pastu lepas kita nampak dia pusing cept2 , itu dikira ke

    ReplyDelete
  16. salam>nak tnye kalau nama kita terkenal diantara kawan kawan dia,,means apa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. terkenal yg macam mana tu? mereka selalu usik2 awak dengan dia ke?

      Delete
  17. Sye ade kwn yg suka sgt cari gaduh.xpi bila sye marah je.cepat2 minx maaf.sye rse mcm x smpai hati nak marah dia lama2.persoalannye skang,dia suka sye ke n sye suka dia ke???

    ReplyDelete
  18. Sye ade kwn lelaki yg memang suka cari gaduh ngan sye.bila sye marah dia.mesti dia ws sye minx maaf.sye pon maafkan la dia sbb x sampai hati nak marah lama2.sbb sye pon ade rse kala dia x kacau sye,sye rse macam something missing.persoalnye skang.adakah sye suka dia???N adakah dia suka saye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau persoalan adakah awak suka dia? kena tanya diri sendiri la hehe.
      tapi kalau persoalan adakah dia suka awak? mungkin ya, mungkin tidak. lebih baik tanya pada empunya badan atau korek rahsia daripada kawan2 baik dia :)

      Delete
  19. tiba-tiba teringat seseorang dulu-dulu nak kenal macam mana haha funny !

    ReplyDelete
  20. sy slalu Sgt gaduh ngan lelaki ni sbb sy slalu ejek dy..kadang2 smpai nk brtumbuh pun ade..musuh ketat la nma nye tu...tibe2 dy meluah perasaan pulak...hahaha...shy shy shy

    ReplyDelete
  21. nak tanya pendapat
    Saya ada classmates ni dia pendiam and pemalu.pada awalnya dia tiba2 kirim Salam Kat saya Dan bila saya minta tolong settlekan prob subjek di gp Ws dia yg tolong(kami tak pernah berborak f2f). And lately ni kawan2 dia selalu sakat dia ngan saya dan ada jugak kwn dia cakap dia suka saya tapi dia suka cari gaduh dengan saya.dia juga pernah bergurau yang dia nak meminang saya . So saya nak tanya pendapat .dia suka saya ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau macam tu, saya rasa dia macam suka kat awak je. kadang2 kalau kawan2 sakat tu, ada something la tu. dan pasal minang meminang ni perkara yang agak berat kan. so kalau dia bergurau ttg hal tu, kemungkinan besar dia ada hati dengan awak ;)

      Delete
  22. yg nombor satu tu mmg selalu lah..kalau lepak ngan kawan² ke mesti dia mcm tu..

    ReplyDelete
  23. Haha tak tau la orang tu suka atau tak. Tapi deskmate cakap dia asyik usha. Rasa tak selesa. Tapi takkan nak tanya pulak. Kot² dia tgok luar tingkap bukan tengok saya HAHAHAHA. Tetiba kena friendzone. Maluje hahaha. So macam mana nak tau ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh senang je nak tahu dia pandang kita atau pandang tingkap. cara dia.. time awak rasa dia tgh 'usha' awak, cuba awak pandang dia. tengok dia alihkan pandangan ke tak. kalau dia macam terkejut or dia buat2 alih pandangan atau terbatuk2 malu ke, maksudnya dia memang pandang awak.

      tapi kalau awak pandang dia then dia rupa2nya pandang tingkap, awak kena redho la hehe.

      tapi kalau awak pandang dia lepastu dia balas pula pandangan awak.. awak buat muka pelik+annoying (ni kalau awak tak suka dia la). tapi kalau awak suka dia juga, senyum sikit lepastu buat donno je. hahaha *kejam*

      Delete
    2. Saya suka dgn cara berdoa.. Sedekah al fatihah pun ok

      Delete
  24. Saye dri dulu sedara saye lelaki belah ayah selalu cri gaduh an saye lau kiteorang jumpe x sah lau x cri gaduh an saye kadang tu sakat saye kadang tu plak suke tanye saye dah mkn ke blom bla bla mcm agi lh ape maksudnye ehhh???

    ReplyDelete
  25. Saye dri dulu sedara saye lelaki belah ayah selalu cri gaduh an saye lau kiteorang jumpe x sah lau x cri gaduh an saye kadang tu sakat saye kadang tu plak suke tanye saye dah mkn ke blom bla bla mcm agi lh ape maksudnye ehhh???

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin sebab korang memang saudara. so, gurauan or cari gaduh tu biasa la kan sesama saudara. sebab dia selesa dengan awak :)

      atau mungkin juga dia suka usuk sebab dia ada hati dengan awak.

      Delete
  26. hahahah sy punya bf jenis yg no 3. dulu smpai skrg still suka nak cari gaduh je memanjanggg XD

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum.. sorry,maybe soalan saya out of this topic. Saya dah bercinta dengan si dia about 8 month. One day,kami ada bertukar pendapat. Dia pernah kata dekat saya yang dia dah lali dengan perkataan cinta. pada tanggapan saya,mungkin dia dah tawar hati. Dan dia ada ckp yang "awak ingat saya mudah percayakan awak?" Masa tu, saya rasa sakit sangat hati. Rasa nak menangis je. Sebab sepanjang percintaan ni,saya tak pernah tipu dia dan meletakkan kepercayaan kepada dia. Keesokan,saya rasa hati saya masih sakit dan tak boleh nak terima apa yang dia cakap pada saya. Saya nak tahu sebenarnya,bila dia cakap macam tu, dia ni betul-betul ke cinta kan saya atau dia ni terdesak nak bercinta? Saya pun sekarang tak tahu,sama ada saya masih cintakan dia atau tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      bila dia ada cakap "awak ingat saya mudah percayakan awak?", mungkin dia jenis yang susah nak percayakan orang/kekasih. sebab mungkin dia ada pengalaman pahit yang lepas yang melibatkan kepercayaan. mungkin dulu dia pernah dikhianati oleh orang yang dia sayang, so dia susah nak letak 100% kepercayaan pada orang or dia selalu rasa insecure.

      So, awak kena faham la dengan orang macam ni. Selalu yakinkan dia yang awak setia & tunjukkan yang dia boleh percaya awak. mungkin awak boleh berbaik-baik dengan keluarga dia, so that dia rasa awak serius dengan dia.

      Delete
  28. Nak tanya....saya ade sorang classmate ni...org kata dia ni masa kat sekolah rendah dulu pemalu dan anti perempuan...dia cakap dengan perempuan pon kena paksa...tapi dia dengan saya xmacamtu...dia slalu wink dekat saya,gurau dengan saya,klau baru lepas exam mesti kitorang berebut nak tgk markah exam...lepastu dalam kelas dia selalu pandang2 n senyum...ada orang kata yang saya orang pertama (perempuan) yang rapat dengan dia...diorang kata yang dia suka saya...betul ke dia suka saya? Atau dia just selesa kawan dengan saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada 2 kemungkinan: sama ada dia memang suka awak sebab dia rasa ada chemistry dengan awak ATAU dia just selesa kawan dengan awak.

      tapi.. macam mana dia boleh rapat dengan awak? maksudnya awak mulakan dulu (tegur dia) atau dia ?

      Delete
  29. Hello sis.. Sy mau tanya ni.. Ada bah sya stu classmate sya ni... Dia selalu ja pusing belankang d kelas.. Tpi bila dia pusing tu, mcm 1-2 minit cam tu dia tengok depan nda lama dia pusing lgi,apalagi klu ada soalan yg dia tdk pandai... N klu tiada soalan tu dia n kwn2 dia pandai usik sya.. Sya ni duduk dkt tempat lelaki bah.. Semua lelaki di situ kecuali sya n bestfren sya.. Bru2 ni, kwn2 dia usik sya bilang yg dia tu hensem kah tdk? N dia tu comel ka? N reaction dia, sya x nampak sbb dia d depan sya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh kalau macam tu tak sure pula. hehe sebab terlalu general :)

      Delete
  30. salam...nak nk tnya klau sy main bola beracun dengn geng dia ...tapi cikgu surh sy jadi taget and then suruh perempuan yg sy suka tu backup sy pastu dia kt dengan nada agk sombong ngan poyo"biarlah dia jga diri dia sendiri" adkah dia duka atau dia x suka sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. kenal ke tak dengan dia? pernah bertergur sapa tak?

      Delete
  31. kalau dia disuruh cikgu utk backup sy masa main game dogdeball tapi dia kata biarlah dia jg diri dia sendiri...macam mane tu???

    ReplyDelete
  32. Nk tnye sikit kalau lelaki ni kalau lalu dpn kite je asyik pandang kite je maknanye die suke kite ke ??

    ReplyDelete
  33. Nk tnye..kalau lelaki asyik pandang kita masa kita tengah main bola dkt padang skolah , kita tengah makan dkt kantin. Apa maknenye ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti. banyak benda boleh kita tafsirkan. antaranya maybe dia minat kat awak. kemungkinan tu ada :)

      Delete
  34. Ada sorang lelaki ni hari-hari mesti gaduh dengan dia...Saya selalu kena kacau and kena ejek dengan kawan-kawan baik dia...Dia selalu pandang saya...Bila kawan saya tanya dia suka saya ke tak dia tersenyum-senyum...Apa maknanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu tak sure la pula. mungkin betul suka atau ada niat lain.

      Delete
  35. Semua di atas ada pada lelaki yg saya kenal 1 sekolah tpi x prnh brtegur kami brtegur bile sama2 bljr memandu kereta..dye suka sangat skat sya tpi mse sye bljr memandu dia nak duduk sebelah bosan katanya tggu..😂 yelah tu😤 tapi dia suke buat perkara yg mngganggu fokus sye smse memandu..kacau saye kacau fon sye😅 sakat saya..sabotaj supaya enjin mati..haihh..2 hri je kitorg spent mse sesame..pas dye tau sye naik poli dye tekejot..nmpk la muke kesdihn tu dn dye cube nk brtgur dgn sye..kgkdg brbual pon dgn sye je.. Pdhl ade je lelaki ngn pmpuan lain

    ReplyDelete
  36. Klau dia asyik senyum dan tengok kita maksudnya dia suka kita ke?? Sebb dri cara pandangan dia seolah-olah dia nk berknalan

    ReplyDelete
  37. Klau dia asyik tngok kita dan senyum dengn lebar dia sukakan kita??

    ReplyDelete
  38. kalau budak lelaki suka sangat cari gaduh dengan perempuan sampai bertumbuk2 tanpa belas kasihan(kadang2 ada)bencilah dia asyik cari pasal kat sya sorang jek tu yang pelik..

    ReplyDelete
  39. Berbeza dgn cerita kwn sya ni pula..kalau lelaki tiba2 mesra dan rapat sama baby kita contohnya la..suda tu pula..lelaki tu muda lg dari kita..adakah mksudnya lelaki tu suka kan kita(ibu baby tu)?tapi..sya trfikir juga mungkin dia bukan la suka.. cuma tringat dn rsa rindu sama anak buah dia..tapi tu la smpai ke tahap siap belnja mkn ais krim kat baby kita..siap dukung and bwa pergi msuk dpur restoran..bwa pergi jenguk peti sejuk ais krim..dn msa tu kwn sya cerita..dia rsa agak janggal dgn situasi msa tu..dgn kelakuan budak lelaki tu yg tiba2..di tambah lg dgn gelagat org sekeliling msa tu..ada customer yg turut trsenyum..ada yg menyampah(ni budak perempuan muda lg)mungkin jelous..dn kwn2 sekerja budak lelaki tu just mampu trsenyum..

    ReplyDelete
  40. wow.. hot topic! very interesting... :D
    Semua tu typical... it's a game... to add spice in life.

    ReplyDelete
  41. Kalau lelaki tu selalu chat kita means ape ye

    ReplyDelete
  42. Asyik saya je yang suka pada orang. Asyik saya saja yang crush dekat orang. Saya cuma nak rasa disayangi dan dicintai. Saya dah sakit sangat, bila nampak orang yang saya suka diam-diam sudah berpunya. Sampaikan saya fikir, adakah saya ni benar-benar tak cantik di mata semua orang? :")

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p