Lapor Diri Tamat Pengajian Secara Online Bagi Pelajar Tajaan JPA


Bagaimana cara melapor diri?

Tak perlu pergi ke pejabat JPA untuk melapor diri, hanya lapor diri secara online sahaja. 

Cara-caranya:
-pergi ke laman web http://myself.jpa.gov.my
-klik ‘Daftar eSILA-ID' (sekiranya masih belum mempunyai kata laluan) **eSILA-ID ialah nombor kad pengenalan kita
-Login kemudian klik pada menu tab Pengajian
-klik pada tab menu Lapor Diri Tamat Pengajian, isi semua maklumat dan klik ‘Hantar Permohonan’.



Lapor Diri Tamat Pengajian Secara Online Bagi Pelajar Tajaan JPA
Lapor Diri Tamat Pengajian Secara Online Bagi Pelajar Tajaan JPA
Lapor Diri Tamat Pengajian Secara Online Bagi Pelajar Tajaan JPA
klik pada menu tab pengajian, kemudian lapor diri tamat pengajian

Lapor Diri Tamat Pengajian Secara Online Bagi Pelajar Tajaan JPA
Lapor Diri Tamat Pengajian Secara Online Bagi Pelajar Tajaan JPA

Lapor Diri Tamat Pengajian Secara Online Bagi Pelajar Tajaan JPA
hantar permohonan jika sudah siap isi semua maklumat
Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan semasa melapor diri secara online?

Pelajar perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

-salinan diploma/ijazah/masters/PHD (perlu disahkan jika bukan salinan asal)
-salinan transkrip peperiksaan (perlu disahkan jika bukan salinan asal)
-bukti permohonan jawatan dengan pihak Berkuasa Melantik (www.spa.gov.my) **pemegang biasiswa JPA dikehendaki memohon sekurang-kurangnya 5 jawatan mengikut kelulusan akademik yang terkini-bagi pelajar bidang selain perubatan, pergigian, dan farmasi.

Jika belum memperolehi dokumen-dokumen yang diperlukan, pelajar perlu mengisi Borang Pendaftaran Pekerjaan dalam Perkhidamatan Awam (SPA8i) menerusi website http://www.spa.gov.my dan memuatnaik dokumen yang diperoleh dari laman web tersebut ke Portal Myself.

Dokumen-dokumen lain boleh dimuatnaik setelah diperoleh kelak (selepas majlis konvokesyen).

[UPDATE] Dikehendaki letak CGPA semester lepas (bagi result yang belum keluar) dan boleh kemaskini selepas dapat yang latest.

Lapor Diri Tamat Pengajian Secara Online Bagi Pelajar Tajaan JPA
SPA8i
Adakah lapor diri itu wajib & siapakah yang diwajibkan melapor diri?

Ye wajib bagi semua pelajar tajaan JPA, tiada yang terkecuali.

Bilakah sepatutnya pelajar tajaan JPA yang sudah habis belajar melapor diri?

Tempoh yang diberikan untuk melapor diri adalah 30 hari selepas tamat pengajian (tarikh peperiksaan akhir).



Adakah pelajar yang gagal dan diberhentikan oleh Pihak Universiti perlu melapor diri juga?

Yeap perlu melapor diri juga dan proses juga sama seperti mereka yang tamat dengan jayanya.

Apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak JPA jika sekiranya pelajar enggan melapor diri?

Pelajar boleh dikenakan tindakan ganti rugi kerana melanggar kontrak/perjanjian yang ditandatangani iaitu membayar semula segala perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan secara sekaligus (lump sum) kepada pihak kerajaan.

Apa itu Program STAR?

Program STAR ( Scholarship Talent Attraction And Retention) adalah satu program yang membenarkan pelajar tajaan JPA berkerja dengan syarikat swasta yang terpilih bagi memacu usaha Program Transformasi Kerajaan (GTP) selain memenuhi syarat berkhidmat.

Bila boleh menyertai Program STAR?

Pemegang biasiswa JPA (bidang pengajian selain perubatan/pergigian/farmasi) adalah dikehendaki untuk menyertai program STAR hanya apabila telah melapor diri dan telah memohon sekurang-kurangnya 5 jawatan dengan SPA yang mana terkemudian. Pelajar boleh mengakses ke website www.star.talentcorp.com.my untuk makluman lanjut atau berhubung dengan pegawai-pegawai Talentcorp seperti berikut:

Lapor Diri Tamat Pengajian Secara Online Bagi Pelajar Tajaan JPA
pegawai SPA Talentcorp
JPA juga telah memansuhkan tempoh masa menunggu (vacuum period) bagi tujuan menunggu panggilan daripada SPA. Graduan boleh memohon pekerjaan secara persendirian atau memuat naik resume/CV menerusi portal STAR.

Jika terdapat sebarang masalah teknikal berhubung portal MySELF tersebut, sila hantarkan email kerjaya.bl@jpa.gov.my dengan menyertakan printscreen berkaitan atau hubungi 03-8885 3553/3210/3686/3445/3724.

[UPDATE] Saya ada tanya juga senior-senior dan ada juga kawan saya yang tanya senior-senior tajaan JPA ..mereka ada yang lapor diri..

  • selepas majlis konvokesyen
  • 1 tahun selepas tamat pengajian
tapii..okay je. pass je mereka lapor diri. takde kena denda pun walaupun dah lepas 30 hari selepas tamat pengajian kan. Sooo, jangan stress stress sangat ye. :)


Semoga bermanfaat, adios!

Baca juga entri :