maklumat lengkap berkenaan tuntutan elaun tesis JPA

by - June 22, 2016
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaa! Budak final year student sekarang semua dah tak sabar-sabar nak habiskan belajar, nak habiskan final exam, nak graduate dan juga menyiapkan tesis final year project (FYP)! Alhamdulillah saya dah settle buat hardbound tesis FYP dengan jayanya yeay! Then, pada sesiapa final year student yang under tajaan JPA, boleh la minta elaun tesis JPA kepada pihak JPA. Rugi kalau tak apply tau. Dapat elaun tesis JPA RM300 wohh. Hanya hantar beberapa dokumen dan benda yang diperlukan kepada JPA, haa tunggu beberapa minggu duit masuk ke bank Islam. Senang je nak buat tuntutan elaun tesis JPA ni, cuma mungkin leceh sikit bila kena minta tandatangan dan cop Ketua Jabatan (KJ)/ Ketua Dekan di borang tuntutan elaun tesis JPA.

maklumat lengkap berkenaan tuntutan elaun tesis JPA

maklumat lengkap berkenaan tuntutan elaun tesis JPA
tuntutan elaun tesis JPA
Apakah dokumen/benda yang diperlukan untuk tuntut elaun tesis JPA?

1. Borang elaun thesis JPA yang lengkap diisi. 

**Borang boleh ambil di website esilav (http://esilav2.jpa.gov.my/) atau boleh download di SINI

PERHATIAN: Borang lama ni dah tak guna. Sila guna borang baru. Boleh rujuk di SINI

2. CD softcopy full thesis 

**CD yang mengandungi full thesis (complete) mestilah dalam bentuk PDF file. 
Kenapa dalam PDF file? Supaya memudahkan proses dan tidak lari tulisan jika dibuka di komputer lain.

p/s: cara-cara untuk burn CD boleh dilihat di SINI

3. Salinan bahagian perakuan thesis yang ada tandatangan supervisor SV (certification). 

**BUKAN cover depannn sekali (hard cover) tu ye. tetapi page belakang hard cover tu (kebiasaannya), yang ada "as certified by SV". contoh seperti gambar di bawah ini.


maklumat lengkap berkenaan tuntutan elaun tesis JPA
certification of supervisor
4. [UNTUK MAKLUMAN] Tak perlu sertakan nombor akaun bank Islam / slip penyata bank Islam. Sebab dalam borang elaun thesis tu ada nombor IC kita, jadi.. orang JPA boleh tahu nombor akaun bank Islam kita melalui no IC tu sahaja.


maklumat lengkap berkenaan tuntutan elaun tesis JPA
Sila catatkan nombor kad pengenalan pelajar pada bahagian RUJUKAN FAIL JPA
Q: Berapa jumlah tuntutan elaun tesis JPA?

A: RM300. 

Q: Jumlah tuntutan di dalam borang elaun tesis tu kita letak RM300 atau ikut pada resit print thesis hardbound?

A: Tidak perlu letak apa-apa. Tak payah isi RM300 di situ. Biarkan sahaja kosong. Pengawai JPA yang bertugas akan letak amount di situ.

maklumat lengkap berkenaan tuntutan elaun tesis JPA
Biarkan saja kosong di tempat RM tu
Q: Apakah alamat bersurat JPA?

A: Boleh tengok alamat tersebut di borang elaun thesis JPA atau...

Alamat JPA :
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM, MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN,
ARAS 5, BLOK C1, KOMPLEKS C
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62510 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
MALAYSIA

Q: Boleh ke just email dokumen-dokumen yang diperlukan tu ke JPA? 

A: Rasanya tak boleh by email. kalau nak make sure, boleh call pihak JPA sendiri. hantar by hand atau by pos(pos laju) sahaja.



Q: Nak apply elaun tesis ni ada last date atau due date ke? Atau bila-bila boleh asalkan dah submit thesis?

A: Tiada last date atau due date. Yeap. Boleh apply bila-bila masa asalkan selepas dah submit thesis hardbound.

Q: Tarikh credit elaun tesis tu bila? Berapa lama?

A: Tarikh kredit adalah tarikh arahan bayaran dari pihak JPA akan menerima bayaran tersebut dalam tempoh 1-3 minggu selepas tarikh kredit, tertakluk kepada pihak bank.

Ada yang dah dapat duit elaun tesis JPA katanya ... dalam masa 2 minggu macam tu kalau hantar by hand.

Ada sorang tu submit by pos pada 8 Jun dan 20 Jun ialah tarikh kredit nya.

Q: Macam mana nak tahu dah kredit? 

A: Boleh check di website Myself (https://myself.jpa.gov.my/).

**Jika nak tahu maklumat berkaitan MySELF JPA ni boleh klik SINI

e-SILA ID : No kad pengenalan kita.

maklumat lengkap berkenaan tuntutan elaun tesis JPA
tuntutan elaun tesis JPA
myself JPA
Hubungi JPA/ Contact JPA : 03-88853445 / 03-88853049/ 03-88853489
E-MEL JPA : ictbmi@jpa.gov.my

maklumat lengkap berkenaan tuntutan elaun tesis JPA
alamat tulis di depan sampul surat

maklumat lengkap berkenaan tuntutan elaun tesis JPA
3 benda penting yang kena hantar dalam sampul surat

[UPDATE]

JPA dah masukkan duit elaun tesis JPA ke akaun Bank Islam saya bulan Ogos 2016. Nak tahu maklumat lanjut, baca SINI.

[TERKINI]

maklumat terbaru berkenaan tuntutan elaun tesis: 
http://www.sayidahnapisah.com/2016/11/maklumat-terbaru-berkenaan-tuntutan-elaun-tesis-jpa.html

You May Also Like

17 comments

  1. sangat membantu. terima kasih!

    ReplyDelete
  2. salam awak.. kalau report industrial training pun boleh apply utk minta elaun thesis ni ke?.. :)

    ReplyDelete
  3. sangat sangat membantu!! hahahaha. terima kasih weii..

    ReplyDelete
  4. very helpful. thanks for very detailed informations..

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih saudari atas perkongsian info ini...semoga saudari dimurahkan rezeki selalu..amin..

    ReplyDelete
  7. Salam.. Boleh sy tau di mana kita nak check utk tgk details yg apa jpa nak untuk kita apply tuntutan elaun ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Boleh check di sini --> http://www.sayidahnapisah.com/2016/11/maklumat-terbaru-berkenaan-tuntutan-elaun-tesis-jpa.html

      Delete
  8. Terima kasih untuk tips ! Nak tanya, CD tu boleh ke guna yang sekali je kena burn ? Atau mesti menggunakan CD yang boleh kena burn banyak kali? Thanks !

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kisah pun mana-mana. asalkan ada softcopy tesis dalam CD tu. tapi better guna yang sekali burn je kot.

      Delete
  9. Salam. Thanks for the info. Btw nak tanya, surat perakuan sv tu nak dpt daripada mana ye? Kalau tiada dekat belakang page hardcover tu nak amek dekat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. ambil di sini - lampiran D http://www.sayidahnapisah.com/2016/11/maklumat-terbaru-berkenaan-tuntutan-elaun-tesis-jpa.html

      Delete
    2. assalamualaikum..maaf terkeluar topik sikit hihi...sy nak tanya adakah boleh seseorang pelajar tajaan JPA memohon kerja sementara dahulu seperti guru ganti, sementara tunggu majlis konvo?

      Delete
  10. assalamualaikum...maaf terkeluar topik sikit hihi.. sy nk tnye xpe ke kalau kita kerja sementara dulu sementara tunggu dpt kerja dari JPA..contohnya keja guru ganti dlu ke..sbb sy tengok dlm perjanjian JPA tak boleh bekerja tanpa kebenaran JPA:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. boleh je. tak ada masalah :)

      Delete
  11. assalamualaikum, nak tanya. kalau student komputer, it yang buat fyp pasal projek (mobile app, website, multimedia etc) ni boleh dikira tesis and mintak elaun ni tak? sebab dia tulis situ elaun tesis.. hehe. and kami juga ade buat hardbound compile semua dokumentasi pasal projek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Itu saya tak pasti.Kena tanya pihak JPA untuk confirmation and penjelasan :)

      Delete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p