http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Dilema sambung master atau kerja?

By 3:35:00 PM , , , , ,

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! Tak lama lagii saya akan habis degree life hoyeah! Dan rancangnyaa.. lepas habis degree ni, saya akan mencari kerja di area tempat tinggal rumah saya. Tak sambung study in master. Hmmm sebab apa tak nak? Pertama, masih trauma dengan final year project (FYP) time degree ni hahaha. Agak mencabar la bagi saya. Kedua, saya memang nak cari kerja. Nak cari duit kan. Nak tolong umi abi. Nak cari kerja tetap. Haa tu lah dua alasan saya sebab tak menyambung master hehe. Kawan-kawan saya ada yang apply sambung master di UPM, UKM dan UM.. dan ada juga yang berfikiran sama seperti saya iaitu hendak terus kerja. Tapi ada juga kawan saya yang masih tak decide lagi nak pergi arah mana. Sedang dilema sambung master atau kerja. Mungkin di luar sana ada yang masih dilemma kan. Kenapa dilema? Kenapa susah nak decide mana satu jalan yang harus dipilih? Sebab desakan keluarga dan saudara, sebab takut jalan yang bakal dipilih salah, faktor kewangan, sebab tak confident dengan diri sendiri mampu ke nak pikul tanggungjawab master ni, sebab tak boleh nak ukur kemampuan diri sendiri. Keliru. Confuse. Tidak pasti. Takut. Resah. Perasaaan-perasaan ini sedang menghantui mereka yang bakal habis degree ni ketika membuat pertimbangan antara dua. Dilema SAMBUNG MASTER ATAU KERJA?

Dilema sambung master atau kerja?

Dilema sambung master atau kerja?
credit foto : www.sensasi.org
Okayy saya di sini memang tak tahu laa nak selesaikan dilema ni kan sebab tak pernah ada pengalaman master. Tapi, saya ada nak share pendapat dari tiga akak master ni tentang pengalaman master mereka dan juga ilmu serba sedikit tentang master yang mungkin boleh membantu keputusan mereka yang masih dalam dilema.

1. Akak master pertama

Assalamualaikum. Hari ni saya ada baca confession pasal master & depression. Sebab sekarang ni saya juga seorang full time master student (by research), saya rasa macam boleh faham situasi dia. Baiklah. Di sini saya nak kongsikan serba sedikit yang saya tahu tentang pengajian master untuk sape2 yang masih dilemma nak sambung master/nak terus kerja/berhenti keje & sambung master. Saya cuba share serba sedikit apa yang saya tahu ye. Harap sabar membaca, this will be long essay.

In brief, masa degree saya try macam2 part time so I know rather than sit & listen I'm more to hands-on person. Lepas grad saya keje kat 1 company, and jawatan yang saya dapat is executive something. Setahun keje then saya discover one thing about myself which is saya tak boleh buat keje dalam aircord, ngadap laptop sambil duduk atas kerusi pusing2. I need fast moving environment, yang bising sikit & bebas. Lepas setahun saya decide untuk ambik master by full research even CGPA degree x cukup (saya kena merayu kat supervisor haha). Selalunya kalaua saya cakap kat orang saya ambik full research they will go 'WOW bapak hebat!'. Pada saya ni bukan pasal sape lebih hebat sebab setiap orang capacity & capability sume tak sama.
Untuk sape-sape yang nak ambik master, sebelum decide mula-mula sekali awak WAJIB kenali diri sendiri, maksudnya awak ni jenis yang macam mana. Yang ni paling penting sebab nak tentukan awak nak ambikkan master yang macam mana. Dalam malaysia ni master ada 3 kategori mode of study:
1. Full research
2. Mixed (half research + half coursework)
3. Coursework
Sebab sekarang saya kulliyyan engineering, kalau kat UIA dia ada offer pilihan 1 & 2 sahaja untuk course engineering so saya ambik yang full research. Berbalik kepada kenali diri sendiri tadi, sebelum pilih 1/2/3 awak rasa awak jenis yang macam mana?
1. FULL RESEARCH
Untuk yang ni memang langsung xde kelas. Awak akan banyak buat keje sendiri. Awak akan ada supervisor (and co-supervisor) tapi biasanya diorang pun akan assume awak boleh buat keje sendiri. Jadi apa function supervisor? Dia akan guide macam mana nak start, betullkan apa yang salah, suggest apa yang patut based on his/her previous experience, and bawak kita kembali ke pangkuan jalan kalau nampak keje kita dah mngarut sangat LOL. In short, kita akan buat sume benda sendiri termasuklah termasuk pusing2 sume bangunan untuk cari mesin apa nak pakai & kat mana, cari orang untuk ajarkan pakai mesin, survey harga barang kat pasaran, deal dengan supplier about price & payment, sape person in charge untuk setiap department and lab, even nak set up experiment pun supervisor tak kan ajar! Tugas-tugas lain macam mana untuk menulis dengan betul ikut format, nak cari journal tu sume memang supervsisor takkan sentuh langsung, kira macam sangat picisan you will learn very slowly as you go. Dah nama pun full research, examiner/supervisor akan expect kita to go very deeply into subject of matter yang kita pilih. Tapi cuma focus part tu jelah. So, best kan  ?
Lagi, dah namanya research jadinya supervisor takkan ambik tau even kalau awak akan berada kat lab/site dari pagi sampai malam. Yang penting keje yang dia nak kita hantar on time! Cuti memang xyah kiralah sebab untuk full research kira burn la cuti tu kalau nak cepat siap. No cuti semester, no cuti mid semester. Sekarang saya ambik full research so once in a while saya akan lari balik kampung jap kalau penat sangat even on weekdays. Sebab x perlu attend class so who cares?? hahaha.
Jadinya awak rasa awak ni jenis macam mana. Rasanya jenis yang excited tak nak try buat semua benda sendiri? Rasanya boleh tak handle long hour of working alone with minimum supervision? Kalau awak rasa awak ni jenis yang nak suruh orang ajar setiap benda even the simplest thing and constantly whine, full research ni memang bukan untuk awak. Sebabnya apa, kadang2 benda simple macam you dont know how to construct a table using microsoft word pun boleh lead to stress or even depression tambah tubuh badan yang penat due to long hours outside. Nampak macam remeh je tapi percaya saya constant frustration akan buat kita rasa nak muntah tiap kali nak hadap laptop. So thats explain ramai orang quit half way masa amik master & pHD.
Kat atas ni sume pasal bad side of full research la. Good news is untuk research xde CGPA; its either pass or fail . So pada saya kat sini kita dh boleh eliminate one anxiety to constantly worry about cgpa yang cukup2 makan, or carry mark rendah dan sebagainya. Kalau tak silap saya untuk sape2 yang ambik subject kena dapat B kot baru lulus. Lagi 1 benda pasal master full research, it is convertible to pHD. Contohnya research yang kita buat xde orang lagi buat, kira kita 1st timer, kalau kena cara memang boleh tukar terus ke pHD.
Lastly pasal yuran. Universiti lain saya tak pasti macam mana kira. Tapi kalau untuk UIA, yuran untuk full research paling murah sebab dia takde subject. FYI, yuran untuk master dia kira based on how many credit hour kita ambik setiap sem.
2. MIXED MODE
Untuk mixed mode awak kena buat dua-dua; research & course work. Maksudnya kena pegi kelas & pegi site/lab jugak. Macam saya, saya tau saya bukan jenis multitasking person so mixed mode is big NO for me. Kalau awak rasa you can handle different tasks at one time and you are normally excel it then mixed mode ni memang sangat ok untuk awak. Penah dengar tak mat salleh cakap "know everything master of nothing". Kalau saya ambik mixed mode saya pun akan jadi macam ni la kot sebab saya tak boleh handle banyak benda satu masa. But then again mat salleh lain plak cakap 'it is good to know a little of everything'. Saya setuju yang ni sebab let say awak dah buat banyak benda pastu nanti nak sambung pHD mixed is an advantage. Bigger scope for you in terms of subject & hands-on skill.
Untuk master yang 2 tahun biasanya 1st year kita masuk kelas, 2nd year buat research. Tapi normally 1st or 2nd semester orang akan mula buat research dah sebab nak offset untuk experiment2 yang x jadi pada masa akan datang. Kiranya lebih kurang macam pagi g kelas, petang masuk lab and vice versa. Tapi the best part is, walaupun kita buat research we dont have to go deep into the details.
Untuk mixed ada CGPA sebab ambik subject. Jadinya untuk lulus master kena lulus both the research and coursework. Pasal cuti plak masa 1st year tu mungkin boleh ikut time cuti macam student biasa. Tapi once dah start research tu mungkin susah sikit nak cuti. Jadinya kalau awak jenis mudah homesick sepanjang minggu, sepanjang bulan, sepanjang tahun saya memang tak suggest ambik mixed mode ni. Kalau rumah dekat denagn uni OK lagi. Tapi kalau rumah jauh and tapi nak slalu balik rumah family, then please consider money and travelling time. Dari segi workload mungkin banyak sikit dari full research sebab kena buat 2 benda. Normal la kan bila masuk kelas akan ada kuiz & assignment. So kat situ beza yang paling jelas dengan full research. Dari segi pertukaran ke pDH plak saya tak pasti boleh ke tak, mungkin pembaca boleh share sedikit sebanyak.
3. COURSEWORK
Disebabkan kulliyah saya x offer coursework so mintak maaf ye tak boleh nak cerita panjang. Cuma setakat yang saya tahu, yuran kena bayar ikut how many credit hours. Kena attend kelas & akan ada kuiz, assignment. Saya penah ambik degree so saya tahu dah perasaan penat disebabkan kuiz ni. Bukan penat sebab study tapi penat sebab memanjang risau pasal cane nak hadap kuiz tanpa study. Saya rasa sume orang tau macam perasaan tu LOL. Tapi kalau awak rasa lagi senang ikut jelah flow yang lecturer dah sedia, then ambik coursework pun ok.
Dari segi subject apa yang nak ambik tiap sem tu saya tak pasti macam mana mungkin orang lain boleh buat 1 confession lain haha. Mungkin ada subject yang boleh pilih, ataupun mungkin ada yang dah fixed saya tak pasti sangat. Saya ni jenis yang susah bangun pagi so coursework also is a big NO for me. Bangun pagi, prepare apa yang patut, iron baju and everything. In short, ambik coursework sama macam degree balik. Cumanya tukar subject & lecturer and belajar lagi details dari dulu. Pasal presentation also im not sure about this.
In short, if you think you kinda morning person, prefer sit & listen learning process, possess multiple talent to absorb different subjects from different field, need constant guideline from lecturer, cannot handle hands-on work, good at following flow, then better go for coursework. Cuma sedikit tambahan kalau awak nak sambung pHD dengan master coursework mungkin kena study lebih sikit pasal ni. Ataupun pembaca boleh share macam mana caranya.
Saya rasa ni je kot boleh saya kongsi for your consideration before ambik master. Sebab ramai yang saya jumpa diorg rasa diorg dah ambik bidang yang salah & nak quit. Tak larat nak carry on padahal nak habis dh. Saya sertakan ucapan good luck ye untuk sape2 yang bakal/teringin nak sambung master especially those yang dah keje & financially stable. Sebab dah sambung nanti sayang kalau nak patah balik.
Sekian.
– Sis Pelajar Master

2. Akak master kedua
Master by research..
Kalau minat bidang ni,, go on..tapi ni bukan nya tempat y ORANG akan ajar kita..semua nya akan depend on kita sendiri..nak tanya cikit2 tu boleh laa..hehe..but mostly,, by research akan ajar kita jdi more independent person..
kalau minat coursework,, go on dgn coursework,, minat nk masok kelas,,minat nak ambil quiz,test,exam..tapi y ni kena skor laa..sbb 'B' baru LULUS, okeyyy 
Masa main..kita main..
Masa nak fokus..kita fokus betul2..masa fokus ni laa, mcm2 rasa dapat,, rasa nak muntah laa...pening laa...
nak give up kan..tak boleh..sbb this is my future..masa ni laa akan byak call 'Umi' ckit..minta doa byak2..biar makin rajin n di permudahkan urusan..
Nampak mcm tak ada kerja nak buat..tapi dalam kepala, kadang2 tgah buat kerja lain pun,,fikir pasal research..haha
Jgn sangka nmpak air muka tenang, kepala otak pun tenang,, No, No..hehe tapi biasa nya air muka Auni tak mcm ni..no tenang2 ni bila dah serabut..haha   
Pastikan pilih SV y betul2 boleh guide kita,.
Yang boleh kita bawa berbincang,, yang kita selesa,,   ,, yang kena dgn jiwa,, yang kita dah kenal hati budi dia,, kenal mcm mana cara kerja SV kita,,
Mcm contoh Auni, Auni nga SV dah set kan satu masa khas nak jumpa every week..
N every week, 'Wajib' kena jumpa..haha..tak boleh tak jumpa..haha
Tapi pernah juga nk skip appointment nga SV,, sbb stuck or malas  
Tapi SV cakap, macam mana pun,,kena jumpa juga,,sbb nak pasti kan Auni ni kat jalan y betul,, tak buat kerja yang sia-sia,,tak buat kerja y berulang2..
pilih bidang y betul2 kita minat,,a big "NO" utk pilih bidang atas dasar ikot kawan..NO,,NO..bahaya nanti utk research kita..jangan buat something yang kita kurang minat..pilih bidang yang betul2 kena dgn jiwa kita..
(Auni)
(Master in mathematics)
Sambung balik bukan atas dasar bijak..tapi ada laa 'satu' sbb y kuat mendorong nk sambung..hehe
Smbung blajar balik atas niat tawakal tu ala allah je..
Langsung tak pikir pasal kewangan tapi alhamdulillah dipermudahkan

3. Akak master ketiga

Ok la, nak sharing jugak. Bercakap dari pengalaman, since I dah buat master and now bekerja dalam academic line.
1st, kena consider tujuan awk buat master before pilih mode of study… Klu rasa nak masuk academic line or nak sambung phd nanti, the best is kena amik yg ada component research (dissertation) atau fully research. Sbb thesis itu sgt penting dan sering ditanya klu nak minta keje nt dan jg berguna bila buat research (journal article or grant).
Klu utk buat phd pun sama, research master anda sgt berguna in term of provide pengalaman/pendedahan buat research so taklah pengsan masa phd nanti. Dan research master blh jg dijadikan ground untuk buat phd. So masa master ni pilihlah tajuk yg boleh dikembangkan bila buat phd nt, jd tak lari bidang and dah tak susah, u just expand.
Wlupun begitu, my advice is to do mix mode. Sbb component thesis tak besar sgt (but still ada, so dh memenuhi syrt), dannn jika nak masuk academic line, sebaiknya kita dah upgrade pengetahuan dlm course2 tertentu. Jika menggunakan knowledge peringkat undergrad saja mcm tak cukup padu.
However, jika tujuan buat master hanya suka2/utk kepuasan, etc, tak kesahlah nak buat mode mana…
Selain tu, kena tengok ur disiplin jugak. Klu anda jenis berpoya2 susah nak disiplin bab masa dsb, payah nak buat research. Sbb kita uruskan sdri masa tu (tak perlu hadir kelas dsb), progress bergantung pd disiplin awk sdri. Tp klu amik coursework or mix mode yg kena hadir kelas, biasanya blh hbs study dlm tempoh masa standard, sbb kita ikut jer dah ada jadual tu, sem 1 kena hadir kls, asgm, xm, pastu proceed ke sem 2. Sama mcm undergrad. Jarang org extend bersem2 jika buat mode ini.
Akhir kata, nak pilih mode apa bergantung pd keperluan anda mengapa buat master. Jangan takut jangan stress, tak susah pun buat master, lagiii senang dari undergrad. Sy rasa lagi seksa nak habiskan 1st degree sbb 3 tahun tu lama sgt drag hingga hilang motivation. Master tak sedar setahun+ dah habis…
Level master bukan susah mana, kena lebih participating and perform saja, cth bercakap lebih, blh berdebat/defend ur ideas, pendek kata play active role. Jika undergrad duduk je dlm kls diam2 jadi ulat buku pun blh grad. Master perlu aktif sikit, tp level susah tu tak susah mana pun sebenarnya. Ada lecturer, cara markingnya jika for undergrad, kita diberi markah berdasarkan point yg betul. Tp for master level, dia anggap kita dpt 100 markah dulu, then point mana yg salah dia akan tolak markah di situ. Sbb utk level master, kita sepatutnya dah expert and tak silap dari sudut knowledge/teori tu. Camtu saje…
Hehe baiklah sekian perkongsian. Moga bermanfaat.

..........................

Saya nak share juga tips cara nak memohon sambung master dan PHD di UPM dari seorang abang ni. Boleh klik di SINI

Baca juga entri lain:

Hidup Seorang Final Year Student
Permohonan Online Biasiswa MyBrain15 KPT - MyMaster2016 & MyPHD2016
Borang permohonan pelanjutan biasiswa JPA

You Might Also Like

7 comments

  1. emm.. rasanya tak salah nakk kerjadlu..apa-apa pun..buat pilihan terbaik..Allah itu ada..

    ReplyDelete
  2. KERJA KERJA KERJA. TAKYAH SAMBUNG MASTER. HAHAHAHA ! Cari duit cukup2 nanti baru fikir nak sambung master. Lek lek luh :D

    ReplyDelete
  3. hahaha tak payah la amek master. besar dugaan kot. kerja syok lagi. dapat duit shopping hahahaha

    ReplyDelete
  4. tengok orang. ada orang sangup wat master. macam aku ni, dah tak larat dah.

    haha

    ReplyDelete
  5. Masa zaman akak dulu... dilema ini hampir takde... Mungkin dulu-dulu degree masih laku... Tapi zaman sekarang, mungkin ramai yang nak sambung Master sebab susah nak dapat kerja atau gaji rendah sangat.. Apa-apa pun, semua pun ok... Kalau nak kerja, silakan.. Amik pengalaman beberapa tahun..then kalau terbuka hati nak sambung Master, boleh juga.. Mungkin masa tu boleh pikir nak buat Master full time atau part-time... Jangan dilema lagi sudah :)

    ReplyDelete
  6. Wah! Tahniah kerana ada peluang untuk sambung blajar. Semoga sis dapat buat pilihan yang terbaik.

    ReplyDelete
  7. Terbaca sini. Rasanya kerja dulu. hehe kalau nak amster jugak buat part time. hehe cari experience kerja dulu :)

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.