permasalahan berkait dengan solat jumaat - sayidahnapisahdotcom permasalahan berkait dengan solat jumaat
LightBlog

permasalahan berkait dengan solat jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! Harini hari Jumaat, penghulu segala hari. Apa benda yang selalu dikaitkan dengan hari Jumaat? Yeap! Solat jumaat. Okay, walaupun saya tak pernah solat Jumaat hehe, tapi nak share jugak info tentang permasalah berkait dengan solat Jumaat. Sebab, bagi saya, mungkin ramai yang di luar sana tak tahu tentang permasalahan berkait dengan solat Jumaat di bawah ini dan memandang enteng atas permasalahan tersebut. Takmo takmo. Jangan begitu. Solat Jumaat ni wajib bagi para lelaki tau (kecuali bagi yang mengalami keuzuran atau darurat), so wahai kaum Adam sekalian, janganlah pandang sebelah mata je hal-hal dan kemusykilan yang berkaitan dengan Solat Jumaat ni. Kena ambil tahu dan praktikkan. Baru la macho!

permasalahan berkait dengan solat jumaat


permasalahan berkait dengan solat jumaat
permasalahan berkait dengan solat jumaat
credit image: Tumblr
1. Jika makmum langsung tidak sempat bersama imam walau satu rakaat solat Jumaat, maka dia tidak mendapat fadhilat berjemaah.

Sebagai contoh, makmum sempat mengikut imam sebelum imam salam.  Dalam keadaan ini, dia wajib meneruskan solatnya menjadi empat rakaat selepas imam memberi salam kerana ia menjadi solat Zuhur dengan sendirinya. Dia tidak perlu berniat solat Zuhur semula. 
(Lihat Zain ath-Tholib, 1/165, 204)

2. Seseorang yang sedang musafir menjamak qasar solatnya untuk solat Zuhur dan Asar pada hari Jumaat, boleh solat Jumaat berjemaah dengan jemaah lain. Kemudian dia akan solat lagi solat Asar secara qasar jamak taqdim selepas itu.

3. Bagi mereka yang wajib solat Jumaat, haram bermusafir selepas fajar (iaitu masuk waktu Subuh) pada hari Jumaat, kecuali jika dapat melakukan solat Jumaat dalam perjalanannya atau di tempat yang dituju.

4. Makmum yang sempat mengikut satu rakaat imam dalam solat Jumaat, wajib niat solat Jumaat. Setelah imam memberi salam, dia hendaklah berdiri melengkapkan rakaat yang kedua. Surah al-Fatihah dan surah selepasnya dibaca jahar (nyaring).

Pahe dop? Hehehe.

Maklumat di atas ni thanks to my pakchu (ustaz) share!

Secara kesuluruhannya, saya baru tahu tentang no.1 dan no.3 tu. Yang paling terkejut nombor 3 tu. Ohhh maksudnya kalau bertolak dari rumah untuk musafir selepas solat Subuh, para lelaki kena make sure lah menunaikan solat Jumaat dalam perjalanan musafirnya atau di tempat yang dituju. Jangan tak solat Jumaat pulak. Tapi... kalau bertolak dari rumah (untuk tujuan musafir) sebelum Subuh, boleh la tak solat Jumaat. Haaa gituuu~

Okay daaa~semoga mendapat ilmu yang bermanfaat daripada entri ini. Wassalam :)

permasalahan berkait dengan solat jumaat
permasalahan berkait dengan solat jumaat
credit image: Google
Baca juga:

Post a Comment

5 Comments

  1. Perkongsian yang bagus :) Bukan lelaki aje kena tahu ni, perempuan pun sama kan. Mana lah tahu nanti kalau ada orang tanya. Kc, akak tag kc untuk satu GA ni
    http://www.inanihazwani.com/2016/12/giveaway-planner-2017-by-papernplanner.html#.WGZMnY197IU

    ReplyDelete
  2. kes pertama tu saya pernah kena.. lambat sangat2 pi solat jumaat, sampai2 imam dan tahiyyat akhir. saya masuk angkat takbir dan duduk tahiyyat beserta beberapa orang lagi yg lambat jugak macam saya. tapi sbb dah penuh, kami solat atas tar sbb ramai sangat.

    tapi lepas imam bagi salam, yang lambat sama saya tu bangun sambung 2 rakaat je.. saya sorg je sambung 4 rakaat. hasilnya, masuk rakaat ketiga dan keempat, solat la saya sorg2 atas tar tu masa org lain tengah kalut nak balik lepas solat jumaat.

    sadis tak? ahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha sadis yang mana satu? sadis tang encik sorang2 atas tar atau sadis tang orang lelaki yang lambat sama encik tu tak sambung 4 rakaat? hehehe. Tapi dua2 sadis sebenarnya haha.

      Tapi tak berapa nak sadis sebab encik buat perkara yang betul :)

      Delete
    2. sadis la.. dah la solat atas tar sorang2 sebab makmum lain yg sama lambat tu dah habis solat dah sebab diorg buat 2 rakaat je, lepas tu org duk lalu lalang keluar dari masjid pakat duk tengok je saya solat sorang2 atas tar tu.. hahahaha...

      Delete
  3. perkongsian yg baik terutamanya buat para lelaki..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p