Someone pernah kata "tindakan dan suara kita kena extra (lebih) dari biasa apabila bermain atau bercakap dengan budak-budak". Dengan itu, budak-budak akan lebih memberi perhatian kepada kita. So that, komunikasi akan lebih mudah terbentuk dan berjalan dengan lancar. (two way communication)
cara nak pujuk / diamkan budak-budak yang sedang menangis
cara nak pujuk / diamkan budak-budak yang sedang menangis |
1. Over acting (berlakon/buat drama)
Jangan tak percaya.. Cuba la berlakon atau buat drama kat depan budak-budak yang sedang menangis. Tengok reaksi mereka. Mesti mereka macam terpinga-pinga dan berhenti menangis (walaupun mungkin seketika cuma hahaha). So, kalau response mereka baik, teruskan berdrama lebih hebat lagi.
Tak semestinya kena buat drama lawak atau buat mimik muka yang kelakar je. Cuba la buat-buat terkejut sebab ada lipas/cicak ke, tembak diri sendiri dengan pistol mainan ke, bermain 'hello hello' dengan telefon bimbit ke, pura-pura sakit nazak macam nak innalillah ke. Mesti korang akan terima great response dari budak-budak.
Lagi satu, jangan berlakon syok sendiri je pula lepas dia dah beri good response. Selepas dah pastikan dia beri perhatian kat kita, cuba berkomunikasi pula dengan dia. Kalau boleh, ajak sekali dia berlakon hahaha.
Saya pernah tau, anak buah saya nangis-nangis, saya berlakon ada cicak dalam seluar. Lepastu saya tepuk-tepuk seluar tu sambil teriak suruh cicak tu "keluar! keluar! keluar kauu!". Diam terus budak tu hahaha. Lepastu, nak cover kan. Saya kata la kat budak tu "eh tak ada pun" sambil buat muka terkejut. Haa cenggitu la hee.
2. Makanan
Aiskrim, gula-gula, coklat, keropok, kek coklat (a.k.a makanan yang kureeeng berkhasiat) memang budak-budak suka kan? Haha. So, sometimes umpan la dengan makanan-makanan ini ketika mereka tengah menangis. Mesti mereka akan senyap. Makanan/minuman kesihatan seperti yogurt, vitagen, buah-buahan, biskut pun budak budak suka juga. Boleh try offer mereka dengan makanan yang mereka suka.
cara nak pujuk / diamkan budak-budak yang sedang menangis credit image: rebloggy.com |
3. Gadget
Budak budak dengan cartoon memang tak boleh dipisahkan. So, bila mereka tengah merengek, menangis tersedu sedan tu.. beri lah mereka video kartun upin ipin ke atau kartun paling budak-budak favourite sekarang - Didi n Friends. Ataupun beri mereka layan video lagu atau selawat atau video lawak. Tak pun, beri mereka main game atau layan gambar-gambar di Gallery.
4. Distract dengan benda/perkara yang dia suka
Budak-budak ni kebanyakannya suka kucing, baby, alat permainan, kartun, buku. So, cuba kenalpasti apa yang mereka suka. Kemudian, kalau mereka throw tantrum ke.. distract mereka apa yang mereka suka. Ajak main sama ke, ajak mereka berwarna ke, melukis ke, baca buku cerita ke, ajak berbual-bual ke dan lain-lain.
Haaa itu sahaja lah tips tips yang probably boleh membantu mereka yang di luar sana buntu macam mana nak buat kalau budak-budak/baby sedang menangis atau merengek. Semoga info ini bermanfaat! Adios!
Baca juga:
8 Comments
kalau ada anak 3.. dan tiga2 mereka menangis, nak buat macam mana ya? hehehe
ReplyDeletecuba buat no1,2 atau 3 tu. tengok berkesan ke tak haha.
Deletedun know why but i think these are tips paling cute eveh..suka nau budak-budak!
ReplyDeletehahaha thankyou! ;)
DeleteKadang sebab gajet jugak punca dorang nagis KC, Bateri abis dorang cakap rosak... huhu
ReplyDeleteyeke kak mijah? adehhhh haha kalau macam tu kena cuba cara lain la nampaknya hehe.
Deleteada di antaranya yang kak PC buat bila anak-anak buah meragam..kikikiki...masa nilah bakat terpendap keluar.. :)
ReplyDeleteGood sharing ni...boleh apply kt anak2 nanti... hihi
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p