Senarai Semak Borang Tunjuk Sebab Kemerosotan Akademik JPA - sayidahnapisahdotcom Senarai Semak Borang Tunjuk Sebab Kemerosotan Akademik JPA
LightBlog

Senarai Semak Borang Tunjuk Sebab Kemerosotan Akademik JPA

Start dari last week, ada beberapa orang yang tanya saya berkaitan dengan Borang Tunjuk Sebab Kemerosotan Akademik. Tanya "macam mana nak buat surat tunjuk". Ada yang tak faham apa yang kena beliau mulakan dulu bila dapat result PNG under 3.00. So, saya pun ushar di website esilav JPA. mencari jawapan kepada soalan yang diutarakan kepada saya. Oh, mungkin ada yang tak tahu apakah kriteria ataupun berapakah pointer yang melayakkan seseorang pelajar itu WAJIB ambil tahu dan hantar Borang Tunjuk Sebab Kemerosotan Akademik kepada pihak JPA.


PEMAKLUMAN BERKAITAN BORANG TUNJUK SEBAB KEMEROSOTAN AKADEMIK PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) (DALAM NEGARA).


Senarai Semak Borang Tunjuk Sebab Kemerosotan Akademik JPA
Pemakluman Berkaitan Borang Tunjuk Sebab Kemerosotan Akademik JPA
Pelajar-pelajar tajaan JPA (Dalam Negara) peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sahaja yang mendapat GPA/ PNG atau CGPA/ PNGK di bawah 3.00 (salah satu atau kedua-duanya) atau mendapat keputusan 'Gagal' (bagi pelajar bidang perubatan & pergigian) dikehendaki mengisi dan melengkapkan Borang Tunjuk Sebab Kemerosotan Akademik sebelum urusan bayaran biasiswa pada semester berikut dilaksanakan.

Borang Tunjuk Sebab Kemerosotan Akademik JPA
Borang Tunjuk Sebab Kemerosotan Akademik
Borang berkenaan boleh di muat turun di laman web http://esilav2.jpa.gov.my dan hendaklah dihantar ke Jabatan ini melalui emel lspdn@jpa.gov.my sebelum atau pada 8 September 2017. Bagi pelajar hang mengemukakan borang berkenaan selepas tarikh yang ditetapkan, bayaran biasiswa pelajar akan lewat diproses/ lewat dikreditkan. Hanya pelajar yang mengemukakan borang yang lengkap diisi sahaja akan diproses bayaran penajaan.


Senarai Semak Borang Tunjuk Sebab Kemerosotan Akademik


Senarai Semak Borang Tunjuk Sebab Kemerosotan Akademik JPA
Senarai Semak Borang Tunjuk Sebab Kemerosotan Akademik JPA
Dokumen-dokumen yang diperlukan:

1. Borang Tunjuk Sebab Kemerosotan Akademik yang lengkap diisi (sila pastikan pelajar mendapatkan pengesahan / tandatangan daripada Penasihat Akademjk (PA)/ Ketua Jabatan/ Dekan); DAN

2. Transkrip peperiksaan pelajar.

Kesemua dokumen tersebut boleh diimbas (dalam bentuk .pdf) & dihantar terus ke Jabatan ini melalui emel lspdn@jpa.gov.my (lspdn = latihan sebelum perkhidmatan dalam negara); ATAU dihantar terus (secara pos) ke Jabatan ini melalui alamat berikut:

Pengarah
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Aras 2, Blok C2, Kompleks C
62510 Putrajaya
(U.P. : Unit Pembangunan Sebelum Perkhidmatan (Dalam Negara))

borang tunjuk sebab tersebut boleh download di https://drive.google.com/file/d/0B5qVTUF0YlkyOGtlbjgtaVV6OGM/view ATAU di bahagian tepi (sidebar) website esilav jpa

bornag tunjuk sebab kemerosotan akademik
Borang Tunjuk Sebab Kemerosotan Akademik di website esilav JPA
Semoga entri ini bermanfaat kepada mereka yang blur apakah yang perlu dibuat.

Don't worry guys. Saya pun pernah dapat result bawah 3.00. Sekali jelah haha. Time tu sem 7 (second last sem). Dapat PNG 2.83 lebih kurang. Sebab ada satu subjek yang dapat C dan yang lain tu ada B, B+. Rasa down gilosss. Padan muka pun ada haha. Sebab saya ambil tiga subjek maths killer, yang hardcore punya susah dalam satu sem. Serves you right sayidah! Haha. 

Tapi nak dijadikan cerita, saya tak hantar pun borang tunjuk sebab kemerosotan akademik kepada JPA (jangan tiru aksi ini!) sebab.. bukan saya tak nak. Tapi saya tak pasti sama ada saya dah terlepas due date hantar borang tunjuk sebab tu atau saya ingat tak penting pun sebab PNGK saya atas 3.5. Antara dua ni lah the reason why saya tak hantar borang tunjuk sebab. (more to excuse actually hahaha)

Tapi Alhamdulillah la duit biasiswa JPA pada sem 8 (last sem) saya okay je masuk. phewww legaaa weh! Hahaha. Nak lagi lega tu, tak ada lah surat JPA sampai ke rumah mengatakan saya perlu kemukakan borang tunjuk sebab result menurun. Lega uitttt. Sebab saya tak beritahu pun umi abi result saya sem ke-7 tu dapat under 3.00. HAHAHAHA. Shhhhhhhh diam-diam je tau :P Yang pasti, jangan tiru aksi saya tu kay! 

Nasihat saya... jangan down sangat dengan result korang yang bawah 3.00 tu. Nak down tu boleh. It's normal. But dont be too down until you dont know what to do, until you dont want to study anymore, or you keep blaming yourself. It's wrong! Instead of doing that, you must think WHY. WHY you receive such a bad result? adakah sebab hubungan awak dengan parents/ pensyarah tak memberansangkan? adakah sebab banyak main-main sebelum final exam? adakah sebab awak lebih fokus terhadap kokurikulum awak berbanding studies? adakah sebab cara awak study salah menyebabkan result awak teruk? adakah sebab Allah nak tunjuk bahawa effort awak tak cukup umphhh lagi? find out the reason WHY. after you find it, CHANGE. change to something better. change slowly. do it constantly. hope it will lead to a BETTER result inshaaAllah :)

Fighting! Chaiyok!


Baca juga:

Post a Comment

27 Comments

  1. Salam. Kalau GPA atas 3.0 tapi CGPA still bawah 3 kena isi juga ke?

    ReplyDelete
  2. Hai. Nak tanya, transkrip peperiksaan tu macam mana ya? Salinan keputusan peperiksaan yang latest ke? or termasuk sem2 yang lepas?

    Thank you in advance!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang the latest tak silap saya. transkrip yang menunjukkan pointer result bawah 3.00

      Delete
  3. sem 7 tu kira awak xdpt bayaran lah ehh?

    ReplyDelete
  4. Nak awak mmg tak hantar ke borang tunjuk sebab tu? Kalau gpa below but cgpa still above 3, awak rasa kena hantar tak ye borang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau saya dulu tak hantar (tak sengaja tak hantar). okay je, tiada tindakan apa-apa. tapi sekarang ni tak tahu la kan kot-kot dah strict.

      Delete
  5. nak tnya, waktu akak tk hntr borang tu, duit jpa tu masuk lmbt brp hari?

    ReplyDelete
  6. nk tnya, duit awak yg masuk lambat brp hari?

    ReplyDelete
  7. Kalau dah hantar borang tu, next sem masuk ke?

    ReplyDelete
  8. Selepas hantar borang, bila ye elaun akan dikreditkan ?

    ReplyDelete
  9. Salam, kalau contoh result sem6 merosot, maka hantar borang sebab pd sem7 kan, jd nak tanya, lps htr borang sebab pd sem7 tu, elaun sem 7 tu still dpt tak even kawan2 dh dpt yg sem7 punya tpi kita tersekat sbb dah merosot, nak tahu yg kita akan still dapat sem 7 tu atau ditangguh ke sem8? sy harap awk sudi jawab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bleh share tak pling minimum pointer kena dpt? Atau mmg bwh 3.0 trus kena sekar

      Delete
  10. Asslaam nak tanya , kalau pointer bwh 3.0 bidang perakauann , kena buat surat macamni jugak ke ? Ataupun mmg confirm tak dapat dah next sem ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam.. Maaf awak. Tak pasti pula saya format jpa terbaru macam mana. Mcm saya dulu dulu next sem dapat je. Masuk je duit.

      Better awak contact tanya pihak jpa sendiri. Call or email jpa.

      Delete
  11. salam nak tanya. saya baru dapat jpa. masa mohon tu guna result sem 1. masa sem 2 result jadtu smpi 2.7 dan keputusan jpa keluar waktu tu. kiranya penajaan saya start sem yang ke 3. kena tunjuk sebab juga ke? sebab sem 3 baru start bond dgn jpa. huuhuhuhuhuhu risau lak. harap jawab kegusaran saya ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, nak tanya awak buat mcm mna ya? Sbb saya pun dlm situasi yg sama skrng...

      Delete
    2. Hai, nak tanya jadi awak ada bagi surat tak? Sbb saya pun dlm situasi awak skrng..

      Delete
    3. Saya pon sama mcm awak, boleh bantu tk share awak buat mcm mne ? Perlu ke hntr surat tunjuk sebab ?

      Delete
  12. berapa lama ya selalunya proses nak terima bayaran tu hmm

    ReplyDelete
  13. Salam sis, nk tanya, sy punya GPA tkde la bawah dari 3.00 tapi sy ada satu subjek fail (math IT hehe) so adakah perlu sy kemukakan surat tunjuk sebab tu? btw sy first time dapat fail hmmm

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p