Resepi Mi Kuah Tulang | Pekat & Sedap - sayidahnapisahdotcom Resepi Mi Kuah Tulang | Pekat & Sedap
LightBlog

Resepi Mi Kuah Tulang | Pekat & Sedap

Mana satu ejaan yang betul - mee atau mi? mee kuah atau mi kuah? Haaa nak tahu jawapannya.. cuba korang pergi translate Google atau cari dalam kamus perkataan Noodle.. apakah terjemahan Melayunya? Hehehe. Saja je. Sebab selama ni saya lebih biasa guna perkataan mee berbanding mi. Actually mi is the correct spelling tau. Mi kuah. Not mee kuah haha.

Resepi Mi Kuah Tulang Lembu


Resepi Mi Kuah Tulang | Pekat & Sedap
Mi Kuah Tulang | credit image: greenfarra.blogspot.my



Bahan membuat kuah:

1 kg tulang lembu | rebus empuk
1 liter air rebusan tulang atau daging
1 sudu makan sos tomato
1 labu bawang besar | kisar
4 ulas bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
2 sm halia | kisar
3 sudu makan cili kisar
2 biji ubi keledek saiz sederhana | rebus dan kisar halus
Garam secukupnya
Gula perang secukupnya
Minyak masak secukupnya

Bahan perencah:

1 paket mi kuning | celur
200 gm tauge | celur separuh masak
2 batang sawi | potong pendek dan celur
1 biji tomato | hiris nipis
2 biji limau kasturi | belah dua (untuk diperah)
Daun bawang secukupnya.
Bawang goreng secukupnya.

Cara memasak:

1. Untuk membuat kuah, panaskan dua sudu makan minyak masak di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi.

2. Masukkan cili dan tumis hingga cili masak. Kemudian masukkan tulang lembu bersama sos tomato dan air rebusan daging atau tulang lalu didihkan hingga semua bahan sebati.

3. Masukkan ubi keledek dan didihkan hingga kuah pekat.

4. Tambahkan garam dan gula perang secukup rasa.

5. Untuk menghidang, letakkan sedikit bahan-bahan perencah sebelum menuang kuah dan tulang ke dalam mangkuk. Hidangkan panas-panas.

credit Resepi Mi Kuah ini: Sinar Hariane

Resepi Mi Kuah Tulang | Pekat & Sedap
Mee Kuah Tulang | credit image: resepibonda.com

mee kuah
Resepi Mee Kuah Tulang | Pekat & Sedap

Post a Comment

3 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p