Semakan status permohonan BR1M 2018 DALAM PROSES? - sayidahnapisahdotcom Semakan status permohonan BR1M 2018 DALAM PROSES?
LightBlog

Semakan status permohonan BR1M 2018 DALAM PROSES?

Menurut portal rasmi BR1M, semakan status kelulusan permohonan BR1M 2018 boleh dibuat mulai 19 Februari 2018 jam 12 tengahari. Haritu pada 5 Feb 2018, saya check status brim saya adalah DITERIMA. Tapi tadi saya buat semula semakan status BR1M 2018, terpampang DALAM PROSES.
Semakan status permohonan BR1M 2018 DALAM PROSES?
Semakan status permohonan BR1M 2018 DALAM PROSES

Semakan status permohonan BR1M 2018 saya DALAM PROSES?


Agak pelik. Ingatnya status DITERIMA haritu maksudnya dah lulus. Rupanya tu adalah one step closer to lulus je hahaha. Takpelah. Nanti esok esok esok saya semak semula status macam mana. Harapnya lulus lah aminnn.

Bagaimanakah cara untuk membuat semakan status BR1M 2018?

Semakan status BR1M 2018 boleh dibuat:

1. Secara dalam talian (online) di Portal Rasmi BR1M LHDNM (https://ebr1m.hasil.gov.my)
- pilih menu MyBR1M > masukkan No.Kad Pengenalan > jawab 2 soalan keselamatan > Semakan Status.

ATAU

2. melalui Aplikasi Mobile Semakan BR1M dengan memuat turun di Play Store / App Store
pada telefon bimbit.

ATAU

3. menghubungi LHDNM: 1-800-88-2716 [Waktu Operasi 9.00am-5.00pm].

ATAU

4. contact MoF (Kementerian Kewangan Malaysia): 03-8882 4565 / 4566.

ATAU

5. Hadir ke cawangan LHDN yang berhampiran.

SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) 2018

Q: Saya telah gagal menjawab soalan keselamatan bagi semakan status BR1M 2018, apa yang perlu saya lakukan?

Set semula soalan keselamatan e-BR1M boleh dibuat seperti berikut:
i. Hadir ke LHDNM yang berhampiran; atau
ii. Hubungi talian Hotline BR1M:
1-800-88-2716 (LHDNM)
03-88824565 / 03-88824566 (MoF)

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan status PERMOHONAN DITERIMA?

PERMOHONAN DITERIMA ialah permohonan tuan telah dikemas kini bagi BR1M 2018 dan belum melalui proses semakan dan verifikasi kelayakan.

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan status PERMOHONAN DALAM PROSES?

PERMOHONAN DALAM PROSES ialah permohonan tuan sedang dalam tindakan proses semakan dan verifikasi kelayakan.

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan status PERMOHONAN DITANGGUHKAN?

PERMOHONAN DITANGGUHKAN ialah permohonan yang belum didaftarkan bagi BR1M 2018 kerana tuan tidak mengemas kini maklumat BR1M dari BR1M 2015 hingga BR1M 2017. Surat makluman akan dikeluarkan agar tuan mengemas kini maklumat permohonan dengan menggunakan Borang Rayuan / Kemas Kini BR1M 2018 (BK-07) di LHDNM dalam tempoh rayuan BR1M 2018 bermula 02 April sehingga 31 Mei 2018. Kegagalan tuan untuk membuat permohonan BR1M 2018 akan menyebabkan permohonan TIDAK LAYAK.

Sumber: BR1M

Jika masih ada sebarang pertanyaan atau masalah, boleh:

- hubungi no.hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882-4565/4566
- nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
- email: br1m@treasury.gov.my
- faks BR1M MOF: 03-8882 3933
- alamat Sekretariat BR1M:
Pejabat Belanjawan Negara 
Kementerian Kewangan Malaysia 
(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya

Okay itu sahaja. Hope it helpful! Daaa~ wassalam! :)

BACA JUGA:



Post a Comment

55 Comments

  1. huhuhu tak pernah amek tau pon pasal brim ni
    sbb tak layak..
    kuangsam btl, beza bape ringgit je dr yang layak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi hidayu ayumie..comel lah awak..hehe

      Delete
  2. Alhamdulillah buat yang layak sebab dapat semula duit gst tu

    ReplyDelete
  3. dalam proses jgak...sadisss....hahahaha

    ReplyDelete
  4. Ramai juga yg status dalam proses..Ingatkan saya sorang je sbb kawan2 semua dah dapat status Lulus..

    ReplyDelete
  5. sma msh dlm proses jgk,pelik..haha

    ReplyDelete
  6. my family and friends all lulus, im the only one "dalam process". Anyone knows when we can know?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba check dari sehari ke sehari. saya pun still in process. setiap hari check haha

      Delete
    2. heard they said will start giving on 26th. I just checked, masih dalam proses.
      Sakit jiwa la ni

      Delete
  7. saya dah lulus dah. nanti try bukak lagi, sabar ya

    ReplyDelete
  8. tahukah masih 'dalam process' maksudnya? Kena try buka lagi? Tq
    Kawan kawan saya juga telah lulus

    ReplyDelete
    Replies
    1. PERMOHONAN DALAM PROSES maksudnya permohonan sedang dalam tindakan proses semakan dan verifikasi kelayakan. yeap kena try check everyday.

      Delete
  9. Saya pun,first2 status diterima.. Cek balik dlm proses, smpi sekarang msi dlm proses, org lain status dah lulus... Harap lulus la amin

    ReplyDelete
  10. hai ! saya pun still dalam proses jugak . dah kecewa dah sebab macam takdapat je sebab still dalam proses . tgk ramai lagi yang sama , mungkin ada harapan la kot . hehe ..

    ReplyDelete
  11. Betul ke brim 2018 ditangguhkan selepas PRU

    ReplyDelete
  12. Samalah dlm proses saya dgn mak saya tahun lepas cepat 19hrbln dah dpt hari2 check status pun sama je dah ada rasa cam nk trjn laut dah ni 😭😭😭

    ReplyDelete
  13. Samala msih dlm proses jg..famly sy yg laen sy kmaskinikan da lulus..huhu

    ReplyDelete
  14. aku pun sama still dalam proses. nak tido pun x aman
    bgtau jela lulus ke x kan senang
    harap2 semua lulus la.
    esok dah 26 sakit jiwa aku

    ReplyDelete
  15. Aku pon sama dalam proses.. Dok nampak mcm x dapat ja tahun nj.. Mana aci... Hahha

    ReplyDelete
  16. Still dlm proses gak hari ni..sakit jiwa tul la sbb kwn2 sume dah lulus..hurmmm sadis

    ReplyDelete
  17. Saya pun masih ''dalam proses lagi''.. Pelik juga.Tahun ni BR1M saya ''dalam proses''. Tahun sebelum ini, terus ''lulus'' je

    ReplyDelete
  18. Saya pun sama macam awak masih''dalam proses'' Pelik juga, sebelum-sebelum ini,permohonan BR1M saya ''lulus'' sahaja. Tahun ni ''dalam proses'' pula..

    ReplyDelete
  19. Sampai bila "dalam proses" ni.. harap x kna songlap wet 2

    ReplyDelete
  20. bila nak lulus ni..huhuh

    ReplyDelete
  21. Saya pun baru check " dalam process". Sepatutnya bukan kah hari ini br1m duit masuk?

    ReplyDelete
  22. Tahun lepas dapat je, tahun ni tetiba dalam proses. Padahal tangga gaji still sama tak ada kenaikan pun. Sakit jiwa tengok dalam proses. Petang ni yg dah lulus boleh berjimba² dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..Hari-hari saya cek.tak tukar pun status ''dalam proses'' ke ''lulus''.

      Delete
  23. saya pun still dalam proses. tiap hari check but still sma jgk. huhu

    ReplyDelete
  24. btul ke spa yg still dalam proses akan dpt br1m fasa 2? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fasa 2 bila pula tarikh dia? Emmm..macam tu lambat lagilah. Nak guna duit. Sedihnya

      Delete
  25. Dalam proses. Kenapa lambat sangat?

    ReplyDelete
  26. Baru check tadi & status masih dalam proses jugak hahaha

    ReplyDelete
  27. can someone check and assist to advise why it still in process until now. appreciate the update. thanks

    ReplyDelete
  28. sama. dalam proses. tarikh kemaskink 26/12

    ReplyDelete
  29. 27/02/2018 : Status BR1M masih "DALAM PROSES" Tarikh borang kemaskini 30/11/2017 . Nampaknya saya bukan kesorang dalam hal ini. Sebelum ini tidak ada masalah langsung.

    ReplyDelete
  30. nmpk kt fb ada yg ckp sape dlm proses lg akan dpt dlm pertengahan bulan 3. btul ke? hmm

    ReplyDelete
  31. Sama la saya pon.. Masih lag dalam proses, sebelom ni ok ja... Tahun ni macam pelik skit... Status dalam proses 2 lama..

    ReplyDelete
  32. Ape nak buat...hari2 DLM proses je... Abg jib xnk payung LA ni

    ReplyDelete
  33. Sampai sekarang msh dlm proses...knp tahun ni mcm kura-kura...huhu

    ReplyDelete
  34. Td kwn sy tepon lhdn, sape yg dlm proses 2, akan dibyr pada pertengahan atau penghujung bulan 3

    ReplyDelete
  35. Saya pun dalam proses . Kemaskini bulan 12 .mak saya yang tak kemaskini dah lulus .

    ReplyDelete
  36. sama la masih stil in proses...adoii...tahun2 lpas on time dapat..harap2 ok la...pagi ni saja dh 2 x check..

    ReplyDelete
  37. saya ada call LHDN tadi depa bagitau kena tunggu sampai hujung bulan ini sb depa dok buat proses verifikasi lagi...hmmmm..pelik betul.. tahun lepas dapat truih...tapi tahun ni.....

    ReplyDelete
  38. Sama la sy pon x dpt lg..fmly n prenz da dpt..sy je yg x dpt lg..slalu tiap2 taun 1 ari sblum tarikh brim kluar da dpt da..erm smpi bila harus mnunggu dan menunggu......

    ReplyDelete
  39. saya diberitahu permohonan dalam proses sehingga kini sebenarnya sudah di tolak, kalau betul maknanya todak adil bagi mereka yang betul - betul berkelayakan. buat lah rayuan !! saya di antara yang layak tapi masih dalam proses

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh ke? Adoiii. Kalau macam tu tulislah ditolak. Memang tidak adil. Kalau dah pilihanraya nanti, confirm yang dalam proses tidak akan dapat br1m..

      Delete
  40. seharusnya tulis di tolak jadi mereka akan tahu sebab di tolak .. dan akan membuat rayuan atau senyap.. kan
    jangan biar rakyat menunggu !!

    ReplyDelete
  41. saya masih dalam proses. ayah pun sama . letih cek ari2

    ReplyDelete
  42. Saya baru cek br1m. Proses takde tulis lulus pun. Dah tiada ''dalam proses''. Keluar terus jumlah kelulusan tetapi tiada status pengkreditan/penunaian

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p