30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa - sayidahnapisahdotcom 30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
LightBlog

30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa

30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa | Makan apa tadi? Masak kat rumah/asrama ke atau hanya beli makanan di bazar Ramadhan? Maybe sebab tiada idea atau tak jumpa resepi berbuka puasa yang mudah dan cepat untuk dibuat? Takpe takpe. Kelmarin saya ada jumpa TIGAPULUH resepi menu untuk sahur dan berbuka puasa yang awesomee semuanya.

Ada yang memang simple walawehhh petik jari je & ada juga yang ambil masa lama sikit untuk memasaknya. But its okay.. Yang mudah mudah tu boleh la masak time sahur ke atau time berbuka puasa weekdays. And on the other side, menu resepi yang take time tu mungkin boleh masak during weekend Sabtu Ahad kan. Sebab ada masa yang agak lapang untuk berperang di dapur. Ehh mana mana boleh lah. Asalkan perut kenyang hahaha.


30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa


1. RESEPI IKAN BILIS SAMBAL GARING

resepi ikan bilis sambal garing
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
250gm ikan bilis | digoreng garing
1 biji bawang besar | dikisar
15 tangkai cili kering | dikisar
Garam secukup rasa
Bahan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya

CARA MEMASAK:
1 Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar sehingga pecah minyak.
2 Selepas itu masukkan garam secukup rasa dan bahan perasa secukupnya. Kacau sehinga rata.
3 Akhir sekali, gaul dengan ikan bilis tadi seketika.
4 Angkat dan sedia dihidangkan.

2. RESEPI SAMBAL TELUR HANCUR

resepi sambal telur hancur
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
5 biji bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
5 sudu makan cili kisar
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit asam jawa

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
2. Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau perlahan.
3. Setelah kuah mendidih dan sedikit kering airnya, masukkan telur satu persatu.
4. Jangan kacau dahulu, biarkan telur sedikit keras barulah digaulkan keseluruhan.
5. Angkat dan sedia dihidangkan.

3. RESEPI UDANG GORENG DAUN KARI

resepi udang goreng daun kari
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
10 ekor udang
1 biji bawang besar | dimayang
2 tangkai daun kari
2-3 biji cili padi | ditumbuk
½cm halia | ditumbuk
2 sudu besar lada hitam | ditumbuk
3 sudu besar serbuk kunyit
Garam secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Bersihkan udang. Gaul bersama serbuk kunyit dan garam.
2. Tumiskan bahan tumbuk dan bawang besar bersama daun kari.
3. Kemudian masukkan udang dan masak sehingga udang garing. 

sumber foto: www.seletsucre.com

4. RESEPI KERANG GORENG KICAP ISTIMEWA

resepi kerang goreng kicap
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
500gm kerang | dibersihkan
5 ulas bawang putih | diketuk
2 batang serai
50ml kicap masin
250ml air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang putih dan serai sehingga garing dan kekuningan.
2. Masukkan kicap dan tumis seketika. Kemudian masukkan kerang dan tambahkan air.
3. Sesuaikan rasa dengan menambahkan garam mengikut cita rasa anda.
4. Tutup kuali dan biarkan kerang masak sempurna. Sedia untuk dihidang.

5. RESEPI MI GORENG HAVOGUE

resepi mee goreng
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
300gm mi kuning
4 ketul ayam | dihiris kecil
4 ekor sotong
4 ekor udang
1 biji telur
30gm sawi
20gm tauge
30gm tauhu | digoreng
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan sos cili
30ml air
40ml minyak masak
3 biji cili merah | dihiris
Garam, gula dan lada sulah secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumiskan ayam bersama sotong dan udang hingga masak.
2. Masukkan bawang putih dan pecahkan telur. Kacau rata.
3. Kemudian masukkan cili padi dan biarkan masak seketika.
4. Setelah itu masukkan mi bersama sedikit air dan gaulkan sehingga rata.
5. Perasakan dengan sos tiram, kicap pekat, kicap cair, garam, gula dan juga lada sulah secukupnya. Kacau rata.
6. Masukkan sawi bersama tauge, tauhu dan cili merah kemudian digaul rata.
7. Biarkan masak seketika dan angkat.

6. RESEPI KUETIAW GORENG BEBOLA

resepi kuewtiaw goreng
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus kuetiau | dibasuh dengan air panas dan ditoskan
150 gm taugeh
4 tangkai daun sawi
5 biji bebola ikan | dipotong empat
2 ketul kek ikan | dihiris
20 gm isi ayam | dipotong dadu
2 batang daun bawang | dipotong kasar
2 biji bawang besar | dikisar
2 biji bawang putih | dikisar
5 tangkai cili kering | dikisar
1 sudu teh tepung jagung | dibancuh dengan air
3 sudu makan kicap pekat
1 biji telur
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga berbau wangi.
2. Selepas itu, masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Bolehlah dimasukkan isi ayam dan goreng sehingga masak.
3. Masukkan air, gula dan garam secukup rasa. Selepas itu, masukkan bebola ikan, kek ikan dan tepung jagung.
4. Setelah mendidih, masukkan kue teow, daun bawang, telur, tauge dan sawi. Gaul sehingga sebati dan goreng selama tiga minit.
5. Bila sudah masak, angkat dan sedia dihidang.

7. RESEPI AYAM MASAK KICAP SIMPLE

resepi ayam masak kicap
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
6-7 ketul ayam | dilumur garam dan kunyit
6 sudu makan kicap manis
1/2 biji bawang besar Holland | dihiris
2 biji cili padi | dihiris
3 helai daun limau purut
1/2 batang lobak merah | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
1 inci halia | dicincang
5-6 biji tomato ceri
Pati ayam dan garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan seketika.
2. Dengan guna kuali yang sama, kurangkan sedikit minyak dan tumis bawang Holland hingga wangi.
3. Kemudian masukkan daun limau purut, bawang putih, serai, cili padi dan halia. Gaul rata.
4. Seterusnya masukkan hirisan lobak merah serta kicap.
5. Masukkan ayam dan perasakan dengan pati ayam serta garam dengan secukupnya. Tambahkan tomato ceri.
6. Gaul rata dan sedia untuk dinikmati.

8. RESEPI AYAM GORENG BBQ

resepi ayam goreng bbq
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
6 ketul ayam | dibersihkan
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan madu
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh herba parsli
1 sudu teh serbuk stok ayam
2 sudu makan minyak masak
Minyak untuk mengoreng
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Dalam mangkuk besar, satukan sos tiram, sos tomato, madu, lada, herba parsli, stok ayam dan minyak masak. Kacau sehingga sebati. Tambah garam mengikut cita rasa anda.
2. Masukkan ayam dan gaul rata. Perapkan selama satu jam.
3. Panaskan minyak masak dan goreng hingga garing.
4. Sedia untuk dihidangkan.

9. RESEPI DAGING GORENG SERAI

resepi daging goreng serai
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
250gm daging batang pinang | rebus dan hiris nipis
1 biji bawang besar | dihiris bulat
3 ulas bawang putih |dicincang
2cm halia | dihiris memanjang
3 batang serai | dihiris serong
1 biji cili merah | dihiris memanjang
½ biji cili benggala | dihiris memanjang
Sedikit hirisan lobak merah
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak. Masukkan hirisan halia, bawang putih dan merah hingga wangi.
2. Masukkan hirisan serai, kacau hingga serai kekuningan.
3. Masukkan pula hirisan daging, kacaul lebih kurang 2-3 minit.
4. Masukkan sos cili, sos tiram, tomato, garam dan gula secukup rasa.
5. Akhir sekali masukkan hirisan lobak merah, cili merah dan cili benggala. 
6. Kacau 1-2 minit, angkat dan hidang.

10. RESEPI DAGING SOS TIRAM

resepi daging sos tiram
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
300gm daging
3 biji bawang putih | diketuk dan dicincang halus
1 biji bawang Holland | dihiris kasar
200gm brokoli | dipotong kecil
1sm halia | dihiris nipis
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1/2 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu besar tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
1 tangkai daun bawang
Sedikit air
Garam secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan goreng daging sehingga garing. Ketepikan.
2. Menggunakan minyak yang sama (cuma perlu dikurangkan sedikit), tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau.
3. Masukkan daging, bawang Holland, brokoli, sos tiram, kicap manis dan serbuk lada putih. Gaul rata.
4. Masukkan air mengikut citarasa anda dan tuangkan bancuhan tepung jagung tadi.
5. Taburkan daun bawang dan bolehlah dihidang.

sumber foto: www.sbs.com.au/food/sites/sbs.com.au.food

11. RESEPI SUP BEBOLA DAGING

resepi sup bebola daging
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
10 biji bebola daging
1 biji bawang besar | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
3 cm halia | dikisar
1 sudu makan serbuk rempah sup
l/4 sudu teh serbuk lada putih
1 biji kentang | belah empat
½ biji lobak merah Garam
secukup rasa
Air secukupnya
Daun bawang dan daun sup secukupnya

CARA MEMBUAT:
1. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Kemudian masukkan rempah sup yang telah dicampur dengan sedikit air. Kacau sehingga pecah minyak.
2. Kemudian masukkan air, ubi kentang. Biar mendidih hingga ubi kentang menjadi empuk.
3. Kemudian masukkan bebola daging, lobak, serbuk lada putih dan garam secukup rasa.
4. Biar hingga bebola daging cukup masak. Angkat dan sedia dihidangkan.

12. RESEPI BEGEDIL DAGING

resepi begedil daging
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
4 biji ubi kentang bersaiz besar
250gm daging cincang
2 biji telur | diasingkan putih dan kuningnya
1 labu bawang besar | dicincang halus
1 pokok daun sup | dihiris halus
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:
1. Kupas kentang dan potong dadu. Goreng hingga empuk dan tos minyaknya.
2. Kemudian goreng daging cincang hingga masak. Asingkan.
3. Tumbuk kentang yang digoreng tadi menggunakan lesung hingga lumat. Masukkan ke dalam mangkuk.
4. Satukan kentang, daging cincang goreng, bawang besar dan daun sup. Masukkan juga kuning telur, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Gaul hingga sebati.
5. Bentukkan adunan bulat bulat dan leperkan.
6. Celup ke dalam putih telur dan goreng hingga kekuningan.

13. RESEPI IKAN MASIN GORENG CILI PADI

resepi ikan masin goreng cili padi
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
300gm ikan tamban masin
150gm bawang besar | dihiris bulat
100gm cili padi | diracik halus
1 biji limau nipis | diambil jusnya
Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan goreng ikan tamban hingga garing. Ketepikan.
2. Gorengkan bawang besar dan cili api hingga layu. Angkat dan toskan minyak.
3. Taburkan bahan yang telah digoreng tadi ke atas ikan tamban. Perahkan jus limau nipis di atasnya.
4. Sedia dimakan.

14. RESEPI IKAN MERAH KUKUS KICAP HALIA

resepi ikan merah kukus kicap halia
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
1 keping isi ikan merah
2 sudu teh kicap cair
2 sudu teh sos tiram
1 sudu teh minyak bijan
Daun bawang (dihiris sebagai hiasan)
Garam dan bahan perasa secukupnya
1 biji cili besar hijau | belah sedikit di tengah

BAHAN TUMISAN:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2cm halia
50gm daun ketumbar
4 biji cili merah
4 biji cili padi
100gm mentega

CARA MEMASAK:
1. Cuci ikan merah sehingga bersih dan hilang bau hanyir. Kemudian, lumurkan sos tiram dan kicap cair pada ikan dan kukus selama 5 - 10 minit. Ketepikan.
2. Cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih, halia, daun ketumbar dicincang halus. Tumis dengan mentega dengan kepanasan api sederhana. Masukkan cili hijau besar. Kacau sebati.
3. Seterusnya, letakkan minyak bijan, garam dan bahan perasa untuk lebih enak. Ketepikan.
4. Langkah terakhir, tuang bahan tumis ke atas ikan yang telah dikukus. Siap dihidang bersama daun bawang.

15. RESEPI SINGGANG IKAN MERAH

resepi singgang ikan merah
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
1 keping ikan merah
2 ulas bawang putih | hiris halus
2 ulas bawang merah | hiris halus
1 batang serai | titik
½ inci halia | hiris
½ inci lengkuas | hiris halus
2 keping asam gelugur
½ sudu teh serbuk kunyit
2 cawan air
Gula dan garam secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Basuh ikan merah sebersihnya. Ketepikan.
2. Didihkan dua cawan air di dalam periuk. Masukkan serbuk kunyit, bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris.
3. Masukkan juga serai yang telah dititik, halia dan lengkuas yang telah dihiris. Masukkan pula ikan dan asam gelugur. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
4. Biar mereneh seketika sehingga ikan masak.

16. RESEPI IKAN KEMBUNG MASAK KICAP PEDAS

resepi ikan kembung masak kicap pedas
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan kembung | bersaiz sederhana
1 biji bawang besar | dihiris
3 ulas bawang putih | dihiris
1cm halia |dihiris
1 tangkai cili merah
5 tangkai cili kering | dikisar
15ml kicap manis
10ml cuka
5gm kunyit | untuk menggoreng ikan

CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan dan lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan ikan sehingga ia menjadi agak garing. Angkat dan asingkan seketika.
2. Di dalam kuali yang berlainan, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar terlebih dahulu.
3. Apabila tumisan telah naik baunya, masukkan cili kering yang telah dikisar terlebih dahulu dan biarkan sehingga naik baunya.
4. Masukkan pula kicap manis dan kacau sehingga sebati. Tambahkan sedikit cuka dan air ke dalam kuali.
5. Perisakan hidangan dengan garam secukupnya.
6. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng terlebih dahulu dan bolehlah dihidangkan.

17. RESEPI NASI GORENG UDANG

resepi nasi goreng udang
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
6 ekor udang bersaiz besar
3 cawan nasi putih
5 tangkai cili kering | dikisar halus
2 ulas bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
Secubit belacan | dikisar
1 biji telur
1 sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan udang dan gaul hingga masak.
3. Pecahkan telur dan kacau lagi hingga sebati.
4. Kemudian masukkan nasi dan juga kicap. Kacau lagi hingga rata.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Padam api dan sedia untuk dinikmati

18. RESEPI SAMBAL IKAN BILIS TELUR

resepi sambal ikan bilis telur
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis | dikopek
2 biji telur
20 biji cili padi
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1. Masukkan ikan bilis, cili padi, bawang besar dan bawang putih dalam pengisar.
2. Kisar kasar semua bahan tanpa air.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga sedikit garing.
4. Masukkan air asam dan perasakan secukupnya.
5. Akhir sekali, pecahkan telur dan kacau rata.
6. Tutup api angkat dan bolehlah dihidangkan.

19. RESEPI TELUR KUKUS

resepi telur kukus
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
2 sudu makan susu cair
Sedikit daun ketumbar |racik
3-5 ekor udang hidup | buang kulit dan potong kecil
Sedikit daging ayam | potong kecil
Sedikit cili benggala merah |potong dadu
Sedikit cili benggala hijau |potong dadu
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan dan dipukul hingga telur hancur.
2. Masukkan ke dalam bekas untuk dikukus.
3. Kukus dalam 5 hingga 10 minit. Angkat dan keluarkan.
4. Potong dan sedia dihidangkan.

20. RESEPI TELUR MASIN LEMAK CILI API

resepi telur masin masak lemak cili api
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur masin
1 batang serai | titik
1 ulas bawang merah | kisar
1 keping asam gelugur
2cm kunyit hidup | kisar
10 biji cili padi | kisar
1 mangkuk santan
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan kecuali telur.
2. Didikan kuah sehingga mendidih.
3. Kecilkan api, masukkan telur satu persatu.
4. Biarkan telur agak keras, perasakan dengan sedikit garam jika tidak berapa masin.
5. Tutup api dan hidangkan.

21. RESEPI TELUR DADAR TOMATO CENDAWAN

resepi telur dadar tomato cendawan
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
4 bij telur
5 biji tomato ceri - dibelah dua
1/2 biji bawang besar - dihiris
5 biji cendawan butang - dihiris
1 sudu besar mayones
Serbuk lada hitam dan garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:
1. Pecahkan telur dan masukkan mayones bersama garam. Pukul hingga kembang.
2. Masukkan tomato, hirisan bawang, cendawan dan juga serbuk lada hitam. Kacau hingga rata.
3. Panaskan minyak masak dan masukkan bancuhan telur tadi. Gunakan api yang kecil dan biarkan telur masak.
4. Terbalikkan telur dengan berhati-hati dan angkat apabila ia bertukar menjadi kuning keemasan.

22. RESEPI TELUR DADAR BROKOLI

resepi telur dadar brokoli
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
100gm brokoli | dihiris halus
50 gm isi ayam rebus | dicarikkan
1 sudu besar mayones
1 biji bawang besar kuning | dicincang
1 biji cili merah | dihiris
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:
1. Pecahkan telur didalam mangkuk besar. Masukkan mayones, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Pukul hingga kembang.
2. Kemudian masukkan hirisan brokoli, bawang besar, cili merah dan isi ayam. Kacau rata. Rehatkan seketika.
3. Panaskan minyak di dalam kuali menggunakan api kecil dan masukkan bancuhan telur tadi. Tutup kuali dan biarkan masak.
4. Terbalikkan dengan berhati-hati hingga kedua-dua bahagian telur menjadi warna kekuningan. Angkat dan hidangkan panas-panas.

23. RESEPI TELUR DADAR CENDAWAN

resepi telur dadar cendawan
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur | dipukul sebati
1 ulas bawang putih | dicincang halus
1/2 sudu teh kicap cair
1/2 sudu teh garam
20gm cendawan butang | dihiris
20gm cendawan China/Shitake
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit hirisan cili merah
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang, cendawan dan kicap cair.
2. Angkat dan ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali lain, dan masak telur dengan api perlahan.
4. Kemudian masukkan cendawan tadi serta daun bawang semasa telur belum masak sepenuhnya.
5. Terbalikkan telur tersebut dan besarkan sedikit api untuk menggaringkan telur.
6. Angkat telur dan hiaskan dengan cili potong.

24. RESEPI UDANG BAKAR BERKEJU

resepi udang bakar berkeju
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
300gm udang segar
100gm keju mozzarella
50gm keju cheddar
50gm keju parmesan

BAHAN PERAPAN:
1 sudu makan serbuk lada sulah
1 sudu makan madu
1 sudu makan jus lemon
Herba thyme secukupnya
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Bersihkan udang dan belah bahagian belakangnya. Perap dengan bahan perapan seketika.
2. Kemudian, cucuk udang dengan lidi untuk menegakkan udang.
3. Susun udang diatas pinggan tahan panas dan taburkan kesemua keju diatas udang.
4. Bakar pada suhu 150C selama 20 minit sehingga keju cair dan keperangan. Sedia dinikmati.

25. RESEPI BIHUN SUP

resepi bihun sup
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus bihun | dicelur
400gm ayam | dipotong kecil
1.5 liter air
4 biji bawang besar | dikisar
4 ulas bawang putih | dikisar
2sm halia | dikisar
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih 
1 kiub pati ayam
30gm bawang goreng | untuk hiasan
20gm daun bawang | untuk hiasan
10gm daun sup | untuk hiasan
2 biji cili merah | untuk hiasan
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar bersama kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan juga buah pelaga hingga berbau wangi.
2. Masukkan air bersama ayam dan juga kiub ayam.
3. Perasakan dengan garam secukupnya dan biarkan mendidih.
4. Angkat dan hidangkan bersama mihun dan juga bahan hiasan.
5. Sedia dinikmati.

26. RESEPI AYAM GORENG JAWA

resepi ayam goreng jawa
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | bersihkan dan potong
1 cawan santan
2 sudu makan air asam jawa
4 sudu makan tepung beras
Minyak untuk menggoreng
Gula dan garam secukupnya

BAHAN KISAR:
5 tangkai cili kering
1 sudu teh biji ketumbar
2 biji buah keras
6 biji bawang merah
1 batang serai
2.5cm lengkuas
2 sudu teh gula Melaka

HIASAN:
Capsicum pelbagai warna

CARA MEMASAK:
1. Di dalam periuk, satukan ayam, santan, air asam jawa, garam, gula Melaka dan bahan kisar. Renehkan sehingga ayam masak dan kuah pekat.
2. Asingkan ayam dari kuah. Rehatkan ayam selama 4 jam di dalam peti sejuk.
3. Gaul ayam dengan tepung beras dan goreng sehingga garing.
4. Hidangkan ayam dengan kuah tadi. Tabur hirisan capsicum pelbagai warna. Sedia dinikmati.

27. RESEPI DAGING SINGGANG

resepi daging singgang
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
500gm daging
3 keping asam gelugur
3 ulas bawang putih | dihiris nipis
3 cm lengkuas | dihiris nipis
2 cm kunyit hidup | ditumbuk sehingga lumat
1 sudu makan ketumbar | disangai dan ditumbuk kasar
1 sudu teh jintan manis | disangai dan ditumbuk kasar
10 biji cili padi
Garam secukup rasa
Air secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Daging dihiris nipis dan dicuci sehingga bersih.
2. Kemudian masukkan semua bahan kecuali garam dan cili padi ke dalam periuk. Rebus sehingga daging kelihatan lembut dan empuk.
3. Akhir sekali, masukkan cili padi dan perasakan dengan garam dengan secukup rasa.
4. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih.

28. RESEPI SUP TELUR CENDAWAN

resepi sup telur cendawan
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur
5 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
10 tangkai cendawan tiram | dipotong
Sedikit bunga kubis | dipotong
Sedikit daun sup | diracik kasar
Sedikit suhun
1 mangkuk air
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar. Tumis hingga terbit wangi. Apabila sudah naik baru, masukkan air. Kacau perlahan.
2. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan cendawan tiram, bunga kubis dan suhun.
3. Kecilkan api untuk masukkan telur satu persatu. Biarkan kira-kira tiga minit.
4. Angkat dan sedia dihidangkan.

29. RESEPI SPAGHETTI LEMAK BERKRIM 

resepi spaghetti lemak berkrim
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
250gm spageti | rebus dan tos
150ml susu penuh krim
50gm mentega
6 ekor udang saiz XL
50gm cendawan butang dalam tin | hiris
50gm brokoli | dadu kecil
1/2 biji bawang besar | cincang
3 ulas bawang putih | cincang
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit garam

CARA MEMASAK:
1. Panaskan mentega di dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga wangi.
2. Masukkan susu dan kacau hingga mendidih.
3. Seterusnya masukkan udang, diikuti dengan cendawan butang.
4. Kemudian masukkan pula brokoli.
5. Perasakandengan garam dan lada sulah secukupnya.
6. Akhir sekali masukkan spageti yang telahdirebus. Gaul rata dan angkat.

30. RESEPI AYAM GORENG BERSOS KARI

resepi ayam goreng bersos kari
30 Resepi Mudah Menu Sahur & Resepi Berbuka Puasa
BAHAN-BAHAN:
Bahan ayam
200gm isi dada ayam | potong dadu
1 biji telur ayam
1/2 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan tepung gandum
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

BAHAN SOS KARI:
1 sudu makan serbuk kari ayam/daging
2 sudu besar yogurt
1/2 biji bawang Holland | dadu halus
1 ulas bawang putih | cincang halus
Sedikit daun ketumbar | hiris halus
Garam dan serbuk pati ayam secukupnya
2 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:
1. Goreng ketulan isi yang telah digaulkan bersama telur, tepung, serbuk kari dan garam sehingga kekuningan.
2. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit dan tumis bawang putih, bawang Holland hingga wangi.
3. Masukkan rempah kari dan sedikit air, kacau hingga timbul minyak.
4. Seterusnya masukkan yogurt untuk memberikan rasa pedas masam.
5. Perasakan dengan serbuk pati ayam garam dan gula secukupnya
6. Sebelum angkat masukkan daun ketumbar dan kacau rata. Kemudian tuang di atas ayam goreng dan hidangkan panas-panas.

Post a Comment

4 Comments

  1. Simple & mudah disediakan... thanks for the share this Ramadhan 2018!

    ReplyDelete
  2. wow banyaknya hari hari tukar menu (^_^)

    ReplyDelete
  3. baru tahu resipi telur kukus tu. Nak buat lah lepas ni :D

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p