Total Pageviews

Resepi Mudah dan Sedap Puding Roti Sos Kastard

by - March 19, 2018
Resepi Mudah dan Sedap Puding Roti Sos Kastard | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Yes yesss yess! Puding roti! Ohmaii i love this so much! Saya tak pernah try masak menu dessert puding roti sebelum ni. But in the future rasanya nak ajak hakak-hakak den cuba buat puding roti ni. Thats why saya simpan dulu resepi mudah dan sedap puding roti sos kastard kat sini dulu. Nanti bila nak buat, boleh terus refer this entry hehehe. Siapa nak join? Meh meh meh.


Resepi Mudah dan Sedap Puding Roti Sos Kastard

Resepi Mudah dan Sedap Puding Roti Sos Kastard
Resepi Mudah dan Sedap Puding Roti Sos Kastard
RESEPI PUDING ROTI

Bahan-bahannya: 
12 keping roti gardenia 
3 cawan susu segar 
6 sudu besar gula 
1/4 buku dari 250gm butter ( dicairkan )
2 sudu besar tepung jagung 
6 sudu besar kismis 
2 biji telur 
1 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya: 
1. Siat-siatkan roti dan rendam dengan susu segar hingga lembut. 
2. Masukkan gula, butter cair, tepung jagung, kismis, telur dan esen vanilla dalam bekas. Gaul sebati.
3. Masukkan adunan ini ke dalam adunan roti yang direndam, gaul dan kacau sebati.
4. Lenserkan acuan dengan margerin dan masukkan adunan tadi.
5. Bakar hingga masak.
6. Setelah puding agak sejuk, masukkan dalam peti sejuk.

Q: Bakar hingga masak tu sampai jadi macam mana ye? Berapa degree?
A: Anggaran bakar sampai 35 minit. Kalau nak rangup atas nya tu, extend bakar sehingga 40 minit. 180 degree.

RESEPI SOS KASTARD

Bahan:
1 tin susu cair
1/2 cawan air 
4-5 sudu besar gula
2 sudu kecil tepung kastard
2 helai daun pandan simpulkan

Caranya: 
1. Bancuh tepung kastard bersama air hingga sebati.
2. Campur semua bahan dan masak sehingga sedikit likat dan mendidih.
3. Sejukkan.

Credit recipe & photos to: Resepi Makanan Malaysia

resepi puding roti
Resepi Mudah dan Sedap Puding Roti Sos Kastard
puding roti
Resepi Mudah dan Sedap Puding Roti Sos Kastard
Sedap kan tengok gambar-gambar tu? YaAllahhh memang terseksa den bila masukkan gambar di atas time waktu tengahari ni, time perut berkeroncong mendendangkan lagu rock hahaha.

Okayy selamat mencuba (including me)!

Daa~ wassalam! :)

BACA JUGA:

You May Also Like

1 comments

  1. Memang mudah.. sedap makan time panas-panas.. sejuk je dia lalu tekak..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p