Apa Maksud Anta Permana? | Lagu Terbaru Siti Nurhaliza - sayidahnapisahdotcom Apa Maksud Anta Permana? | Lagu Terbaru Siti Nurhaliza
LightBlog

Apa Maksud Anta Permana? | Lagu Terbaru Siti Nurhaliza

Apa maksud ANTA PERMANA? | Haaa siapa siapa yang peminat penyanyi No.1 Malaysia, Dato' Siti Nurhaliza (kita geng!) mestilah tahu kan Tok Ti ada release single terbaru pada minggu lepas yang bertajuk Anta Permana. Tajuk lagu pun dah unik, apatah lagi lagu nya kan? hehe. Tapi.. apa maksud Anta Permana tersebut? Bahasa Arab kah sebab ada word anta? Anta anti?

Haritu first time saya tengok tajuk lagu baru Siti ni kan, saya pelik. "Aik? Anta permana atau anta permata sebenarnya ni?" Ingatkan saya tersilap baca ataupun orang tu typo tulis ke. Rupanya memang betul title nya anta permana. hahaha.


Apa Maksud Anta Permana? | Lagu Terbaru Siti Nurhaliza

Apa Maksud Anta Permana? | Lagu Terbaru Siti Nurhaliza
Apa Maksud Anta Permana? | Lagu Terbaru Siti Nurhaliza
Anta Permana merupakan kata yang diambil daripada perkataan Melayu Klasik/ bahasa Melayu lama. Anta Permana membawa maksud tidak terkira/ tak terhingga/ infinity. So maksudnya, cinta yang infiniti. Cinta yang tidak terhingga.

Bertepatan dengan tema cinta teragung yang diangkat menerusi lagu ini, pastinya pemilihan perkataan itu tepat di samping mahu mempopularkan semula patah perkataan Melayu klasik.
Apa Maksud Anta Permana? | Lagu Terbaru Siti Nurhaliza
Apa Maksud Anta Permana? | Lagu Terbaru Siti Nurhaliza
Kata Dato' Siti:

"Sebenarnya bagus juga. Pilihan tajuk tu kena pula dengan konsep nyanyian dan juga lagu. Memang untuk lagu ni, Hael buat dengan Ezra. Dia cakap dia memang khas buat melodi nya macam lama lama.

Tak tradisional sangat dan tak terlalu moden. Tengah-tengah. So, peminat saya yang rindukan lenggok Melayu saya boleh dengar. Yang moden pun boleh dengar.

Dan juga saya menyanyi pun sebenarnya saya menyanyi khas, beza sedikit. Sebab saya kena keluarkan mood atau tone atau feeling saya tu.. kena bayangkan zaman P Ramlee Saloma."
Apa Maksud Anta Permana? | Lagu Terbaru Siti Nurhaliza
Apa Maksud Anta Permana? | Lagu Terbaru Siti Nurhaliza
Menurut satu artikel surat khabar, Dato' Siti mengaku bahawa beliau sudah jatuh cinta dengan melodi dan lirik lagu hasil gubahan Eza Kong dan Hael Husaini yang disifatkan sebagai segar dek gabungan muzik moden dan klasik.

"Antara daya penarik utama kepada Anta Permana ini adalah kerana melodi yang segar dan berbeza dengan lagu-lagu yang pernah dihasilkan sebelum ini. Kalau hati sudah tertambat kenapa mahu menunggu lama? Mereka juga komposer muda yang hadir dengan idea-idea baharu. Ini juga menjadi sebab mengapa saya bekerjasama dengan kedua-duanya." - Dato ctdk

Saya tak dengar lagi full lagu Anta Permana ni. Tapi confirm best punya lah! Siti Nurhaliza kott. hahaha. Saya hanya dengar sikit je Tok Ti nyanyi time Final Big Stage. Perghhh suara Dato Siti memang merdu lemak manis berkrim plus lenggok lenggok tone yang bersahaja tapi mantap!


ANTA PERMANA - SITI NURHALIZA di Pentas Akhir Big Stage


Comel je mula-mula tu Alif Satar mengusik "Rupanya Tok Ti tengah google lirik lagu.." haha.

Hmm.. Tak sabar sabar nak tengok official Music Video (MV) Anta Permana. Mesti gempak. Tengok belakang tabir muzik video ni pun siap ada menari menari bagai. Wohoo can't wait!

Siti 'Aafiyah si comel pipi merah pun ada dalam video behind the scene hahaha ishhh so cute!
Apa Maksud Anta Permana? | Lagu Terbaru Siti Nurhaliza
Siti Aafiyah - anak perempuan Tok Ti
Apa Maksud Anta Permana? | Lagu Terbaru Siti Nurhaliza
Siti Aafiyah dalam Anta Permana | Lagu Terbaru Siti Nurhaliza

Post a Comment

1 Comments

  1. memang suara Tok Ti ni x pernah tak sedap...lunak dan sentiasa sedap didengari kan..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p