terharu dengan Mesej Akhir Dato Siti Nurhaliza dalam Music Video Bersandar Cinta

by - June 24, 2017
Siapa yang dah dengar lagu Dato Siti Nurhaliza - Bersandar Cinta dan tengok Music Video (MV) lagu tersebut? Best kan kan. Saya suka sangat both lagu dan MV Bersandar Cinta ni. Lagu dia best, irama melodi lagu dia best, suara Siti best, lirik lagu best, mesej sebalik lagu ni best, aura veteran/legend dalam MV pun fuhh! Kualiti MV ni memang mantop.

Mesej Akhir Dato Siti Nurhaliza dalam Music Video Bersandar Cinta
Dato Siti Nurhaliza dalam Music Video Bersandar Cinta


Mesej Akhir Dato Siti Nurhaliza dalam Music Video Bersandar Cinta


Kalau sesiapa yang dah tengok MV lagu Siti yang baru di-release-kan 14 Jun 2017 yang lepas, boleh lah tahu apakah mesej akhir Dato Siti di hujungggg MV beliau. Memang terharu. Lagi-lagi kita baca mesej tu lepas kita layan lagu tu dari awal hingga ke akhir, perghh boleh meleleh kot air mata haha. Lagi-lagi buat saya yang memang peminat tegar Siti kan dari awal dulu hingga kini. So, lagu Bersandar Cinta ni memberi erti yang lebih mendalam. buat saya dan peminat lain serta semua orang yang menjadi tulang belakang, supporter di sepanjang karier Siti selama ni.


Terima kasih buat semua
yang mengiringi perjalanan karier seni saya.
Salam Sayang untuk semua dan saya berterima
kasih dari lubuk hati terdalam.

TERIMA KASIH. TERIMA KASIH. TERIMA KASIH.

DATO' SITI NURHALIZA

Mesej Akhir Dato Siti Nurhaliza dalam Music Video Bersandar Cinta
Mesej Akhir Dato Siti Nurhaliza dalam Music Video Bersandar Cinta
Itu lah mesej Dato Siti di akhir MV Bersandar Cinta. Serius den rasa terharu, sebak pun ada. Mesej akhir tu tanda Dato Siti menghargai semua peminat dan semua yang membantu, menyokong beliau selama karier 21 tahun beliau. Mesej akhir tu umpama beliau nak meninggalkan dunia nyanyian, karier pun ada. Entah lah, rasa semacam pulak bila baca mesej di akhir tu haha.

Okay, jom layan keseluruhan lagu ni..

Lirik Lagu Bersandar Cinta - Dato Siti Nurhaliza




Tak ku di sini sebagai aku kalau bukan keranamu
Tak ku kecapi limpah kurniaan semata upayaku
Terima kasih ku ucap dari lubuk hati terdalam

chorus:
Setiap irama lagu
serta baris bait
moga jadi azimat.
Setiap liuk jejari
setiap gemalai tarian ku persembahkan
semuanya
bersandar kepada cinta.

Jika kau sepi
ku ingin jadi melodi yang bererti
Kalau kau bahagia
biar ku jadi penyeri duniamu
Terima kasih ku ucap dari lubuk hati terdalam

chorus

kepada cinta
kepada cintaaa..

chorus

kepada cinta
kepada cinta...

mv bersandar cinta
Dato Siti Nurhaliza dalam Music Video Bersandar Cinta
Lagi satu yang saya suka sangat dengan MV ni adalah props-props nya dari zaman dahulukala, dari masa lalu. Kamera, radio, alat menaip surat, cuci gambar, set penggambaran, recording .. semuanya lama-lama punya. Mungkin kena dengan mesej/tema lagu ni - Siti nak hargai semua yang menyokongnya dari dulu hingga sekarang. Thats why props pun semua dari masa awal-awal beliau melibatkan diri dalam dunia nyanyian. 

No matter what people said or ada yang kutuk MV ni, bagi saya.. 5 bintang untuk both lagu & MV Bersandar Cinta! Unik dan ada kelainan. Good job Siti and the crew! :)

maksud bersandar cinta
Music Video Bersandar Cinta - Dato Siti Nurhaliza

dato siti nurhaliza
Music Video Bersandar Cinta - Dato Siti Nurhaliza

dato siti bersandar cinta
Music Video Bersandar Cinta - Dato Siti Nurhaliza

bersandar cinta
Music Video Bersandar Cinta - Dato Siti Nurhaliza

music video siti
Music Video Bersandar Cinta - Dato Siti Nurhaliza

siti nurhaliza bersandar cinta lagu
Music Video Bersandar Cinta - Dato Siti Nurhaliza
Semoga lagu ni menang mana-mana kategori di Anugerah Juara Lagu (AJL) or Anugerah Industri Muzik (AIM) hehehe. Takpe takpe tak penting pun semua tu, yang penting lagu ni dah pun memenangi hati-hati peminat Dato Siti. cia cia ciaaaa! #pickuplinekatDatoSiti kekeke.

Okay daaa~wassalam :)

You May Also Like

1 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p