Trafik blog Mei 2019 (UV, PV, Bounce Rate, bilangan entri) - sayidahnapisahdotcom Trafik blog Mei 2019 (UV, PV, Bounce Rate, bilangan entri)
LightBlog

Trafik blog Mei 2019 (UV, PV, Bounce Rate, bilangan entri)

Trafik blog Mei 2019 | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! "Aikk.. dah lebih separuh bulan Jun, baru nak buat entri trafik blog bulan Mei?" Ohh saya memang gini. Sesuka hati nak update bila bila hahaha. Walaupun dah terlambat, nak juga tulis. Nak juga abadikan kisah pencapaian UV (Unique Visitors), PV (Pageviews), BR (Bounce Rate) dan how many entry did I write last month di blog ini! (amboi over kau sayidah hahaha). 


Trafik blog Mei 2019 di Google Analytics (GA)

performance blog
trafik blog mei 2019 di Google Analytics
UV: 73,103
PV: 215,306
BR: 18.88%

p/s: PV blog di Google Analytics dan di dashboard blogger lebih kurang sama je actually. Cuma bezanya stats pageviews blog di dashboard blogger lebih banyak sedikit daripada yang di GA. Nak tengok PV kat either one or both tempat pung bolehhh. No matterrr~ hehe

BACA JUGA:

Alhamdulillah trafik blog untuk Mei melepasi 200K! Dan mencatatkan PV paling tinggi 2019 setakat ni berbanding bulan-bulan yang lain. Maybe sebab banyak entri bulan lepas yang saya tulis 'kena' dengan taste netizen dan menarik minat ramai orang untuk klik baca.

Contohnya: resepi biskut raya 2019, tarikh bonus Raya 2019, tarikh tukar duit raya 2019, resepi air minuman berbuka puasa, bekas Sultan Pahang kelima mangkat, pembayaran duit BSH 2019 Fasa 2, dan few entries related with kemusykilan hal puasa.

Nampak tak semua entri hot di atas berkaitan dengan hal hal puasa, raya dan berita semasa? Hahaha.

Ada juga beberapa entri yang ramai orang cari di Google.

Contohnya: lirik lagu Alif Satar dan Raihan Sesungguhnya 2019, tarikh tukar duit raya (ranking on first page Google bulan lepas), cara semak keputusan UPU online dan bonus raya 2019.

BACA JUGA:

On the other hand, Alhamdulillah, dengan berbekalkan masa free yang banyak + mood rajin update blog yang membuak buak.. bulan lepas dapat update 63 ENTRI BLOG! sekaligus mencatatkan bilangan entri paling banyak 2019 hoyeah! Pemegang 'rekod' sebelum ni adalah bulan Januari 60 entries.
trafik blog sayidah napisah
BILANGAN ENTRI BLOG MEI 2019
Bulan Jun ni? Ehemm.. baru 10 entri hahaha.

Maklumlah Raya Aidilfitri kannn. Pergi balik kampung, beraya rumah orang, open house everywhere, kenduri kahwin, orang nak datang rumah beraya.. so mood tu more to RAYA. 

Plus, kelas tutor matematik & addmath saya makin busy. Ada beberapa student baru yang datang. So, kinda hectic there. Tak boleh nak fokus sangat dengan updating blog walaupun idea melimpah ruah haha. (ceyt.. alasan je lebih ni wakakakakakaka)

Tapi inshaaAllah lepas ni saya cuba update dengan lebih kerap jika ada masa (dan mood) hehehe.

BACA JUGA:

Pada sesiapa yang belum join Segmen 9 Juta Special Bloglist saya, dijemput join :)

segmen 9 juta special bloglist
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Okayy till next time, daa~ wassalam!



Post a Comment

10 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p