Tips Blog: Cara Rendahkan Bounce Rate Google Analytics

by - January 01, 2018
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaa~! Tudiaaa.. first entri pada tahun 2018 adalah tentang bounce rate! Gitchuwww. Semangat blogger betul kan update blog pada Hari New Year 2018 berkaitan dengan ilmu blogging haha. Bukan apaa.. asyik tangguh tangguh je nak complete kan entri Bounce Rate ni & finally.. here it is.


PERSOALAN MENGENAI BOUNCE RATE

Tips Blog: Cara Rendahkan Bounce Rate Google Analytics

Saya pasti kebanyakan blogger yang memang dah familiar dengan word Bounce Rate (BR) tu sendiri betul tak? Lagi-lagi sesiapa yang dah pun mempunyai Google Analytics sendiri mesti dah biasa dengar tentang BR.

Tapi tak ramai yang faham ataupun tak tahu apakebenda BR ni. Apa fungsinya? Penting ke nak ushar percent BR setiap hari? Apa kaitan BR dengan blog? Perlu ke risau jika prestasi BR tak memberangsangkan? Kenapa nak kena consider BR ni as a part of being a blogger? Apa kepentingannya? Kalau nak ignore je, boleh tak? Kalau BR tinggi sangat, macam mana nak rendahkan? Kalau BR rendah sangat, macam mana nak stabilkan? Berapa peratus BR yang paling bagus? Bagaimana cara nak dapatkan BR yang elok? Kat mana nak ushar BR ni? Macam mana cara nak baca BR dengan betul?

Tudiaaa antara soalan-soalan yang biasa ataupun kerap ditanya berkaitan dengan bounce rate.

So, let me share everything yang saya tahu tentang BR kepada semua. (p/s: thanks abe we & Mommy Irra #afbdotmy for teaching me this ilmu)


APA ITU BOUNCE RATE?

Bounce rate =  kadar lantunan hikhik.
apa itu bounce rate
definition of bounce rate
Bounce rate ni adalah salah satu cara kita boleh tahu dan tengok engagement pengunjung ke blog kita. Adakah orang tu masuk ke blog kita untuk baca hanya satu entri yang dia nak baca kemudian keluar terus ATAU dia baca satu entri yang dia target untuk baca kemudian dia akan baca lagi entri-entri yang lain? Kita boleh tahu perkara tersebut dengan ushar how many percentage of our BR.

Makin lama seseorang pengunjung tu engage (stay) kat blog kita, makin rendah BR kita. Makin rendah BR, makin bagus. Stay kat blog tu maksudnya dia baca lebih dari 1 entri kita pada sesuatu masa. Selepas dia baca satu artikel, scroll scroll "eh entri ni macam best je" then dia klik. Selepas dah baca tu pula, "ehh ni pun perkara yang aku memang nak tahu ni. Kena baca ni" then dia pun klik dan meneruskan pembacaan. It means she/ he stays in your blog for a quite long time.

What is a good bounce rate?
-- based on apa yang diberitahu oleh seorang yang arif tentang GA, bounce rate yang baik & bagus adalah dalam lingkungan 10-20%. 20-30% pun okay juga. Tapi kalau lebih sangat atau kurang sangat, tu tak okay.

BR tinggi tak bagus la ye?
-- yeap. Maksudnya orang masuk blog kita untuk baca 1 entri lepastu out terus. Takde dah nak klik entri kita yang lain. Hah bila pengunjung tak stay lama kat blog kita, ianya menyumbang percent BR menjadi tinggi.

But please please pleaseee. Jangan tension or stress bangattt dengan BR ni tau hahaha. Jangan sampai bila kita ushar percent BR tinggi 80-90 lebih.. tak ada semangat laa nak blogging. Tengok BR tinggi, "taknak lah update blog". "Bukan orang baca pun". Tetibe down kan haha. No noo. Please avoid that. Not healthy at all. Yang paling penting update blog frequently dan tingkatkan kualiti blog dari semasa ke semasa.


MACAM MANA CARA RENDAHKAN BOUNCE RATE GOOGLE ANALYTICS? (how to reduce bounce rate?)

Jangan risau, jangan sedih. Ada beberapa tips/ cara untuk merendahkan bounce rate blog. Ni yang saya amalkan & alhamdulillah my blog's BR every month agak bagus. So, korang pun boleh la follow and try all of these. InshaaAllah :)

p/s: tengok BR monthly ye. not daily.

Antara tips cara nak dapatkan bounce rate rendah atau untuk mengurangkan bounce rate yang terlalu tinggi:

1. Pilih template blog yang responsive (just search responsive template/ template responsive di pakcik Google, akan keluar banyak pilihan website)

2. Buat internal link (backlink).

Apa itu internal link? Adakah internal link sama dengan external link?

Internal link: hyperlink yang link ke mana-mana entri blog kita sendiri
External link: link ke entri blog/ website orang lain

Bila ada internal link ni, kecenderungan orang untuk stay di blog kita lebih lama. Itu fungsi internal link. Membuatkan orang bukan masuk satu page (entri) sahaja, but mendorong mereka untuk klik internal-internal link yang kita letak di blog.

a) letak internal link di setiap entri (elakkan letak lebih dari tiga link)

-- contohnya.. kita nak update entri yang bertajuk: cara-cara bercinta. Then dalam entri tu.. masukkan lah 2 or 3 entri kita yang sebelum-sebelum ni berkaitan dengan topik cinta atau kasih sayang. Contoh lain: kita update entri Resepi Kuih Talam. Then at the end of that entry, letak link entri resepi yang lain ATAU entri makanan ke.
internal link blog
Tips Blog: Cara Rendahkan Bounce Rate Google Analytics
b) letak blog archive (list entri) di blog

blog archive
Tips Blog: Cara Rendahkan Bounce Rate Google Analytics
c) letak popular posts (daily/weekly/all time) di blog

popular posts in blog
Tips Blog: Cara Rendahkan Bounce Rate Google Analytics
d) kalau template yang jenis takde 'you might also like' atau 'anda mungkin juga suka' di blog (biasanya benda tu ada selepas entri), boleh letak LINKWITHIN di blog. (http://www.sayidahnapisah.com/2015/04/tutorial-letak-linkwithin-dalam-blog.html)

blog you may also like
Tips Blog: Cara Rendahkan Bounce Rate Google Analytics
KALAU BOUNCE RATE TERLALU RENDAH, NAK BUAT MACAM MANA?

Bounce rate range 0-9% dikira sangat rendah. Dan bila rendah sangat pun, it is not good. So how? Macam mana nak betulkan? Apa nak buat untuk normal kan balik?

First of all, jika BR terlalu rendah, mungkin ini faktor yang mempengaruhi..

1. Template (ada yang lepas tukar template, then BR turun mendadak jadi bawah 5%)
2. Letak widget (contoh: Linkwithin or gambar)
3. Duplicate coding GA dalam blog
4. Tersalah copy coding GA

So, boleh analisis sendiri adakah ada buat antara 4 perkara tersebut. Boleh check sendiri dan kemudian, ubah/ betulkan. Goodluck!

Haaa khusyuk sangat cerita panjang lebar tentang BR, kat mana sebenarnya nak tengok BR ni?



Boleh ushar di Google Analytics (GA).
Log in GA > Audience > Overview > Bounce Rate

Contoh bounce rate blog saya pada bulan November 2017:
bounce rate blog
Bounce Rate google Analytics blog sayidahnapisahdotcom
Then, for example kita nak tengok performance bounce rate blog kita untuk satu-satu keyword..

Log in GA > Acquisition > Overview > Organic Search
bounce rate keyword blog
bounce rate keyword blog
Oh, mungkinada yang tak ada pun GA dan tak pernah buat lagi. Don't worry, boleh refer step by step tutorial mendaftar GA + masukkan tracking code GA dalam blog yang dikarang oleh Abe We ni (http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-register-google-analytics.html). Then, selepas dah selesai daftar and insert tracking code GA, masukkan pula tracking ID GA ke dalam blog.

Tutorial cara memasukkan tracking ID GA:

Okayy that's all! Moga ada manfaatnya. Kalau ada yang salah, mohon betulkan. Kalau ada yang terkurang, mohon tambahkan. Sesungguhnya saya hanya insan biasa (tetibe hahaha).

Happy New Year 2018! Moga kita semua become a better muslim/muslimah in 2018 aminnn. Daaa~ wassalam! :)

BACA JUGA:


You May Also Like

8 comments

  1. Nice info. Akak nak start dari zero balik :)

    ReplyDelete
  2. Ok faham. Tapi BR akak pulih sendiri je lepas jadi 2% sejak oktober aritu. Xtau apa yg mempengaruhi.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Dan selamat tahun baru :)

    Memang dah rendah Bounce rate tu

    tahniah

    ReplyDelete
  4. trima kasih atas perkongsian , boleh cuba check bounce rate lepas ni

    ReplyDelete
  5. good info. nak buatlah semua tips normalkan BR ni. :

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p