Jangan korek telinga!Kenapa tak elok amalkan tabiat mengorek telinga? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Siapa yang suka korek telinga kat sini? Tak kira lah korek guna cotton bud ke, guna jari tangan ke atau 'tarik' tahi telinga dengan 'batang' besi ke.. siapa yang ada macam satu habit atau satu kebiasaan rasa nak korekkk je telinga almost everyday? Rasa macam gatal je telinga. Rasa macam tak sah kalau satu hari tu tak 'bersih'kan telinga.
Siapa yang macam tu? Baik mengaku cepat! Hahahaha.
Saya dulu dulu memang suka korek telinga. Dengan jari terutamanya. Baru feel gitu hahahaha.
Tapi sekarang takdelah kerap dah. Dalam seminggu tu, 2 atau 3 kali je saya korek telinga. Den dah insoffff haha. tu pun selepas baca kisah pengalaman padah 'buruk' orang yang suka korek telinga dan nasihat dari Doktor yang tak menggalakkan perbuatan tersebut,
Tapi sekarang takdelah kerap dah. Dalam seminggu tu, 2 atau 3 kali je saya korek telinga. Den dah insoffff haha. tu pun selepas baca kisah pengalaman padah 'buruk' orang yang suka korek telinga dan nasihat dari Doktor yang tak menggalakkan perbuatan tersebut,
Nak tahu kenapa Doktor tak benarkan kita selalu mengorek telinga?
Let's read!
kenapa tak elok selalu korek telinga? | GAMBAR SEKADAR HIASAN | image: bidanku.com |
Kenapa tak elok amalkan tabiat korek telinga?
Oleh: Dr Ezairy M.Salih
Ini akan berlaku sekiranya anda berterusan amalkan tabiat ini.
Gegendang telinga ‘ear drum’ boleh mengalami kebocoran!
kenapa tak elok selalu korek telinga? - gegendang telinga eardrum boleh bocor! |
Sebab itu doktor selalu pesan tak elok amalkan tabiat mengorek telinga. Tak kira sama ada menggunakan besi, cotton bud dan apa sahaja.
Ear wax, cerumen atau tahi telinga yang cuba dibuang itu ada fungsinya sendiri.
Apa fungsi dan istimewanya cerumen ini?
1. Ia akan membentuk lapisan asid ‘acidic coat’ yang mengandungi lysozyme. Ia penting untuk mencegah jangkitan kuman bakteria dan fungal.
2. Ear wax atau tahi telinga mengandungi juga lapisan lipid ‘lipid-rich cerumen’. Ia bersifat hydrophobic dan mencegah pengumpulan air terlalu banyak daripada meresap ke salur telinga.
3. Cerumen juga berfungsi menghalang segala kotoran dan bendasing dari luar.
Jadi, ia tidak perlu dibuang MELAINKAN (KECUALI) dua sebab iaitu:
1. Mengalami kurang dengar
2. Sakit akibat cerumen yang terlalu keras ‘impacted ear wax’
Moga bermanfaat. Sila kongsi jika anda rasa tulisan ini berharga~!
kenapa tak elok korek telinga dengan kerap? - Dr Ezairy M.Salih |
Soal Jawab (Q&A) dengan Dr. Ezairy
berkaitan dengan masalah telinga/ sakit telinga orang dewasa, bayi dan kanak-kanak.
Q: Salam Dr, anak saya kerap telinganya keluar nanah. dah pergi check kat hospital hanya bagi ubat titik dan ubat makan. Baik sekejap lepastu kena balik. Kiranya kerap kena telinga bernanah.
A: Kena betul-betul periksa gegendang telinga, kalau ada terkoyak pada gegendang, pastikan air tak masuk telinga supaya cepat sembuh.
Q: Doc telinga saya takde ear wax, kenapa doc..? Kalau saya guna putik kapas takde pape pun, kenape doc ? Saya dah lama nak tanya.
A: Kalau tak ada apa-apa masalah, tak perlu risau.
Q: Doktor saya selalu jugak korek telinga sebab gatal melampau kadang-kadang sampai ada darah dekat cotton buds .. hampir setiap hari saya korek telinga sebab rasa gatal .. ada jalan pnyelesaian?
A: Beberapa sebab gatal seperti alahan, resdung, kulat dan lain-lain. Jumpa doktor dan jangan korek lagi.
Q: Kalau tak korek telinga rasa gatal sangat-sangat.. Mungkinkah disebabkan resedung? Saya tak mampu tahan rasa gatal tu.. rasa mcam telinga berair kat dalam.
A: Beberapa sebab gatal seperti alahan, resdung, kulat dan lain-lain. Jumpa doktor dan jangan korek lagi.
Q: Doc.. telinga saya selalu berdesing.. bunyi citttttttttt yang berpanjangan.. macam mana ya?
A: kena periksa doktor dulu.
Q: Habis macam mane nak kasi betul-betul bersih dan selamat ?
A: Kalau rasa gatal sangat boleh bersihkan bahagian luar saja. Tak perlu dikorek sebab cerumen ada fungsinya. Kalau sakit atau tak dengar, jumpa doktor untuk check. Ada ubat titis untuk lembutkan ear wax tu. Sebenarnya tahi telinga cuma orang kita saja sebut. Lebih tepat ialah lilin telinga atau cerumen/earwax.
Q: Kalau baby umurnya below 1 year asyik garu telinga macam mana pulak?
A: Beberapa sebab gatal seperti alahan, resdung, kulat dan lain-lain. Jumpa doktor dan jangan korek.
Q: Dok.. ear drop boleh guna berapa kali sebulan untuk baby 11 bulan..?
A: Ear drop ada banyak jenis. Ear drop antibiotik atau untuk lembutkan wax?
Q: Habis if telinga dah berkerak.. kotor nak biar je?
A: Bersihkan kerak dan kotoran di bahagian luar. Tak perlu dikorek kecuali sebab-sebab saya sebut pada artikel, banyak mudaratnya. Luka pada salur telinga, infection, bocor gegendang telinga dan lain-lain.
Q: Doc, kalau telinga bocor camana?
A: Boleh tertutup perlahan-lahan, ambil masa. Pastikan telinga kering. Pembedahan tampal gegendang yang bocor ‘myringoplasty’ boleh juga buat kalau ia terlalu besar.
Q: Kerak-kerak telinga tu macam mana nak hindarkan ye Dr?
A: Boleh bersihkan bahagian kerak luar telinga tu. Tapi tak perlu korek dalam telinga
Q: Dr... saya nak tanya anak saya dari baby sampai la umur 3 tahun ni saya tak pernah korek telinga dia guna cotton bud.. kalau cuci pun bahagian luar yang kita nampak tu je.. takut nak masuk dalam sangat plus anak pun rasa geli..
so ade pape effect ke kalau saya terus tak korek telinga anak saya?
A: Tak perlu risau. Bersih bahagian luar sahaja. Kalau ada masalah seperti tak dengar atau sakit, periksa dengan doktor.
Q: Doktor, dalam telinga saya selalu gatal gatal. Takde apa pun sebenarnya. wax pun takde. tiap-tiap hari mesti kena pusing-pusing dengan putik kapas. baru lega gatal. kenapa ye doktor?
A: Banyak sebab. Tak perlu korek lagi dan periksa doktor.
Q: Assalammualaikum dr. Saya nak tanya.. Jika dalam telinga ada jerawat tu antara sebab kerap korek telinga ke? Ubat apa yang sesuai dan adakah boleh didapati di farmasi?
A: Kena periksa doktor dulu
Q: Hai doc.. Sebelum ni saya pernah kena tonsil masa mengandung.. Lepas sembuh telinga saya berdengung.. Macam dalam kapal terbang baru belepas.. Sekarang dah 5 tahun berlalu.. Apa saya perlu buat doc? Kena jumpa doktor?
A: Kalau mengganggu, periksa doktor.
Q: Assalam doktor.. nak tahu.. kenapa yer lubang telinga saya gatal-gatal yer? adakah kerap kali mengorek telinga menyebabkan gatal?
A: Banyak sebab. Kerap korek boleh menyebabkan lebih gatal juga. Kalau berterusan, boleh periksa doktor.
Q: salam dr.. telinga saya rasa macam berdengung.. dah jumpa dr.. di berikan ubat titis & antibiotik.. tapi telinga still rasa berdengung.. apa yang perlu saya lakukan?
A: Boleh dapatkan penjelasan daripada doktor yang memeriksa.
Q: Salam doc.. Then, apa cara terbaik untuk bersihkan earwax yang keras? Especially for kids aged 2 years old? Kalau dibiarkan, tak ke nanti kena infection?
A: kalau selalu korek lagi boleh sebabkan infection, otitis externa. Jumpa doktor ada ubat titis lembutkan ear wax.
Q: maksudnye cukup sekadar letak ubat titis? Langsung tak payah korek bersihkan?
A: ya. Saya sudah kongsikan pada posting-posting sebelum ini. Penggunaan cotton bud akan menyebabkan ear wax lebih masuk ke dalam sehingga menutupi ear drum dan impacted wax boleh berlaku. Jika guna besi dan alatan lain boleh sebabkan injury to the ear canal and ear drum.
Jadi kalau ada masalah, jumpa doktor.
Q: Baby setahun dah boleh pakai ubat titis tu doc? Ada tahi telinga kerak kat anak saya.
A: Boleh, tapi perlu periksa doktor dulu.
Q: Di farmasi ada jual tak ubat titis tu? Lagi 1 soalan, bila dah letak ubat itu ke dalam telinga dan ear wax kembali lembut, kemudian dengan cara yang macam mana pulak untuk keluarkan ear wax tersebut? Tak kan nak biar ear wax keluar sendiri?
A: Ada jual di farmasi tapi elok jumpa periksa doktor dulu. Fisiologi normal ear wax memang akan keluar sendiri, jadi tak perlu risau. Hanya jika ada masalah pendengaran baru dikeluarkan oleh doktor.
Q: Nak tanya doc . telinga saya dah dekat 10 tahun tapi tak baik-baik . dulu saya pernah korek sampai berdarah . mulanya keluar cecair putih jernih berlendir . then disusuli darah . lepas seminggu pendengaran saya semakin kurang . tapi sekarang alhamdulillah dah ok .
cuma masih tak boleh menyelam . kalau air dah msuk telinga , yang keluar sikit je . lepas tu jalan pun dah tak seimbang n pening . minta penjelasan doc . apa patut saya buat?
insan buntu
A: Kena dapatkan penjelasan daripada doktor yang sudah memeriksa dan sedang merawat. Perlu regular follow up.
Q: Anak saya sekarang dah 6 tahun.. telinga dia selalu berkuping.. maksudnya bukan taik telinga.. tapi area dinding-dinding tu macam kerak-kerak.. dia selalu gatal telinga.. baru ni dia terasa sakit sangat-sangat bawak pergi hospital takot telinga luka sebab saya selalu korek buang yang kerak-kerak tu.
Doc cakap taik telinga anak banyak dalam tu.. dia bagi ubat titis je.. sekarang ni yang kerak-kerak tu hari hari ada.. tak lalu nak buang dah. kalau tak buang dia macam tak dengar.. jadi apa harus saya buat ya?
A: Kalau sampai mengganggu pendengaran, sakit atau lain-lain masalah, puan elok bawa semula periksa doktor. Nanti doktor akan rawat dengan cucian telinga atau ubat selepas diperiksa.
Q: Salam dr.. kalau telinga terasa gatal, bole saya tahu guna apa je bersihkan?
A: Banyak sebab dan punca. Kalau fungal infection, doktor akan bersihkan dan beri ubat. Kalau masalah alahan, ada juga ubat. Jumpa doktor untuk periksa ya.
Q: Saya pernah dengar seorang doktor marah pada seorang ibu dalam ward sebab tak bersihkan telinga baby nya menyebabkan tahi telinga anaknya melekat pada alat cek suhu. Doc tersebut suruh jaga kebersihan.
A: Jaga kebersihan dengan bersihkan kerak-kerak dan kotoran di bahagian luar sahaja. Ear wax dalam telinga tak perlu dikorek kalau tak ada masalah seperti saya sebut dalam artikel (post).
Q: Saya ada masalah tahi telinga terlalu banyak. Kadang kala sehingga menggangu pendengaran. Bagi yang normal, tahi telinga akan keluar sendiri. Untuk keadaan saya, tahi telinga tidak keluar dan perlu dicuci bagi mengelakkan telinga tersumbat.
Adakah apa-apa solusi Dr?
A: Jumpa doktor untuk pemeriksaan. Ada ubat untuk lembutkan ia dan boleh dicuci.
Q: Telinga saya pun asyik gatal doktor.. sebab tu saya korek.. dulu pakai cotton bud tapi lepas 3 kali impacted, saya pakai besi pulak.
A: Sangat bahaya ni
Q: Kalau kita sekadar bersihkan earwax yang luaran telinga tanpa masukkan cotton bud ke dalam telinga baby takpe ke? Kalau tak bersihkan, nampak kotor pula.
A: Boleh
Q: doctor, saya ni resdung agak teruk. sampai kadang-kadang gatal dalam telinga tersangat rasa macam banyak benda dalam telinga tu. bila dikorek takde apa-apa pon. lepas tu hidung sentiasa berair bila bangun pagi. diteruskan dengan bersin dan gatal hidung & telinga yang tersangat.
Ada tak cadangan ubat yang baik untuk hilangkan resdung ni doctor? saya pernah ke klinik doc cuma bagi ubat alahan. tahan sekejap je.
A: Ada ubat yang sesuai. Dapatkan nasihat daripada doktor yang periksa ya. Elakkan juga punca alahan.
Q: Saya nak tanya 2 soalan..
1. Ada masa telinga saya akan rasa gatal.. Dan saya mesti nak korek telinga menggunakan cotton bud.. Kenapa ye ? Ada kah jangkitan kuman?
2. Tahi telinga anak saya akan keluar warna kuning-kuning.. Seminggu sekali saya mesti korek telingga anak saya.. Kalau tak tahi akan keluar kat tepi-tepi lubang telinga.. Kenapa ye doc?
A:
1. Beberapa sebab seperti alahan, resdung, kulat dan lain-lain. Jumpa doktor dan jangan korek lagi.
2. Setiap orang tak sama penghasilan earwax. Bersihkan luaran saja. Kalau sakit dan tak dengar bawa periksa doktor
Q: Saya ingin bertanya. baru nie telinga saya dimasuki air ketika mandi.. selepas itu pendengaran saya macam tidak berape clear. masalah ini sudah hampir seminggu Dr .. adakah ia akan pulih atau pon perlu saya mendapat kan rawatan?
A: Kena periksa doktor dulu.
Q: Telinga saya sebelah kanan sekarang rasa macam tersumbat macam masuk air. dah sehari macam ni. saya dah ke klinik kesihatan. katanya telinga saya bersih.
A: Kalau masih tersumbat, kena proper periksa untuk tahu punca termsuk check hidung. Boleh jumpa semula doktor atau minta rujukan ke ENT.
Q: Kalau gatal telinga doktor? Biasanya kalau gatal telinga baru korek guna besi, itu pun sekitar lubang telinga je. Tak berani korek dalam telinga.
A: Kalau gatal sangat, tak boleh korek juga. Periksa doktor dulu untuk tahu punca.
Q: doc... saya nak tanye saya mengalami luka di dalam telinga dan menyebabkan kini kurang pendengaran dan jika suhu dalaman panas telinga akan mengeluarkan cecair... apa pandangan doc?
A: Kena periksa dan check dulu baru tahu. Takut ada infection.
Q: Dr... semut api suka sangat masuk telinga anak.. apa sebab ye? anak yang lain tak kena pulak.. yang no 4 tu je.
A: Kena selalu periksa tempat tidur anak.
Q: Kalau baby 4 bulan ada kuning, tahi telinga di lubang telinga dia lepas cuci esoknya ada lagi. tu maknanya tahi telinga banyak ka, perlu ke klinik ka doc?
A: Kalau kuning bernanah, demam, selsema perlu dibawa periksa doktor.
Q: Kalau terpaksa dibuang, apa cara yang trbaik untuk buang ? kena guna apa doc ? terima kasih.
A: Ada ear drop untuk lembutkan ia, nanti ia keluar sendiri. Jumpa doktor untuk periksa.
Q: Sinus ada kaitan dengan pendengaran telinga Dr.? Saya hadapi masalah ni. Bila check di klinik, Dr cakap ok je saluran telinga.
A: Ya, ada kaitan. Kena check doktor. Masalah hidung boleh menyebabkan masalah telinga juga.
Q: Saya nak tanya.. baby saya baru nak masuk 3 bulan.. saya nak tanye baby saya ni kerap garu-garu kepala dia.. itu salah 1 masalah telinga ke Dr??
A: Tak semestinya. Kalau berterusan, boleh bawa periksa doktor.
Q: Dr,saya ada prob ear wax keras la.. 3 hari sekali saya korek mesti banyak dahh.. dah penah suci sekali dah dulu.. macam mana nak buat? elok ke kerap-kerap korek kalau prob macam saya?
A: Tak boleh korek. Bahaya. Kalau sakit dan tak dengar, jumpa doktor.
Q: Doc, saya kadang-kadang cuci telinga sndri, flushing air garam guna syringe.. so far buat ok la. Tapi ada side effect lain ka doc?
A: Boleh buat pening kepala dan vertigo. Teknik kena betul, elok dan sepatutnya doktor yang buat.
Q: Adakah tindakan mengorek telinga juga boleh menyebabkan atau boleh menjadi salah satu punca belpalsy? Sorry kalau ejaannya salah... almaklumlah tak familiar dengan istilah medic.
[Bell's Palsy]
A: Boleh effect kepada saraf muka.
Q: doktor.. umur saya 33, masa saya form5 dulu pernh ada masalah wax yang terlalu keras sampai bedarah telinga. lepas jalani rawatan alhmdulillah ok. sekarang pun masalah wax yang trlalu keras dan susah nakk dikeluarkn.
Telinga jadi kurang selesa. solusinya macam mana? kalau pegi klinik hanya diberi ubat titis yang semacam minyak sahaja.
A: Ya betul. Bila ia lembut, akan keluar sendiri. Kalau masih keras baru doktor akan cuci.
Q: Doktor.. telinga saya berdesing sudah 3 minggu.. kejadian tu berlaku selepas saya batuk dan selsema yang panjang... (kepala sakit berdenyut-denyut, hingus berwarna kuning dan pekat. Selsema dan batuk sudah berkurang... tapi telinga berdesing sampai sekarang.
A: Ya. Ia ada kaitan dengan eustachian tube, saluran yang menghubung belakang hidung dan telinga. Boleh berlaku kepada pesakit yang alami selsema teruk dan resdung. Boleh baca artikel-artikel (post) saya sebelum ini untuk penerangan yang lebih terperinci.
Q: Maaf Dr. Saya pernah doktor di klinik Uni beritahu, at least bersihkan seminggu sekali mggunakan cotton bud. Sebabnya, ada kes dia tak pernah korek telinga sehingga 1 tahap, dia tak boleh dengar (pekak). Bila cek Dr, Dr terpaksa vakuum sebab earwax dah terlalu keras.
So macam mana pulak ye Dr?
A: Setiap orang memang tak sama pembentukan ear wax. Jika kerap sangat berlaku impacted earwax, kena dapatkan follow up dan pemeriksaan doktor. Ada ubat titis untuk lembutkan ia. Jika perlu doktor akan buat ear cleaning di klinik.
Q: Nenek saya dah tak dengar dah sekarang sebab tak pernah dikoreknya.. nak bercakap ngan dia, kena cakap kuat-kuat.. alahaiii..
A: Untuk mereka yang berumur dan berusia, masalah pendengaran biasa berlaku disebabkan oleh ‘natural aging of auditory system’ atau dipanggil ‘presbycusis’. Ia tak sama dengan masalah ear wax.
Q: Saya nak tanya la doktor... anak saya umur dia dah 5 tahun.. dari baby sampai sekarang tak pernah ada tahi telinga... selalu jugak tengok dalam telinga dia.. tapi tak nampak pun macam ada tahi telinga.. perlu ke saya bawa dia gi check ngan doktor?
A: Kalau tak ada masalah, tak sakit dan sebagainya, tak perlu risau. Tapi kalau nak periksa, boleh juga.
Q: Anak saya umur dah 11 tahun.. kalau saya tak korek telinganya dalam masa dua ke tiga minggu.. tahi telinganya terlalu banyak sampai nampak terkeluar dari telinga.. macam mana tu? saya terpaksa korek setiap 3 minggu sekali.
A: Bahaya dan boleh cederakan salur atau gegendang telinga. Kalau kerap sangat ear wax berlaku, boleh bawa periksa doktor, akan diberi ubat titis untuk lembutkan ia. Tak perlu dikorek lagi.
Q: Macam mana kalau ada tabiat korek telinga hari hari? tapi telinga jenis takde tahi telinga yang warna keperangan tu.. dia jenis macam kulit menggelupas je dalam salur telinga. hari-hari mengelupas. yang tu gatal dan lepas dibuang hari-hari baru ok..
Cuma boleh nampak ada kepingan kulit atau tahi telinga yang keras di dasar lubang telinga kalau disentuh sakit.. tabiat suka dikorek telinga macam ni saya layankan saja sebab suami kan.. takut affect lain pulak kat telinga dia.
A: Tak perlu dikorek selain sebab-sebab saya sebut pada artikel. Kena buang tabiat tu.
Q: Saya sedang menghadapi sakit telinga, selepas guna cotton buds, telinga berasa sakit kembang.. Sampai sekarang belum elok, dah bawa pergi klinik, doktor check ada nanah... Kemudian di bagi antibiotik & ubat titis... habis dah ubat, telinga still tak ok..
Rasa masih berdesing bising...apa lagi yang perlu saya lakukan doktor? Apakah yang sedang berlaku di telinga ini..?
A: Kena teruskan follow up dengan doktor. Bila selalu korek telinga, boleh sebabkan jangkitan salur telinga, otitis externa atau luka pada ear drum. Sebab itu sakit sangat. Dan ia ambil masa untuk sembuh.
Q: Dr.. saya nak tanya.. 3 hari lepas telinga saya masuk binatang masa tido.. mungkin semut @ anak kelkatu yang halus tu. terlalu sakit dan saya titiskan air.. kemudian benda asing makin bgerak aktif.
Saya titiskan minyak zaitun.. dah takde bergerak.. saya suruh mak checkkan siang tu takde nampak apa-apa.. adakah benda tersebut akan mati, mereput dan ada effect pada telinga saya?
A: Ia mungkin dah mati selepas letak minyak. Tapi still perlu dikeluarkan untuk elak jangkitan. Perlu jumpa doktor untuk periksa.
Q: Anak saya penah masuk cengkenet dalam telinga.. pergi kat emergency doc refer ent for follow up.. pergi ENT doc ada sedut sekali ngan tahi telinga. sebab dah tutup lubang telinga.. doc ada bagi ubat cairkan tahi telinga.
Miggu lepas p follow up ent lagi, doc cek gegendang telinga dah pecah.. nak sembuh ambil masa bertahun-tahun.. betul ke? Apa kesan sampingan bila gegendang telinga pecah?
A: Gegendang telinga pecah boleh sebabkan kurang sedikit pendengaran dan risiko jangkitan. Cuma perlu pastikan ia kering dan tak masuk air. Ia akan tutup tapi ambil masa. Usia kanak-kanak lebih cepat berbanding dewasa.
Q: Doc, apa perbezaan otitis externa dengan otitis media?
A: Externa pada salur telinga luar (luar gegendang telinga). Otitis Media jangkitan di bahagian telinga tengah (selepas bhgian gegendang telinga).
Q: Doc... boleh saya tahu apa pendapat doc dengan produk pencuci telinga? jenis As Syifa.. yang viral di Facebook (FB) tu.
A: Tak perlu dicuci dan dikorek. Jumpa doktor jika ada masalah.
PHEWWWWWWWW~!
Sebenarnya banyak lagi tapi tu je yang den termampu nak copy paste and edit. hahaha. Harap berguna dan bermanfaat pada orang ramai. Aamiin InshaaAllah~
Okay itu sahaja. Jangan lupa sharing is caring with other people okayy?
Till next time, daa~ wassalam! :)
PHEWWWWWWWW~!
Sebenarnya banyak lagi tapi tu je yang den termampu nak copy paste and edit. hahaha. Harap berguna dan bermanfaat pada orang ramai. Aamiin InshaaAllah~
Okay itu sahaja. Jangan lupa sharing is caring with other people okayy?
Till next time, daa~ wassalam! :)
6 Comments
Thanks for sharing, Sayidah.
ReplyDeletesebab tu kayu bayi doktor tak galakkan korek telinga diorang sebab taik telinga akan keluar sini. Kita pula orang dewasa ada pula yang suka korek telingan guna kunci. tak kisahlah kunci kereta ke..kunci rumah ke..fuh bahaya
ReplyDeleteHAH?! Guna kunci? Ya Allah yeke? First time dengar ni ehehehe. Bahaya nya. kalau kena jangkitan lagi susah sebab kat kunci tu mesti ada kuman habuk semua.
DeleteDapat korek telinga rasa satu kepuasan gitu..tapi memang hakikatnya tidak digalakkan..banyak hikmah Allah jadikan tahi telingakan.
ReplyDeleteTerima kasih perkongsian.
Tq for sharing. Rabia kerap jgk korek telinga dgn putik kapas. Sampai telinga jd bengang.
ReplyDeleteAlamak....korek telinga tu macam satu habit tau...rasa khayal gitu. Dah kena stop slow slow la lepaa ni
ReplyDeleteSilakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p