2020 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Wednesday, December 2, 2020

December 02, 2020

Kes 'pendakwah' selebriti Da'i Syed didakwa merogol.. PENGAJARAN & PESANAN BUAT LELAKI, WANITA!

Kes 'pendakwah' selebriti Da'i Syed didakwa merogol.. PENGAJARAN & PESANAN BUAT LELAKI, WANITA! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Siapa yang tak tahu tentang 'asal usul' kes pendakwah selebriti Da'i Syed yang sedang dalam siasatan polis, yang masuk berita semalam.. Let me give you the ringkasan ceritanya. Segalanya bermula apabila minggu lepas kawan kepada si mangsa rogol Da'i Syed membuka thread di twitter. 'Spill the tea' kisah bagaimana si mangsa dirogol. Memang habis viral sampai top trending di twitter. Tapi masa tu tak masuk berita lagi. Start makin 'panas' ceritanya bila Da'i Syed buat laporan polis menafikan tuduhan/ dakwaan rogol. TAPI kemudian the plot twist.. tindakan tersebut di'balas' dengan si mangsa rogol pula pergi balas polis membuat report/ laporan. Selepas tu, makin ramai mangsa Dai Syed yang tampil memberi kenyataan dan memfailkan dakwaan berkaitan siasatan kes rogol & cabul membabitkan 'pendakwah' selebriti tersebut.


Terkejut kan? Macam tak percaya kan? Title Da'i tapi Allahu.. laporan polis yang dibuat oleh mangsa dah sampai TUJUH bilangannya setakat ni. My parents first time dengar kat berita TV semalam pun tanya saya siapa pendakwah selebriti yang kena tahan ni? Betul ke?

kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol | image: twitter @DaiSyed_
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol

kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
Saya taknak komen lebih lebih tentang ni sebab belum keluar lagi keputusan akhir tentang dakwaan Da'i Syed benar atau tidak, bersalah dan dijatuhkan hukuman ataupun tidak... tapi dah ada 7 report polis dari mangsa? Hmm i don't know what to say anymore.. Wallahu'alam. Yang pasti saya takdelah support Da'i Syed dengan hashtag #standwithdaisyed yang tengah trending di twitter sekarang hahaha.

Hanya mampu berdoa moga kebenaran akhirnya akan menang dan yang menganiaya akan mendapat balasan hukuman yang setimpal!

Tapi rasa terbakar lah juga bila ada pihak yang menyalahkan si mangsa perempuan/ wanita.


Mereka kata "kalau tak melayan takde nya jadi benda tu". Ada juga yang kata "kenapa b*d*h sangat pergi ikut si Syed tu balik rumah?". Ada juga yang kata "kalau dah kena perkosa tu kenapa diam je? Tak buat laporan polis terus?" (ya Allah panasssnya hati  den bila baca komen komen ni!).

kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol

Ok first of all.. PLEASE DON'T EVER SALAHKAN MANGSA JIKA MELIBATKAN JENAYAH ROGOL. It is a crime. Lelaki tak ada hak nak merogol dalam situasi apa pun. Jika dah disahkan salah, salahkan perogol. So, tak kira lah siapa pun, pangkat jawatan apa pun, kuasa tinggi ke rendah, rupa paras handsome ke tidak.. gelaran Da'i ke, ustaz ke, PU ke, Imam Muda ke, mufti ke, ayah ke abang ke... please blame the rapist, not the victim.


Second, sebelum nak komen fitnah terhadap mangsa.. READ THIS..

kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
"Polis sahkan seorang Penyanyi/ penceramah bebas/ pengacara ditahan jam 11 malam tadi bagi bantu siasatan kes rogol. Suspek berusia 25 tahun akan dibawa ke mahkamah esok untuk permohonan reman-Ketua Polis Daerah Shah Alam. Siasatan awal mendapati mangsa keluar dengan lelaki itu yang dikenalinya menerusi laman sosial Instagram pada 11 September tahun lalu.


Tujuan pertemuan itu adalah bagi berbincang berkenaan masalah kemurungan yang dihadapi mangsa dengan kaedah perubatan Islam. Lelaki itu bawa mangsa makan di kedai makan sebelum balik ke rumah dengan alasan untuk beri penerangan mengenai penyakit kemurungan. Mangsa yang didakwa diperkosa diberikan amaran supaya merahsiakan kejadian itu sebelum dihantar pulang keesokan hari guna Grab.


Seorang penceramah bebas/ penyanyi/ pelakon ditahan reman 5 hari bagi bantu siasatan kes merogol seorang wanita di Seksyen 7 Shah Alam pada tahun lalu. Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam, Mohd Zamir Suhaime sehingga selasa depan (1 Disember 2020)" - Editor/ Journalist (Wartawan) ntv7.


Bukti perbualan dengan mangsa rogol (diambil di twitter):

kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
[TERKINI 30 November 2020]

Polis menerima 6 laporan kes melibatkan seorang bekas peserta rancangan realiti televisyen berbentuk keagamaan. Kes disiasat dibawah kesalahan kesalahan seksual 376 KK (rogol), 354 KK (cabul), 377 (c) (seks luar tabii) dan 323 KK (mencederakan). - Astro Awani.


[TERKINI 1 Disember 2020]

TUJUH LAPORAN SALAH LAKU SEKS MELIBATKAN PENDAKWAH SELEBRITI. Polis telah menerima tujuh laporan berkaitan kes salah laku seks melibatkan pendakwah selebriti. 7 laporan setakat ini. Ada lagi ke mangsa lain? Kalau ada sila buat laporan polis. #AWANI745 #AWANInews - Berita Astro Awani.


“Kebanyakan mangsa adalah penuntut dan ada yang sudah bekerja termasuk guru usia 22-26 tahun dan mereka adalah pengikut laman Instagram suspek” - Pengarah JSJ Bukit Aman.

kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol
kes pendakwah selebriti dai syed didakwa merogol

Kes 'pendakwah' selebriti Da'i Syed didakwa merogol.. PENGAJARAN & PESANAN BUAT LELAKI & WANITA!

Ditulis oleh: Adnin Roslan (tarbiah sentap)


Kes "pendakwah" yang didakwa merogol ni, ada beberapa benda yang KITA SAMA-SAMA boleh belajar. Kes tu siapa betul siapa salah, kita doakan Allah tunjukkan kebenaran.


Tapi, apa pengajaran yang kita boleh ambil?


Saya kongsikan beberapa noktah.


1) Noktah pertama, IKUT PERINTAH ALLAH, PASTI SELAMAT.


Dalam hal ini, saya nak umumkan isu, yang mana kes rogol di Malaysia meningkat setiap tahun, yang mana, purata dari 1500 hingga 3000 kes setahun. Itu rogol.


Zina pula? Kes anak luar nikah yang didaftarkan, purata 50,000 kes!


Dalam hal ni, apa yang Allah perintahkan? Satu ayat yang sangat famous tapi amat ramai yang pandang remeh.


"Jangan kamu DEKATI ZINA. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.."

(Surah Al Isra' ayat 32).


Sabar. Baca sampai habis tau.


Cantiknya ayat ini, Allah guna perkataan "ولا تقربوا" yang bermaksud "Jangan kamu mendekati". Allah tak kata jangan berzina. Tapi, mendekati zina pun tak boleh!


Apa apa perbuatan yang boleh mendorong dan triggerd kita ke arah zina, ianya dilarang oleh agama. Apa contohnya?


Mata. Melihat perkara yang boleh mendorong kepada zina seperti aurat ajnabi samada ringan or berat. Movie drama yang penuh unsur aurat & pergaulan bebas misalnya, hinggalah ke porno. Elakkan. Susah? Ya, tapi perlu usaha.


Kerana tu, Allah dah firman dlm surah Annur ayat 31 tentang ini. 

Pergaulan (Ikhtilat) antara lelaki dan wanita bukan mahram (ajnabi). Islam mengharamkannya KECUALI jika ada hajat atau dharurat. Itu pun wajib jaga adab dan batas. Namun, berapa ramai yang tak jaga benda ni?


Berkawan, couple, chat, video call berlainan jantina?


Telinga. Dengan mendengar lagu-lagu yang mendorong kita ke arah pergaulan bebas, cinta sebelum nikah, apatah lagi lucah, soft porn pada video clip, itu semua pun perlu kita jauhi kerana ia ada perkara yang mendekatkan kita kearah zina dan menjadi rantai-rantai zina!


Mulut. Berapa ramai masyarakat hari ini buat lawak lawak lucah, gurau lucah, punchline lucah double meaning, apatah lagi sampai phone sex dan sebagainya, ia juga satu dosa yang wajib kita hindari.


Tak lawak pun gurau benda tu.


 

Hati. Andai kita membayang-bayangkan perkara-perkara lucah, ia juga sebahagian dari zina hati yang wajib kita usaha untuk hindari.


Ini semua rantai rantai yang boleh mendekatkan kita pada zina yang Allah perintahkan untuk kita jauhi.


Kenapa?


Jom masuk noktah kedua.


2) Noktah kedua, SEMUA ORANG ADA NAFSU.


Sahabat sekalian, kenapa Allah suruh jauhi zina, sebab kita semua ada nafsu! Tak kisahlah doktor ke, ulama' ke, engineer ke, ahli politik ke, student ke, tua muda, laki perempuan, hatta ustaz yang pakai serban 18 tingkat, pun ada nafsu!


Dan, nafsu manusia ni, unexpected. Bila "dia" nak mengamuk tu, seram jugak. Sebab tu, jangan triggerd nafsu kita dengan mendekatkan diri kita pada rantai-rantai zina yang saya dah ulas tadi!


Nampak macam kecil, tapi kesannya besar. Jadilah apa yang terjadi sekarang.


Kerana itu nasihat saya, jaga ikhtilat.


Kalau korang nampak "ustaz" atau "pendakwah" yang tak jaga ikhtilat, jenis suka kacau perempuan, chatting dan video call sembang benda benda lagha dan merapu, buat pickupline dekat perempuan, nasihat saya, berhati-hatilah untuk ikut mereka.


 

Baik, 2 noktah awal ni basically adalah asas penting yang saya nak kita semua faham. So, saya nak masuk point besar pula. Sorry kalau panjang.


Tapi saya tulis ni untuk diri saya sendiri dapat amalkan. Tegur saya kalau nampak saya silap. Ok jom sama sama baca dan fahami. Tarik nafas..


3) Noktah KETIGA, KELEMAHAN LELAKI.


Wahai lelaki, tak kisahlah muda atau tua, ustaz atau orang awam, instafamous influencer atau netizen, artis penyanyi pelakon atau sesiapa sahaja, ketahuilah, kelemahan kita adalah wanita.


Tak percaya? Jangan tipu diri sendiri.


Allah berfirman:

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ

(Ali-Imran:14)


Maksudnya: “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia suka kepada perkara-perkara yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan.”


Nabi saw juga pernah bersabda:

"..berhati-hatilah terhadap dunia dan wanita, karena fitnah yang pertama kali terjadi pada Bani Israil adalah karena wanita.”

(HR Muslim).


Juga, Nabi SAW bersabda: 

مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ

Maksudnya: “Tidak aku tinggalkan selepas daripadaku yang lebih berbahaya ke atas kaum lelaki daripada wanita.” [Riwayat al-Bukhari (5096) dan Muslim (2740)]


Ada banyaak lagi dalil-dalil yang menyatakan tentang kelemahan lelaki ini. Jadi sebagai lelaki yang beriman, wajib untuk kita menjaga batas pergaulan, batas ikhtilat, menundukkan pandangan, dan menjauhi segala perkara yang boleh mendatangkan dosa atau membuka ruang fitnah.


Tapi...

Tapi... Mengapa kita tak jaga benda ni? Bahkan kita melayan nafsu kita, samada kita tergoda dengan wanita atau kita yang menggoda wanita, lalu merosakkan hati kita dan hati mereka?


Adakah kita tak rasa bersalah? Apatah lagi orang yang dapat nikmat belajar agama dan ilmu agama...

 

.. sepatutnya, sesiapa yang dapat nikmat belajar agama dan ada ilmu agamalah yang lebih cakna dan menjaga perkara ini! Agar menjadi contoh telada bagi orang awam.


Tapi, malangnya, wujud segelintir orang yang menggunakan agamanya untuk melakukan dosa dan pertahankannya. Nauzubillah. 


 

Ada yang konon-konon menjawab soalan agama si wanita, lalu mula mengambil kesempatan nak jumpa, atau mula chat benda yang private lalu ke arah phone sex, bertukar gambar tak berpakaian lalu blackmail, serta disebarkan gambar tersebut.


Ini satu fitnah pada agama apabila yang buat benda-benda ni ialah pelajar-pelajar agama. Inilah akibatnya bila kita tidak berpegang pada nasihat Nabi SAW supaya berhati-hati dengan godaan dan fitnah wanita.


4) Noktah keempat, PESANAN BUAT WANITA.


Ya, wanita ni mulia kerana islam. Kalian adalah permata dan hiasan dunia yang terindah. Namun, andai kalian tak menjaga diri kalian, kalian akan menjadi fitnah terbesar bagi kaum lelaki. Kalian kena sedar hakikat itu...


Kerana itu, sebagai wanita muslim, saya menasihatkan beberapa perkara.


a) Tanamkan sifat malu yang tinggi dalam diri. Lagi tinggi sifat malu bila berhadapan dengan ajnabi, lebih mulia disisi Allah. Namun, malu biar bertempat. Ketika ada urusan, lakukanlah dengan penuh professional & beradab.


Sifat malu ini akan mendorong seorang wanita untuk MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA kerana dia malu auratnya dipandang oleh lelaki ajnabi. Sifat malu juga akan mendorong seorang wanita untuk menjaga ikhtilat dan tidak berbicara dengan lelaki atau berduaan dengan lelaki bukan mahramnya.


Namun... Bila hilangnya sifat malu, aurat mula didedahkan dengan penuh bangga dan tak rasa bersalah.


Mudah untuk termakan dengan pujukan dan kata-kata manis lelaki lalu sanggup mengikutnya, berkhalwat, dan ikut balik rumah, naik kereta berdua, keluar malam dan sewaktu dengannya.


Ya.. Wanita, kalian tidak boleh kawal nafsu lelaki. Tapi, kalian boleh kawal diri kalian agar tidak menjadi asbab triggerdnya nafsu-nafsu lelaki yang imannya bermasalah.


Maka, jaga diri dengan tingkatkan sifat malu.


b) Nak tanya bab bab agama, tanyalah pada ustazah, atau ustaz yang kita betul-betul yakin dengan ilmunya.


Sebab kadang, ada yang hanya minat dakwah oleh "pendakwah-pendakwah muda" yang hensem hensem je. Benda ni satu tipu daya iblis yang sangat halus.. Kita sangka, kita sedang menuntut ilmu, rupanya, sedang megikut nafsu.


Lagi lagi, jika "pendakwah" tersebut belum kahwin, lagilah kena berhati-hati. Sebab banyak kes saya dengar, bermula dengan tanya soalan agama, berakhir dengan phone sex, sebar gambar tak berpakaian, hatta berzina. Datang ke rumah "pendakwah" dengan harapan nak tanya bab agama, last-last menjadi mangsa.


Kadang-kadang, soalan yang kalian nak tanya pada "pendakwah muda kesayangan" korang tu, sebenarnya korang boleh search jawapan tu di google atau youtube. Dah ramai ulama' yang lebih alim telah menjawab. Lalu mengapa nak jugak tanya yang muda-muda? Sebab hensem?


Benda ni kena muhasabah bersama.


c) Jangan sesekali terima pelawaan lelaki untuk datang ke rumah tanpa mahram.


Tak kisah yang ajak tu kawan baik korang ke, atau artis kesayangan ke, cikgu ke, ustaz ke, jangan terima pelawaan.


Ingat, manusia ada nafsu. Jangan buat benda yang boleh membuka ruang fitnah.


d) Nak curahat? Carilah sesama jantina atau keluarga. Itu lebih selamat.


Tapi tula, ada segelintir wanita yang lebih memilih untuk luah masalah dekat lelaki.. Lebih selesa katanya. Jangan. Bahaya... Jangan sampai dah "terjatuh" baru nak tinggalkan benda ni. Elakkan.


Ada banyak lagi saya nak pesan, tapi, saya nak masuk noktah kelima pulak.


5) Noktah kelima, PESANAN KEPADA LELAKI.


Kepada lelaki, artis ke pelakon ke ustaz ke sesiapalah termasuk diri saya, jangan layan nafsu. Kawal.


Nafsu ni macam bayi. Kalau semua yang bayi nak kita bagi, boleh memudaratkan bayi tu. Kalau semua yang nafsu nak, kita suap & layan, mati iman kita!


Bila timbul je kes rogol ke zina ke, tak habis-habis salahkan perempuan. Macam saya pesan tadi, sepertimana perempuan tak boleh kawal nafsu laki, laki pun tak boleh kawal nafsu perempuan.


Sebab tu, kita kawallah nafsu kita sendiri. Pernah tak korang terfikir? Bila kes zina atau rogol, yang susah siapa? Siapa yang kena hilang dara? Siapa yang ada risiko pregnant? Siapa yang ada risiko trauma? Siapa yang ada risiko malu dan maruah tercalar?


Perempuan!


Yang kita ni laki, seronok layan nafsu tak fikir apa yang akan terjadi dan betapa zalimnya kita.


Sebab tu, dalam nak kurangkan isu-isu seperti ini, lelaki dan wanita kena sama-sama main peranan. Bukan sibuk salahkah itu ini itu ini, tapi diri sendiri tak nak berubah, lalu akhirnya menjadi punca ruang fitnah terbuka dan menjadi punca rantai-rantai zina berlaku.


Kan?


6) Noktah keenam, JANGAN PUKUL RATA.


Satu lagi pesanan yang saya nak kita semua faham, bila jadi satu kes melibatkan satu-satu orang, jangan pukul rata! Bila ustaz buat kes, semua ustaz buruk nama. Siap ada kata:


"Pendakwah semua tak boleh pakai. Sama je semua!"


Jangan macam tu.


Bila ada pelakon buat kes, kita pukul rata semua pelakon tak boleh pakai. Bila penyanyi buat kes, kita pukul rata, semua penyanyi tak boleh pakai. Neraca apa yang kita pakai? Hati hati.


Benda macam ni menanam sifat SANGKA BURUK yang tinggi pada orang yang dipukul rata.


7) Noktah ketujuh, BENCI PERBUATAN, BUKAN PELAKU.


Ini susah. Banyak diantara kita, bila sorang buat hal, kita benci orang tu, tapi tak benci perbuatan. Last-last, kalau orang tu dah bertaubat pun, still dibenci jugak. Elakkan jadi orang yang macam ni.


Tapi.... 

Bila orang benci kita atas perbuatan yang kita sendiri buat, kita tak boleh salahkan orang lain melainkan salahkan diri sendiri.


Sebab kita tak boleh kawal pandangan orang terhadap kita. Yang kita boleh kawal ialah diri sendiri. Sebab tu jaga diri dan jangan buat benda yang mengundang fitnah..


8) Noktah kelapan dan terakhir, NASIHAT KEPADA PENDAKWAH ATAU USTAZ...


Ingat, tanggungjawab kita besar. Orang awam buat banyak silap, orang tak kisah. Orang awam buat 1 kebaikan, semua puji. Tapi, agamawan ni, buat banyak kebaikan, orang tak kisah, tapi bila buat 1 keburukan, semua akan benci.


Sebab tu, jagalah diri sungguh sungguh. Allah jadikan benda macam tu sebab Allah nak jaga diri pendakwah tu sendiri supaya berhati-hati melakukan walau 1 keburukan. Sebab, apa yang anda buat, akan menjadi contoh pada yang lain Buat benda baik, orang ikut. Buat benda salah, orang ikut. Hati-hati.

 

Kerana itulah, sebagai pengakhiran ni, ada beberapa nasihat yang saya nak sampaikan terutama pada diri saya.


a) Kepada penasyid, elakkanlah buat lagu-lagu cinta islamik, atau yang mendorang kepada mengagungkan wanita ajnabi. Elakkan. Ia akan mengundang fitnah yang cukup besar. 


b) Kepada pendakwah muda terutamanya, jagalah ikhtilat. Biarlah orang anggap kita poyo atau sombong, tapi hanya Allah yang tahu usaha kita untuk menjaga diri dan hati dari fitnah wanita. Sekiranya tiada hajat atau dharurat, maka elakkanlah. Dan, kalau perlu, lakukan dengan professional.


c) Kepada influencer dakwah lelaki, tak perlulah buat pickupline-pickupline dan terlalu buat ayat yang boleh mendorong perempuan-perempuan taksub dan jatuh cinta pada kalian. Bertaqwalah pada Allah.


Kita buat dakwah, nak Allah suka ke nak perempuan suka? Nak islam naik atau nak followers naik?


d) Jangan berhenti menuntut ilmu dan berguru. Jangan rasa diri dah cukup. Dan, belajar ilmu agama ni bukan untuk jadi lebih hebat berkata-kata atau berdakwah. Tapi biarlah agar kita lebih dekat dengan Allah dan lebih taat padaNya.


Ingat, tundukkan nafsu kita dengan ilmu dan iman!


e) Kepada pendakwah wanita, nak dakwah, dakwahlah dengan penuh sopan santun & professional. Bukan gedik selfie upload gambar possing make up sini sana menayang kecantikan.


Kita nak orang tertarik dengan cantiknya agama, bukan cantiknya diri kita...


... Takut takut, budaya ni akan membuka ruang fitnah yang besar. Kerana itu, bertaqwalah pada Allah dengan mengambil jalan berhati-hati. Jgn risau, kalau ikhlas dalam dakwah, tak cantik pun, insyaAllah orang akan terkesan juga dengan dakwah kalian.


9) KESIMPULAN....


Kita semua manusia. Ada nafsu. Ada aib. Sentiasa terdedah dengan godaan iblis dan syaitan. Tiada siapa antara kita yang sempurna.


Maka, usahalah jaga diri, dan jaga org lain. Baiki diri dan baiki orang lain.


Jaga aib kita dan aib orang lain.


Jangan sibuk menjaja aib orang hingga lupa aib sendiri. Kita semua dipuji manusia hanya kerana Allah tutup aib. Kerana tu, jangan sombong.


Namun... Sekiranya ada diantara kalian yang pernah menjadi mangsa rogol atau zina atau gangguan sexual atas talian atau real life, maka....


.. Maka, bertindaklah sesuatu untuk pertahankan maruah kalian. Lapor polis ke, atau dedahkanlah pelaku maksiat itu atas niat agar orang lain berhati-hati dengannya. Yang penting, pertahankanlah maruah kalian. Dan mohonlah pertolongan pada Allah.


Jangan biarkan orang zalim terus menzalimi kita.


Apapun, jadikanlah isu-isu ini sebagai muhasabah untuk diri kita semua. Saya ulang balik mukaddimah awal saya, siapa betul siapa salah dalam kes ini, kita serahkan pada Allah dan pihak berkuasa.


Yang penting, kita ambil pengajaran agar kes ini tak terjadi pada diri kita. Amin!


Wallahua'lam. Yang baik dari Allah, yang buruk dari diri saya sendiri. Saya minta maaf andai ada salah silap atau tersalah kata dan bahasa. Tegurlah saya juga kerana saya pun penuh dengan kelemahan.


Teguran kalian amat bermakna dalam hidup saya.


Jazakumullahu khairan kathiran..


Dan, kepada yang dah pernah terjatuh dalam dosa tak kisah kecil atau besar, belum terlambat untuk bertaubat. Jangan tangguh taubat. Bersegeralah ke arah pengampunan Allah yang Maha Pengampun.


Allah ada.


Ubah diri kerana-Nya.


Wallahua'lam.


Kepada mangsa-mangsa, nasihat akhir saya, buatlah report polis. Pertahankan maruah itu satu pahala yang sangat besar. Bantu pihak polis untuk buat siasatan, bagi segala bukti yang ada.


Moga Allah tunjukkan kebenaran dan membalas pelaku kezaliman dengan balasan yang setimpal.


Moga bermanfaat! Till next time, daa~ wassalam! :)

Sunday, November 29, 2020

November 29, 2020

CINCIN MERISIK, TUNANG & NIKAH | beza, harga, contoh design, adat

CINCIN MERISIK, TUNANG & NIKAH.. beza, harga, contoh design, adat | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Ehem ehem.. cerita pasal cincin merisik, tunang dan cincin nikah ni ada apa apa ke Sayidah? Hahaha. Anggap lah ini hanya untuk menimba ilmu pengetahuan ya. Sebab dulu saya ingat cincin untuk majlis majlis tertentu sama je semuanya. Bezanya adalah dari segi harga dan bentuk sahaja. Rupanya tidak.


Kalau cincin merisik, ada jenis cincin nya. Kalau cincin tunang, lain pula jenis nya. Kalau untuk nikah pun ada jenis nya yang tertentu. Tapi yelah orang kata ni hanya lah adat orang Melayu semata-mata. Tak semestinya wajib nak kena ikut. Tiada paksaan untuk follow. Yang penting, beli lah mengikut kemampuan kewangan masing-masing kan..

cincin merisik tunang nikah
cincin merisik tunang nikah

Cuma di bawah ini saya share sedikit panduan (guidelines) untuk bakal pengantin yang belum tahu apa perbezaannya atau tiada idea nak mulakan dari mana.


Mungkin daripada koleksi contoh gambar design cincin di bawah boleh beri anggaran budget perbelanjaan 'one step closer' atau bantu mereka yang sedang kebuntuan nak merisik ke atau terus tunang ke.. atau tak payah susah susah terus je masuk ke fasa persediaan bernikah.


CINCIN MERISIK, TUNANG & NIKAH | beza, harga, contoh design, adat

Ditulis oleh: Lean


"hi lean, memandangkan emas tengah turun sekarang, tolong recommend range harga untuk cincin risik, tunang dan nikah"


CINCIN MERISIK, TUNANG & NIKAH


Merisik - Cincin Belah Rotan


Berat cincin ada je yang dari 0.7+g. Mungkin ada yang lebih kecil, tapi tu saiz budak la kot ya?


So tengok dari emas semasa dalam range RM 250++ boleh dapat lagi, depends on berat & padat. 


Lean sertakan contoh gambar.

cincin merisik tunang nikah
cincin merisik tunang nikah
cincin merisik tunang nikah
cincin merisik tunang nikah
cincin merisik tunang nikah
cincin merisik tunang nikah

CINCIN TUNANG - Cincin yang ada batu permata


Kebiasaannya orang akan beli cincin yang ada batu permata. Harga cincin ni tak ada kebergantungan pada harga emas. Selalunya, memang nett. 


Range harga dalam RM 400+ depends on design & batu yang ada.

cincin merisik tunang nikah
cincin merisik tunang nikah
cincin merisik tunang nikah
cincin merisik tunang nikah
CINCIN NIKAH

- Konsep yang sama macam cincin tunang, cuma lebih extra la. Hehehe..

cincin merisik tunang nikah
cincin merisik tunang nikah
cincin merisik tunang nikah
cincin merisik tunang nikah
cincin merisik tunang nikah
cincin merisik tunang nikah
Cincin nikah ni tak semestinya ada pon. Boleh digantikan dengan gelang tangan, rantai leher atau lain-lain.


Tapi ni semua adalah adat semata-mata. Ada je yang gunakan cincin belah rotan sebagai 2 tanda, merisik & tunang. Manakala range cincin tunang sebagai cincin nikah. 


Semuanya bergantung pada kita & pasangan mahukan cincin yang bagaimana sebagai tanda ikatan sebuah hubungan.


Credit to: twitter twtmalaywedding


Little recommended from someone:
"Kedai Emas Sri Tanah Merah. Recommended gila. Free upah all design"

Moga bermanfaat!

Till next time, daa~ wassalam! :)

BACA JUGA:




Saturday, November 28, 2020

November 28, 2020

Cara buat best nine 2020 instagram | How to do #2020bestnine on ig

Cara buat best nine 2020 instagram.. How to do #2020bestnine on ig | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! PEJAM CELIK PEJAM CELIK.. Eh dah pagi. Hahhaha. Rasanya baruuuu je haritu buat entri cara membuat best nine 2019 on instagram.. and now? Cara buat best nine 2020 sudahhh. We already berada di penghujung tahun 2020! Lagi 2 hari kita akan bertemu dengan bulan Disember. Kemudian Januari 2021! Fuhh memang betul lah. Masa berjalan dengan begitu pantas sekarang ni. Tup tup nak masuk tahun baru. Ramai yang tak sabar nak ke tahun 2021, melupakan tragis covid 2020, pkp pkpb bagai. Yeah i know.. i feel that too.


Walaupun banyak yang pahit 2020 ni.. tapi ada juga yang manis. Banyak pengajaran juga yang dapat. Banyak kali juga jatuh.. tapi inshaaAllah setiap kali bangkit tu moga semakin matang dan meningkat keimanan. Aamiin.


Cara buat best nine 2020 instagram | How to do #2020bestnine on ig

cara buat best nine 2020 instagram ig
cara buat best nine 2020 instagram ig
Okay straight to the point! Macam mana cara nak buat best nine 2020 on ig? Senang saja. Tak perlu masukkan nombor phone atau verification SMS ke. No need to sign up or daftar anything.


Just go to the..


https://bestnine2020.com/ ATAU https://bestnine.net/. Ada dua platform. Suka hati nak pilih yang mana satu. Cuma kalau bestnine.net tu lembab sungguh! Menguji kesabaran dan ketabahan jiwa haha. Yang bestnine2020 tu laju, cepat, pantas dan lebih mudah. Tak perlu nak tunggu lama lama.

cara buat best nine 2020 instagram ig
cara buat best nine 2020 instagram ig
cara buat best nine 2020 instagram ig
cara buat best nine 2020 instagram ig
Kemudian, masukkan username ig (instagram ID) anda di ruangan kosong yang disediakan. Then, klik GET atau MAKE.


Wait for a while..... DONE!


Kalau nak share keputusan best nine 2020 ig anda tu, boleh save the image / download the image first. Then, upload lah di akaun instagram masing masing with the caption #2020bestnine or #bestnine2020 or any other related hashtag that you want to put.


Cara buat best nine 2020 facebook? | How to do #2020bestnine on fb, twitter?


Best nine ni ada untuk instagram je ke? Kalau facebook, twitter atau sosial media lain takde ke? Itu saya tak pasti. Setakat yang saya tahu, tak ada pula. Rasanya best nine memang khas untuk ig. Wallahu'alam.


Sebenarnya setiap tahun ada je berlangsung 'upacara' / trend viral best nine ni. Bezanya adalah angka tahun tu saja. Saya start buat benda alah ni sejak 2017 yang lalu. And every year i love to do it. Walaupun tahun ni.. personally for me, tahun yang PALING sedikit saya upload gambar di ig, tapi nak juga buat bestnine 2020 haha.


Boleh kira berapa ketul saya letak gambar di akaun instagram saya. Tak tahu lah disebabkan faktor usia ke apa.. tapi memang dah tak ada rasa excited nak upload apa apa di sosial media. Kat facebook pun sikit je saya post.


Maybe i just love to keep mine in private. Lagipun banyak duduk kat rumah kan. Tak boleh keluar jalan jalan atau travel pun sebab covid. So nak upload gambar apa je hahaha.


keywords: cara buat best nine 2020 on instagram, how to use best nine, best nine instagram, instagram best nine 2020, cara buat 2020 best nine instagram, best nine 2020 ig, bestnine2020, best nine 2020 facebook, how to 2020 best nine, foto #2020bestnine, cara buat best nine instagram 2020, cara membuat 2020 best nine, cara buat best nine 2020, cara buat best nine 2020 instagram, cara membuat best nine instagram 2020, cara buat best nine instagram, cara membuat best nine 2020 di instagram, cara mudah membuat best nine 2020 on instagram, cara buat #2020bestnine on instagram, cara buat #bestnine2020 instagram, cara bikin best nine instagram 2020.

Wednesday, November 25, 2020

November 25, 2020

Tips Video Call Interview/ Temuduga Kerja dari Rumah ~ Wordless Wednesday

PENTING! Tips Video Call Interview/ Temuduga Kerja dari Rumah ~ Wordless Wednesday


tips video call interview temuduga
tips video call interview temuduga kerja
tips video call interview temuduga
tips video call interview temuduga kerja dari rumah pkpb
tips video call interview temuduga
tips video call interview temuduga kerja dari rumah pkp
tips video call interview temuduga
tips video call interview temuduga pelajar student fresh graduate
tips video call interview temuduga
tips video call interview temuduga kerja dari rumah pkpd

Credit to: RESUME KREATIF


BACA JUGA:


23 Contoh Cover Letter (CV) & Guidelines Template BM BI - Mohon Kerja, Internship/ Praktikal


CONTOH SOALAN TEMUDUGA SPA | SOALAN BOCOR INTERVIEW KERAJAAN


Tips Temuduga: Cara Jawab Soalan Interview "kenapa nak bekerja di sini?"

November 25, 2020

tips kurus cepat PKP PKPB PKPD lelaki & perempuan ~ Wordless Wednesday

tips kurus cepat PKP PKPB PKPD lelaki & perempuan ~ Wordless Wednesday


tips kurus cepat pkp pkpb pkpd
tips kurus cepat pkp pkpb pkpd | image Google
tips kurus cepat pkp pkpb pkpd
tips kurus cepat pkp pkpb pkpd.. hehe gurau sajaa untuk lawak musim covid ni

BACA JUGA:



Sunday, November 22, 2020

November 22, 2020

23 Contoh Cover Letter (CV) & Panduan Template BM BI - Mohon Kerja, Internship

23 Contoh Cover Letter (CV) & Guidelines Template BM BI - Mohon Kerja, Internship/ Praktikal | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Saya pernah buat satu entri berkaitan dengan pengalaman praktikal saya di Bank Rakyat Seremban, Negeri Sembilan. Di situ ada saya bercerita macam mana cara saya apply untuk membuat latihan industri (LI) di bank memandangkan course degree saya di UPM adalah Major Matematik. Ada juga lah saya attach kan sekali contoh cover letter (CV) yang simple, ringkas tapi bukan lah yang terbaik kan haha. Dan di bahagian komen, ramai yang minta saya email kan mereka contoh cv dan resume terutamanya.

Yela kan.. as we know.. The most important thing untuk mohon internship ataupun permohonan kerja jawatan kosong; tak kisah sama ada kerajaan mahupun swasta, adalah cover letter dan resume/ curriculum vitae (CV).

Saya ingat lagi dulu dulu time study kat UPM. Kami diberi tugasan untuk buat sendiri resume dan cover letter. Sebab nak submit application of internship officially mesti lah kena ada dua benda penting tu. Dah lah tak pernah buat, tak pernah didedahkan sebelum tu.. Apa lagi.. Terus tanya abang kakak ada tak contoh resume dan CV. Tak cukup dengan tu, search google, tanya kawan kot-kot dorang tahu kan. Bertambah blur sebab tak tahu nak tulis dalam bahasa melayu ke english hahaha. Kelam kabut woi masa tu hahaha.

Sebab tu lah di sini saya ada sertakan pelbagai contoh + template cover letter (ada dua versi bahasa Malaysia BM & Bahasa Inggeris BI) yang boleh dijadikan rujukan, panduan, guideline untuk mereka yang fresh graduates, students university, pelajar sekolah yang baru habis SPM, yang baru nak berkecimpung dalam bidang kerja, yang belum lagi ada pengalaman atau tunjuk ajar dari sesiapa sebelum ni.

Ada CV yang versi surat dan ada juga template yang versi nak hantar melalui email. Email ni secara rasmi juga tapi kalau tengok situasi covid sekarang ni, pkpb pkpd pkpp pkp bagai.. the best solution is hantar melalui email dan attach kan apa yang penting.

Entri ni khas untuk cover letter.. inshaaAllah di masa lain saya buat pula untuk resume okayy?

23 Contoh Cover Letter (CV) & Template BM BI - Mohon Kerja, Internship/ Praktikal/ Latihan Industri (LI)


contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv

contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
contoh cover letter template cv
Credit to: twitter worknco, aaizatnizam, resume_kreatif, pickusio, bicararesume.

Moga bermanfaat!

Jangan lupa share pada yang lain. Moga berpanjangan lah ilmu berguna ini yew hehe.

Till next time, daa~ wassalam! :)

BACA JUGA: