2013 - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Saturday, October 19, 2013

October 19, 2013

TEKNIK MENANGANI .. STREESSS!




Salam semua! Bismillahh..

Ini hasil assignment bakti siswa saya.. Bacalahh.. Tapi ayat skema lah ye. hikhik..


Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.” Tekanan yang paling dirasai adalah ketika menjalankan sesuatu perniagaan dan juga dihadapi oleh para pelajar kebanyakannya.Akan tetapi, tekanan ini boleh ditangani dengan pelbagai teknik. Antaranya adalah beribadah, meluahkan perasaan dan bersenam.
Ibadah yang khusyuk akan mendekatkan diri kepada Allah sehingga akhirnya mampu menghilangkan tekanan kerana kedamaian yang lahir daripada ibadah tersebut. Ibadah wujud dalam pelbagai bentuk iaitu hati,perbuatan dan perkataan. Kita juga digalakkan berzikir kerana secara automatiknya kita akan berasa lebih tenang.Firman Allah:“Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah hati akan tenang.”(Ar-Ra’d 13:28). Terdapat satu cerita pada zaman Rasulullah,seorang lelaki telah mendatangi Abdullah ibn Masud r.a. dan berkata:“Wahai Ibn Masud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku.Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut kemusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku tiada.”Abdullah ibn Masud r.a. telah menjawab: “Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, pertama, ke tempat orang sedang membaca Al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar pembacaan orang lain. Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah dan ketiga, kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya di waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu. Jika selepas melakukan kesemua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu.” Lelaki itupun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca Al-Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca Al-Quran, didapati jiwanya telah berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali.
Seterusnya, tekanan dapat dihilangkan dengan teknik meluahkan apa yang terbuku di dalam hati. Luahkan dan berkongsi masalah kepada ahli keluarga dan kawan rapat adalah cara paling terbaik bagi menghilangkan tekanan. Mungkin mereka boleh menyelesaikan masalah yang kita hadapi atau sekurang-kurangnya mereka boleh menolong dengan menjadi pendengar yang baik. Jika kita tidak mahu melibatkan keluarga dan kawan rapat kita tersebut,kita boleh meluahkannya dengan menjerit sekuat hati di tempat yang sunyi atau lapang seperti bukit atau menulisnya di atas kertas seperti diari sehingga puas. Selain itu,meluahkan perasaan di dalam laman sosial seperti facebook dan twitter sudah menjadi trend terkini. Malangnya, jika kita terlalu beremosi ketika meluahkan perasaan di dalam laman-laman sosial, takut-takut orang ramai akan memberi tanggapan yang buruk kepada kita dan segelintir orang akan terasa dengan luahan kita itu.
Segala tekanan dapat dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersenam atau beriadah dengan ahli keluarga dan sahabat handai. Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Senaman akan menambahkan kekuatan mental dan ketajaman pemikiran. Di samping itu ia juga merangsang kreativiti dan imaginasi seseorang. Mengikut satu kajian, senaman dapat mengurangkan kemurungan kerana ketika bersenam otak akan mengeluarkan bahan-bahan kimia asli seperti endorphin yang berfungsi mendatangkan ketenangan dan menghilangkan kesedihan serta kemurungan. Justeru, senaman dan rekreasi (dalam batas-batas syariat) adalah penawar yang mujarab bagi mengawal tekanan atau stress.
 Kesimpulannya, terdapat pelbagai teknik untuk kita menangani tekanan yang dihadapi di dalam kehidupan. Tiga cara utama yang telah dibincangkan di atas telah terbukti kesannya yang sangat positif. Ketiga-tiga teknik tesebut ialah beribadah dengan khusyuk, meluahkan perasaan yang terbuku di hati dan akhir sekali membuat senaman atau beriadah bersama ahli keluarga dan para sahabat.

RUJUKAN

Sunday, September 22, 2013

September 22, 2013

RINDU BABY RAEF :'(

Salam semua! Bismillahh..

My anak buah yang ketiga yg tersayang ni, Raef .. dah masuk 3bulan. Harini 22/9/13.. umur dia dah 3bulan 22hari.

Sebenarnya den tengah sedih ni.. Sedih sebab rindu sangat kat baby raef ni. Yang comey angat ni... Dah lama tak jumpa raef!

Umi kata... Mulut dia dah riuh bersuara
Makcik mirae raef kata.. Dia makin comel
Kak ngah kata... Dia dah pandai meniarap

Bila rindu tengok gamba raef je laahh. Wallpaper handphone pon gamba raef. Wallpaper whatsapp pun gamba dia. Conclusionnya, he is everywhere and anywhere!






Miss him so much!
 #sabar#redha#tawakkal#be strong.

Wassalam :)

Monday, September 16, 2013

September 16, 2013

BERMULANYA KISAH KU DI ALAM SEM TIGA.



Salam semua! Bismillahhh...

Huhh dah lama tak update . Hehe al-maklumlah orang busyy.. Uit busy kerr? :p

Harini hari Malaysia. Selamat Hari Malaysia uolls! Alhamdulillah masih boleh hidup dengan aman di negaraku terchenta ini. :)

Masuk minggu ni, sudah minggu ke-2 sem3 ku bermula. 

Jadual? So far,tak de kelas tuto lagi ..Petang memang free. Khamis pulak langsung takde kelas. Mula2 ni disebabkan takde assignment rasa boring la jugak. Takde benda nak buat. Duk kat bilik je. Balik2 tengok muka roomate. Roomate tengok muka kita. Tengok movie la! Haha tak berfaedah betui kan. 

Subjek? Sem ni ambik differential equation, probability&statistic II, linear algebra, kemahiran berfikir, bakti siswa and asas keusahawanan. Total 15 jam kredit only. Tapi bulan 10 nanti nak kena tempuhi TOCIE pulak. Aduyy takutnyaa. TOCIE ni kira macam MUET jugak la. Sebab dulu time matrik MUET dpt band3 jep. Untuk graduate,at least kena band4. So, sebab tu kena ambik TOCIE ni. Doakan ye smoga saya n kwn2 dpt buat dgn baik! Aminn.

Roomatess? Saya dapat seorang junior!! Sebab ade sorang roomate tu keluar, pindah blok lain, yang lebih selesa mungkin. Roomate baru ni nasib baik betul2 junior, umuq 19tahun. Jitra mariii. Loghat nya agak pekt jugak. Syiok dengaq. Hehe. Baik pun baik. seperti senior roomate nya laa. :p

Sepanjang tak update blog ni, sebab saya ade pergi kem kat langkawi + preparation untuk minggu orientasi + minggu orientasi .. Sangat best! Dapat banyak pengalaman manis. Pahit boleh tahan lah. Hubungan antara sahabat , felo bertambah erat. Makin faham selok belok and cara berorganisasi. Ade jugak yg baru kenal orang tu masuk MTM. Conclusionnya , tak rugi lah balik awal ke kolej, tinggalkan kuih raya kat rumah and tak dapat jumpa anak buah. Hehe. Everythings happen must be a reason right :)

Lastly, nak share doa Umar al-Khattab, jumpa kat novel SUNAN MUSAFIR karya Ramlee Awang Mursyid.. 
"Ya Allah, jadikanlah amalku soleh semuanya dan jadikanlah ia ikhlas kerana-Mu dan janganlah Engkau jadikan untuk seseorang daripada amal itu sedikit pun. " AMINN :)

Wassalam :)






Wednesday, August 28, 2013

August 28, 2013

POSTIVE :)

Love your life

Believe in your own potential.

Wake up each day with the awe of just being alive

Forget the past

Take the power to choose what you want to do
and do it well.

Open your heart and your mind 
to every opportunity.

Don't be afraid 
to keep tryinggg.

Create your own dreams.

Colour your life with people
and things you love.

Focus on all that is good.

Life always gets better with a POSITIVE attitude!

#kopipastadaribilikict2 :)

Wednesday, August 14, 2013

August 14, 2013

MY NAME IS ISLAM.



Let me, introduce myself.

My name, is Islam.
The root word of peace- salam,
Or even salema- meaning submission.
Which to a Muslim, is like his tuition.
It's his ticket in,

But before I begin,
Let me greet you, like I'm supposed to do,
So Assalamu alaikum, may peace be upon you!

You know? It's kinda' funny...
I'm accused of oppressing, when really I'm oppressed.
I've become on the list of things to detest.
I'm screamed in rage, in almost every protest,
and I've become the "red scare", a "threat to the west".

You see?
If you look at me, and all my obligations,
You'll see why I have such a great population,
It's cause there's the motivation,
And that sense of inspiration,
That keeps "Muslim" as their occupation.

To me, being a good Muslim means being a good person.
'cause I'll never ask you to kill or to slay,
Or to lie at least 5 times a day.
I'll never ask you steal, or to hate,
Or to swear or discriminate.

I actually tell you to smile to everyone you see, 
Cause a smile's the best form of charity.
I tell you to not smoke and not to drink,
To stay clean and take showers so you simply don't stink.

I tell you to care for animals and treat them with care, 
So yes, I'm against animal testing and; abuse in case you weren't aware.

I tell you to treat those who treat you bitter...better. 
I tell you not to be mad at someone for more than 3 days, 
I tell you to respect women and lower your gaze. 
I tell you that paradise lies under the feet of your mother,
I tell you to passionately love your significant other.
I tell you to never mistreat your wife! 

I mean...if I tell you to care for animals, then what about the love of your life?
I tell you to be precious, and save yourself for the "one". 
So you don't keep giving yourself away...till you're literally done. 

I tell you to be moderate and that balance is key, 
Just in the middle is the perfect place to be. 

I tell you to excel in all that you do, 
From that essay to that slam-dunk too! 

I tell you to clear your ignorance and to never judge,
To love for your bro what you love for yourself; & to never hold a grudge.
I tell you how to be a good person. A person of peace, and a person of love.

and;
They say I'm a terrorist,
An extremist.

And you know what? I am.
I am a terrorist; I terrorize terror,
I kill injustice to make this world fairer.
I am an extremist; I am extremely kind.
So beware of my extreme benevolence, to all of mankind.

Yes, there are those who kill and bomb in my name, 
But if I don't approve, then why am I to be blamed?
In every religion, you'll find those who abuse it,
Thinking they have a permit, 
To do wrong. 

A religion maybe perfect, but the followers may not be. 
So when mine commit mistakes, don't blame it on me. 
I give what I got, and what I got is good.
So if they do otherwise...they misunderstood. 

and; I'm not here to preach, I'm only here to teach. 
I'm a professor in politics, economy and sociology. 
In manners and etiquette, I got my PHD. 
To all my teachings, I have two sources. 
The book of God, and the words of the prophet are my resources.
I teach for free and to whoever desires to learn, 
It's all for the sake of Allah, I ask for nothing in return. 

and; Listen, 
I'm not here to convert, but just to clear misconceptions.
With the way I'm viewed and my common perception. 

Because yes, it hurts when I'm literally abused, 
By some, who do it for pleasure, just to be amused.
and; By some, who just follow the "trend" cause they're clearly confused. 

In a nutshell, my name is Islam, 
And everything I do, goes back to Salam..peace.

and; so as your prof, I need to make sure you pass this test called Life ~~

Sunday, August 4, 2013

August 04, 2013

BLOG KOLEJ16 & BLOG ADDCHOCS :)

Salam semua! Bismillahhh..

Harini nak le promote sikit dua blog ni.

Sebab nak promote?

Suka hati lah. Hahaha.

Blog yang pertama ialah.. Jeng jeng*bunyi gendang,bkn gegendang telinga ye*

Blog kolej saya!! *click sini*

Saya duk kolej 16 kat UPM, Serdang.. Mai la tengok. Blog ni baru je ditubuhkan sempena intake2 baru nanti nak masuk. *Wahhhh dah jadi senior saya. Ngeh3.*
Blog ni nak beritahu apa yang kena pakai time orientasi nanti, macam mana keadaan bilik kat kolej 16 nun.. Setakat ni, tu je lahh. Baru lagi kan. Hehe. Awak-awak jugak boleh tgk bakal fasi untuk orientasi kat bahagian tepi blog tu. Comel2 dan hensem2 gitu. Hhehe. 

Blog kedua .. Dan terakhir....Jeng jengg*bunyi mercun api*

Blog jual coklat kepunyaan ibu kawan saya!! *click sini*

Siapa kawan saya itu? Jengg jeng*bunyi tv meletup,kebabomm*

Terpaksa dirahsiakan namanya atas sbb2 yg tertentu. Hehehe..

Best tau blog ni. Pi la usha2. Macam2 adaaa~ Macam2 bentuk coklat ada dijual. Paling murah rm1 je. Murah kan? kan? Paling mahall pun RM50 lebih cenggitu. 





Ada persoalan?

Nak lebih terperinci maklumatnya??

Singgah lah sendiri di blog2 ini.

Hehehe.. Tak menyesal punyee. :)

Thats all. Selamat malam semua! Jangan lupa niat and sahur.

Wassalam :)

Saturday, August 3, 2013

August 03, 2013

MOGA BERBAHAGIA CIKGU!

Salam semua! Bismillahhh..

Petang tadi.. Dapat la satu surat ni..

Jeng jeng jeng. Apakah? 

Surat cintakah? Surat result kah? Hehe

Tengok nama kat surat tu.. SAYYIDAH NAPISAH BT MAR RAMLI.

Haihh ni yang den tak berkenan ni kalau ada orang salah tulis nama den. Haha. Sayidah taw. Bukan sayyidah. Hehhe. Tidak mengapa lah. Dimaafkan. Tak sengaja letuuww~ :p

Okay tengok dulu alamat. Okayy semua betul. Ejaan semua betul. 4baris kesemuanya. Wahhh lawa jugak eh alamat rumah aku ni. Haha.

Okayy baca bismillah dulu. Pusing surat tu ke belakang. Wahh digam gitu. Ponek den nak bukak. Haha. 

Okayy dah bukak ye semua. Jeng jenggg jenggg

Suratttt....












Siapa nak kahwin ni? Bukan saya ye. Lambat lagi saya nak kahwin nya. Hehe.

Ini ialah kad kahwin bekas cikgu praktikal BM saya time sekolah menengah( berjantina lelaki ye). Beliau juga merangkap anak saudara kepada cikgu BM kelas saya yang betul2 ( berjantina perempuan ye). Namanya yang Ayie tu. Haaa tu nama famous. Nma sbnrnya Fitri. Hhehe.

Ehem2. Nak buat ucapan sikit kat cikgu. Cikgu baca ye..

First2 sekali minta maaf cikgu tak dapat nak hadir majlis perkahwinan cikgu tu. Yela jauhh tuuu. Kelantan nunn. Memang saya yakin 200% abi saya tak kasi pergi punye. Saya rasa cikgu pun tahu mcm mana perangai abi saya tu. Hehe. Terima kasih sbb tak lupa hantar kad kahwin cikgu kat saya. Terharu sangat. *sobsob* Haha. And sanggup share cerita serba sedikit pasal belakang tabir haritu kat saya. *cikgu faham kan?*

Apa2pun.. 
*tadah tangan*
Saya doakan semoga semuanya berjalan lancar :: Sekarang-sebelum kahwin, nanti-smsa akad nikah&mjlis sanding dan akan datang-slps majlis. Semoga cikgu berbahagia dengan pasangan cikgu hingga ke akhir hayat, dunia dan akhirat. Semoga cikgu dapat melaksanakan tanggungjawab yang cikgu dan bakal isteri cikgu akan pikul nanti dengan baik. 
Aminnnn...

Btw, cikgu dah nak kahwin dah. Mesti nervous gila kan? Nanti akad tu sekali je taw cikgu. Hehehe.amin..

THE END.

Thats all. Jangan lupa niat puasa. Sahur :)

Wassalam :)

Tuesday, July 30, 2013

July 30, 2013

RAHSIA SUJUD DI DALAM SOLAT.


Salam semua! Bismillahh..

Sebelum berbuka tadi,ada buka facebook.. Sedang2 usha2 status2 and gamba2 yg di-post oleh kawan2.. Ada satu post ni about kelebihan sujud di dalam solat. So, rasa nak copy and share pasal ni.. Sebarkan :)

Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:-

Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia. Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat. Bila perkara ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke , menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim…dll.

Paling HEBAT lagi maka dia memeluk Islam…hebat tak kuasa SUJUD?

Sebenarnya:-

1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)


Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:,
Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.

“Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu” ,(HR Muslim)

Firman Allah SWT yang bermaksud:-

” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45)

Dari Sudut Tasawuf

Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa“Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.

Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah
( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).

Firman Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).

Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.

Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.

Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”.

P/S: Islam itu kan indah.. solat itu sempurnakan dan berikan kebaikan kepada Hambanya zahir dan batin. Bila kita sempurnakan hak Allah (solat) , Dia akan menyempurnakan hak kita sebagai hamba (hikmah dan kebaikan ) Konsep GIVE AND TAKE :)


Friday, July 26, 2013

July 26, 2013

23 CIRI-CIRI AJARAN SYIAH.




1.Mereka tidak membasuh kaki dalam wuduk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf.

2.Ketika qiam solat mereka 
menjatuhkan tangan kebawah(disisi) tanpa meletakkan tangan di atas pusat.

3.Kebanyakkan pengikut Syiah Ketika solat mereka akan membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud.

4.Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam tetapi mereka akan memukul kedua pehanya beberapa kali.

5.Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka harus menjamakkan solat zohor-asar dan maghrib isyak walaupun tanpa bermusafir.

6.Menghalalkan nikah mutaah

7.Memaki hamun dan mencela para sahabah Nabi s.a.w dan isteri-isteri Nabi.

8.Mencela imam-imam sunnah seperti imam-imam 4 mazhab dan imam-imam Hadis seperti Bukhari dan Muslim.

9.Mengatakan bahawa al-Quran masih belum lengkap..Sepatutnya al-Quran 2kali ganda tebalnya dari al-Quran yang ada.

10.Mengatakan Saidina Ali lebih layak menjadi khalifah dari Saidina Abu Bakar,Saidina Umar dan Saidina Usman.

11.Seorang syiah tidak boleh diberi nama atau dipanggil dengan nama Abu Bakar,umar,usman,Muawiyah dan Aisyah.

12.Beiktiqad Imam-imam 12 mereka adalah maksum(bebas dari dosa2 kecil dan dosa2 besar).Bahkan ada dikalangan ulama-ulama mereka mengatakan bahawa kedudukan imam-imam 12 adalah setara bahkan ada yang kata lebih tinggi dari kedudukan Para Nabi-Nabi dan Malaikat-Malaikat yang paling hampir dengan Allah.

13.Mengaku sebagai pengikut ahli bait Nabi

14.Rukun islam yang pertama bagi ahli sunnah adalah mengucap 2 kalimah syahadah tapi rukun islam pertama bagi syiah adalah walayah(imam 12).Oleh itu disisi mereka jika ada yang tidak percaya dengan salah seorang dari imam-imam 12 maka jatuh kafir.

15.Kain kafan mayat mereka bertulis

16.Membaca talqin dengan menyebut imam-imam 12

17.Meletakkan gambar-gambar imam-imam 12 mereka di dalam rumah.Biasanya mereka letak di dalam bilik.

18.Suami halal meliwat isteri.

19.Harus taqiah(boleh menipu\berpura-pura)untuk menarik ahli suannah masuk syiah.



20.Mereka tidak ada solat teraweh.Jika ada Orang syiah yang berteraweh itu bermakna mereka bertaqiah.

21.Mereka lebih banyak menyebut nama-nama imam-imam mereka dari menyebut kalimah Allah terutama ketika mereka ditimpa musibah.

22.Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura tetapi mereka hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.

23.Setiap kali menyambut hari peringatan seperti peringatan terbunuhnya Saidina Ali bin Abi Tolib dan peringatan terbunuhnya Husein bin Ali,pengikut syiah akan melakukan upacara-upacara yang menunjukkan kesedihan mereka terhadap musibah-musibah yang menimpa ahlul bait.Dalam merayakan ritual ini cara mereka berbeza-beza mengikut tempat.Di negara teluk mereka memukul badan mereka dengan tangan kosong..Tetapi di Pakistan dan Lebanon mereka mencederakan badan mereka sendiri dengan pedang dan belati untuk menumpahkan dan melukai anggota badan.Ditempat lain ada yang memukul badan dengan rantai.


*banyak kali abi pesan kat saya. jaga2 kakcik dengan syiah ni. jaga2 kat UPM tu. ramai jugak penganut syiah kat UPM tu. hmm saya hanya boleh berdoa je.moga tidak terpengaruh dgn ajaran syiah yg sesat ni.aminnnn.*

Wednesday, July 24, 2013

July 24, 2013

HIKAYAT CINTA. :)

Salam semua! Bismillah...

Duk rumah time cuti ni memang best sebab boleh baca novel. hehe. The latest ada baca satu novel ni. Tajuknya hikayat cinta. By Ratu Bulan.



First2 tertarik nak baca novel ni sebab ada tulis kat depan tu 'daripada novelis best seller PRINCE CHARMING'

Eden ni kalau nampak best-seller ni. Dah set kat mind mesti best novel ni. So, baca lah..

Baca punye baca punye baca punye baca...Memang bestttt sangat2. Gaya penulisan novelis ni bersahaja. Takdelah jiwang karat bebenau. Cerita dia pun best, unik. Takdelah asyik kahwin paksa je. hehe.

Lagi satu uniknya novel ni.. Hampir pada permulaan semua chapter akan diselitkan  kata-kata hikayat.

Kata-kata hikayat tu sangat lah sedap. Nak tahu tak??*angkat kening*

Meh baca. eden dah senaraikan semua kata-kata hikayat dalam novel ni .. Adalah beberapa yang tak diambil. Atas sebab2 yang tertentu. hehe..

KATA HIKAYAT........................


- Jangan memandang ke bawah untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh di hadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar.

- Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup , tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian.

- Kenangan merupakan asset yang penting dalam ingatan manusia. Kenangan yang manis membawa kegembiraan. Kenangan yang pahit membawa seribu kepahitan. Namu, tidak kira manis atau pahit, manusia bergantung kepadanya untuk terus mencapai kejayaan yang diingini. Akan tetapi, kenangan juga membawa racun yang mampu membunuh kejayaan itu.

- Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan, tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan.

- Melepaskan bukan bermakna berputus asa, tetapi bermulanya sebuah cerita kebahagiaan.

- Kadangkala kita tidak dapat benda yang kita kejar selama ini. Kita berputus asa. Kita melupakannya. Namun begitu, tanpa kita sedari, ianya sebenarnya mengejar kita.

- Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas. Walaupun tidak cantik, ia tetap mempunyai sejuta makna.

- Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkanlah hatimu serendah mutiara di lautan.

- Orang yang berani tidak akan membabi buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya.

- Take the first step in faith. You don’t have to see the whole staircase, just take the first step- Martin Luther King Jr.

- Kemenangan bukanlah bukti seseorang itu adalah jurulatih yang terbaik, tetapi jurulatih terbaik adalah seseorang yang bijak mengawal pemainnya.

- Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.

- Kekuatan manusia bukan terletak pada kehebatan. Bukan juga pada bentuk badannya, tetapi falsafah hidupnya. Walau sehebat mana seseorang itu,jika di dadanya tiada falsafah,akan layulah dia seperti daun-daun yang layu ke bumi.

- Kekuatan itu tidak terbina atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina atas keyakinan dan optimisnya seseorang dan keserasian berkumpulan.

- Jika anda berhasrat untuk berjaya,jangan hanya memandang ke tangga, tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

- Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti.

- Kekalahan bukan bermakna kekurangan, kemenangan bukan bermakna kejayaan, tapi kedua-duanya adalah permulaan satu kehidupan.

- Tiada manusia dalam dunia ini memahami diri seseoorang walaupun dirinya sendiri. Berterus teranglah, hanya itu sahaja jalan untuk mengenalinya.

- Cinta salah satu yang sangat sulit disembunyikan. Sepatah perkataan, sekilas yang tidak hati-hati, bahkan dengan berdiam diri,dapat diketahui oleh orang lain.

-Dalam hidup, terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita ingini. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan kekadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.

- Ambillah waktu untuk bermain. Itu adalah rahsia masa muda yang abadi.

- When you feel like hope is gone, look inside you and be strong and you’ll finally see the truth that a hero lies in you.

- Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kita tidak dapat meneruskan hidup yang baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit pada hati di masa lalu.

- Percayalah, esok belum tentu boleh mengubah apa yang pada hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.

- Empat perkara yang boleh menimbulkan cinta: Muka yang jernih ; ringan tangan mencari persesuaian sama sendiri; sama yang di mulut dengan yang di hati-HAMKA.

- Cinta seperti ombak , manusia seperti pantai. Ke mana juga larinya manusia itu dia tetap akan disentuh oleh cinta. Indah atau tidaknya pantai itu bergantung pada keras atau lembutnya ombak yang melanda.


- Tiada seorang pun dalam dunia ini dapat menggantikan orang yang telah tiada. Biarpun terdapat persamaan dari segi wajahnya, suaranya, tingkah lakunya dan senyumannya, tetapi mereka tetap dua orang yang berbeza.

Sekiann sahaja.. JANGAN lupa niat puasa, bangun sahur. 

Wassalam :)

Wednesday, July 17, 2013

July 17, 2013

TOMYAM.

Salam semua! Bismillahhh

Di tempat kejadian..

Di ruang meja makan.. 

Lepas solat maghrib.. 

Abi : Sham (my umi), tak makan ke tomyam abang beli ni? 

Dalam hati saya : Aik.. bukan umi tak suka makan tomyam ke ? 

Umi : Eh sham kan tak suka tomyam. Dari dulu sampai sekarang tau. Sham suka masak je. Tapi tak suka makan. 

Abi : Eh? hehe... 

And then, kami pun berbual-bual macam biasa. 

Dalam hati terfikir.. 

Cuba kalau pasangan couple sekarang. Pakwe kalau tak ingat makanan kegemaran or mknn tak disukai awek nye, haru! Awek mesti tacing gila punye. Merajuk. Si pakwe pun kena la pujuk.. Bagi ayat bunga2 sikit. Si makwe pun cair. Hahaha. Ni bukan dari segi pengalaman saya sendiri ye. Ni dari segi penglihatan dan pembacaan saya. Hehehe..

Okayy.. Jangan lupa niat puasa and sahur ..wassalam :)

Sunday, July 14, 2013

July 14, 2013

PAKSA DIRI UNTUK BERUBAH

Diceritakan bahawa Ibn Khafif menderita sakit pinggang. Jika kesakitannya datang, beliau tidak mampu bergerak sama sekali. Biarpun begitu, setiap kali masuk waktu solat beliau meminta agar dibawa ke masjid.

Seseorang berkata kepadanya : “usah paksakan dirimu.”

Ibn Khafif membalas: “Jika engkau mendengar seruan muazin, hayya ‘ala al-solah, namun engkau tidak melihatku di saf-saf masjid, maka carilah aku di tanah perkuburan!”

Rasulullah S.A.W. bersabda: “Syurga dikelilingi dengan kesukaran, sementara neraka dikelilingi dengan keseronokan.” (Riwayat Muslim)

Imam al-Busiri pernah berkata dalam madah syairnya yang sangat terkenal,al-Burdah:
Nafsu seperti budak kecil yang masih menyusu,
Jika engkau biarkan, dia akan terus menyusu hingga dewasa.
Namun jika engkau paksa, dia boleh terpisah daripada sususan.

*memaksa diri sendiri satu kemestian demi perubahan kea rah lebih cemerlang, tiada siapa yang dapat melakukannya melainkan kita sendiri. Jika kita tidak berusaha untuk memaksa diri, kita tidak mungkin akan berubah.*

Allah mengingatkan: “Terangkanlah kepada-Ku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya, maka adakah kamu dapat menjadi pemelihara ke atasnya? Atau adakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar dan memahami? Mereka itu tidak lain hanyalah seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat jalannya daripada binatang ternak itu.” (Surah al-Furqan 25: 43-44)

Cara-cara para ulama terdahulu memaksa diri dan menundukkan nafsu kadangkala kelihatan sangat keras, namun kekerasan terkadang memang diperlukann untuk mendidik jiwa yang nakal ini.

Diceritakan bahawa al-Syibli(seorang ahli tasawuf) tertidur tanpa sengaja, dia akan memukul tubuhnya dengan sebatang buluh. Pada kesempatan lain, dia sengaja naik dan berdiri di tepi tembok yang tinggi untuk mengusir rasa mengantuknya.

*kalau saya tengah baca Quran, tersenguk-senguk menahan ngantuk, tak tahan sangat terus tutup Quran. Pastu mata terus segar-bugar! Ish2 teruk kan?*disappointed to myself*

Diceritakan apabila Imam al-Junayd al-Baghdadi hampir nazak, beliau semakin rajin beribadah. Beliau tidak henti-henti membaca Quran dan berzikir.

Seseorang berkata kepada beliau: “Kasihanilah dirimu. Jangan engkau paksakan diri.”

Lantas beliau membalas: “Siapa lagi yang lebih memerlukan amal ibadah berbanding diriku pada saat ini? Lembaran buku amalanku sekejap lagi akan ditutup!”

subhanallah!

“Hati ini berkarat seperti berkaratnya besi. Maka gilaplah ia dengan zikrullah, mengingati mati dan tilawah al-Quran.”(Riwayat al-Baihaqi)

:: Cerita –cerita yang ada di atas ini diambil dari majalah solusi isu 56. Jun 2013. :) ::






Friday, July 12, 2013

July 12, 2013

OOPPSS! TER-RASA SUDAH! :P

Pada hari Ramadan yang ke-2..

Di Tempat kejadian..

Di dapur..

Petang, lepas asar..

Sedang saya syok2 kacau ikan bawal masam2 manis ciptaan dan rekaan umi sendiri dalam kuali ..

And masa tu umi pun macam biasa, kat sebelah ,sentiasa duk perhati kan saya masak..

Disebabkan masakan itu ciptaan baru, so umi sangat la curious nak tahu  rasanya macam mana, cukup ke tak rasa garamnya…

So…

Umi: Kakcik isi sikit dekat belakang senduk tu.

Monolog dalaman “ dah kenapa umi ni? Ohh mungkin nak rasa kat lidah je kut. Pastu cpt2 basuh.”

Umi pun ambik sikit kat. Isi kat lidah. Umi telan. Umi rasa.

Me : umi!

Umi macam tak dapat nak tangkap rasa garam dah cukup ke belum, amek lagi. Isi kat mulut lagi. Telan lagi. Rasa lagi.

Me : umi!! *muka terkejut*

Umi tak sedar lagi apa yang terjadi.

Monolog dalaman “ umi nak kata ABC(Allah bagi cuti) rasanya mustahil. Tadi elok je solat Jemaah asar.”

Umi : hmm sedap!*sambil merasa lagi*

Me : umi! Puasa!

Umi : Ya Allah!!

Terkocoh –kocoh umi pergi kat sinki. Basuh mulut.

Saya kat belakang ni terbahak-bahak ketawa.

Hehehehhee….

Macam mana la umi boleh terlupa ni.. :P





Wednesday, July 10, 2013

July 10, 2013

HARI PERTAMA PUASA :)


Ya Allah Tuhan kami, maafilah dan ampunilah dosa-dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami, nenek dan saudara-saudara kami, suami dan isteri kami, ahli rumah kami, guru-guru dan orang2 yang mengajar kami, orang2 yang kami ajari dan orang2 yang mustahak atas kami, orang yang mencintai dan berbuat baik kepada kami, orang2 yang memberi petunjuk dan orang2 yang kami beri petunjuk, orang2 yang kami beri wasiat dan orang2 yang mewasiati kami dengan doa, semua orang muslim dan mukmin lelaki dan perempaun, baik yang masih hidup mahupun yang sudah mati. AMINN 

Harini first hari berpuasa. Alhamdulillahh.. Sahur pagi tadi nasi goreng n mee goreng n ikan masin. Slurrpp sedap nyeww! Eh lupaa. Cucuq pisang goreng. Sempat lagi kan masak? Nasib baik ada anak umi yg baik tlg kejap kat dapur*sambil tunjuk diri sendiri* Hehhee..

Petang pulak, alhamdulillah diberi hidayah oleh Allah untuk tolong umi masak kat dapur. Hehe. Tapi yang special sikit petang ni. Saya lah potong ayam burung puyuh, saya lah potong bawang, saya lah goreng puyuh tu, saya lah masak sayur kubis bunga. Tapi umi jadi supervisor saya lah kat dapur tu. Tak expert lagi na. Mahu terbakar dapur tu kalau tak diperhati. Hhehe.

Saya ni bab goreng2 ni memang cuak sikit. Yela budak jarang kena minyak panas.. Kalau kena sikit minyak panas(percik dari kuali), terjerit2. Jarak antara saya dengan kuali tu jangan cakap lah. Jauh bebenau. Tapi still control ayu lah. Hehe. Umi tengok gelak2 je. Sampai ati umi taknak tolong! Mmbiarkan anak kesayanganmu ini terseksa di dapur.Hhehehe.

Tapi.. Memang sedap woh saya masak. Sampai tambah2 nasi semua orang. Hehehe. Alhamdulillahh..

Okeh esok hari kedua berpuasa. Jangan lupa niat puasa. Jangan lupa bangunn sahur kerana ada keberkatan di dalamnya!! Jangan lupa baca doa tidur satgi! Hehehe..

Wassalam :)
July 10, 2013

GUIDE ME ALL THE WAY.



MAHER ZAIN- GUIDE ME ALL THE WAY.

I know that You could easily take away everything you’ve given me
And I try to remember not to take anything for granted
Cause I know that one day
Suddenly this will come to an end
So my last wish is for You to be pleased with me

Allah ya Allah…
Guide me all the way to Your Jannah

Ya Allah ya Allah…
Don’t let me go astray cause I need You
By my side, I wish to be close
Close to you throughout my life

Ya Allah ,O Allah!
Be with me all the way.

I know that sometimes I do
I do forget that my next breath could be the last
Forgive me cause I can’t thank You enough
Forgive me when I doubt Your love

Now I pray for that day
When all this stops and comes to an end
So my last wish is for You to be pleased with me

Allah ya Allah…
Guide me all the way to Your Jannah

Ya Allah ya Allah…
Don’t let me go astray cause I need You
By my side, I wish to be close
Close to you throughout my life
Be with me all the way.

Day by day passes& I think that my time could be near
So, I pray ..O God, let this world be in my hands & not in my heart
Cause soon I’ll have to leave it

*Selamat berpuasa semua! Jangan lupa niat puasa! Niat puasa sebulan terus for the safety. Hehhee. 

Wassalam :)


Tuesday, July 9, 2013

July 09, 2013

ONE LITRE OF TEARS.


Salam semua. Bismillahh..

Drama jepun. 11 episode sahaja. Kisah benar. Sebenarnya dah lama sangat cousin suruh cari cerita ni and tengok cerita ni. Sebab katanya best. Katanya lagi mesti meleleh air mata la tengok cerita ni. Katanya lagi kawan dia ada sorang tu memang hati kering+hati beku+hati besi ni,bila tengok cerita ni ,nanges! Bukan lah nak agung2 kan cerita ni. Tapi kagum. Cerita ni cerita benar. Bukan dongengan atau diadaptasi dari novel ke hape atau sekadar suka2. Ceritanya jugak bukannya tak bermanfaat,buang masa. Cerita ni ada pengajaran yang perlu diambil. Cerita ni buat kita muhasabah diri. Cerita ni buat kita sedar diri dan bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang. Nak bersyukur dengan apa yang ada,tengok lah orang yang lebih buruk keadaanya daripada kita. 

Di setiap akhir episode, akan ada kata-kata dari watak utama cerita ni (Kifuji Aya). Ada yang memberi saya semangat. Ada yang berjaya menitiskan air mata.

Antara kata2 tulisan di dalam diari Aya ( diary 1 Litre of Tears yang ditulis oleh Aya since 14 y/o) …

Di akhir episode 5 :
I really don’t want to say things such as “I want to go back to how things were before”. I recognize how I am right now ,and I will continue to live on.

Di akhir episode 6 :
Therefore, I definitely won’t run away. That’s what I’ll do. Definitely,always.

Di akhir episode 8 :
What is wrong with falling down? You can always stand up again. If you look up at the sky after falling down, the blue sky is also today stretching limitlessly and smiles at me… I’m alive. I’m alive.

Di akhir episode 9 :
People shouldn’t dwell on the past. It’s enough to try your best in all that you’re doing now.
The sounds ‘ma’, ‘wa’, ‘ba’ and ‘n’ have become hard to pronounce. I can only breathe out air instead of saying it. So, I can’t communicate with others. Recently, I have been talking to myself a lot. I didn’t like it before, but to practice pronouncing, I have to do it.  I will not give up on speaking.

Di akhir episode 10 :
Reality is too cruel, too brutal. I don’t even have the right to dream. As I think about the future, the tears will come out again.
Where should I head towards? Even if there isn’t an answer, I’ll feel better by writing it down. I’ve looked for a pair of helping hands. But I couldn’t feel them, couldn’t see them. I only face towards the darkness and hear the sounds of my hopeless screams.

May 23rd ,1988. 12.55am. Kitou Aya 25 years old lay asleep forever. Surrounded by flowers, she passed away.

Lagu tema 1 Litre of Tears - Only Human by K. 
(lagu nya bahsa jepun la. Ni maksud nya dalam bi )

In the shore across the sadness.
It’s said that a smile is there.
And when we arrive there
What will wait for us?

It’s not for running away.
It’s to chase the dream.
Should have gone to a trip.
On that far summer day.

If only I can see tomorrow.
Then I will not breathe a sigh.
Like a boat sailing against the stream.
Now, you must go forward.

If the rain clouds disappear
Shall the wet road shine
Only the darkness will tell me
The strong strong light
Strongly, go forward!