RESEPI CRACKERS BREADS PUDDING SEDAP DAN MUDAH

by - March 05, 2016

RESEPI CRACKERS BREADS PUDDING SEDAP DAN MUDAH

Selamat wekeend semua! Harini saya nak share satu resepi pudding yang umi saya dah cuba sendiri dan hasilnya sangat memuaskan! Ramai yang puji sedap dan meminta umi buat lagi next time. Saya pun dah rasa pudding umi buat tu. Seriusss sedap gilos! Bila dimakan sejuk lagiii sedap!

Okay laaa~Di dapur anda ada biskut cream crackers dan roti dibiar sepi dan terus menyepi kat atas kabinet? Haa apalagi ..jom buat Crackers Breads Pudding yang mudah ni!

RESEPI CRACKERS BREADS PUDDING SEDAP DAN MUDAH
Crackers Breads Pudding Sedap dan Lazat

Resepi Crackers Breads Pudding 




Bahan-bahannya:

8 keping biskut square
2 keping roti @ kulit roti
1 1/2 cawan susu cair @ segar
2 telur
1/2 cawan susu pekat manis
2 sudu besar koko serbuk


Cara-caranya:

1) Rendam biskut + sus segar + roti dalam blender
2) Masukkan telur dan susu pekat
3) Blend hingga licin. 
4) Bahagikan kepada 3 bahagian(lapisan). Satu bahagian dicampur koko serbuk. Dua bahagian yang diblend hingga licin tadi.
5) Panaskan kukusan. Kukuskan 1 bahagian dulu. Dah masak 1 bahagian tu, tuang bahagian koko pula di atasnya. Akhirnya, selepas bahagian koko selesai dimasak, masukkan bahagian akhir. 
6) Kukus hingga masak.


7) Sejukkan dalam esbox/peti ais sebelum dimakan.

(Resepi Sheila Rusly, sumber : Astini Cake)

Resepi Crackers Breads Pudding
Siap! Jemput makan semuaa~
Haaa mudahkan? Cuba lah! Saya pasti rasanya pasti tidak mengecewakan :)

Selamat mencuba!


Entri RESEPI menarik yang lain:

You May Also Like

4 comments

  1. Adik...umi adik letak asen vanilla tak..sebabnya ada family akak tak berapa ok dengan bau dan rasa telur tu...terima kasih share resipi ya..

    ReplyDelete
  2. sedapnya ..dik mudah tu mudah ..semua bahan ada nii nak tak nak je hiii

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p