RESEPI KARI KEPALA IKAN JENAHAK MUDAH DAN SEDAP - sayidahnapisahdotcom RESEPI KARI KEPALA IKAN JENAHAK MUDAH DAN SEDAP
LightBlog

RESEPI KARI KEPALA IKAN JENAHAK MUDAH DAN SEDAP

Tiada idea nak masak apa untuk berbuka puasa petang nanti? Tak tahu masakan apa yang mudah tapi sedap? Resepi kari kepala ikan lah! Umi selalu masak masakan kari bulan puasa ni so, dah selalu tolong umi masak kari ni kat dapur. So..terdetik laaa nak share resepi kari kepala ikan ni hehe. Macam mana nak masak masakan kari kepala ikan jenahak? Bagaiman cara masak kari kepala ikan jenahak? Apakah resepi kari kepala ikan jenahak yang mudah dan sedap? Kalau bukan ikan jenahak, boleh ke ganti dengan ikan lain? Yeap mestilah boleh! Di bawah ni adalah resepi kari kepala ikan jenahak, tetapi jika mahu ganti dengan ikan bawal atau ikan keli atau ikan siakap atau ikan mayong dan lain-lain...boleh aje, silakannnn~

RESEPI KARI KEPALA IKAN JENAHAK

resepi kari kepala ikan jenahak mudah dan sedap
resepi kari kepala ikan jenahak mudah dan sedap

Bahan-bahan:

Minyak masak
Bawang merah 
Bawang putih 
Halia 
Serbuk kari
Air
Asam jawa
Ikan jenahak (atau ikan lain yang anda mahu)

Cara-cara membuatnya:

1. Blender bawang merah 3 biji, bawang putih 1 biji dan halia suku (1/4). 

**nak blender asing boleh. nak blender sekali tiga tiga bahan tu pun boleh. nak blender sekali dengan serai pun boleh.

2. Masukkan sedikit minyak masak ke dalam kuali.

3. Apabila minyak sudah panas, masukkan bahan blender tadi ke dalam kuali. Kacau dan goreng sehingga garing sikit.

4. Masukkan 2 sudu serbuk kari ke dalam kuali.

5. Kacau sehingga keluar minyak.

6. Masukkan air mineral 2 sentengah cawan ke dalam kuali.

**kalau nak masakan kari ni pekat, jangan masukkan air. Sebaliknya, masukkan santan 1 bungkus kecil. Kalau taknak pekat dan nak cair-cair je, masukkan air mineral. Macam saya..saya suka kari yang tak berapa pekat sangat. Sebaliknya, abi saya suka kari yang pekat pekat hahaha.

7. Masukkan asam jawa 1 sudu.

**jika anda nak masukkan tomato dalam masakan kari ni, boleh masukkan tapi kurangkan amount asam jawa tadi daripada 1 sudu kepada 1/2 sudu sahaja. Sebab tomato dah masam. Asam jawa pun masam. So, kena balance kan rasa masam dua-dua bahan ni.

8. Masukkan garam lebih kurang setengah sudu & gula lebih kurang 1 sudu.

9. Kacau sehingga sebati dan masak.

10. Masukkan ikan yang sudah digoreng ke dalam kuali dan kacau sekejap sahaja. The, tutup api.

**kalau nak masukkan ikan fresh yang belum digoreng pun belom. Kalau style umi saya, beliau goreng dulu ikan lepastu baru masukkan dalam kari.

Done! Selesai! Boleh masuk dalam mangkuk. Boleh hidang atas meja dan boleh makan! Yummyy!

resepi kari kepala ikan jenahak mudah dan sedap
resepi kari kepala ikan
Selain itu, kalau anda nak masukkan sayuran seperti bendi dan terung ke dalam masakan kari anda, boleh aje. Tiada masalah. 

Yela kot-kot bagi sesiapa yang tiada kelapangan masa yang banyak, boleh la masak sekali lauk dan sayur melalui masakan kari ni kan. Kot-kot la ada ibu-ibu atau isteri-isteri yang baru balik dari kerja..penat-penat tu kan, boleh masak kari kepala ikan ni untuk menu juadah berbuka puasa di rumah kan. Haa yang single lagi tu, boleh try masakan kari ni. Mudah jeee. Ngeh ngehngehh :P

resepi kari kepala ikan jenahak mudah dan sedap
kari kepala ikan jenahak

resepi kari kepala ikan jenahak mudah dan sedap
masakan kari kepala ikan yang sedap

Baca juga entri resepi:

Post a Comment

2 Comments

  1. Wah.. sedap nih kari kepala ikan...

    ReplyDelete
  2. Perghhhh sedapnya... pandaiiii laahhh masak... ena kari ikan tak lepas2 lagi

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p