Resepi Cheesekut Mudah dan Sedap!

by - July 05, 2017
Pernah rasa tak dessert yang namanya cheesekut? Haaa nama dah macam kedekut / cis kot dah bunyinya haha. Cheesekut ni senang, mudah, cepat gilos nak membuatnya. Sebab apa? Lohhh tengok nama dia pun kita tahu. Cheese + biskut. Mudah kan? haha. Dan mudah lagi sebab tak payah susah-susah nak rebus or nak bakar masuk dalam oven ke or nak goreng dalam pan ke.. enggak perlu semua itu hehe.

Ohh resepi bawah ni adalah daripada kakngah saya sendiri. Full credit&thanks to her sebab tolong buat ayat & tangkap gambar cheesekut dan proses-proses membuat cheesekut untuk saya. Saya just tambah perisa ayat resepi dan tolong makan je hahaha.


Resepi Cheesekut Mudah dan Sedap!


Resepi Cheesekut Mudah dan Sedap!
Resepi Cheesekut Mudah dan Sedap!

Bahan-bahan membuat cheesekut:


1 paket biskut marie/ biskut cracker

250g cream cheese (selalu cream cheese guna jenama Tartura tapi haritu kat pasaraya zemart tak ada pula, so beli cream cheese jenama Emborg) [psssstt: yang tartura lagi sedap sebenarnya]

1/2 tin susu pekat manis

1 cawan susu lowfat/ full cream/ air milo (untuk celup biskut nanti)

Biskut chipsmore yang dihancurkan/ kekacang/ milo/ coklat/ oreo yang dihancurkan (untuk hiasan atas topping dan penyedap)

cheesekut
bahan-bahan membuat cheesekut

cream cheese tatura
cream cheese
Cara-caranya:

1. Campurkan cream cheese dan susu pekat .. kacau sehingga sebati dan nampak soft. (Boleh guna senduk/ blender/ mixer)

cara buat cheesekut
Resepi Cheesekut Mudah dan Sedap!
2. Celup biskut marie dalam air milo/susu. Celup jap je, jangan rendam..nanti lembik

cheesekut biskut marie
Resepi Cheesekut Mudah dan Sedap!
3. Susun biskut then lapiskan dengan campuran cream cheese. Ulang sehingga cream cheese habis.

resipi cheesekut
Resepi Cheesekut Mudah dan Sedap!
4. Toping boleh letak coklat/ hancuran biskut/ kekacang

resepi mudah cheesekut
Resepi Cheesekut Mudah dan Sedap!
5. Then, masukkan ke dalam peti ais..dalam setengah jam or sejam, dah boleh hidang (menu dessert untuk rumah terbuka raya/ open house, untuk meraikan tetamu, untuk jamu keluarga dan sebagainya) dan ngap! :D

menu dessert rumah terbuka
cheesekut antara menu hidangan rai saudara dari Perak&Melaka hari raya haritu :)
Seriusss wehh. Jujur, ikhlas, benar, telus saya kata rasa cheesekut ni sodapppp gilossss. First time haritu rasa kakngah buat, adoiii rasa nak menangis! Sebab sedap sangat hahahaha!

So korang rugi laaa kalau tak cuba dan rasa keenakan dan ke-krim-an cheesekut ni. Hehe.

Okay lah, selamat mencuba! Daaaa~ wassalam :)

Baca juga:


You May Also Like

9 comments

  1. nak balik buat la esok anak akak da jamuan raya... thanks for sharing... mmg gd ide ni... terbaik

    ReplyDelete
  2. Bila tak payah dibakar, rasa senang je resepi ni. Hehe. Nanti siqah cuba =)

    ReplyDelete
  3. cheesekut feveret ccl . selalu buat kat rumah

    ReplyDelete
  4. Tartura memang lagi sedap..lama tak buat..adoi..

    ReplyDelete
  5. dulu suka sgt cheesekut ni..now dh kurang

    ReplyDelete
  6. kecur di buat nya .

    hai salam kenalan dari emma . saya comeback untuk blogging . Jom follow saya . i'm done follow you . banyak story emma share kan seperti ni :-

    Tak sia sia rajin tag dan share . So ni reward yang kekma dapat .

    http://emmadianastory.blogspot.my/2017/06/vanitymirror-cermin-ajaib.html?m=1

    ReplyDelete
  7. sangat sedap cheesekut ni.. pernah buat sendiri.. makan buat sendiri lagi puas daripada beli :D

    http://www.syahirahvaliant.com/2017/07/giveaway-nurul-friends.html

    ReplyDelete
  8. sedapnya.. penah buat sekali je hehe..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p