selalu jatuh cinta? rindu ex-boyfriend? rasa diri seorang 'rude'? rasa diri keseorangan?

by - July 27, 2017
Jom baca nukilan Aiman Banna ni! Best tau. Kalau korang rajin, baca lah dari awal sampai habis. Kalau tak rajin, baca jawapan bagi soalan yang terkena kat batang hidung diri sendiri je lah hahaha. Okay lets jom!

*Tak pernah solat?
*Selalu jatuh cinta?
*Rindu ex-boyfriend?

*Rasa diri seorang 'rude'?

*Rasa diri keseorangan?

*Selalu tengok pornografi?

Jom baca sesi QnA Aiman Banna...
[Soalan]
Assalamualaikum.i have a few ques to ask.
1. i already 15 but i never perform solah (i do love Allah & prophet)
2. i always falling in love.
3. i always miss my ex 24/7 

4. im such a rude daughter/sister 

5. im lonely 

6. i always watch porn

help me please i want to come back to Islam

[Jawapan]
Waalaikumussalam yaa Ukhti.
Kita sebaya, umur masih belasan namun perlu kita bersyukur kepada Allah kerana Allah kurnia hadiah hidayah kepada kita. Allah bagi kita ada rasa untuk tinggalkan jahiliah. Alhamdulillah.
Tak pernah solat,
Selalu jatuh cinta,
Rindu ex-boyfriend,

Rasa diri seorang 'rude'

Rasa diri keseorangan,

Selalu tengok pornografi

Ini sinopsis soalan awak.
Wallahi, saya menangis baca soalan awak.
Demi Allah, Allah sayang awak. Percayalah.

And that one part make me smile alone: "(i do love Allah & prophet)". Moga Allah kurnia awak Syurga yang tertinggi. Amin!
---
Soalan pertama, tak pernah solat?

---

Berjuta muslim tak solat dalam dunia ini. Tahu?
Tetapi dalam jutaan itu, awak antara sedar yang awak tak solat.

Awak sedar awak tak solat, dan awak rasa menyesal. Tahniah! Bukan berhenti setakat itu sahaja, awak ada rasa ingin berubah menjadi seorang yang tidak tinggalkan solat lagi. Alhamdulillah.
Buktinya? Awak tanya saya soalan ini kepada saya. Bermaksud awak dah bosan hidup berjahiliah dan awak nak hijrah.
Awak nak tahu, Allah letak satu invitation untuk awak. Invitation untuk awak agar awak kembali kepada Dia. Istilah lebih tepat untuk invitation itu ialah: *hidayah.*
Benar, Allah telah kurniakan jemputan hidayah kepada awak untuk memasuki jannah-Nya...
Balaslah invitation Allah itu, pergilah tunaikan solat.
Saya tak minta awak buat solat sunat taubat 100 rakaat, dan saya tak expect awak solat 5 waktu sehari semalam, jadi imam, solat paling awal waktu, jemaah di masjid dll. Biarlah sedikit demi sedikit.
Mungkin boleh mula dengan solat zohor dahulu? Lama-lama awak akan rasa seronok solat, bukannya sebagai satu beban. Lepas itu inshaAllah awak akan ada rasa nak buat semua solat bahkan ketagih hingga tahap nak buat banyak solat sunat. InshaAllah, amin!
Susah nak solat?
Sebab syaitan dah doktrin awak supaya malas solat. padahal, solat sebenarnya menenangkan jiwa kita dan membuatkan jantung hati kita rasa gembira dan bahagia.

Bagaimana caranya?
Rapat dengan manusia yang dirikan solat.

Jadikan mereka sahabat.

InshaaAllah everything akan settle. Kerana bila kita tiada suasana biah solehah untuk solat, kita akan sukar untuk hidupkan rasa ingin solat dalam diri kita.
Contoh mudah, kita nak study hard untuk final exam, tapi kita lepak dengan orang yang play hard untuk dapat piala liga eropah dalam game FIFA16. Bagaimana nak dapat semangat belajar kan?
Makanya, rapatlah dengan orang yang cinta solat... InshaAllah, kita pun akan mencintai solat dan akan rasa bersalah untuk abaikan solat.
Tadi awak ada kata ini kan?
"i do love Allah & prophet"
Awak kata awak cinta Allah dan Rasul kan?
Ketahuilah, manifestasi cinta kita kepada Allah azza wa jalla ialah solat. Bukti kita cinta Rasul ialah dengan tunaikan solat cara Nabi yang sebetulnya. Ini cara mencintai mereka.
Jom kita cinta Allah dengan sebenar-benar cinta!
---
Soalan kedua, selalu jatuh Cinta?

---
selalu jatuh cinta? rindu ex-boyfriend? rasa diri seorang 'rude'? rasa diri keseorangan?
falling in love should be like polaroids #instant

Relax lah, jatuh Cinta itu membuktikan awak masih ada Cinta. Normal dan fitrah sebagai seorang manusia untuk ada cinta. Cuma masalah awak sekarang ialah fitrah awak itu menjadikan awak selalu jatuh cinta dengan manusia.
Adakah jatuh cinta itu satu masalah?
Tidak ada masalah.

Adakah SELALU jatuh cinta itu satu masalah?
Iya. Kerana segala apa yang jatuh akan membuatkan mangsa yang jatuh itu sakit. Bila jatuh cinta, cinta itu jadi mangsa jatuh. Jadi apabila selalu jatuh, maka akan tenatlah keadaan cinta kita.
Persoalannya, kenapa selalu jatuh cinta?
Mudah je konsepnya. Kerana anda telah jatuh cinta kepada seorang manusia, lalu anda luahkannya // couple // crush dll, tetapi si manusia itu tidak menghrgai anda. lalu bila anda jatuhkan kepadanya cinta anda, dia tidak sambut lalu akhirnya ia jatuh terhempas kesakitan begitu sahaja.
Konklusi mudah ialah, janganlah jatuh cinta utama kita kepada manusia.
Kerana manusia tiada jaminan langsung boleh menjaga cinta kita dengan sebaik-baik jagaan. Yang boleh bagi guarantee penjagaan terbaik hanyalah Sang Pencipta Cinta. Hanya Dia sahaja!
Sekarang ni, jatuhkan Cinta awak dan lekatkan Cinta itu selamanya kepada Allah sahaja.
Sehinggakan, bila awak sudah ada suami dan anak-anak kelak, awak sayang mereka hanya kerana Allah semata-mata. Ini baru definisi romantik sebenar!
Romantik. Romantik hingga Syurga.
Bagaimana nak jatuhkan Cinta kepada Allah? tunaikanlah solat.
Mula dating dengan Allah. Bila? Paling mudah, ambik tikar sejadah, duduk atasnya dan berzikir dan bertasbih cinta, lalu bangunlah lakukan solat fardhu atau sunat. Kalau nak lagi feel dan jika awak rasa awak mampu, maka lakukanlah qiamullail (Bangun malam untuk ibadat)

Serius sis, kena cuba letak cinta pada Allah lebih tinggi dari segala. Saat itu kita akan rasa manis yang teramat manis; manis daripada segala cinta yang pernah kita rasa daripada manusia. himpunkanlah semua cinta daripada manusia yang ada di dunia ini, sudah pasti gagal menandingi cinta Allah azza wa jalla!
Jadi awak kena buat satu perkara, berhentilah hidup untuk mencari cinta manusia. Hiduplah untuk Allah, carilah cinta Allah dan tanpa sebarang keraguan Allah akan balas cinta kita tanpa lewat sesaat.
Inilah keagungan cinta Allah kepada awak.
---
Soalan ketiga, awak rindu bekas pakwe.

selalu jatuh cinta? rindu ex-boyfriend? rasa diri seorang 'rude'? rasa diri keseorangan?
i will always miss you
---

Alolo. Relax laa ukhti kesayangan Rasul...
Rasul rindu awak tau. Nabi Muhammad declare yang dia rindu awak. Sebelum Nabi meninggalkan kita, Nabi kata macam itu.
Pernah suatu ketika, Nabi Muhammad berkata satu kata cinta dan rindu di hapadan para sahabat baginda.
"Aku tersangat rindu kepada para Ikhwanku."
Para sahabat respon;
"Ya Rasulullah SAW, bukankah kami ini Ikhwanmu?"

Baginda menjawab;
"Bukan, malah kamu adalah sahabatku...

Maka siapakah ikhwan yang dirindukan oleh Ar-Rasul itu?
Baginda menyambung;
"Sedangkan Ikhwanku adalah orang yang beriman denganku walaupun mereka tidak pernah melihatku."

Rasululah rindu awak. Rasulullah sayang awak sebelum awak dilahirkan oleh ibu awak. Rasulullah cinta awak sebelum awak mula cinta baginda lagi.
Jadi kenapa kita sanggup abaikan rindu, cinta dan sayang daripada Rasulullah itu?
Pakwe awak itu tak rindukan awak pun, buang masa rindu dia! Berhenti buat kerja yang sia-sia itu. Apa bukti saya yang dia tak rindu awak?
Kalau betul sayang, dia tidak akan tinggalkan awak, dia akan tetap sayang awak, dia akan cinta awak sampai bila-bila. Tapi hakikatnya dia tidak sayangkan awak pun.
Dia persia-siakan awak macam awak ni sampah.
Tetapi..... Bagaimana pula dengan cinta Nabi Muhammad?
Walaupun kita tidak rindu dia sebelum ini, dia sudah mengatakan yang dia rindu kita seribu tahun yang lalu. Nabi Muhammad nak bantu kita kat akhirat kelak dengan syafaat-Nya.
Inilah dia keagungan cinta Ar-Rasul.
Maka, rindulah Nabi Muhammad ketat-ketat.
Boleh masuk Syurga bersama Baginda! Ameen...

Ingat, jangan sia-siakan masa hidup di dunia sementara ini mencintai orang yang tidak menghargai cinta kita. Those people yg suka couple, crush, bermesra antara ajnabi hanyalah those yang pleasure seeker je.
Tidak perlu nak couple-couple lagi dah. Kalau benar si lelaki itu cinta awak dan hormati awak sebagai seorang muslimah, dia akan buktikan cinta dia dengan nikah.
Benar, si lelaki yang benar-benar mencintai diri awak akan usaha untuk menghalalkan cintanya dengan usaha membawa bahtera hubungan itu kepada nikah dengan izin-Nya.
So, kembalilah kepada fitrah iaitu cinta Allah dan Rasul. InshaAllah, bahagia hingga syurga!
---
Soalan keempat, awak seorang anak dan adik/kakak yang 'rude'.

selalu jatuh cinta? rindu ex-boyfriend? rasa diri seorang 'rude'? rasa diri keseorangan?
I DON'T CARE
---

Orang yang rude ni sombong rasa diri bagus tak nak dengar nasihat orang...
Orang rude ini EGO! Sebab dia rasa dia seorang je betul dan tak nak dengar nasihat orang lain...
Hey, awak tidak rude. Bila awak tanya saya soalan ini jelaslah menunjukkan awak nak berubah. Orang yang rude tidak akan minta nasihat, orang rude juga tidak akan dengar nasihat. So bear in you mind bahawa awak tak rude. Saya yakin.
Mungkin awak kurang menyalurkan kasih sayang awak dengan cara yang elok kepada mereka. Mungkin cara awak ada silap sikit je, dan awak kena baiki yang sikit tu je. ada banyak kemungkinan.
Oleh itu, mulalah beri kasih sayang kepada mereka.
Beri mereka kasih sayang yang paling manis.

Manis biar kasi mereka diabetes. hehe.

Lagi satu, kadang-kadang rude itu datangnya kerana awak tidak pakai kaca mata kasih sayang. Awak perlulah lihat manusia sekeliling awak dengan kasih sayang, bukan kebencian.
Kerana apa? Sebab Allah yang ciptakan mereka dan diri awak dengan kasih sayang. Siapa awak untuk menidakkan 'hak kasih sayang' kepada keluarga dan rakan awak!?
Jadi, kasihlah diri itu dahulu kemudian kasihilah orang sekeliling dengan kasih sayang yang pekat.
Nasihat mudah dari saya;
Biarlah kita mulakan dulu berbaik dan mulakan angkat tangan demi keamaan dalam sesuatu hubungan. Lagi-lagi hubungan kekeluargaan.
Mungkin mereka tunggu awak minta maaf, dan awak sendiri pun nak mereka dulu minta maaf. Jadi apa salahnya awak jadi hero dengan mulakan berbaik.
Serius, Allah sangat sayang kepada hamba-Nya yang mulakan jalinan kasih sayang yang hampir putus atau yang sudah putus. Apa kata awak mula dulu?
Moga Allah sayang dan redha kepada awak.
---
Soalan kelima, awak keseorangan.

alone
I'm alonee~
---

Wallahi demi Allah, awak tidak pernah keseorangan.
Jadilah seperti Siti Hajar yang ditinggalkan Nabi Ibrahim.

Ditinggalkan di tengah padang pasir. Ditinggalkan berdua dengan anaknya yang baru lahir iaitu Nabi Ismail. Hanya berdua sahaja!
Bayangkan...
1. Duduk berdua dengan anak baru lahir.
2. Di tengah padang pasir

3. Tiada tumbuhan dan binatang

4. Tanpa seorang suami!

Tapi dia relax dan tentang. Dia tak rasa keseorangan dan kekurangan pun padahal obviously dia memang tiada suami dan tiada perlindungan langsung. Kerapa apa? Kerana dia yakin, Allah bersamanya.
Nabi Ibrahim pun risau. Siapa yang tidak risaukan anak dan isteri kan? Sudah la ditinggal di tengah padang pasir yang kering kontang, namun baginda lakukan juga kerana ianya suruhan Allah. Walau risau, dia tahu Allah bersama dirinya serta keluarganya yang ditinggalkan itu.
Hasilnya kebahagian hingga Syurga menjadi milik Siti Hajar dan Nabi Ibrahim.
Kerana apa mereka bahagia?
Sebab mereka yakin Allah bersama mereka.

Awak, bersabarlah dan kembalilah kepada Allah. Yakinlah, akan datang kebahagiaan yang Allah janjikan untuk mereka yang sabar.
Allah sentiasa bersama awak. yakinlah!
Ingat satu perkara ini, walaupun awak berpaling tadah daripada mencintai Allah, Allah tetap akan sayang awak. Walaupun awak lupa Allah selama ini, Allah tetap cinta awak.
Why not kali ini awak balas cinta Allah?
InshaAllah awak akan hilang rasa lonely.

---
Soalan terakhir, selalu tengok perkara lucah.

---

Saya kategorikan ini sebagai ketagih.
Iya, ketagihnya dengan perkara lucah seperti ketagihnya kita seorang perokok kepada rokok. Walaupun tahu kesannya yang tidak elok, tetap mahu merokok.
Jadi anda terlalu terikat dan ketagih dengan pornografi.
Tiada apa yang mampu saya nasihatkan kecuali tiga perkara sahaja:

1. RAPATLAH DENGAN ORANG BAIK.
Ceritakan kepada mereka masalah awak.
Berikan kepercayaan awak kepada mereka.
Mereka akan bimbing awak. Bantuan dan nasihat untuk kamu berhenti ketagih akan diberi.
Percayalah, kawan saya ada yang berhenti merokok. Tidak merokok langsung dah, hasil melepak dengan orang baik. Juga kerana join usrah yang bagus.
Mula dia rasa bersalah, "Takkan la aku nak merokok depan member aku yang baik ini..."
Lama kelamaan, "Aku dah tak nak merokok sebab Allah Maha Melihat. Aku nak jadi baik depan Tuhan, bukan depan kawan-kawan..."
Ini antara kekuatan dalam perubahan yang akan kita dapat apabila bersahabat dengan orang baik.
2. PORNOGRAFI PUNCA HATI MATI.
Mungkin punca awak susah nak berubah tinggalkan jahiliah ialah kerana hati mati. Apa punca hati rosak? Hati rosak kerana mata yang rosak. Kerana daripada mata jatuh ke hati, apabila rosak mata maka rosaklah hati.
Jadi, apabila kita bersungguh-sungguh nak berubah, kita akan sedaya upaya jaga mata.
3. JANGAN PUTUS ASA
Apa-apa pun, sentiasa yakin Allah sentiasa bersama dan Allah cinta hamba-Nya yang ingin berubah meninggalkan jahiliah.
Sekian.
---
Saya cadangkan ukhti pinjam buku kawan-kawan yang ada buku #henshinnukilan saya. Sana, saya ceritakan panjang tentang semua masalah ukhti bahkan masalah-masalah mainstream yg lain juga. Saya guide step by step cara nak tinggalkan jahiliah. Moga Allah permudah urusan ukhti.
---
Awak, akan tiba satu saat nanti awak akan mati, kemudian berjumpa ilahi. Maka jadikan hari ini sebagai hujah awak bahawa awak sudah berubah.
Percayalah, Allah sentiasa bersama awak.
Yakinlah, Allah sayang dan cinta awak.

Kerana awak orang yang bertaubat.

Syurga; Moga ketemu Ilahi dan Nabi Muhammad di sana yaa!
Seorang Hamba,
Aiman Banna.

Pengasas AQADA.

_____
p/s:
Kongsikan ya? Kadang-kadang kita tidak tahu siapa antara kawan dan keluarga kita yang ada masalah. Kerana mereka sering diamkan jahilia dan berlakon sebagai satu watak yang tiada masalah. Mungkin kerana mereka mereka segan kot.

Sebarkan kepada sahabat dan keluarga andai anda rasa artikel ini bermanfaat.

You May Also Like

8 comments

  1. Perkongsian yang penuh bermakna.. terima kasih :')

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.

    Jawapan yang matang. Allah sayang!

    ReplyDelete
  3. Nice sharing... Sy bookmark siap2 utk sampaikan tazkirah rutin mingguan di sekolah nnt...

    ReplyDelete
  4. Macam biasa Aiman Banna writings is easy to digest and just straight to the point (sentapp).

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
  5. proud of you! about my age, but already so wise. :)keep motivating people!

    ReplyDelete
  6. Siqah suka tulisan Aiman Banna. Baca Coklat Tarbiah dan Coklat Tarbiah 2 je. Baru nak follow dia kat Twitter lah ni. Baru tahu dia ada Twitter. Hee.

    Menarik perkongsian dia dan cara dia menjawab soalan pun bagus. #deep

    ReplyDelete
  7. Perkongsian yang memberi manfaat. Terima kasih.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p