Resepi Masakan Cina - sotong telur masin, siakap stim, sayur campur, kailan, sup & tauhu

by - November 19, 2017
Menu yang biasa dan paling familiar saya pernah dengar kalau berkaitan dengan Cina ni ialah Nasi Goreng Cina je hahaha. Rupa-rupanya banyak lagiii menu nya. Masakan Cina sentiasa menambat selera lebih-lebih lagi apabila berkumpul bersama keluarga. Hidangan ini tidak begitu pedas & boleh dinikmati  oleh anak-anak kecil yang jenis tak tahan atau tak suka pedas.. Selain mudah disediakan & tidak mengambil masa yang lama untuk dimasak, sajian menu masakan Cina juga berkhasiat untuk seisi keluarga. Sesekali apa salahnya mencuba menu-menu yang luar daripada kebiasaan. kan kan kan ;)


6 Resepi Masakan Cina Mudah dan Sedap


SOTONG TELUR MASIN
sotong telur masin
Resepi Masakan Cina - resepi sotong telur masin
Bahan-bahan:
1 cawan tepung ubi
2 biji telur putih
500gm sotong | dihiris
2 biji kuning telur masin
2 tangkai daun kari
7 biji cili padi | dicincang
3 sudu makan mentega
Gula secukupnya
Minyak masak secukupnya

Cara membuat:
1. Salut sotong dengan putih telur dan tepung ubi.
2. Panaskan minyak dan goreng separuh masak.
3. Masukkan daun kari, cili padi dan gula secukup rasa.
4. Seterusnya masukkan kuning telur masin yang telah dikukus dan dicincang.
5. Masukkan mentega dan gaul rata. Goreng sehingga sotong menjadi rangup.
6. Angkat dan hidangkan.



SIAKAP STIM NYONYA
siakap stim ala nyonya
Resepi Masakan Cina - resepi siakap stim nyonya | credit image: sariyusa.blogspot.com
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap | dibersihkan
2 biji terung | dipotong
5 biji bendi | dipotong
3 tangkai kacang panjang | dipotong
1 biji tomato | dipotong
2 biji cili merah | dihiris
3 ulas bawang putih | ditumbuk
1 kuntum bunga kantan | dihiris
1 batang serai | diketuk
1 sudu makan jus limau nipis
1 sudu makan air asam jawa
Gula dan garam secukupnya
Sedikit minyak masak

Cara membuat:
1. Kukus ikan siakap sehingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, cili merah, serai, bunga kantan, jus limau nipis, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Biarkan seketika.
3. Dalam kuali lain, goreng bendi, kacang panjang, terung, tomato dan cili merah dengan sedikit minyak.
4. Masuk ke dalam kuali berisi tumisan yang pertama tadi. Gaul rata.
5. Tuang bahan-bahan yang digoreng tadi ke atas ikan yang telah dikukus. Sedia untuk dinikmati!

LOH HON ZHAI (SAYUR CAMPUR)
loh hon zhai sayur campur
Resepi Masakan Cina - resepi sayur campur loh hon zhai | credit image: sayapenggemarmakanan.blogspot.com
Bahan-bahan:
60 gm kubis bunga
60 gm brokoli
60 gm cendawan
60 gm lobak merah
50 gm kacang sepat (pea)
2 keping Taukan
1 sudu makan stok ayam
Gula dan garam secukupnya
Sedikit minyak masak

Cara membuat:
1. Celur semua sayur beberapa minit.
2. Goreng semula sayur-sayuran tadi dengan sedikit minyak
3. Masukkan Taukan, stok ayam, gula dan garam dengan secukup rasa.
Sedia untuk dihidangkan

HONG KONG KAILAN YING YONG
hong kong kailan ying yong
Resepi Masakan Cina - resepi hong kong kailan ying yong | credit image : intizhar-kalamhati.blogspot.com
Bahan-bahan:
250 gm sayur kailan
2 ulas bawang putih | dihiris
200ml air
1 sudu makan tepung jagung
400ml minyak sayuran
1 sudu teh sos tiram
Garam dan lada sulah secukupnya

Cara membuat:
1. Asing batang dan daun kailan. Batang kailan dibelah dua dan dipotong memanjang.
2. Panaskan minyak sayuran dan goreng daun kailan sehingga garing dan rangup. Angkat dan letak dalam pinggan hidang.
3. Keluarkan minyak masak dari kuali dan tinggalkan lebih kurang tiga sudu makan.
4. Apabila minyak sudah panas, masuk batang kailan dan bawang putih. Kacau rata.
5. Masukkan sedikit air dan gaul sehingga batang kailan lembut.
6. Tambah sos tiram, garam dan lada sulah.
7. Jika ingin sos yang pekat, anda boleh tambah campuran tepung jagung dan air.

SUP XI CHUAN
sup xi chuan
Resepi Masakan Cina - resepi sup xi chuan
Bahan-bahan:
2 sudu makan stok ayam pekat
200 gm cendawan black fungus
2 keping tauhu | dipotong dadu
3 hiris halia
2 ulas bawang putih | dihiris
2 sudu makan sos soya
4 biji cili padi | dipotong
1 sudu makan minyak bijan
2 batang daun bawang
Sedikit daun ketumbar
3 sudu makan cuka putih
2 sudu makan tepung jagung
1 biji telur
Air secukupnya

Cara membuat:
1. Panaskan kuali dan tuang stok ayam pekat, air, cendawan black fungus, halia, bawang putih, sos soya dan cili padi. Tutup kuali dan biar mendidih.
2. Besarkan api dan masukkan tauhu. Masukkan telur dan kacau perlahan.
3. Campur tegung jagung dengan cuka, kemudian tuang ke dalam kuali dan kacau. Masak sehingga sup pekat.
4. Tuang ke dalam mangkuk hidangan. Tabur daun bawang dan daun ketumbar.

TAUHU MUKMIN
tauhu mukmin
Resepi Masakan Cina - resepi tauhu mukmin
Bahan-bahan:
500ml air soya
2 biji telur
200gm sayur manis
200gm jeruk daun salad
6 tangkai cili kering
50gm isi ayam
2 sudu makan kicap air
Sedikit daun bawang
Minyak masak secukupnya

Cara membuat:
1. Untuk menyediakan tauhu, campurkan telur dan air soya dan kukus selama 20 minit sehingga pejal.
2. Untuk membuat sos, panaskan minyak, masukkan cili kering, isi ayam, sayur manis dan jeruk daun salad. Ketepikan.
3. Di dalam kuali yang berasingan, goreng tauhu yang disediakan tadi sehingga garing dan berwarna kuning keemasan.
4. Angkat tauhu dan letak dalam pinggan hidangan. Tuangkan sos di atas tauhu goreng tadi.
5. Masukkan kicap air dan taburkan daun bawang. 
Sedia untuk dihidangkan!

sumber all of these recipe: akhbar Sinar Harian/ ruangan rasa WOW!



You May Also Like

5 comments

  1. Sedapnya. Nanti nak cuba. TQ share resepi. Dah terliur dah ni.

    ReplyDelete
  2. Umi memang peminat masakan cina lebih2 lagi sejak dari dulu sebab mudah dan ringkas..

    ReplyDelete
  3. Masakan cina sedap dan nampak sihat :)

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p