kenapa rebus ikan tongkol? here's the reason why

by - September 28, 2017
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! Makan apa lunch ni? Atau untuk suri rumah, masak apa harini? Hehehe. Alkisah.. Tadi abi beli ikan tongkol segar untuk esok. Biasa lah, kadang-kadang saja beli siap-siap. Senang esok tak perlu dah beli lauk dah di pasar/ kedai. Okay so, topiknya sekarang adalah.. rebus + ikan tongkol.


kenapa rebus ikan tongkol? here's the reason why

kenapa rebus ikan tongkol? here's the reason why
kenapa rebus ikan tongkol? here's the reason why
Rebus bukan sekadar rebus biasa tau. Ada bahan tertentu yang dimasukkan bersama-sama ikan tongkol.

Selepas umi basuh bersihkan ikan tongkol, umi panggil.. "kakcikkk.. sini. belajar nih" sambil umi masukkan air ke dalam periuk berisi ikan tongkol dan bahan-bahan yang lain:

3-4 asam keping
1 sudu kecil garam
1 sudu kunyit

Umi mulakan muqaddimah "kakcik kena belajar ni. dulu wan (mak kepada umi) ajar umi, sekarang umi ajar kakcik".

Saya pun tengok jelah. Pelik "kenapa umi rebus ikan tongkol ni?"

Umi pun jawab "orang dulu dulu mana ada peti ais. so, dorang rebus lah macam ni bagi tahan lama".

Tapi bukan tu sahaja tau.. air rebusan tu jangan dibuang pula. umi kata air rebusan ikan tongkol tu nanti boleh dikisar (blend) sekali bersama dengan bahan-bahan masakan esok (bawang, cili). Hasilnya, masakan ikan tongkol (contohnya kari) akan lebih sedap dan umphhh! Hehehe.

Tu la sedikit tip masakan yang mungkin ada orang tak tahu. Sebab saya pun tak tahu hahaha. Biasa nampak umi buat tapi tak tahu apa fungsinya.

kenapa rebus ikan tongkol? here's the reason why
kenapa rebus ikan tongkol? here's the reason why
Oh, mungkin ada yang nak tahu berapa lama kena rebus? Dalam 5-10 minit macam tu je. 

Lepastu tutup periuk. Biar berendam. Kalau nak guna ambil lah.

Semoga bermanfaat. Daaa~ wassalam! :)

BACA JUGA:

You May Also Like

6 comments

  1. Kak Sha bru tahu..padahal ikan kegemaran ni..tapi memang suka rebus ikan ni,,nak2 kalau nasi dagang..fuhh...

    ReplyDelete
  2. baru tau kena rebus dulu....tapi kak lina jarang sangat makan ikan tongkol

    ReplyDelete
  3. CCL pun baru tahu , rupanya ikan tongkol ni kalau direbus tahannya lebih lama

    ReplyDelete
  4. Jarang mkn ikan tongkol.. tp mmg sedap kan.. tq bgtahu tips ni.

    ReplyDelete
  5. baru tahu pasal ni. So tak payah masuk peti ais pun boleh tahan lama la? Nak kena cuba ni!

    ReplyDelete
  6. Cikla pun baru tau ni. Selalu lepas bersihkan ikan to gaol ni cikla terus masak je. Patutlah isi ikan macam keras sikit.. Nnti boleh cuba ni.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p