Kad KISS - Kasih Ibu Smart Selangor | Syarat Kelayakan & Cara Mendaftar - sayidahnapisahdotcom Kad KISS - Kasih Ibu Smart Selangor | Syarat Kelayakan & Cara Mendaftar
LightBlog

Kad KISS - Kasih Ibu Smart Selangor | Syarat Kelayakan & Cara Mendaftar

Terpampang besar perkataan KISS di tajuk entri ni. Tapi bukan kiss muahhh muah ye hahahaha. So what is it? Lets check it out! p/s: saya pun baru je tahu benda ni tengahari tadi melalui whatsapp yang diviralkan haha.


APA ITU KISS?

Kad KISS - Kasih Ibu Smart Selangor | Syarat Kelayakan & Cara Mendaftar
KISS - Kasih Ibu Smart Selangor | credit image: www.kiss.com.my
Bagi menghargai pengorbanan besar kaum ibu, Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), sebuah program kebajikan khusus bagi kaum ibu di kalangan golongan berpendapatan rendah (Kumpulan B40).

Program ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas.

Peserta program dapat membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara tanpa tunai (cashless).


MANFAAT KAD KISS

kad kiss
kad kiss #smartselangor | credit image: www.kiss.com.my
​-- Kad KISS akan diberi kepada setiap ahli yang layak
-- Kad KISS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar
-- Urusniaga pembelian barangan keperluan asas adalah secara tanpa tunai (cashless)
-- Pembelian barangan keperluan asas adalah terhad sebanyak RM 200 sebulan
-- Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan  hadapan
-- Kad KISS akan ditambah nilai ke tahap RM 200 pada setiap bulan secara automatik


SYARAT KELAYAKAN KISS

1.  Warganegara Malaysia; dan
2.  Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun ; dan 
3.  Pemilih berdaftar di Negeri Selangor; dan 
3.  Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 21 tahun; dan
4.  Pendapatan isi rumah di bawah RM 2,000 sebulan.

syarat kelayakan kiss
KISS - Kasih Ibu Smart Selangor Syarat Kelayakan | credit image: www.kiss.com.my

CARA MENDAFTAR KISS

1. Secara atas talian
--menerusi laman web www.kiss.com.my (akan datang. belum ada lagi); 

atau
2. Secara manual
--lengkapkan borang pendaftaran program KISS kemudian serahkan kepada Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri.

SENARAI ALAMAT PEJABAT AHLI DEWAN NEGERI KERAJAAN DAN PENYELARAS DUN : klik SINI

Di mana nak dapatkan BORANG PENDAFTARAN KISS (KISS Selangor Application Form) ?

muat turun sahaja di SINI.

ATAU

boleh diambil di:
​1. Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
2. Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
3. Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
4. Pusat Wanita Berdaya

SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS YANG DILULUSKAN
​1. Beras
2. Mi dan Bihun
3. Roti
4. Biskut
5. Telur
6. Gula dan Garam
7. Rempah ratus
8. Tepung
9. Minyak masak
10. Sayur-sayuran
11. Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
12. Sabun dan bahan pencuci (detergent)
13. Lampin pakai buang (bayi / dewasa)
14. Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis
15. Barangan persekolahan – kasut, beg, buku, alatulis, pakaian seragam dan sebagainya
Take note!
Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian.Tiada had dari segi jenama barangan yang dipilih.

PANDUAN HARGA PENGGUNA: klik SINI

Ada sebarang pertanyaan atau maklumat tambahan? Hubungi KISS.
NO TELEFON: 03-55256600     
NO FAKS: 03-55256900 
EMEL: admin@selcare.my


info tambahan dari unknown--> 

1. Sebelum isi borang KISS, pastikan si penama seorang pengundi atau telah pun mendaftar undi di negeri Selangor agar borang KISS anda diterima.

Kad KISS - Kasih Ibu Smart Selangor | Syarat Kelayakan & Cara Mendaftar
borang pendaftaran KISS - Kasih Ibu Smart Selangor

2. RM200.00 boleh ditebus dalam masa sebulan walaupun bagi pembelian awal bulan ada berbaki RM30.00. Boleh ditebus.


BACA JUGA:

Post a Comment

3 Comments

  1. tahun depan mak dah boleh isi borang kad ni dah sebab cukup 10 tahun. Yeayyy!!

    ReplyDelete
  2. Your post topic is very unique and good for the readers so i am really impress so carry on for more unique post because people will follow more your site. Thanks and Again Thanks

    ReplyDelete
  3. very helpful content!! thank you for updating:) smadav 2019 windows 10

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p