dapat duit raya 2020 melalui online (in advance) ehem.. - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Tuesday, May 19, 2020

dapat duit raya 2020 melalui online (in advance) ehem..

dapat duit raya 2020 melalui online (in advance) ehem.. | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Pejam celik pejam pejam celik celik.. eh eh tinggal lagi 4 hari je bulan puasa Ramadan! Ahad ni inshaaAllah kita menyambut 1 Syawal. So.. duit raya dah sedia ke belum? Dah bahagi bahagi ke belum? Haha. Duit raya kalau takde tak sah ya. Bulan Raya dengan duit raya memang tak dapat dipisahkan. Ianya bagai aur dengan tebing. Bagai saya dengan awak. Ehh hehe. Walaupun saya dah tua, dah jejak ke umur 27 tahun this 2020 year.. Tapi nak juga DUIT RAYA! Den tak kira. walaupun di-transfer online banking, den terima dengan hati dan mata yang terbuka haha.

Al maklumlah.. Bila masih single tak kahwin lagi + jadi adik bongsu dari 5 beradik yang masing masing berkerja stabil, hampir jatuh wajib dapat duit raya setiap tahun ya dari kakak kakak abang abang kak ipar abang ipar.. eventhough saya dah ada kerja sendiri + anak sedara dah ada LAPAN haha but still.. Tetap ku hulur tangan menerima money money moneyy yeah.

Rezeki jangan ditolak kan. Untung dapat adik beradik yang baik hati ni muehehee.


dapat duit raya 2020 melalui online (in advance), ehem..


For this year, saya tak ingat sangat pun pasal duit raya ni. Yelah Raya pun belum jenguk tiba kan so macam tak ambil kisah sangat.

Then minggu lepas, kakngah whatsapp inform dia dah bank in duit raya kat akaun cimb saya. And i was like.. HA?!

Tapi terkejut tu bertahan 2 saat jela. Lepastu sengih senyum sampai ke telinga hahaha.

Yelaah dapat duit raya siapa je yang tak syok kan? Lebih lebih lagi bila kita dapat time agak 'kering' and at unexpected time. Lepas kakngah, alang pula.. Katanya dah transfer duit raya online cimbclicks.

Lepas alang, kakyong pula bagi! Fuh.. Memang duit raya 2020 in advance ni. Tak sampai 27 Ramadan lagi tapi dah merasa duit raya.
dapat duit raya 2020 melalui online
dapat duit raya 2020 melalui online
dapat duit raya 2020 melalui online
dapat duit raya 2020 melalui online
p/s: amount berapa dapat tu dirahsiakan ya hahaha.

Yang si abangder pula bila dah tengok si kakngah kakyong alang dah bagi siap siap duit raya 2020 awal awal.. Dia pesan kat saya "don't worry. Nanti der bagi". Hahahaa.

Sebelum ni tak pernah pernah dapat duit raya melalui online.. Tahun ni baru merasa. Feeling gembira tu sama je. Cuma obviously laa, kalau dapat face to face lagi best dan lagi seronok. Bersalam-salaman, bermaaf-maafan, hug kisses muah muah pipi di pagi Raya.. Lebih bermakna memori yang dicipta.

Tetapi apakan daya kan..

Musim PKP ni tak dibenarkan merentas negeri. Nak beraya sama sama memang harapan tinggal kenangan lah. Tapi bagus pun buat macam tu demi mengelakkan mudarat dan demi memutuskan rantaian covid-19 di Malaysia.

Kalau ikut perancangan, tahun ni adik beradik and family semua berkumpul beraya kat rumah ni. Dengan umi abi.

Kami semua dah siap beli baju raya sedondon (yang perempuan). Shopping sama sama cari kain ela haritu. Punya semangat nak raya sama tahun ni. Tu yang agak terkilan dan sedih tak dapat nak berkumpul sama Syawal ni.

Its okay. Kita merancang, Allah pun ada perancangan dan we all know that His plan lebih baik dan ada hikmahnya.

InshaaAllah moga tahun depan tiada lagi wabak virus corona covid 19 dan seangkatan dengannya. Moga kita semua dapat raikan Raya bersama sama dengan keluarga tersayang Aamiin.

Tahun ni juga, nampaknya tak laku lah my entri Tarikh Tukar Duit Raya di Bank, Cara Tukar Duit Raya Baru di Mesin ATM Maybank dan entri Bonus Raya Untuk Penjawat Awam hehee.

Last but not least..

Pada sesiapa nak beri saya duit raya, saya boleh bagi nombor akaun CIMB & Maybank saya kahkahhh.

Okay hambar sayidah hambar.

Till next time, daa~ wassalam! :)

BACA JUGA:

6 comments:

  1. Ya Allah saya pun masih dapat walaupun saya anak sulung. Agaknya sebab saya belum kahwin.
    Apapun alhamdulillah atas rezeki.

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam. alhamdulillah rezeki best nya beraya ^_^

    ReplyDelete
  3. awal dapat duit raya hehe.. semalam tolong kakak pergi tukar duit raya kat bank pun tak ramai sangat tapi kena tunggu turn sorang-sorang tu lama juga lah

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p