Contoh ucapan, cara 'halus' berkias elak tetamu datang beraya - sayidahnapisahdotcom

Breaking

Tuesday, May 12, 2020

Contoh ucapan, cara 'halus' berkias elak tetamu datang beraya

Contoh ucapan, cara 'halus' berkias untuk elak tetamu datang beraya di rumah | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Aik? Belum lagi tiba hari raya tapi dah ada ucapan raya ke? Ho ho ho.. yang saya maksudkan bukan ucapan raya beshe beshe tetapi ni adalah template/ contoh ucapan 'khas' menolak tetamu yang ada hajat yang tinggi untuk datang beraya ke rumah. Tips elak tetamu datang raya, cara halus tolak tetamu raya, cara sopan tolak kawan ajak raya, cara berkias bila keluarga rancang berkumpul hari raya, contoh ucapan raya pkp 2020, contoh ucapan tolak orang nak datang beraya, contoh ucapan raya 2020 mco. Fuhhh!

But.. awat tetibe je muncul pasal ni?
Contoh ucapan cara elak tetamu datang beraya
Contoh ucapan cara elak tetamu datang beraya
Recently, Perdana Menteri (PM) Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin ada mengumumkan bahawa perjalanan merentas negeri balik kampung tidak dibenarkan tapi beraya satu negeri / pergerakan merentas daerah dibenarkan.

Maka, bergembiralah mereka yang keluarga duduk dekat dekat, sanak saudara yang duduk dalam 1 negeri.. kerana boleh sambut Raya sama sama. Tapi tahukah anda?

Walaupun PKPB dijalankan, kita seharusnya perlu menjaga jarak sosial, elak dari berkumpul ramai-ramai, gathering or 'open house' Raya untuk memutuskan rantaian covid-19.

Mungkin ada sesetengah daripada kita ada kesedaran sivik yang bagus dan tak berniat pun nak datang raya ke rumah orang lain kerana itu boleh membawa mudarat TETAPI....!

Tetapi ada je sesetengah orang yang dah plan nak berkumpul Raya sama-sama, masak lemang ketupat rendang daging ayam sama-sama, bersalam-salaman di pagi Raya, datang ziarah rumah jiran, buat mini open house kumpul kawan kawan yang dekat........ermmm..

Boleh tak cancel kan perancangan tersebut? hahaha.

Okay lah mungkin ada yang takde hati pun nak join tapi taktahu macam mana cara nak tolak.

Tak tahu nak balas apa kalau ada yang whatsapp "boleh tak nak datang beraya?".

Tak tahu nak cakap apa kalau ada yang mengajak beraya sama sama.

Tak tahu nak tolak tetamu raya secara sopan, halus dan berkias.

Okay takpe, mungkin suggestion kat bawah ni anda boleh ikut hehehe.

Contoh ucapan, cara 'halus' berkias untuk elak tetamu datang beraya di rumah


- - MAAF dari hujung rambut sampai hujung kaki. Walaupun beraya 1 negeri dibolehkan, kami tak terima tetamu tahun ni ye. Harap jangan ada yang berkecil hati, memandangkan dalam rumah kami ada insan-insan yang berisiko mudah terkena jangkitan. Demi keselematan bersama kita patut elakkan.

#kitajagakita
#stayathome
#dudukrumah
Contoh ucapan cara elak tetamu datang beraya
Contoh ucapan cara elak tetamu datang beraya | sumber: Hifzanur Azzyati
Kalau rasa macam ucapan kat atas ni agak kasar atau tak sampai hati nak tulis macam tu, okay takpe.

Anda boleh beri gambar screenshot kat bawah ni kepada mereka mereka. Haa.. share pesanan Public Health Malaysia ni di group-group whatsapp ya.

Senang. Ringkas tapi padat. Mudah dan cepat. Pantas dan efficient.
Contoh ucapan cara elak tetamu datang beraya
Contoh ucapan cara elak tetamu datang beraya
"Perhimpunan keluarga ini dihadiri oleh salah seorang yang telah dijangkiti (tidak bergejala). 7 individu telah dijangkiti, 4 maut termasuk ibu dan 3 anaknya. Kongsikan gambar ini kepada ahli keluarga anda yang telah merancang untuk berhimpun secara besar besaran hari raya nanti"
Contoh ucapan cara elak tetamu datang beraya
Contoh ucapan cara elak tetamu datang beraya
Tak cukup dengan tu, boleh juga share artikel yang bertajuk:

"Buka Puasa Beramai-Ramai, Gagal Patuh SOP, 16 Orang Ahli Keluarga Termasuk Ibu Bapa Dijangkiti Covid-19 Di Bahrain"

Haa tudiaa. Nampak tak kesan kalau langgar peraturan yang ditetapkan SOP? Kesannya boleh lihat di atas.

Nauzubillahi min zalik~

Kita bukanlah nak putuskan silaturrahim atau nak bersikap kurang ajar ke apa kan... Tapi dah kalau dalam rumah tu ada golongan yang mudah terkena penyakit contohnya bayi, kanak-kanak, orang tua, warga emas, atau yang ada penyakit kronik.. tolonglah.

Tolonglah jangan korbankan nyawa semata-mata nak jaga hati orang lain atau terima tetamu luar yang mahu datang beraya.

Ingatlah orang yang tersayang. Anda mampu mengubahnya. InshaaAllah Aamin. Usaha tangga kejayaan ye dak? Allah pun suruh kita berusaha. Bukannya menyerah tanpa usaha :)

Okay itu sahaja, till next time, daaa~ wassalam! :)

2 comments:

  1. betul harap semua boleh faham akan keadaan sekarng ni...raya tahun depan je lah hehe

    ReplyDelete
  2. Walau merentas daerah satu negeri dibenarkan.Kak PC sangat berharap semua orang faham akan hal ini..kerana walau satu negeri..tapi daripada daerah yang berbeza-beza...setiap daerah ada kisah masing-masing juga.Kalau tak datang beraya pun sangat tidak berkecil hati kerana situasi sekarang semua sedia maklum.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p