kenapa AISKRIM CHOKI CHOKI popular dan ketahui RESEPI nya

Mula-mula tu saya tak tahu pun kewujudan aiskrim choki-choki ni. Yang saya tahu tengah hangat sekarang ni ialah aiskrim sumi. Tapi bila salah seorang blogger EFG yang mendapat trafik hits yang datangnya dari entri Resepi Aiskrim Choki-Choki, saya pun baru ..wowww! tak sangka pula. Lepastu baru-baru ni, keluarga dan saudara mara saya pun buat aiskrim choki-choki ni. Perghh. Pelik beno saya kenapa tiba-tiba askem chokichoki ni hits benar sekarang ni.


Kenapa Aiskrim Choki Choki Famous Popular?

  • dulu penemuan baru tak dapat dikongsi.. sekarang apa saja yang rasa nak dikongsi boleh dikongsikan
  • sebab ada orang viral dan sekarang zaman viral
Haaa tu je jawapan-jawapan yang saya boleh dapat bila ditanya kepada sedara mara dan kawan-kawan. Hehehe.


AISKRIM CHOKI CHOKI popular dan ketahui RESEPI nya
Penemuan aiskrim choki choki yang kata orang .. lazat

Resepi Aiskrim Choki Choki Sedap Dan Mudah


Bahan-bahannya 

1 tin susu cair
1 tin susu pekat
4 tin air
Secubit garam
2 sudu 1/2 tepung jagung

Cara-cara membuat Aiskrim Choki Choki

1. Kacau semua kemudian didihkan dengan munggunakan api kecil.

** tepung jagung : untuk bagi lembut
** garam : membangkitkan lemak & mencegah kembung
** air : guna air tapis yang sudah dimasak

2. Choki-choki dipotong. Kemudian dimasukkan di dalam plastik aiskrim dan picit-picit.

3. Selepas picit-picit , ratakan elok-elok.

Siap!


AISKRIM CHOKI CHOKI popular dan ketahui RESEPI nya
Kakak buat aiskrim choki choki yang agak tidak menjadi hehe

AISKRIM CHOKI CHOKI popular dan ketahui RESEPI nya
Yummy yummy~ aiskrim choki choki dalam peti ais!

AISKRIM CHOKI CHOKI popular dan ketahui RESEPI nya
Aiskrim milo dan anggur pun boleh kalau tak nak choki-choki :P

Selamat mencuba!



Entri RESEPI yang lain :