akhirnya~ tarikh kredit elaun tesis JPA dah keluar! - sayidahnapisahdotcom akhirnya~ tarikh kredit elaun tesis JPA dah keluar!
LightBlog

akhirnya~ tarikh kredit elaun tesis JPA dah keluar!

Setelah lama den menunggu elaun tesis JPA untuk dikreditkan. Setelah lamaaaa den menunggu saat ini. Sejak bulan lepas lagi duk check setiap hari kat akaun myself JPA saya (https://myself.jpa.gov.my) tengok ada tak maklumat tentang elaun tesis JPA, dah update ke belum. Duk pelik laa kenapa tak masuk-masuk lagi kan sebab ada yang lebih lewat sikit hantar dah terima tarikh kredit elaun tesis mereka. Pelik satu. Takut pun satu hal jugak. Yelaa takut dokumendokumen yang kita dah beri kat pihak JPA tak diproses lagi. Tapi tu okay lagi. Mahunya kena tolak sebab tak cukup syarat haaaa lagi naya tu.

KRONOLOGI PERISTIWA SAYA EMAIL JPA TENTANG ELAUN TESIS JPA

akhirnya~ tarikh kredit elaun tesis JPA dah keluar!
tarikh kredit elaun tesis JPA di akaun Myself saya


23/6/16 - kawan saya hantar by hand dokumendokumen yang diperlukan untuk tuntutan elaun tesis JPA (rujuk SINI untuk tahu dokumen apa yang diperlukan).
22/7/16 - disebabkan hampir sebulan tiada berita + call JPA tak berangkat-angkat (sabo jelaa) + pokai(uhuk), so saya email pihak JPA tanya tentang status tuntutan saya tu. Lepastu dia reply: minta nama penuh, no.kad pengenalan dan insitusi pengajian saya untuk semakan. (so, nasihat saya kepada sesiapa yang nak email JPA bertanyakan status tuntutan korang.. terus lah bagi maklumatmaklumat ni sekali). Lepastu dia tak balasbalas.
26/7/16 - saya email lagi sekali tapi ke email JPA yang berbeza pula.
28/7/16 - JPA reply email: "Permohonan Elaun Tesis saudari telah diterima dan diproses oleh Unit ini. Bayaran dijangka akan diterima pada pertengahan Ogos 2016."
8/8/16 - saya terdetik nak check di myself JPA. Then, tengok-tengok.. tarikh kredit elaun tesis RM300 saya pada 4/8/16. Whoaa Alhamdulillah finally~ T.T

Senarai email JPA yang boleh dihubungi (berkaitan biasiswa/tuntutan elaun JPA):
1. farhana.abdullah@jpa.gov.my
2. suhana.omar@jpa.gov.my
3. bayarandn.bmi@jpa.gov.my
4. kerjaya.bl@jpa.gov.my
5. nurul.saidin@jpa.gov.my


Mungkin ada yang nak tahu atau nak tengok contoh ayat saya semasa email JPA bertanya tentang status tuntutan elaun tesis ni kan. Boleh tengok di bawah ni tapi jangan gelak ye. Sebab skema sikit hahaha.
akhirnya~ tarikh kredit elaun tesis JPA dah keluar!
email saya yang kedua kepada JPA


Subject : PERTANYAAN TENTANG ELAUN TESIS JPA

Assalamualaikum dan hello.

Saya nak tanya berkaitan dengan tuntutan elaun tesis JPA. Haritu 23 Jun saya dan kawan-kawan saya ada hantar dokumen-dokumen yang diperlukan bagi memohon tuntutan tersebut (by hand) di pejabat JPA, Putrajaya. Tetapi sehingga sekarang tiada maklum balas, tiada duit dikreditkan. Saya cuba call banyak kali pihak JPA, tapi tidak berangkat. Maka, saya cuba alternatif dengan menghantar email.

Saya nak tahu bagaimana dengan status permohonan tuntutan saya dan kawan-kawan tersebut?

NAMA PENUH: SAYIDAH NAPISAH BINTI MAR RAMLI
NO KAD PENGENALAN: 930802-08-XXXX
INSITUTUSI: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM), SERDANG

Terima kasih.
Semoga bermanfaat. Goodluck!

Baca entri lain:

Post a Comment

1 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p