http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

MAKLUMAN TERKINI BERKENAAN PROGRAM STAR

By 9:59:00 PM

Apa itu Program STAR?

Program STAR (Scholarship Talent Attraction And Retention) adalah satu program yang membenarkan pelajar tajaan JPA berkerja dengan syarikat swasta yang terpilih bagi memacu usaha Program Transformasi Ekonomi (ETP) selain memenuhi syarat berkhidmat.

Apa fungsi STAR?


Fungsi STAR yang utama : bila JPA scholars kerja dengan swasta, ada beberapa proses & dokumendokumen yang diperlukan oleh JPA supaya pekerjaan uols boleh dikira sepadan dengan berkhidmat untuk kerajaan, sebagaimana rakan-rakan lain yang kerja kerajaan. Iaitu berdasarkan perjanjian biasiswa masingmasing. Proses utama ini dipanggil 'Regularisasi STAR'
Di samping itu:
-platform utk memudahcara graduan JPA dengan majikan berdaftar STAR bagi yang memerlukan. Kalau dpt kerja sendiri, beribu-ribu tahniah, itu yg terbaik. Dan kami akan tetap bantu utk Regularisasi STAR.


Bila boleh menyertai Program STAR?

Pemegang biasiswa JPA (bidang pengajian selain perubatan/pergigian/farmasi) adalah dikehendaki untuk menyertai program STAR hanya apabila telah melapor diri dan telah memohon sekurang-kurangnya 5 jawatan dengan SPA yang mana terkemudian.

MAKLUMAT TAMBAHAN DAN MAKLUMAN TERKINI BERKENAAN STAR:

MAKLUMAN TERKINI BERKENAAN PROGRAM STAR
MAKLUMAN TERKINI BERKENAAN PROGRAM STAR

(1) Pegawai SPA TalentCorp – ditukar kepada Pegawai TalentCorp

(2) Tambahan ‘FAQs’ berkenaan STAR adalah seperti di bawah:

a. Bolehkah pelajar berdaftar di STAR sekiranya status lapor diri di MySELF belum lengkap? Ini kerana terdapat dokumen lain lagi yang diperlukan selepas konvokesyen.

- Boleh

b. Bagaimana untuk mendatfar dengan STAR?

- Emel kepada sekretariat STAR (star@talentcorp.com.my) atau pegawai Talentcorp seperti berikut untuk proses pendaftaran selanjutnya:
o    Cik Halimatusaadiah:   03-8892 3880
o    Cik U’mi Nona:             03-8892 3863
o    Talian umum:              03-8892 3800

- Nanti mereka akan guide

c. Apakah dokumen yang diperlukan untuk mendaftar di bawah STAR?

- Graduan perlu mengemukakan bukti screen shoot Lapor Diri Myself dan permohonan 5 jawatan SPA yang setaraf

d. Adakah program STAR ni wajib bagi semua pelajar tajaan JPA..atau hanya yang nak bekerja under swasta sahaja? 

- Wajib bagi semua pelajar tajaan Biasiswa Persekutuan di bawah JPA. Pelajar pinjaman JPA tak perlu. Selepas menamatkan pengajian, lapor diri di MySelf, mendaftar dengan SPA dan kemudian mendaftar dengan STAR

e. Apakah tindakan yang akan dikenakan jika tidak mendaftar STAR?

- Bergantung kepada dasar / budibicara JPA dari semasa ke semasa

f. Jika pelajar tajaan JPA yang sambung master..adakah wajib daftar program STAR?

- Tidak perlu mendaftar STAR, tetapi wajib memohon penggantungan ikatan kontrak melalui Borang J5 (boleh ambil di laman website JPA)

g. Selepas daftar program STAR..kena tunggu ke..atau macam mana?

- Graduan digalakkan untuk memohon pekerjaan sama ada dengan majikan-majikan di Malaysia. Inisiatif secara proaktif sebegini dapat meningkatkan lagi kebolehpasaran graduan dan memberi gambaran kepada majikan bahawa graduan benar-benar berminat untuk membina kerjaya dengan majikan tersebut. Dalam masa yang sama, majikan-majikan yang telah mendaftar di bawah STAR juga boleh mengakses resume / CV yang telah dimuatnaik ke portal STAR

(3)  GRADUAN JURUSAN FARMASI juga kini telah dibenarkan untuk menyertai program STAR dengan mengemukakan dokumen seperti berikut :
- Lapor Diri MySELF & permohonan di SPA
- Notifikasi emel yang memaparkan Nombor pendaftaran Provisionally Registered Pharmacy (PRP) melalui sistem BLESS di bawah Lembaga Farmasi Malaysia.
- Surat tawaran untuk menjalani latihan PRP di farmasi swasta yang terpilih (sekiranya sudah mendapat tawaran)

(4) Bagi graduan yang belum mendapat tawaran penempatan untuk menjalani latihan PRP, graduan boleh membuat permohonan PRP ke Listed recognised premises pharmacy seperti di yang tersenarai didalam laman sesawang LFM.


Jika ada sebarang kesulitan atau pertanyaan, boleh hubungi 03-8892 3823/019-669 7240 (Aznur dari sekretariat TalentCorp).

p/s: segala info di atas adalah daripada sekretariat TalentCorp sendiri. Harap maklum.




You Might Also Like

2 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.