ada ke orang suka blog aku? - sayidahnapisahdotcom ada ke orang suka blog aku?
LightBlog

ada ke orang suka blog aku?

ada ke orang suka blog aku? tanya lagi sekali.. ada ke orang suka blog aku?

Okay atas ni adalah perbualan antara saya dengan diri sendiri ye. tiada kena mengena dengan orang lain hahaha.

Walaupun hampir setiap hari saya update blog (tapi ada je hari hari yang malas kekeke), mesti curious dalam hati "ada ke orang suka blog aku?", " ada ke orang baca entri aku?", "ada ke orang masuk blog aku ni?".

Nak kata saya risau? Nope.
Nak kata gelisah resah? Eh takk.

Its just.. tertanya-tanya. Ataupun terdetik selepas syok sendiri menulis kan haha.
ada ke orang suka blog aku?
ada ke orang suka blog aku? | image: Google
Pertanyaan "ada ke orang suka blog aku?" biasanya akan muncul bila blog sunyi sepi tanpa orang datang singgah (users online yang sedikit) dan tanpa orang drop the comment. Bila blog sendu, mula lah down. Dan tidak bersemangat untuk teruskan penulisan.

Monolog dalaman "ada ke orang suka blog aku?" juga muncul ketika pageviews blog menurun ataupun tak naik naik. Mendatarrr aje. Tengok blog orang lain naik naik, tapi blog sendiri krik krik krok krok krak krak. Patah hati uhukk.

Mesti dalam kalangan kita ada yang rasa macam tu kan? Rasa unsecure. Or feeling not satisfied dengan blog sendiri. Padahal orang lain tak cakap apa pun, kita je yang rasa macam tu.
ada ke orang suka blog aku?
ada ke orang suka blog aku? | image: Google
Kadang kadang fikiran tu datang sendiri. Tanpa dipaksa. Tanpa dijemput. Walaupun kita cuba tepis shuh kau dari sini! tapi ia.. tetap cuba menghampiri.. membuatkan kita rasa nak berhenti je ber-blogging. Rasa nak stop dari menulis. Rasa nak abaikan saja blog!

Tapi pernah tak kita terfikir...

Mungkin ada di luar sana yang menjadikan blog kita sebagai IDOLA atau INSPIRASI?

Mungkin ada silent reader di luar sana yang mengikuti penulisan kita setiap hari dalam diam?

Mungkin ada segelintir dari mereka yang admire dengan content blog kita?

Mungkin ada ramai yang 'non-blogger' kagum dengan kita yang mempunyai blog?

Mungkin ada blogger newbie di luar sana yang sedang bertatih, mahu belajar dari blog kita?

Mungkin iye, mungkin tidak. Mungkin benar, mungkin in the future yes? We never know. kan?

Tapi.. tak salah pun untuk rasa unsecure dengan blog kita sendiri. Atau rasa helpless bila membandingkan blog kita dengan blogger lain yang jauh lebih hebat (walhal semua blog hebat dengan kekuatan masing masing). Its normal to feel that way. Because I am.

Yes I am. Saya selalu je tertanya tanya ada ke orang suka blog aku yang tak seberapa ni? haha.

But at the end of the day... I just muhasabah diri.

Kau buat blog sebab apa? Adakah kau buat blog hanya sekadar untuk orang suka? Atau untuk beri manfaat pada orang? Kalau kau mati nanti, blog ni beri kebaikan pada orang lain tak untuk tolong kau di alam sana? Atau penuh dengan benda tak baik yang akan 'jatuh'kan kau di akhirat sana? Nauzubillahi min zalik.

Haaa gitchuw lew hahaha. Brutal bebeno kan time muhasabah diri.
be happy
ada ke orang suka blog aku? | image: Google
Moga kita semua istiqamah dalam menbuat kebaikan dan istiqamah dalam meng-update blog. Aamiin.

Daaa~ wassalam! :)

JEMPUT JOIN SEGMEN TERBARU SAYA: 8 Juta Special Bloglist Sayidah Napisah :)

BACA JUGA:






Post a Comment

10 Comments

  1. Saya suka! Kadang baca.. Kadang komen..
    Suka tengok kemas je.. Ada je idea dia nak menaip tu
    Selamat tahun baru sayidah

    ReplyDelete
  2. Ada jer dtg..cuma xtinggal jejak. Silent reader owg kata hehe

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya ada je orang yang singgah cuma tiada komen ditinggalkan. Masa belum ada blog dulu, selalunya jadi silent reader je😂

    ReplyDelete
  4. saya suka je baca..kagum semangat tu

    ReplyDelete
  5. baca - yes. nak komen kekadang xda idea. huhu

    kena tahu tujuan asal kita berblogging, baru hidup tenteram. :D

    ReplyDelete
  6. Apa apa pun..sentiasa berfikiran positif =D

    ReplyDelete
  7. hmmm yana pun selalu je terfikir begitu, tapi tulah teruskan juga

    ReplyDelete
  8. Ada jugak terfikir why jarang org komen kat blog ni

    ReplyDelete
  9. selalu kalau blog personal ni, memang bukan utk syok sendiri ke? hehehe... peduli je apa orang kata. asalkan blog boleh dijadikan kenangan utk masa hadapan. kot2 dah berkahwin, dah ada anak. nanti mesti teringin nak jenguk balik entri2 masa muda.

    ReplyDelete
  10. Setahun kemudian baru baca. Haha Ade ke orang suka blog aku?

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p