http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Segmen irrayyan | Sejarah Blog sayidahnapisahdotcom

By 10:11:00 AM

Segmen irrayyan | Sejarah Blog sayidahnapisahdotcom

Segmen irrayyan | Sejarah Blog sayidahnapisahdotcom
KLIK BANNER UNTUK JOIN
 

Apa sejarah blog sayidahnapisahdotcom ye? 

Jeng jeng jenggg *unsur saspens di situ* haha.

Sejarah blog sayidahnapisahdotcom takde da lah segempak atau se-menarik atau se-bombastik seperti orang lain.Sejarah blog sayidahnapisahdotcom sangat lah lawak dan ntah-pape-pape-ntah dan sangat tidak matang. Yela budak budak lagi kan masa tu.

Okay lah sejarah blog sayidahnapisahdotcom nya macam ni..

Pada suatu hari, pada tahun 2009/2010 (tingkatan 4/ 5), si sayidah napisah ni melihat kawan-kawannya si Zatie dan juga si Afaf dan ada beberapa lagi kawannya ada blog. Blog dorang wah kemain lawa gilos. Dah lah lawa, banyak followers pula tu. Entri dorang pun kemain best. Ramai komen dekat blog dorang. Masa tu saya memang tak tahu apa-apa tentang blog ni. Zero. 

Tapi disebabkan tengok dorang ada blog dan tengok macam best je, saya pun terdetik nak buat blog. Mula lah cari tutorial segala bagai, cari doodle free segala bagai, cari shoutbox yang sesuai, cari lagu yang best nak letak kat blog. Mula-mula tu memang khusyuk la nak hias blog bagai sebab yelah tengok blog dorang semua cun-cun. Rasa tercabar pula ecehh. Nak buat entri memang masa tu ikut mood dan tengok ada idea ke tidak, tak macam sekarang kira wajib satu hari satu entri. Haha.

Oh ada lagi satu sebab kenapa saya nak buat blog ni! 

Saya suka pergi blog orang. Saya suka baca entri blog orang. Saya suka explore blog orang. Dan memang time tu memang zaman blog lah. So, lepas saya baca-baca entri blog orang tu mesti lah ada keinginan nak comment di entri tu kan. Tapi saya tak ada blog nak comment. Kalau tak ada blog, kena letak anonymous. Saya tak suka lah anonymous. Nampak macam sengal je anonymous tu. So, dari situ lah terbit rasa. “Eh nak buat blog lah. Nanti senang nak komen blog orang.” Haaa jangan tak caya pulak tau.

Disebabkan rasa cemburu & rasa best tengok kawan ada blog dan juga disebabkan ingin komen blog orang, terhasillah blog saya ni. Oh tapi masa tu URL blog saya lain. URL saya dulu memang kelakar sampai saya pun nak tergelak bila dengar haha. URL memang kedengaran sangat budak-budak lah tapi URL tu lah saya guna selama hampir 4 tahun. www.memburucintamu.blogspot.com. Huwaaaaa memburucintamu uolss! #kauhado

Tapi jangan salah faham ye. Perkataan ‘mu’ di dalam URL memburucintamu saya tu bukan lah manusia tetapi mu di situ refer kepada Allah. Haa maksudnya nak memburu cinta Allah lah senang cerita kan. Tapi saje buat gempak acah-acah mu tu orang. Lepas tu bila orang dengar je URL blog saya, mulalah nak usik saya =.= Tu sebab saya tak expose sangat blog saya dulu kat media sosial. Sekarang ni dah berdomain .com baru lah berani nak expose ke dunia luar sebab nama dah matang gitu, perangai tuan blog je tak matang lagi hahaha.

Okay tu sahaja sejarah blog sayidahnapisahdotcom. Tetapi yang boleh saya katakan, tujuan saya berblogging dulu kebanyakannya dah berubah pada masa sekarang lagi-lagi blog sayidahnapisahdotcom dah ada domain sendiri. Selain itu, tujuan saya berblogging pada masa sekarang lebih bermakna dan lebih bermatlamat dan lebih berfaedah berbanding dengan masa dulu. Tambah-tambah lagi, saya ada join #exchangefeedgroup pada tahun lepas yang membuatkan saya lebih fokus dan bertambah ilmu dalam dunia blogging ni. 

Semoga kita semua sukses dalam dunia blogging ni & memjadi saham kita di akhirat nanti amin ! :D

Ni header blog memburucintamu saya yang dulu. Hehe saya masih simpan lagi :D
Jangan memain saya design sendiri tau header ni. Oh tapi tulisan jelah saya tulis sendiri. Background (template) tu saya ambil dari blog lain haha.







You Might Also Like

6 comments

  1. chaiyok !!! Nak sedut aura KC sket !

    ReplyDelete
  2. selamat bersegmen KC..

    #baru perasan burung berkicauan dah pulang ke ganggang.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Sama lah kita. Suka komen dkt blog orang. =)
    dr blog ni banyak benda berfaedah yg kita dapat.. Nak becuti, nak cari tempat makan best blh tgk review dr blogger.

    ReplyDelete
  4. Memang tuan punya blog tak matang pun...!! hahahahahaa... :p
    MemburuCintaMu tu sangat sweet sebenarnya.. tapi LoveChoc tu kenapa tak cerita pula.. grgrgrgrgr..! Suka makan coklat ler tu.. ke sebab perasan kamu tu suwiitt macam coklat...?

    lol.. :p

    hahahahaa.. KC..! KC..!

    dah gi singgah blog kak ain plak.. lama KC tak datang blog kak ain kan.. ye lah.. ye lah.. ermmmmm...

    http://www.dramaticuniq.com/2016/01/segmen-irrayyan-sejarah-blog-dramatic-uniq.html





    ReplyDelete
  5. wah....lebih dpd 300 perkataan dah ni....kena sedut aura kc jugak.....good job!!

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.